Pencarian Bakat

PENCARIAN BAKAT MUDA

Perhatian kepada para ibubapa, guru-guru dan mungkin juga pihak pengurusan pasukan kelab-kelab amatur. Adakah anda meyakini anak, anak didik, atau pemain anda mempunyai bakat yang sangat menyerlah dalam sukan bolasepak tetapi belum mendapat tempat yang sewajarnya?

Sekiranya ya, kami ingin membuka ruang dan menawarkan peluang kepada anda untuk membantu mereka yang benar-benar berkebolehan supaya sekurang-kurangnya boleh diperkenalkan kepada para jurulatih bolasepak tempatan mahupun dari luar negara.




Bagaimana caranya?

Kita tidak tahu siapa yang akan menjadi bintang baru bolasepak pada masa hadapan namun dengan niat beserta usaha yang betul, mudah-mudahan cita-cita murni untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara melalui sukan bolasepak ini dapat direalisasikan bermula dengan satu langkah yang pertama.

Langkah paling awal adalah dengan mendaftarkan nama mereka yang berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 20 tahun yang berada di bawah jagaan anda. Profil atau maklumat biodata mereka kemudiannya akan dimuatnaik ke dalam laman duniabolasepak.blogspot.my ini untuk tujuan pemprosesan data. Walaupun umur tersebut sudah boleh dianggap sebagai dewasa, sokongan keluarga terutamanya masih amat diperlukan agar potensi mereka dapat berkembang dengan lebih baik dan tidak terbantut begitu sahaja.

Tiada jaminan 100% bahawa suatu hari nanti mereka pasti berjaya menjadi pemain bolasepak profesional yang akan bermain secara sepenuh masa. Oleh itu, segala persediaan hendaklah dilakukan agar segala bentuk kekecewaan dapat diatasi bersama keluarga yang terdekat dengan berkesan.


Apa yang diperlukan?

Untuk tujuan proses pendaftaran, berikut adalah butir-butir yang perlu disediakan:
  • Gambar
  • Nama penuh
  • Tarikh lahir
  • Negeri kelahiran
  • Tempat tinggal
  • Tempat belajar
  • Ketinggian
  • Berat badan
  • Posisi bermain
  • Peringkat dan pasukan yang pernah diwakili
  • Kelebihan atau kemahiran khusus
  • Nama penjaga
  • Nombor telefon penjaga

Sila hantarkan maklumat yang lengkap melalui email kepada duniabolasepakmalaysia@gmail.com


Langkah yang seterusnya.

Setiap nama yang telah didaftarkan akan dikumpulkan mengikut pecahan negeri kelahiran. Kesemua sekali terdapat 16 negeri (termasuk 3 Wilayah Persekutuan) dan juga luar negara sekiranya ada:
  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
  5. Selangor
  6. Negeri Sembilan
  7. Melaka
  8. Johor
  9. Pahang
  10. Terengganu
  11. Kelantan
  12. Sarawak
  13. Sabah
  14. Labuan
  15. Putrajaya
  16. Kuala Lumpur
  17. lain-lain*

Memandangkan inisiatif ini memerlukan masa dan juga tenaga kerja maka yuran pendaftaran berjumlah RM10 akan dikenakan bagi setiap nama yang didaftarkan. Bayaran pendaftaran yang hanya sekali sahaja ini tidak termasuk dengan kos-kos lain dan tidak akan dipulangkan setelah bersetuju untuk mendaftar. Cara pembayaran melalui akaun bank beserta maklumatnya akan dimaklumkan kemudian selepas proses pendaftaran. Selain itu, cara lain untuk pembayaran yang turut disediakan bagi yang mahir adalah dengan membuka akaun PayPal anda.

Sekali lagi ingin diingatkan, pencarian bakat ini hanyalah suatu ikhtiar dan keberkesanannya bergantung kepada keadaan yang bersesuaian serta mengikut syarat-syaratnya. Andai kata ada yang tidak berjaya, setidak-tidaknya kita telah berusaha. Andai kata ada yang berjaya, syukur dan segala puji bagi Tuhan.


Tarikh tutup pendaftaran: 20 September 2017 (TELAH DITUTUP)

#BakatMuda   #negaraku   #menjelang2020


Bakat Muda 2017
Kuala Lumpur | Pahang | Pulau Pinang | Sarawak


38 comments:

Muhammad Luqman Ishak said...

Assalamualaikum ,saya berumur 23tahun 2017 ini boleh ke sy join

ahmad said...

Waalaikumussalam warahmatullah, Sdr. Luqman.

Untuk makluman, peserta yang berumur antara 18 hingga 20 tahun adalah menjadi keutamaan dalam program ini. Walau bagaimanapun, semua pendaftaran yang diterima melalui email akan dinilai dengan sebaiknya sebelum senarai yang lengkap akan dimuatnaik ke laman ini.

Terima kasih.

Azroy Roy97 said...

Assalamualaikum... Sye nak tnye...sye umur 20.. mcm mne cara daftar ...sye x tahu sangat cara nak daftar mcm mne...

ahmad said...

Waalaikumussalam Sdr Azroy

Program Bakat Muda 2017 adalah satu inisiatif laman duniabolasepak.blogspot.my untuk mencari bakat baru bolasepak tempatan.

Sekiranya berminat, sila hantar maklumat anda melalui email seperti yang telah dinyatakan untuk pendaftaran.

Terima kasih.

Faeast said...

Assalamualaikum. Boleh tak saya tahu bila pencarian ni akn diadakan?

ahmad said...

Waalaikumussalam warahmatullah Sdr Faeast

Pendaftaran bagi program Bakat Muda 2017 ini sedang dibuka sehingga tarikh tutupnya pada 20 September 2017. InshaaAllah, profil atau maklumat biodata mereka yang berjaya mendaftar akan dimuatnaik ke dalam laman duniabolasepak.blogspot.my ini sebagai sebuah PANGKALAN DATA selepas tarikh tutup tersebut.

Untuk mengelakkan salah faham, program pencarian bakat yang dilancarkan oleh blog ini menggunakan kaedah yang berbeza berbanding dengan program-program yang lain. Kaedah yang digunakan adalah melalui platform atas talian (online) terlebih dahulu dan bukannya terus kepada ujibakat di atas padang. Sekalipun tidak semua yang akan menjadi pemain profesional, sekurang-kurangnya mereka yang betul-betul berminat dalam sukan bolasepak dapat mengetahui setakat mana peluang yang boleh didapati.

Mudah-mudahan dengan cara ini, anggapan yang salah bahawa Malaysia kekurangan bakat tempatan dapat ditangkis apabila peserta-peserta program ini boleh membuktikan bahawa bakat muda sememangnya boleh dicari dan digilap. Sekiranya ada yang kurang berbakat tetapi masih berminat untuk menyumbang kepada pembangunan bolasepak negara, anda akan tahu di mana untuk mencari mereka.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

W. M. AZAM Zam said...
This comment has been removed by the author.
W. M. AZAM Zam said...

Assalamualaikum encik ahmad tumpang tanye ujibakat utk bawah26 thn xde bt ke mane2 negeri @ kelad hujung tahun 2017 0ni

ahmad said...

Waalaikumussalam warahmatullah sdr W. M. AZAM Zam,

Sekadar mencadangkan, tuan boleh rujuk laman web Asia Football Showcase ( https://www.asiafootballshowcase.com/ ).

Untuk pengetahuan tuan, kami tidak menjalankan apa-apa hubungan rasmi dengan mereka dan ini hanyalah cadangan semata-mata. Oleh itu, sekiranya berminat untuk menyertai ujibakat yang disediakan maka sila berhubung terus dengan mereka.

Terima kasih.

Mohd Saiful said...

Kalau dah register macam mana nak tau ujibakat kat mana?

Mohd Saiful said...
This comment has been removed by the author.
Dunia Bolasepak said...

Salam Sdr. Mohd Saiful,

Tujuan program 'Bakat Muda' ini adalah untuk menyediakan platform online bagi komuniti bolasepak mengenalpasti bakat muda bolasepak tempatan.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, profil (biodata) mereka yang berjaya mendaftar dalam program ini inshaaAllah akan dimuatnaik ke laman duniabolasepak.blogspot.my selepas daripada tarikh tutup pendaftaran.

Selepas itu, sekiranya terdapat pihak yang berminat untuk memanggil ujibakat maka peserta yang tertentu akan dihubungi melalui maklumat yang tertera. Para peserta juga dinasihatkan agar merujuk kepada pihak kami (duniabolasepakmalaysia@gmail.com) terlebih dahulu sebelum menjawab sebarang minat yang diterima supaya boleh mendapat pengesahan yang sewajarnya.

Terima kasih.

Unknown said...

Umur 16 boleh daftar tak ? Selain paypal boleh tak buat pembayaran melalui bank ?

Muhammad Amirun said...

Assalamualaikum , Saya ingin memohon pencerahan tentang yuran Rm10 melalui paypal dan boleh tak membuat pembayaran melalui akaun bank atau selain daripada paypal ? Dan apakah yang dilihat atau syarat yang spesifik untuk memilih seorang pemain tersebut ?

Dunia Bolasepak said...

Untuk makluman, semua pendaftaran yang diterima melalui email akan dinilai dengan sebaiknya. Namun begitu, program Bakat Muda bagi tahun ini akan memberikan tumpuan kepada para peserta yang berumur antara 18 hingga 20 tahun terlebih dahulu.

Mengenai cara pembayaran melalui bank, maklumatnya akan dimaklumkan kemudian kepada peserta-peserta yang berjaya mendaftar.

Terima kasih.

Dunia Bolasepak said...

Waalaikumussalam sdr Muhammad Amirun,

Yuran pendaftaran hanya dikenakan kepada mereka yang berjaya mendaftar. PayPal pula adalah satu cara pembayaran yang disediakan bagi yang sudah mahir dengannya sahaja. Yuran pendaftaran juga boleh dilakukan melalui akaun bank, dan maklumatnya akan dimaklumkan kemudian selepas proses pendaftaran para peserta.

Seperti yang telah diterangkan, program Bakat Muda yang dimulakan pada tahun ini secara khususnya mencari bakat baru bolasepak tempatan yang berumur di antara 18 hingga 20 tahun. Profil para peserta yang berdaftar kemudiannya akan dimuatnaik ke laman ini dan dibahagikan mengikut negeri kelahiran masing-masing.

Secara umumnya, program ini menyasarkan seberapa ramai bakat muda yang benar-benar berkebolehan namun masih lagi terpinggir. Tersisih daripada arus perdana dunia bolasepak bukan kerana tidak berbakat atau memang tidak mampu bersaing, tetapi atas sebab bakat muda tersebut tidak dikenali secara konvensional. Kebiasaannya, yang dikenali dianggap lebih berbakat berbanding yang kurang dikenali walaupun ia tidak semestinya betul.

Oleh sebab itu, selepas proses pendaftaran untuk program ini, proses yang selanjutnya dijangka akan mengambil masa mengikut kesesuaian yang tertentu. Meskipun program ini adalah terbuka kepada peringkat umur yang dinyatakan, kebolehan seseorang itu sebenarnya tidak dibentuk berdasarkan pendapatnya sendiri atau cakap-cakap orang lain tetapi lebih kepada kesediaannya untuk belajar dan menerima hakikat. Hakikat bahawa peluang untuk menyerlah dalam sukan bolasepak sememangnya sangat terhad.

Maka, program Bakat Muda diharapkan dapat membuka sedikit ruang agar peluang untuk bakat-bakat muda bolasepak tempatan yang benar-benar berkebolehan boleh dikenali serta dihargai. Bagi yang kurang berjaya, tak usah lemah semangat. Bolasepak hanyalah satu permainan dan terdapat banyak perkara lagi yang jauh lebih baik serta bermanfaat.

Terima kasih atas pertanyaan yang diberikan.

Aqmal 17 said...

Salam admin,sekiranya terlepas,akan datang tahun 2018,akan adakah program seperti ini dianjurkan sekali lagi bagi mencukil bakat baru...mohon pihak admin pertimbangkan permintaan ini☺,kerana diluar sana sebenarnya masih ramai yang berbakat sebenarnya..cuma takda kaedah seperti ini dilancarkan pada tahun tahun sebelumnya..
Terima Kasih...

Dunia Bolasepak said...

Wassalam sdr. Aqmal 17,

Tarikh tutup pendaftaran bagi program Bakat Muda 2017 adalah pada 20 September 2017 dan pendaftaran masih boleh dilakukan sebelum tarikh tersebut. InshaaAllah pada tahun yang akan datang, pihak kami sedang merancang untuk turut mengadakannya. Sekiranya boleh diadakan maka akan dimaklumkan kemudian. Buat masa ini, tumpuan sudah tentu akan diberikan kepada program pada tahun ini terlebih dahulu.

Terima kasih kami ucapkan dan minat saudara terhadap program ini amatlah dihargai.

Rosnani hassan said...

Assalamualaikum ..Anak saya minat bermain bola..Tapi tiada peluang untuk menunjukkan bakatnya di Sekolah..Sekarang Umurnya sudah 19 tahun..Boleh ke dia mendaftar nama walaupun tiada pengalaman Bermain dimana2 peringkat di sekolah.

Dunia Bolasepak said...

Waalaikumussalam Pn. Rosnani hassan,

Untuk makluman, program Bakat Muda 2017 menggunakan platform online untuk mengetengahkan bakat-bakat muda bolasepak tempatan yakni dengan memuatnaik profil mereka yang berjaya mendaftar ke laman blog kami. Oleh itu, semua pendaftaran yang diterima melalui email akan dinilai dengan sebaik mungkin oleh pihak kami.

Sememangnya bolasepak adalah sukan yang diminati ramai dan minat sahaja tidak mencukupi untuk berjaya kerana persaingannya amatlah sengit. Malah, mempunyai bakat yang besar sekalipun belum tentu berjaya sekiranya tidak disertakan dengan niat dan usaha yang betul.

Maka, program ini ingin membuka peluang kepada bakat-bakat muda untuk memberikan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing. Selain itu, adalah diharapkan juga bahawa melalui program ini, komuniti bolasepak boleh bertukar-tukar pandangan dan mengenali antara satu sama lain.

Minat yang diberikan terhadap program ini amatlah dihargai. Terima kasih.

Mohamad Ikhmal said...

assalam,saya dah daftar melalui email.. harap dpt mnyertai ujibakat ini

Dunia Bolasepak said...

Wassalam sdr. Mohamad Ikhmal,

Untuk makluman, semua email yang diterima akan dinilai terlebih dahulu sebelum proses yang selanjutnya. Terima kasih.

ridwan marwan said...
This comment has been removed by the author.
shahrul wafiy said...

salam, dekat mana nak tengok perserta yang telah di daftar kan di page ni.
atau yang telah terpilih

Dunia Bolasepak said...

Wassalam sdr shahrul wafiy,

Untuk program 'Bakat Muda 2017', mereka yang berkenaan akan dimaklumkan melalui email dalam masa terdekat dan buat masa ini pihak kami masih memerlukan sedikit masa untuk memproses semua maklumat yang berkaitan. InshaaAllah, profil mereka yang berjaya mendaftar akan dimuatnaik ke laman blog ini selepas dimaklumkan kemudian.

Terima kasih.

shahrul wafiy said...

hy assalammualaikum,

lama lagi ke result akan keluar?

Dunia Bolasepak said...

Waalaikumussalam sdr shahrul wafiy.

Bagi yang berkenaan sahaja, maklumat lanjut telah dihantar kepada email masing-masing.
Terima kasih.

shahrul wafiy said...

hy assalammualaikum admin

saya dh buat pendaftaran dan pembayaran melalui email. jadi sekarang kene tunggu apa ye

Unknown said...

Assalamualaikum admin saya ingin tahu adakah akan Ada lagi pada tahun hadapan iaitu 2018 jikalau Ada boleh x admin tolong update? Saya dah lama menunggu peluang mcm ni, say tidak berapa bagus Tapi saya ingin buat yg terbaik jikalau Ada peluang seperti in... Dan kalau dihantar ke negeri tu dikira sama ada mewakili negeri atau kelab di dalam negeri?

Dunia Bolasepak said...

Waalaikumussalam sdr shahrul wafiy,

Untuk makluman, sila tunggu email yang akan dihantar untuk maklumat yang seterusnya. Bagi yang telah berjaya mendaftar untuk program ini, profil mereka akan dimuatnaik ke dalam laman blog ini dalam masa terdekat. InshaaAllah.

Terima kasih.

Dunia Bolasepak said...

Waalaikumussalam,

Buat masa ini, program Bakat Muda untuk tahun 2018 masih lagi dalam pertimbangan. Sekiranya bersesuaian, perancangan akan dilakukan dan akan dimaklumkan jikalau ia akan diadakan lagi.

Untuk pengetahuan anda, program ini adalah pencarian bakat muda bolasepak tempatan melalui kaedah online. Profil peserta yang berjaya mendaftar dalam program ini akan dimuatnaik ke dalam laman blog ini. Tujuannya adalah untuk komuniti bolasepak mendapat peluang mengenali pemain-pemain bolasepak muda yang mahu menyumbang kepada pembangunan bolasepak negara.

Selain itu, pihak kami sendiri tidak melakukan ujibakat namun sekiranya ada pihak lain yang berminat dengan bakat muda tersebut untuk diujibakat maka pihak kami akan membantu mendapatkan maklumat yang sewajarnya. Harap maklum.

Terima kasih atas pertanyaan yang diberikan.

ALIFF SAIFUDDIN SALEHUDDIN said...

Assalamualaikum,saya nak tahu program ade lagi ke pada tahun hadapan kerana saya berminat untuk menyertai program nie

syaa Jieha said...

assalamulaikum. ade tak wt ujibakat 18taon kebawah.dekat johor ? sekian..

Dunia Bolasepak said...

Waalaikumussalam Sdr. ALIFF SAIFUDDIN SALEHUDDIN,

Buat masa ini, belum ada lagi pengesahan. Sekiranya ada, akan dimaklumkan kelak, inshaaAllah. Terima kasih atas minat yang diberikan.

Dunia Bolasepak said...

Waalaikumussalam syaa Jieha,

Untuk makluman, pihak kami tidak menjalankan ujibakat dan program ini adalah pencarian bakat muda bolasepak tempatan melalui kaedah online.

Sekadar cadangan, mungkin boleh rujuk dengan pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBSNJ/JFA) untuk mendapatkan maklumat mengenai ujibakat di Johor.

Terima kasih.

Afiq Ronaldo said...

Nk tnya borang peryertaan dh tutup ke

Afiq Ronaldo said...

Boleh x kalau saya nk masuk

Afiq Ronaldo said...

Sebab saya baru habis spm jadi saya x tahu ada pencarian bakat