Stadium Merdeka: Bolasepak dan Malaysia |
Menurut International Federation of Football History & Statistics (IFFHS), Liga Malaysia (Liga-M a.k.a. M-League) pada tahun 2013 menduduki tempat ke-88 yakni turun 14 anak tangga dari tempat ke-74 pada tahun sebelumnya. Biar pun negara kita tersenarai dalam 125 liga nasional yang terkuat di dunia, realitinya Malaysia masih jauh terkebelakang berbanding negara-negara sebenua seperti Korea Selatan (ke-23), Arab Saudi (ke-24), Jepun (ke-30), China (ke-34), Iran (ke-37), Kuwait (ke-56), Thailand (ke-63), Qatar (ke-66), Emiriah Arab Bersatu (ke-71), Iraq (ke-74), Oman (ke-75), dan Jordan (ke-85). Kalau hendak dibandingkan dengan 10 negara teratas iaitu Sepanyol, England, Jerman, Itali, Brazil, Argentina, Perancis, Rusia, Colombia, dan Romania, sudah tentu lebih jauh lagi. Walau bagaimanapun, dengan adanya maklumat seperti ini, pihak yang berwajib boleh menilai sendiri kemampuan sebenar sukan bolasepak negara dan mula merancang mengikut potensi yang boleh dikembangkan. Berdasarkan maklumat yang tepat, kemajuan yang ingin dicapai menjadi lebih realistik dan tidak lagi bersumberkan angan-angan Mat Jenin.
Sekiranya Wikipedia menjadi rujukan yang paling mudah dan cepat, Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation (RSSSF) pula menyimpan rekod yang agak komprehensif dan menyeluruh. Sebelum tahun 1979, Malaysia masih belum mempunyai pertandingan bolasepak dalam bentuk liga yang lengkap, cuma ada pembahagian zon utara dan zon selatan (di samping zon timur laut atau Piala Borneo) bagi penentuan ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia. Bermula pada 1979, zon-zon tersebut telah digabungkan menjadi sebuah sistem liga namun hanya kemudian, iaitu pada 1982, telah diwujudkan satu piala khusus bagi Liga Malaysia. Berikut disenaraikan juara liga utama negara semenjak ditubuhkan pada tahun 1982 hingga setakat ini:
Peringkat kumpulan Piala Malaysia 1979 Singapura 1980 Selangor 1981 Singapura Liga Malaysia 1982 Pulau Pinang 1983 Melaka 1984 Selangor 1985 Singapura 1986 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) 1987 Pahang 1988 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) Liga Semi-Pro Bahagian 1 1989 Selangor 1990 Selangor 1991 Johor 1992 Pahang 1993 Kedah Liga Perdana 1994 Singapura 1995 Pahang 1996 Sabah 1997 Sarawak Liga Perdana 1 1998 Pulau Pinang 1999 Pahang 2000 Selangor 2001 Pulau Pinang 2002 Perak 2003 Perak Liga Super 2004 Pahang 2005 Perlis 2006 Negeri Sembilan 2007 Kedah 2008 Kedah 2009 Selangor 2010 Selangor 2011 Kelantan 2012 Kelantan 2013 LionsXII (Singapura) 2014 Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) 2015 JDT FC 2016 JDT FC 2017 JDT FC 2018 JDT FC 2019 JDT FC 2020 JDT FC 2021 JDT FC 2022 JDT FC 2023 JDT FC 2024 ?
Manakala senarai johan liga divisyen kedua negara pula adalah seperti berikut:
Liga Semi-Pro Bahagian 2 1989 Perlis 1990 Terengganu 1991 Negeri Sembilan 1992 Kedah 1993 Selangor 1994tiada[dua liga yang tertinggi digabungkan] 1995tiada1996tiada1997tiadaLiga Perdana 2 1998 Terengganu 1999 Johor 2000 Kelantan 2001 Johor FC (JDT FC) 2002 Kedah 2003 Selangor Public Bank FC Liga Premier 2004 Selangor MPPJ FC 2005 Selangor 2006 Kedah 2007 Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2008 Kuala Muda Naza FC 2009 Harimau Muda 2010 Felda United FC 2011 Selangor PKNS FC 2012 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2013 Sarawak 2014 PDRM 2015 Kedah 2016 Melaka United SA (Melaka) 2017 Kuala Lumpur 2018 Felda United FC 2019 Sabah 2020 Pulau Pinang 2021 Negeri Sembilan FC 2022 Johor Darul Ta'zim II (Johor) 2023tiada[bakal digantikan dengan Liga Semi-Pro] 2024tiada2025 ?
Dalam sejarah bolasepak Malaysia, pembentukan liga pada asalnya hanyalah sebagai pusingan kelayakan bagi pasukan-pasukan yang bertanding untuk layak ke Piala Malaysia. Pada tahun 1989, barulah pertandingan liga diasaskan sebagai Liga Semi-Pro. Pada tahun 1994, Liga Profesional diperkenalkan sebelum bertukar menjadi Liga Super pada tahun 2004. Piala Malaysia dianggap lebih berprestij kerana mempunyai kisah yang lebih panjang apabila dimulakan dengan Malaya Cup pada tahun 1921, kemudian HMS (His Majesty's Ship) Malaya Cup pada tahun 1933 sebelum dinamakan Piala Malaya pada tahun 1948 sehinggalah dikenali dengan nama sekarang, Piala Malaysia sejak tahun 1967. Senarai lengkap pemenang-pemenang perlawanan akhir Piala Malaysia adalah seperti berikut:
Malaya Cup 1921 Singapura 2-1 Selangor 1922 Selangor 3-2 Singapura 1923 Singapura 2-1 Perak 1924 Singapura 1-0 Selangor 1925 Singapura 2-1 Selangor 1926 Perak 1-0 Singapura [aet] 1927 Selangor 8-1 Singapura 1928 Selangor 2-2 Singapura [aet] [joint winners] 1929 Singapura 2-2 Selangor [aet] [joint winners] 1930 Singapura abd 3-0 Selangor 1931 Perak 3-1 Singapura 1932 Singapura 5-3 Selangor HMS Malaya Cup 1933 Singapura 8-2 Selangor 1934 Singapura 2-1 Pulau Pinang 1935 Selangor 2-0 Singapura 1936 Selangor 1-0 Singapura 1937 Singapura 2-1 Selangor 1938 Selangor 1-0 Singapura 1939 Singapura 3-1 Selangor 1940 Singapura 2-0 Kedah 1941 Singapura 3-1 Pulau Pinang 1942-47tidak dimainkan[Perang Dunia II] Piala Malaya 1948 Negeri Sembilan 2-2 2-1 Selangor 1949 Selangor 3-2 Tentera Darat/Tentera Laut (ATM) 1950 Singapura 2-0 Pulau Pinang 1951 Singapura 6-0 Perak 1952 Singapura 3-2 Pulau Pinang 1953 Pulau Pinang 3-2 Singapura 1954 Pulau Pinang 3-0 Singapura 1955 Singapura 3-1 Kelantan 1956 Selangor 2-1 Singapura 1957 Perak 3-2 Selangor 1958 Pulau Pinang 3-3 3-1 Singapura 1959 Selangor 4-0 Perak 1960 Singapura 2-0 Perak 1961 Selangor 4-2 Perak 1962 Selangor 1-0 Pulau Pinang 1963 Selangor 6-2 Pulau Pinang 1964 Singapura 3-2 Perak [aet] 1965 Singapura 3-1 Selangor 1966 Selangor 1-0 Angkatan Tentera (ATM) Piala Malaysia 1967 Perak 2-1 Singapura 1968 Selangor 8-1 Pulau Pinang 1969 Selangor 1-0 Pulau Pinang 1970 Perak 2-0 Kelantan 1971 Selangor 3-1 Perak 1972 Selangor 3-0 Perak 1973 Selangor 2-1 Terengganu 1974 Pulau Pinang 2-1 Perak 1975 Selangor 1-0 Singapura 1976 Selangor 3-0 Singapura 1977 Singapura 3-2 Pulau Pinang [aet] 1978 Selangor 4-2 Singapura 1979 Selangor 2-0 Singapura 1980 Singapura 2-1 Selangor 1981 Selangor 4-0 Singapura 1982 Selangor 1-0 Terengganu 1983 Pahang 3-2 Selangor [aet] 1984 Selangor 3-1 Pahang 1985 Johor 2-0 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) 1986 Selangor 6-1 Johor 1987 Kuala Lumpur 1-0 Kedah 1988 Kuala Lumpur 3-0 Kedah 1989 Kuala Lumpur 2-1 Kedah 1990 Kedah 3-1 Singapura 1991 Johor 3-1 Selangor 1992 Pahang 1-0 Kedah 1993 Kedah 2-0 Singapura 1994 Singapura 4-0 Pahang 1995 Selangor 1-0 Pahang [asdet] 1996 Selangor 1-1 Sabah [asdet, 5-3 pen] 1997 Selangor 1-0 Pahang [asdet] 1998 Perak 1-1 Terengganu [asdet, 5-3 pen] 1999 Brunei 2-1 Sarawak 2000 Perak 2-0 Negeri Sembilan 2001 Terengganu 2-1 Perak 2002 Selangor 1-0 Sabah [asdet] 2003 Selangor MPPJ FC 3-0 Sabah 2004 Perlis 1-0 Kedah 2005 Selangor 3-0 Perlis 2006 Perlis 2-1 Negeri Sembilan 2007 Kedah 3-0 Perak 2008 Kedah 3-2 Selangor 2009 Negeri Sembilan 3-1 Kelantan 2010 Kelantan 2-1 Negeri Sembilan 2011 Negeri Sembilan 2-1 Terengganu 2012 Kelantan 3-2 ATM [aet] 2013 Pahang 1-0 Kelantan 2014 Pahang 2-2 JDT FC [aet, 5-3 pen] 2015 Selangor 2-0 Kedah 2016 Kedah 1-1 Selangor [aet, 6-5 pen] 2017 JDT FC 2-0 Kedah 2018 Perak 3-3 TFC (Terengganu) [aet, 4-1 pen] 2019 JDT FC 3-0 Kedah 2020dibatalkan separuh jalan[Wabak COVID-19] 2021 KL City FC 2-0 JDT FC #100tahun 2022 JDT FC 2-1 Selangor FC 2023 JDT FC 3-1 TFC (Terengganu) 2024 ? 0-0 ? []
Pemenang-pemenang Piala FA pula adalah:
1990 Perak 4-2 Selangor 1991 Selangor 1-0 Perak 1992 Sarawak 2-1 Kuala Lumpur 1993 Kuala Lumpur 2-1 Sabah 1994 Kuala Lumpur 3-1 Sabah 1995 Sabah 3-1 Pahang 1996 Kedah 1-0 Sarawak 1997 Selangor 1-0 Pulau Pinang 1998 Johor 1-0 Sabah 1999 Kuala Lumpur 0-0 Terengganu [aet, 5-3 pen] 2000 Terengganu 1-1 Pulau Pinang [aet, 4-3 pen] 2001 Selangor 1-0 Sarawak [aet] 2002 Pulau Pinang 1-0 Perak 2003 Negeri Sembilan 2-1 Perlis [asdet] 2004 Perak 3-0 Terengganu [aet] 2005 Selangor 4-2 Perak 2006 Pahang 0-0 Perlis [aet, 4-2 pen] 2007 Kedah 0-0 Perlis [aet, 4-2 pen] 2008 Kedah 3-2 Selangor 2009 Selangor 1-1 Kelantan [aet, 4-1 pen] 2010 Negeri Sembilan 1-1 Kedah [aet, 5-4 pen] 2011 Terengganu 2-1 Kelantan [aet] 2012 Kelantan 1-0 Sime Darby FC 2013 Kelantan 1-0 JDT FC 2014 Pahang 2-1 Felda United FC 2015 LionsXII (Singapura) 3-1 Kelantan 2016 JDT FC 2-1 PKNS FC 2017 Kedah 3-2 Pahang 2018 Pahang 2-0 Selangor 2019 Kedah 1-0 Perak [aet] 2020dibatalkan[Wabak COVID-19] 2021dibatalkan[Wabak COVID-19] 2022 JDT FC 3-1 TFC (Terengganu) 2023 JDT FC 2-0 KL City FC (Kuala Lumpur) 2024 JDT FC 6-1 Selangor FC 2025 ? 0-0 ? []
Di samping itu, disenaraikan juga pemenang Piala Sumbangsih atau yang kini dipanggil sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah:
1956 Selangor 1-0 Pulau Pinang dana Persekutuan Olimpik Malaya
1985 Selangor 2-1 Pahang 1986 Johor 1-1 Singapura [5-4 pen] 1987 Selangor 1-0 Kuala Lumpur 1988 Kuala Lumpur 2-1 Pahang 1989 Singapura 1-0 Kuala Lumpur 1990 Selangor 0-0 Kuala Lumpur [3-0 pen] 1991 Kedah 2-1 Selangor 1992 Pahang 2-0 Johor 1993 Pahang 5-0 Sarawak 1994 Kedah 1-0 Kuala Lumpur 1995 Kuala Lumpur 3-2 Pahang 1996 Selangor 2-0 Sabah 1997 Selangor 2-0 Kedah 1998 Sarawak 3-1 Selangor 1999 Perak 2-0 Johor 2000 Kuala Lumpur 2-1 Brunei [asdet] 2001 Terengganu 4-0 Perak 2002 Selangor 2-1 Terengganu 2003 Pulau Pinang 1-0 Selangor 2004 Selangor MPPJ FC 4-2 Negeri Sembilan 2005 Perak 2-2 Perlis [aet, 4-2 pen] 2006 Perak 4-1 Selangor 2007 Perlis 2-1 Pahang 2008 Perlis 0-0 Kedah [5-4 pen] 2009 Selangor 4-1 Kedah 2010 Selangor 2-1 Negeri Sembilan 2011 Kelantan 2-0 Selangor 2012 Negeri Sembilan 2-1 Kelantan 2013 ATM 1-1 Kelantan [4-3 pen] 2014 Pahang 1-0 LionsXII (Singapura) 2015 JDT FC 2-0 Pahang 2016 JDT FC 1-1 Selangor [7-6 pen] 2017 Kedah 1-1 JDT FC [5-4 pen] 2018 JDT FC 2-1 Kedah 2019 JDT FC 1-0 Perak 2020 JDT FC 1-0 Kedah 2021 JDT FC 2-0 KDA FC (Kedah) 2022 JDT FC 3-0 KL City FC (Kuala Lumpur) 2023 JDT FC 2-0 TFC (Terengganu) 2024 JDT FC 3-0 Selangor FC [SFC tarik diri ekoran simbah asid FH7] 2025 ? 0-0 ? []
Berikut adalah senarai pemenang Piala Cabaran, pertandingan terbaru yang diadakan mulai tahun 2018:
2018 Terengganu FC II 2-2 2-0 UKM FC [agg] 2019 JDT FC II (Johor) 1-0 0-1 UKM FC [6-5 pen] 2020dibatalkan[Wabak COVID-19] 2021dibatalkan[Wabak COVID-19] 2022dibatalkan[Pasca COVID-19] 2023 PDRM FC 3-0 1-1 Kuching City FC [agg] 2024 ? 0-0 0-0 ? []
Merekod data bukan sahaja diperlukan untuk mengumpul maklumat semata-mata tetapi juga amat berguna dalam meningkatkan pengetahuan agar, setiap penambahbaikan boleh dikenal pasti. Seterusnya, pengetahuan tersebut bolehlah digunakan untuk melaksanakan agenda pembangunan bolasepak negara melalui tindak-tanduk yang bijaksana.
Ikuti sambungannya dalam Bahagian 2 dan Bahagian 3.
Rujukan:
THE STRONGEST NATIONAL LEAGUE OF THE WORLD
MALAYSIA - LIST OF CHAMPIONS
AFC CLUB COMPETITIONS RANKING
No comments:
Post a Comment