Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)

Tuesday, January 10, 2017

Syabas, Mohd Faiz Subri!

10 Januari 2017 (Selasa)

Alhamdulillah. Seperti yang dijangka, Mohd Faiz Sabri telah memenuhi harapan orang ramai terutamanya seluruh rakyat Malaysia apabila dinobatkan sebagai pemenang anugerah jaringan gol terbaik (FIFA Puskas Award) dalam majlis The Best FIFA Football Awards 2016 di Zurich, Switzerland.

Bola tendangan Faiz Subri yang melencong "mencabar hukum fizik".

Selepas melepasi peringkat saringan, sepakan percuma jarak jauh pemain Pulau Pinang (FA Penang) ini dalam perlawanan Liga-M (Liga Super Malaysia) akhirnya telah menewaskan dua pencabar terdekat iaitu sepakan gunting Marlone dari Brazil untuk pasukannya Corinthians dan gol hasil gelecekan solo Daniuska Rodriguez untuk Venezuela dalam Kejohanan Sudamericano Bawah-17 Wanita.

Terima kasih dan tahniah kepada Mohd Faiz Subri sekeluarga di atas kemenangan yang amat bersejarah serta cukup membanggakan memandangkan pencapaian ini juga merupakan kejayaan sulung bagi seorang wakil dari benua Asia untuk anugerah tersebut. Tidak lupa juga, kredit harus diberikan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana dalam banyak-banyak perkara, ini adalah salah satu perkara yang dilakukan dengan sangat baik oleh mereka apabila membuat keputusan untuk menghantar pencalonan bagi jaringan cantik Mohd Faiz Subri ini kepada pihak FIFA.

Selain itu, adalah menjadi harapan besar agar Mohd (pronounced as "Muhammad") Faiz Subri akan dipertimbangkan untuk diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan Harimau Malaya (Harimau Malaysia) dengan sewajarnya pula selepas ini, inshaaAllah.

duniabolasepak.blogspot.my

Selepas ini, Faiz Subri untuk Malaysia.

#bravoFaizSubri   #MalaysiaBoleh   #MainBolaTutupAurat


No comments: