Pages

Wednesday, December 15, 2021

Cadangan: Piala Abdul Ghani Minhat

Hampir tiada apa yang percuma. Kalau ada yang percuma, bermakna harga yang perlu dibayar ditanggung oleh seseorang yang memberi kepada penerima. Itu kalau melibatkan wang atau harta benda. Sekiranya bercerita tentang alam semula jadi maka ya, Tuhan yang Maha Pencipta telah menyediakan segala-galanya buat seluruh alam. Apabila menghirup udara, oksigen adalah percuma. Apabila hujan turun, airnya adalah percuma. Apabila pohon berbunga, keindahannya adalah percuma. Apabila matahari terbit, sinarannya adalah percuma. Cuma, terpulanglah kepada kita sebagai manusia bagaimana dan sebanyak mana mahu bersyukur. Lebih banyak bersyukur maka bertambah lebihlah nikmat daripadaNya.

Selain itu, ada masanya idea juga percuma. Seperti mana perkara-perkara yang lain, yang percuma itu belum tentu baik dan belum tentu juga tidak baik. Haa, itu baru mukadimah. Selepas perenggan pengenalan dan kata pengantar, karangan memerlukan isi. Maka, apakah isi utama yang hendak disampaikan? Jika dilihat pada tajuknya, ini adalah sebuah cadangan. Cadangan untuk mewujudkan satu piala untuk dijadikan rebutan bagi yang bertanding. Bukankah sudah ada Liga Super, Piala Malaysia, Liga Juara-juara Asia, dan seumpamanya? Malah, Pesta Bola Merdeka pun ada. Pertandingan apa pula nak buat ini? Baiklah, ini bukan sebarang pertandingan. Ini adalah buah fikiran bagi menyelesaikan suatu permasalahan. Bukan masalah besar pun, hanya masalah bolasepak tanahair.

Masalah apa yang dimaksudkan ini? Masalahnya ialah masalah yang agak membimbangkan dan sudah berlangsung sejak sekian lama. Yakni, kelemahan pihak pengurusan serta para jurulatih kebangsaan untuk mengenal pasti dan memilih pemain-pemain yang terbaik untuk mewakili negara. Adakah ini bermakna selama ini apa-apa yang telah dilakukan dianggap sebagai suatu kekurangan dan tiada langsung yang memberikan kelebihan? Bukan, penyataan yang awal tadi tidak sepatutnya disalahertikan. Fahamilah bahawa masalah sentiasa ada dan tanpa masalah maka tiadalah kerja. Memandangkan setiap hari ada sahaja masalah maka kerja yang perlu dilakukan adalah menyelesaikan masalah. Jika masalah diabaikan ataupun dibiarkan bertangguh, jarang sekali masalah dapat diselesaikan dengan sendirinya melainkan terdapatnya bantuan atau pertolongan.

Apakah hujah bahawa kelemahan yang disebutkan memang betul-betul ada dan bukannya sekadar omong kosong? Untuk rekod, pasukan senior lelaki (mahupun wanita) kebangsaan yang mewakili skuad Harimau Malaya belum pernah menjuarai sebarang kejohanan bolasepak antarabangsa yang khusus kecuali satu sahaja setakat ini iaitu Piala AFF pada tahun 2010. Selain daripada Pesta Bola Merdeka dan beberapa pingat emas Sukan SEA, kejuaraan yang dimiliki hanyalah di peringkat bawah umur (seperti Kejohanan Bawah-18 AFF & Kejohanan Bawah-15 AFF) dan juga kejohanan bolasepak pantai serantau. Belum ada pingat emas Sukan Asia, apatah lagi Sukan Olimpik. Belum lagi menjadi juara Piala Asia AFC, malah tidak sempat juga bermain di Piala Konfederasi-konfederasi FIFA yang telah pun ditiadakan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga kategori umur untuk Piala Dunia, hanya satu (kalau tidak termasuk Piala Dunia Futsal FIFA 1996) yang pernah layak dan itupun sebagai tuan rumah (Piala Dunia Bawah-20 FIFA 1997).

Selagi mana kelemahan tersebut dinafikan sebagai kelemahan malah tidak pula diakui sebagai mendatangkan masalah, selagi itulah masalah tersebut akan terus berpanjangan. Tentu sekali, penyelesaiannya bukan satu jalan sahaja dan tidak juga berlaku secara ajaib. Terdapat banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan dan cadangan ini hanyalah salah satu daripada banyak cadangan yang lain. Ilham untuk mencadangkan cadangan ini berpunca daripada sebuah persoalan. Kenapa Pesta Bola Merdeka kini tidak diadakan lagi? Kemudian, timbul lagi persoalan. Kenapa satu-satunya wakil Malaysia jadi pemenang anugerah di peringkat dunia, siapa lagi kalau bukan Faiz Subri, boleh tersisih dan tidak terpilih untuk menyarung jersi negara? Adakah kebanjiran pemain import di Liga-M menjadi penyebabnya? Adakah salah jurulatih yang kurang mempercayai pemain-pemain tempatan sehingga sejumlah pemain naturalisasi lebih diberi kepercayaan walaupun lebih kurang sahaja bakatnya?

Persoalan demi persoalan terus timbul. Bolehkah kejohanan Pesta Bola Merdeka (Kejohanan Bolasepak Merdeka) diadakan semula dan trofinya yang baharu dinamakan Piala Abdul Ghani Minhat? Nak lagi sedap, alternatif lain adalah bubuh nama Piala Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Fuhh, amacam? Persoalan lagi, bolehkah bayangkan pemain terbaik kejohanan turut diberi cogan serta gelaran "Raja Bola" yang sebelum ini diwarisi daripada Dolfattah dan Abdul Ghani Minhat? Jika di tanahair ada gelaran Raja Bola Malaysia, di peringkat antarabangsa mungkin Raja Bola Dunia jadi gelaran yang sesuai barangkali? Kalau hendak simpan gelaran itu di sini dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain, mungkin Pemain Paling Bernilai (MVP) di Anugerah Bolasepak Kebangsaan sahaja yang ambil untuk diguna pakai.

Sekiranya terlalu sukar untuk menjemput pasukan-pasukan dari luar negara seperti waktu dahulu, boleh atau tidak, diwujudkan beberapa pasukan pilihan tempatan untuk menyertainya? Sebagai contoh, susah sangatkah untuk mengumpulkan pemain bagi mewakili Malaysia A (Harimau Asia), Malaysia B (Harimau Malaysia), Bintang-bintang Seluruh Malaysia (Malaysian All-Stars), Liga-M XI (M-League Selection), dan sebagainya? Bukan itu sahaja, sudah lupakah bahawa terdapat juga pasukan belia, muda, dan remaja seperti skuad bawah-25 (SUKIPT), bawah-23 tahun (Olimpik/ Sukan Asia), bawah-22 (Sukan SEA/ Harimau Muda), bawah-21 (SUKMA), bawah-20 (Projek FAM-MSN), bawah-18 (MSSM), bawah-17 (PPBN/ PLD), bawah-12 (Akademi Tunas), dan lain-lain*?

 

Siapakah Raja Bola yang seterusnya?


Pendahuluan sudah, isi sudah, huraian dan contoh juga sudah. Tinggal penutupnya sahaja. Jadi, apakah kesimpulannya? Sedarlah wahai semua pembaca, sekiranya ayam tambatan, ubi muda mahupun kuda tua, entah macam mana enggan atau tidak sudi menyumbang kepada negara, lagenda-lagenda tanahair yang sudah bersara boleh sahaja mengambil alih dan kembali mengharumkan nama Malaysia. Kalau setakat hendak dapatkan buku merah dan kononnya demi lencana di dada, kaki bangku seluruh negara pun lebih layak untuk mengibarkan bendera jikalau mereka kerap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berkhidmat serta memajukan bangsa. Dalam situasi tertentu, kemahiran individu mungkin diperlukan bagi menghasilkan gol tetapi permainan bolasepak tetap dimenangi secara berpasukan bukannya berseorangan.

Nah, di bawah ini adalah sekadar suka-suka iaitu gambaran peserta-peserta yang dirasakan sesuai untuk saingan Pesta Bola Merdeka bayangan 2022. Ada empat skuad dan format pertandingan boleh dilaksanakan secara liga mini (maksimum 3 perlawanan) atau kalah-mati (maksimum 2 perlawanan). Setiap skuad mempunyai 23 orang pemain, justeru jumlah pemain adalah 92 keseluruhannya. Lantaran itu, terdapat hampir 100 orang pemain dapat dikumpulkan serentak sebagai kelompok pemain kebangsaan. Lantas, boleh sahaja dijadikan kem latihan berpusat bagi pemilihan skuad utama negara. Barangkali boleh terjadi seandainya Malaysia sudah pun menjadi maju pada tahun 2020 yang lalu. Berangan-angan sahajalah dahulu.


ASIAN TIGERS

Pengurus / Ketua jurulatih: Tan Cheng Hoe

Penolong pengurus: Dollah Salleh

  1. Khairulazhan Khalid - PG
  2. Syahmi Safari
  3. Syazwan Andik Ishak
  4. Shahrul Saad (C)
  5. Adam Nor Azlin
  6. Syamer Kutty Abba
  7. Akhyar Abdul Rashid
  8. Nor Azam Azih
  9. Shahrel Fikri Fauzi
  10. Syafiq Ahmad
  11. Safawi Rasid
  12. Rizal Ghazali
  13. Nazirul Naim Che Hashim
  14. Kenny Pallraj
  15. Irfan Zakaria
  16. Akram Mahinan
  17. Arif Aiman Hanapi
  18. Afiq Fazail
  19. Azhad Harraz Arman
  20. Kogileswaran Raj
  21. Faisal Abdul Halim
  22. Rahadiazli Rahalim - PG
  23. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi - PG

 

MALAYSIAN TIGERS

Jurulatih: Ong Kim Swee

Pembantu jurulatih: Norizan Bakar

  1. Farizal Marlias - PG
  2. S. Kunanlan
  3. Ariff Farhan Isa
  4. Fadhli Shas
  5. Aidil Zafuan Abdul Radzak
  6. Baddrol Bakhtiar
  7. Khyril Muhymeen Zambri
  8. Safiq Rahim (C)
  9. Zaquan Adha Abdul Radzak
  10. Norshahrul Idlan Talaha
  11. Syazwan Zainon
  12. Mahali Jasuli
  13. Fazly Mazlan
  14. S. Subramaniam
  15. Rawilson Batuil
  16. Azzizan Nordin
  17. Wan Zack Haikal Wan Noor
  18. Nazmi Faiz Mansor
  19. Safee Sali
  20. Amri Yahyah
  21. Wan Zaharulnizam Zakaria
  22. Khairul Fahmi Che Mat - PG
  23. Izham Tarmizi Roslan - PG


MALAYSIAN ALL-STARS

Jurulatih: K. Rajagopal

Pembantu jurulatih: Abdul Rahman Ibrahim

  1. Samuel Somerville - PG
  2. Dion Cools (C)
  3. Daniel Ting
  4. Junior Eldstål
  5. Dominic Tan
  6. Brendan Gan
  7. Mohamadou Sumareh*
  8. Ryan Lambert
  9. Darren Lok
  10. Luqman Hakim Shamsudin
  11. Faiz Subri
  12. Matthew Davies
  13. La'Vere Corbin-Ong
  14. Nicholas Swirad
  15. Annil Vigneswaran
  16. Nathaniel Shio
  17. David Rowley
  18. Kobe Jae Chong
  19. Hadi Fayyadh Abdul Razak
  20. Wan Kuzain Wan Kamal
  21. Tam Sheang Tsung
  22. Julian Bechler - PG
  23. Ernest Wong - PG


M-LEAGUE XI

Jurulatih: B. Sathianathan

Pembantu jurulatih: Wan Jamak Wan Hassan

  1. Azri Abdul Ghani - PG
  2. Quentin Cheng
  3. Arif Fadzilah Abu Bakar
  4. Shahrul Nizam Ros Hasni
  5. Sharul Nazeem Zulpakar
  6. Mukhairi Ajmal Mahadi (C)
  7. Al-Hafiz Harun
  8. Danial Ashraf Abdullah
  9. Danial Asri
  10. S. Kumaahran
  11. Hakimi Abdullah
  12. Azam Azmi Murad
  13. R. Dinesh
  14. Faris Shah Rosli
  15. Rodney Celvin
  16. Zhafri Yahya
  17. Fayadh Zulkifli Amin
  18. Nik Akif Syahiran Nik Mat
  19. Abdul Azim Rahim
  20. Sean Giannelli
  21. J. Partiban
  22. Suhaimi Husin - PG
  23. Shahril Saa'ri - PG


*Lain-lain: terbuka kepada awam dan ditubuhkan pula skuad-skuad amatur kebangsaan (ala MyTeam) yang baharu seperti Tapir Malaya, Tenuk Malaysia, Cipan, Badak Tampung, Kuda Air, Babi Alu, dan beberapa lagi sekiranya mahu.



Thursday, December 9, 2021

Ulangtahun Pesta Bola Merdeka ke-65

Lebih 60 tahun dahulu, penduduk semenanjung Tanah Melayu akhirnya bebas daripada sebarang belenggu penjajahan jasmani apabila bendera Union Jack diturunkan secara rasmi dan digantikan pula dengan bendera yang sekarang ini sudah masyhur namanya sebagai Jalur Gemilang. Selepas ditindas dan dipijak-pijak secara bersilih ganti bermula daripada jatuhnya Kesultanan Melaka di tangan Peringgi hinggalah hilangnya British Malaya dari muka Bumi, kini telah bangkitlah tanahair yang merdeka dan berdaulat.

Tiada lagi Syarikat Hindia Timur Inggeris, tiada juga Pentadbiran Tentera British mahupun Malayan Union. Tanggal 31 Ogos tahun 1957, menjadi tarikh keramat buat negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya berganding bahu bersama-sama Singapura, Sarawak, dan Borneo Utara untuk membentuk gagasan yang lebih besar, Persekutuan Malaysia. Sarawak kekal dengan namanya, Borneo Utara sudah menjadi Sabah, namun sayangnya Singapura pula telah dipisahkan dengan sempadan antarabangsa buatan manusia. Mujurlah adanya Persatuan Negara-negara Asia Tenggara sebagai jambatan untuk menjalinkan persahabatan di peringkat serantau.

 


Stadium Merdeka yang terletak di ibu negara yakni Kuala Lumpur menjadi saksi laungan "Merdeka" oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj yang diiringi gema laungan yang disambut oleh sekalian rakyat jelata. Pelbagai acara istimewa selama beberapa hari dimeriahkan bagi meraikan kemerdekaan pada Hari Kebangsaan, dan Pesta Bola Merdeka merupakan salah satu daripadanya. Pesta Bola Merdeka dari awal adalah sebuah kejohanan bolasepak berasaskan jemputan kepada sebilangan pasukan luar negara dan seharusnya diadakan di mana lagi kalau bukan Stadium Merdeka.

Merentas masa ke zaman semasa, Malaysia pada dasarnya berjaya dari segi mengekalkan kemerdekaan walaupun dilihat gagal dalam aspek menjadi sebuah negara maju keseluruhannya. Ia terus berada pada tahap sedang membangun sahaja. Aspirasi status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tidak mampu dicapai bukan kerana wabak penyakit tetapi lebih disebabkan oleh penyakit hati yang berleluasa. Maka, tidak hairanlah kejohanan bersejarah seperti Pesta Bola Merdeka kali terakhir diadakan pada 2013 dan boleh jadi masih tidak akan diadakan walaupun bakal memasuki ulangtahunnya yang ke-65 pada 2022.

Keutamaan telah berubah kononnya menjadi alasan. Oh, layak ke Sukan Olimpik lebih penting walhal sejak 1992 acara bolasepaknya telah pun ditetapkan untuk umur bawah 23 tahun dan hanya membenarkan tiga pemain lebih umur sahaja semenjak 1996. Bagaimana dengan Piala Asia? Ah, sembang memang kencang. Tahun 2007, negara menjadi tuan rumah bersama tiga negara jiran yang lain dan sebelum itu hanya pernah layak dua kali iaitu pada 1976 dan 1980. Namun, sudahlah skuad kebangsaan mempamerkan persembahan yang mengecewakan, malangnya turut memalukan apabila kurangnya kehadiran penonton seolah-olah pertandingan bolasepak sekolah lebih menarik.

Malaysia sudah pun tersingkir daripada saingan kelayakan ke Piala Dunia 2022 di Qatar, namun masih berpeluang untuk layak ke Piala Asia 2023 di China. Untuk itu, semoga berjaya dan lakukanlah yang terbaik. Harapan penyokong serta peminat hanyalah yang baik-baik. Tatkala Merdeka 118 milik Permodalan Nasional Berhad berdiri megah sebagai menara kedua tertinggi di dunia, entah apalah nasib Stadium Merdeka agaknya. Setakat baik pulih sahajakah? Adakah nanti mahu dimusnahkan atau dinaik taraf? Mungkinkah bakal jadi seperti Stadium Wembley, dirobohkan dan diganti dengan yang baru? Ataupun, hendak dibiarkan begitu sahaja? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Bukankah Stadium Merdeka dan Pesta Bola Merdeka itu saling berkait, jika bukan sinonim?

 

 

Sunday, December 5, 2021

Pemain Bolasepak Terbaik Malaysia Tahun 2021

Pada tahun lepas, telah disenaraikan hingga 200 orang pemain bolasepak profesional Malaysia yang dianggap terbaik bagi musim 2020. Tujuan penyenaraian ini bukanlah untuk mengagung-agungkan atau mendewa-dewakan para pemain. Tidak sama sekali. Hasrat sebenar adalah untuk mengenal pasti serta menilai bakat-bakat yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada negara supaya penghargaan dan pengiktirafan yang sewajarnya dapat dikongsi bersama warga bolasepak tempatan mahupun antarabangsa. 
 
Bermula daripada seorang pemain, jika dikumpulkan beramai-ramai maka dapatlah membentuk sesebuah pasukan. Dari liga kebangsaan, dibangunkan pula skuad kebangsaan. Persaingan yang sihat bukan sekadar untuk mempertahankan monopoli ataupun mengelak daripada tersingkir semata-mata, tetapi lebih kepada semangat kesukanan yang elok natijahnya. Usaha yang berterusan hanya akan membuahkan hasil yang bagus sekiranya apa yang diniatkan sejak awal adalah penuh ikhlas. Selain bermanfaat untuk diri sendiri, alangkah baik juga sekiranya turut bermanfaat bagi yang lain.
 
Memandangkan tahun 2021 merupakan ulangtahun ke-100 kejohanan berprestij Piala Malaysia, ini menjadikan senarai pada kali ini adalah lebih bermakna dan mudah-mudahan boleh dijadikan sebagai suatu kenangan yang akan diingati. Secara amnya, terdapat tiga kriteria utama yang diguna pakai seperti mana penyenaraian subjektif sebelum ini iaitu reputasi, prestasi, dan potensi. Tanpa ingin melengahkan lagi, berikut adalah senarai Pemain Bolasepak Terbaik Malaysia yang menjadi pilihan Dunia Bola Sepak bagi sepanjang tahun 2021.



HAMPIR TERSENARAI:

  • Hadi Fayyadh Abdul Razak (Azul Claro Numazu, dipinjam dari Fagiano Okayama)
  • Guilherme de Paula Lucrécio* (Perak FC / JDT FC)
  • Liridon Krasniqi* (Newcastle United Jets FC / Odisha FC, dipinjam dari JDT FC)
  • Ahmad Hazwan Bakri (JDT FC)
  • Fadhli Shas (JDT FC)
  • Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT FC)
  • Izham Tarmizi Roslan (JDT FC)
  • Haziq Nadzli (JDT FC)
  • Feroz Baharudin (JDT FC)
  • Subramaniam Sooryapparad (PJ City FC)
  • Gurusamy Govandar Kandasamy (PJ City FC)
  • Syihan Hazmi Mohamed (PJ City FC)
  • Khairul Anuar Zamri (PJ City FC)
  • Ruventhiran Vengadesan (PJ City FC)
  • Razman Roslan (Melaka United FC)
  • Rawilson Batuil (Sabah FC) 
  • Abdul Halim Saari (Selangor FC)
  • Shivan Pillay Asokan (Selangor 2)
  • Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah Darul Aman FC)
  • Azamuddin Akil (Kedah Darul Aman FC)
  • Rozaimi Abdul Rahman (Kedah Darul Aman FC)
  • Fandi Othman (Kedah Darul Aman FC)
  • Fadzrul Danel Nizam (Kedah Darul Aman FC)
  • Tam Sheang Tsung (Kedah Darul Aman FC)
  • Zubir Azmi (TRW Kelantan FC)
  • Nik Shahrul Azim Abdul Halim (Kuala Lumpur City FC)
  • Julian Johan Bechler (Kuala Lumpur City FC)
  • Damien Lim Chien Khai (Negeri Sembilan FC)
  • Ferris Danial Mat Nasir (Negeri Sembilan FC)
  • Barathkumar Ramaloo (Negeri Sembilan FC)
  • Azmi Muslim (Penang FC)
  • Bryan See Tian Keat (Penang FC) 
  • Zafuan Azeman (Kelantan United FC, dipinjam dari Penang FC)
  • Syahrul Azwari Ibrahim (Kelantan United FC)
  • Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (Kelantan United FC)
  • Irfan Fazail (JDT II)
  • Stuart John Wilkin (JDT II)
  • Nathaniel Shio Hong Wan (JDT II)
  • Adib Zainudin (JDT II)
  • Gabriel Nistelrooy Tamin (JDT II)
  • Muslim Ahmad (Sri Pahang FC)
  • Nicholas Ryan Swirad (Nongbua Pitchaya FC / Sri Pahang FC)
  • Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak FC)
  • Amirul Azhan Aznan (Perak FC)
  • Ashri Chuchu (Sarawak United FC)
  • Stuart James Wilson Wark (Sarawak United FC)
  • Amer Saidin (Sarawak United FC)
  • Tommy Mawat Bada (Sarawak United FC)
  • Zahril Azri Zabri (Sarawak United FC)
  • Khair Jefri Jones (Sarawak United FC)
  • Gopi Rizqi Rama Chandra (Sarawak United FC)
  • Christie Jayaseelan (Sarawak United FC)
  • Nabil Latpi (PDRM FC)
  • Arif Anwar (Terengganu FC)
  • Joseph Kalang Tie (Kuching City FC)
  • Ernest Wong Wen Hao (Manukau United FC)
  • Diniz Irwan (FC Eddersheim II / -)
  • Declan Stephen Lambert Lee Kit Meng* (FC Den Bosch)
  • Samuel Bone* (St. Patrick's Athletic FC)
  • Kobe Jae Chong* (Peterborough United FC)

 

BINTANG-BINTANG MASA HADAPAN:

  • Wan Kuzri Wan Kamal (Akron Zips FT)
  • Annil Vigneswaran (Sport- und Gesangsverein Freiberg Fußball e.V. U19)
  • Zachry Raiff Ghazie Yeoh (Tiffin University Men's Soccer Team)
  • Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Selangor FC)
  • Zikri Khalili (Selangor FC)
  • Harith Haiqal Adam Afkar (Selangor 2)
  • Umar Hakeem Suhar Redzuan (JDT II)
  • Alif Abdul Mutalib (JDT II)
  • Firdaus Ramli  (JDT II)
  • Chia Ruo Han (JDT II)
  • Daryl Sham K. K. George (JDT II)
  • Adam Nadzmi Zamri (Perak II)
  • Adam Hamid (Fudbalski klub IMT)
  • Richard Li Hua Chin* (Charlton Athletic U21)
  • Omar Raiyan Kama Azlan (Red Star Belgrade U19)
  • Amar Makruf Shahruddin (Agrupación Deportiva Alcorcón B)
  • Anas Nadawi Shahruddin (The Next Generation Sports)
  • Aqil Arazi Aziz (The Next Generation Sports)
  • Allee Putra Azril (FC Malaga City Academy)
  • Aniq Asri Nasharudin Elias (FC Malaga City Academy)
  • Ahmad Mubashshir Azizi (FC Malaga City Academy)
  • Devekumaran Muniswaran (FC Malaga City Academy)
  • Imran Abdul Rahman (FC Malaga City U19)
  • Nooa Hamzah Laine* (SJK Akatemia / Seinäjoen Jalkapallokerho II)
  • Jaami Qureshi* (Brighton & Hove Albion U18)


TELAH BERSARA:

  • Kiko Insa (JDT FC)
  • Abdul Shukur Jusoh (Terengganu FC)
  • Curran Singh Ferns (Melaka United FC)

 

100 YANG TERATAS:

100. Azam Azmi Murad (Terengganu FC)

99. Farhan Roslan (Perak FC, dipinjam dari Kedah Darul Aman FC)

98. Jafri Firdaus Chew (Penang FC)

97. Indra Putra Mahayuddin (Kuala Lumpur City FC)

96. Suhaimi Husin (Terengganu FC)

95. Ahmad Syamim Yahya (Melaka United FC)

94. Nik Sharif Haseefy Lazim (Selangor FC)

93. Nor Hakim Hassan (Selangor FC)

92. Shahril Saa'ri (Kedah Darul Aman FC)

91. Faris Shah Rosli (Melaka United FC)

90. Khairu Azrin Khazali (Penang FC)

89. Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC)

88. Aiman Afif Md Afizul (Kedah Darul Aman FC)

87. Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah Darul Aman FC)

86. Nazirul Naim Che Hashim (Sabah FC, dipinjam dari Perak FC)

85. Faizat Ghazli (Kedah Darul Aman FC)

84. Wan Zack Haikal Wan Noor (Selangor FC)

83. Nurshamil Abd Ghani (TRW Kelantan FC)

82. Dinesh Rajasingam (Selangor FC)

81. Safee Sali (Kuala Lumpur City FC)

80. Azzizan Nordin (Sabah FC)

79. Danial Amier Norhisham (JDT FC)

78. Azhad Harraz Arman (Projek FAM-MSN)

77. Wan Kuzain Wan Kamal (Rio Grande Valley FC Toros)

76. Syazwan Andik Ishak (JDT FC)

75. Fazly Mazlan (Sri Pahang FC, dipinjam dari JDT II)

74. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (PJ City FC)

73. Hadin Azman (Kuala Lumpur City FC)

72. Ramadhan Saifullah Usman (JDT FC)

71. Sean Eugene Selvaraj (Selangor FC)

70. Azri Ab Ghani (Perak FC)

69. Kunanlan Subramaniam (JDT FC)

68. Mahali Jasuli (PJ City FC)

67. Ariff Farhan Md Isa (Kedah Darul Aman FC)

66. Akram Mahinan (Kuala Lumpur City FC)

65. Nik Akif Syahiran Nik Mat (Terengganu FC)

64. Syamer Kutty Abba (JDT FC)

63. Adam Nor Azlin (JDT FC)

62. Irfan Zakaria (Kuala Lumpur City FC)

61. Bobby Gonzales (Sabah FC)

60. Abdul Malik Mat Ariff (Sri Pahang FC)

59. Wan Zaharulnizam Zakaria (Melaka United FC)

58. Faiz Nasir (Terengganu FC)

57. Norshahrul Idlan Talaha (Sarawak United FC)

56. Zaquan Adha Abd Radzak (Negeri Sembilan FC)

55. Brendan Gan Seng Ling (Selangor FC)

54. Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT FC)

53. Safiq Rahim (JDT FC)

52. Ignacio Insa Bohigues (JDT FC)

51. Nazmi Faiz Mansor (JDT FC)

50. Junior Eldstål (Chonburi FC)

49. Syafiq Ahmad (JDT FC)

48. Shahrel Fikri Md Fauzi (Selangor FC)

47. Shahrul Saad (Perak FC / JDT FC) - RM1.18 juta

46. Syahmi Safari (Selangor FC)

45. Akhyar Abdul Rashid (JDT FC)

44. Baqiuddin Shamsudin (Sri Pahang FC)

43. Abdul Azim Rahim (Penang FC, dipinjam dari Kuala Lumpur City FC)

42. Partiban Janasekaran (Perak FC / Kuala Lumpur City FC)

41. Sean Gan Giannelli (UiTM FC, dipinjam dari Kuala Lumpur City FC)

40. Mohamadou Sumareh* (Police Tero FC / JDT FC)

39. Amri Yahyah (Sabah FC)

38. Khyril Muhymeen Zambri (PJ City FC)

37. Zhafri Yahya (Kuala Lumpur City FC)

36. Khairulazhan Khalid (Selangor FC)

35. Al-Hafiz Harun (Penang FC)

34. Kogileswaran Mohana Raj (PJ City FC)

33. Syazwan Zainon (Kedah Darul Aman FC)

32. Rizal Ghazali (Kedah Darul Aman FC) - RM1 juta

31. Afiq Fazail (JDT FC) - RM1.4 juta

30. Nor Azam Azih (Sri Pahang FC) - RM1.18 juta

29. Darren Lok Yee Deng (PJ City FC)

28. David Rowley (Penang FC)

27. Danial Asri (Selangor FC)

26. Danial Ashraf Abdullah (Penang FC)

25. Fayadh Zulkifli Amin (Kedah Darul Aman FC)

24. Kenny Pallraj Davaragi (Perak FC / Kuala Lumpur City FC)

23. Ryan Edward Lambert Lee Kit Seng (Kuala Lumpur City FC)

22. Rodney Celvin Akwensivie (Kedah Darul Aman FC, dipinjam dari Selangor FC)

21. Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC)

20. Arif Fadzilah Abu Bakar (Terengganu FC)

19. Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)

18. Sharul Nazeem Zulpakar (Selangor FC)
 
17. Quentin Cheng Jiun-ho (Penang FC, dipinjam dari Selangor FC)

16. La'Vere Lawrence Corbin-Ong (JDT FC) - RM1.77 juta

15. Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United FC)

14. Daniel Sang Ting (Kuala Lumpur City FC)

13. Matthew Thomas Davies (JDT FC) - RM1.5 juta

12. Farizal Marlias (JDT FC)

11. Dominic Tan Jun Jin (Police Tero FC)

10. Shukor Adan (Kuala Lumpur City FC)

9. Kumaahran Sathasivam (Melaka United FC, dipinjam dari JDT II)

8. Hakimi Abdullah (Terengganu FC)

7. Samuel Jacob Somerville (Penang FC)

6. Baddrol Bakhtiar (Kedah Darul Aman FC) - RM1.5 juta

5. Luqman Hakim Shamsudin (Koninklijke Voetbalclub Kortrijk U21)

4. Faisal Abdul Halim (Terengganu FC)

3. Arif Aiman Hanapi (JDT FC) - RM0.716 juta

2. Safawi Rasid (JDT FC) - RM1.5 juta

1. Dion Johan Cools (FC Midtjylland) - RM7.15 juta

 

Setakat ini sahaja buat kali ini. Semoga bermanfaat dan ribuan terima kasih.


Thursday, December 2, 2021

Rekod yang perlu dikemaskini (Bahagian 3)

Baca juga: Bahagian 1 & Bahagian 2

Berikut adalah rekod perlawanan antarabangsa skuad Harimau Malaya yang dimulai dengan pasukan Tanah Melayu (Malaya) sebelum pembentukan negara baharu Persekutuan Malaysia 🇲🇾.

 

MALAYA

20 Jun 1948 Singapura 4-2 Malaya (Singapura) - persahabatan

13 April 1953 Malaya 2-3 Korea Selatan (Singapura) - persahabatan

16 April 1953 Malaya 0-0 Korea Selatan (Singapura) - persahabatan

13 September 1953 Singapura 1-3 Malaya (Singapura) - persahabatan

17 Mac 1956 Malaya 9-2 Kemboja (Kuala Lumpur) - kelayakan Piala Asia 1956, Kumpulan 3, Pusingan Awal, Perlawanan 1

24 April 1956 Kemboja 3-2 Malaya (Phnom Penh, Kemboja) - kelayakan Piala Asia 1956, Kumpulan 3, Pusingan Awal, Perlawanan 2 (Malaya menang agregat 11-5)

3 Mei 1956 Vietnam Selatan 4-0 Malaya (Saigon, Vietnam) - kelayakan Piala Asia 1956, Kumpulan 3, Akhir, Perlawanan 1

24 Mei 1956 Malaya 3-3 Vietnam Selatan (Kuala Lumpur) kelayakan Piala Asia 1956, Kumpulan 3, Akhir, Perlawanan 2 (Malaya kalah agregat 3 -7)

1 September 1957 Malaya 5-2 Burma (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1957, Pusingan 1

3 September 1957 Malaya 1-4 Vietnam Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1957, Pusingan 2

4 September 1957 Malaya 3-3 Hong Kong (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1957, Pusingan 2

7 September 1957 Malaya 2-4 Indonesia (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1957, Pusingan 2 (Hong Kong johan)

27 Oktober 1957 Vietnam Selatan 1-0 Malaya (?) - persahabatan

2 November 1957 Kemboja 1-3 Malaya (?) - persahabatan

14 Mei 1958 Malaya 4-2 Pakistan (?) - persahabatan

25 Mei 1958 Formosa 2-1 Malaya (Tokyo, Jepun) - Sukan Asia 1958, Kumpulan 1

27 Mei 1958 Vietnam Selatan 6-1 Malaya (Tokyo, Jepun) - Sukan Asia 1958, Kumpulan 1 (Formosa & Vietnam Selatan mara)

4 Jun 1958 Hong Kong 2-2 Malaya (?) - persahabatan

1 September 1958 Malaya 3-2 Indonesia (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1958

2 September 1958 Malaya 0-0 Singapura (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1958

4 September 1958 Malaya 2-0 Vietnam Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1958

19 September 1958 Malaya 3-0 Hong Kong (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1958 (Malaya johan)

30 September 1958 Malaya 2-2 Korea Selatan (?) - persahabatan 

28 Disember 1958 Malaya 6-2 Jepun (?) - persahabatan

4 Januari 1959 Malaya 1-3 Jepun (?) - persahabatan

22 Januari 1959 Burma 2-4 Malaya (?) - persahabatan

31 Januari 1959 Thailand 3-3 Malaya (?) - persahabatan

11 Mei 1959 Singapura 2-5 Malaya (Singapura) - kelayakan Piala Asia 1960, Kumpulan 2

13 Mei 1959 Vietnam Selatan 1-0 Malaya (Singapura) - kelayakan Piala Asia 1960, Kumpulan 2 (Vietnam Selatan layak)

30 Ogos 1959 Malaya 4-1 Korea Selatan (Kuala Lumpur) - persahabatan, pra-Pesta Bola Merdeka 1959

2 September 1959 Malaya 4-3 Vietnam Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1959, Pusingan 2

4 September 1959 Malaya 1-1 India (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1959, Pusingan 2

6 September 1959 Malaya 2-1 Hong Kong (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1959, Pusingan 2 (Malaya johan)

13 Disember 1959 Malaya 2-1 Burma (?) - persahabatan

14 Disember 1959 Thailand 3-1 Malaya (Bangkok, Thailand) - Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1959, peringkat kumpulan

15 Disember 1959 Malaya 2-1 Vietnam Selatan (Bangkok, Thailand) - Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1959, peringkat kumpulan

20 April 1960 Indonesia 5-0 Malaya (Jakarta, Indonesia) - persahabatan

6 Mei 1960 Malaya 0-0 India (?) - persahabatan

5 Ogos 1960 Malaya 3-0 Jepun (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1960, Kumpulan 1

7 Ogos 1960 Malaya 8-2 Thailand (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1960, Kumpulan 1

12 Ogos 1960 Malaya 1-0 Pakistan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1960, Kumpulan 1 (Malaya mara)

14 Ogos 1960 Malaya 0-0 Korea Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1960, Akhir (berkongsi trofi)

28 Mei 1961 Jepun 3-2 Malaya (Tokyo, Jepun) - persahabatan

2 Ogos 1961 Malaya 3-2 Jepun (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1961, Kumpulan 1

 5 Ogos 1961 Malaya 3-1 Vietnam Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1961, Kumpulan 1

9 Ogos 1961 Malaya 1-2 India (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1961, Kumpulan 1 (Malaya mara)

13 Ogos 1961 Malaya 1-2 Indonesia (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1961, Akhir

22 Oktober 1961 Malaya 3-1 Indonesia (Kuala Lumpur) - persahabatan

26 Oktober 1961 Vietnam Selatan 1-0 Malaya (?) - persahabatan

12 Disember 1961 Malaya 4-0 Kemboja (Rangoon, Burma) - Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961, Kumpulan B

13 Disember 1961 Burma 1-2 Malaya (Rangoon, Burma) - Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961, Kumpulan B (Malaya dan Burma mara)

14 Disember 1961 Malaya 2-2 Thailand (Rangoon, Burma) - Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961, Separuh Akhir (Malaya menang dengan kelebihan)

17 Disember 1961 Burma 0-2 Malaya (Rangoon, Burma) - Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961, Akhir (Malaya johan)

8 Ogos 1962 Malaya 2-2 Jepun (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1962, Kumpulan 2

13 Ogos 1962 Malaya 3-2 Burma (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1962, Kumpulan 2

16 Ogos 1962 Malaya 0-0 Pakistan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1962, Kumpulan 2 (Pakistan mara)

19 Ogos 1962 Malaya 3-1 Korea Selatan XI (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1962, Penentuan Tempat Ketiga

24 Ogos 1962 Indonesia 2-3 Malaya (Jakarta, Indonesia) - Sukan Asia 1962, Kumpulan 2

26 Ogos 1962 Malaya 15-1 Filipina (Jakarta, Indonesia) - Sukan Asia 1962, Kumpulan 2

30 Ogos 1962 Malaya 0-3 Vietnam Selatan (Jakarta, Indonesia) - Sukan Asia 1962, Kumpulan 2 (Malaya dan Vietnam Selatan mara)

1 September 1962 Malaya 1-2 Korea Selatan (Jakarta, Indonesia) - Sukan Asia 1962, Separuh Akhir

4 September 1962 Malaya 4-1 Vietnam Selatan (Jakarta, Indonesia) - Sukan Asia 1962, Penentuan Tempat Ketiga

27 Oktober 1962 Malaya 4-2 Thailand (?) - persahabatan

28 Oktober 1962 Malaya 1-2 Indonesia (?) - persahabatan

30 Oktober 1962 Vietnam Selatan 2-0 Malaya (?) - persahabatan

8 Ogos 1963 Malaya 3-4 Jepun (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1963, peringkat kumpulan

11 Ogos 1963 Malaya 0-5 Vietnam Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1963, peringkat kumpulan

12 Ogos 1963 Malaya 2-3 Formosa (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1963, peringkat kumpulan

14 Ogos 1963 Malaya 2-2 Thailand (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1963, peringkat kumpulan

16 Ogos 1963 Malaya 3-0 Korea Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1963, peringkat kumpulan


🇸🇬 P:4 M:2 S:1 K:1 G:10 B:7

🇰🇷 P:8 M:3 S:3 K:2 G:15 B:9

🇰🇭 P:4 M:3 S:0 K:1 G:18 B:6

🇻🇳 P:15 M:5 S:1 K:9 G:20 B:36

🇲🇲 P:6 M:5 S:0 K:1 G:17 B:9

🇭🇰 P:4 M:2 S:2 K:0 G:10 B:6

🇮🇩 P:7 M:3 S:0 K:4 G:13 B:18

🇵🇰 P:3 M:2 S:1 K:0 G:5 B:2

🇹🇼 P:2 M:0 S:0 K:2 G:3 B:5

🇯🇵 P:7 M:3 S:1 K:3 G:20 B:16

🇹🇭 P:6 M:2 S:3 K:1 G:20 B:14

🇮🇳 P:3 M:0 S:2 K:1 G:2 B:3

🇵🇭 P:1 M:1 S:0 K:0 G:15 B:1

Jumlah: Perlawanan:70 Menang:31 (44.29%) Seri:14 Kalah:25 Gol:168 Bolos:132

 

Lain-lain:

9 April 1953 Malaya 2-3 Korea Selatan (?) - tidak dapat dipastikan*

16 Februari 1957 Malaya 2-3 All India 2-3 (?) - pertunjukan

31 Disember 1958 Malaya 1-3 Jepun (?) - tidak dapat dipastikan*

24 Januari 1959 Burma 3-2 Malaya (?) - bukan senior*

27 Januari 1959 Burma 2-0 Malaya (?) - bukan senior*

31 Januari 1959 Malaya 2-2 Jepun (?) - bukan senior*

8 Februari 1959 Burma 2-0 Malaya (?) - bukan senior*

17 Ogos 1963 Malaya 3-1 British Army (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1963, peringkat kumpulan (Formosa johan)


Nota:

Perlawanan sulung

Kekalahan terbesar

Kemenangan terbesar

Perlawanan terakhir sebagai Malaya