Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)
Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Sunday, October 30, 2022

PROJEK: AKADEMI DUNIA BOLASEPAK

Akademi Dunia Bolasepak (ADB)

Dunia Bolasepak Academy (DBA)

"Adab Sopan Nilai Utama"

Sejarah lama telah berlalu. Sekarang, masa untuk melakar sejarah baru. Terdapat beberapa persoalan yang ingin dibincangkan. Apa, di mana, bila, dan siapa? Selepas itu, dua persoalan yang lebih besar iaitu kenapa dan bagaimana.

Tahukah anda bahawa setiap perbuatan harus bermula dengan niat? Niat yang jahat maka buruklah hasilnya manakala niat yang baik mudah-mudahan eloklah hasilnya. Niat itu ibarat doa dan doa mesti diiringi dengan usaha. Doa hanya menjadi bermanfaat sekiranya sabar dalam memohon kebaikan. Setelah berdoa, barulah usaha tidak menjadi sia-sia ataupun menjurus kepada maksiat. Ketahuilah bahawa setiap usaha yang baik merupakan suatu ibadat. Ada ganjaran yang tidak terkira banyaknya.

Sebab itulah, apa gunanya kalau menjaringkan hat-trick tetapi masih berseluar pendek di atas paras lutut? Apa gunanya menang perlawanan kalau pemain lawan ditumbuk-tumbuk? Malah, berguna lagikah selepas memenangi Piala Dunia dan menjadi pemain terbaik dunia tetapi lama-kelamaan menjadi tua sehingga hampir tiada siapa pun yang peduli? Permainan bolasepak seolah-olahnya semacam kehidupan di dunia, yakni keseronokan yang sementara. Seorang pemain bolasepak profesional barangkali paling lama menghabiskan lebih kurang 10 tahun hingga 20 tahun sahaja untuk berkecimpung di kemuncak kerjayanya, itupun jikalau tiada kecederaan yang serius. Jika tidak menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan umpamanya, maka setakat itu sahajalah penglibatannya. Apa yang seterusnya, itulah yang harus difikirkan.

Jadi, berbalik kepada persoalan asal, apa itu bolasepak? Apakah baik atau tidak bolasepak ini? Bolasepak adalah sejenis sukan yang semua orang tahu, rasanyalah. Samada ianya baik atau tidak, itu terpulang kepada masing-masing. Apa-apa pun di dunia ini ada sisi cerah dan ada sisi gelapnya. Maka, ambillah yang jernih dan buang yang keruh supaya peranan dan tanggungjawab yang digalas tidak disalah guna. Kemudian, persoalan di mana. Bolasepak boleh dimainkan hampir di mana-mana. Sekiranya tidak di padang, di pantai, atau di gelanggang futsal, di jalanan malahan di dalam rumah pun boleh bermain seandainya tidak dimarahi ibubapa atau isteri. Cukup sekadar sebiji bola. Di Malaysia, tahap profesional bertaraf kebangsaan yang paling tinggi adalah di Liga Malaysia yang turut dijalankan beriringan dengan Piala Malaysia. Sudah ramai pemain import yang datang ke sini, cuma pemain eksport ke luar negara sahaja yang kurang. Persoalan bila pula ada tiga, masa lepas, masa kini, dan masa depan. Tiga masa ini berkait pula dengan siapa yang menjadi pemainnya, samada akan terus dikenang ataupun dilupakan.

Baiklah, seterusnya adalah dua persoalan besar iaitu kenapa dan bagaimana. Kenapa suka bolasepak, atau kenapa tidak suka bolasepak? Betul-betul minat atau saja suka-suka? Sekadar hobi atau sumber periuk nasi keluarga? Jawapan kepada persoalan kenapa ini jugalah yang akan turut menjawab kepada persoalan bagaimana. Bagaimana untuk teruskan atau bagaimana untuk mencari jalan yang lain. Boleh jadi bersambung, boleh jadi terhenti. Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Bagi yang mahu bersambung, berikut adalah panduan umum bagi pecahan kategori umur untuk membentuk sesebuah pasukan mahupun beberapa skuad:
  1. Kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)
  2. Remaja (13 hingga 19 tahun)
  3. Belia (20 hingga 26 tahun)
  4. Senior (27 hingga 33 tahun)
  5. Veteran (34 tahun ke atas)

Di peringkat dunia, telah pun wujud pelbagai pertubuhan, persekutuan, serta gabungan antarabangsa. Tanpa persatuan atau kelab rasmi sekalipun, bolasepak seharusnya wajar dikongsi bersama kegembiraannya apabila dapat bermain atau menonton tidak kiralah di kampung-kampung atau di bandar-bandar. Daerah, negeri, atau wilayah mana pun, selagi mana tidak melibatkan perkara antara hidup dengan mati maka bolasepak tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada solat di awal waktu atau berpuasa di bulan Ramadan seperti mana terhalangnya bolasepak apabila Perang Dunia atau wabak melanda.

Ada pandangan atau pertanyaan yang hendak diajukan? Usah malu untuk berinteraksi dengan kami. Sekian dahulu buat masa ini. Ribuan terima kasih.



Tuesday, April 26, 2022

Village Football League & Village Ace Trophy

24 Ramadan 1443

Pihak duniabolasepak berhasrat untuk mengetengahkan suatu idea, yang tidaklah terlalu segar tetapi tidak juga telah lapuk. Boleh jadi, idea pembaharuan semula. Yakni, sebuah projek liga pembangunan bolasepak tempatan sebagai cadangan bagi masa depan sekiranya diizinkan Tuhan. Bila agak-agaknya nak kasi jadi? Entahlah, mungkin boleh dijayakan apabila telah mendapat sokongan yang secukupnya. Nama yang diberi ialah Liga Kampung Malaysia™ (LKM) ataupun Village Football League™ (VFL) dalam bahasa Inggeris di samping sebuah lagi pertandingan kembar iaitu Trofi Jaguh Kampung™ (TJK) atau Village Ace Trophy™ (VAT). 

Cuba bayangkan, setiap pasukan utama yang bertanding mempunyai gelanggangnya sendiri, peralatan sukan, padang latihan, pusat perubatan, akademi remaja, dan tidak kurang penting, kemudahan-kemudahan seperti surau, restoran, dan sebagainya. Bayangkan sahaja, mana tahu sedikit demi sedikit boleh dilaksanakan dalam jangka masa panjang. Mungkin kelakar bagi sesetengah pihak, tetapi tidak mengapalah. Tidak salah rasanya untuk mempunyai cita-cita untuk cuba berbakti walaupun sekadar penulisan (atau penaipan) sementara masih diberikan peluang. Berikut akan dibentangkan terlebih dahulu struktur liga sebagai panduan. Adakah ianya kelihatan seakan-akan seperti Liga Bolasepak Rakyat (LBR) yang telah pun dibubarkan? Dekat-dekat sama atau langsung tidak sama, anda nilailah sendiri.


LKM Negeri Perlis

Padang Besar

Kangar

Arau


LKM Negeri Kedah

Baling

Bandar Baharu

Kota Setar

Kuala Muda

Kubang Pasu

Kulim

Langkawi

Padang Terap

Pendang

Pokok Sena

Sik

Yan


LKM Negeri Pulau Pinang

Timur Laut Pulau

Barat Daya Pulau

Seberang Perai Utara

Seberang Perai Tengah

Seberang Perai Selatan


LKM Negeri Perak

Bagan Datuk

Batang Padang

Hilir Perak

Hulu Perak

Kampar

Kerian

Kinta

Kuala Kangsar

Larut-Matang-Selama

Manjung

Muallim

Perak Tengah


LKM Negeri Selangor

Gombak

Hulu Langat

Hulu Selangor

Klang

Kuala Langat

Kuala Selangor

Petaling

Sabak Bernam

Sepang


LKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kepong

Batu

Wangsa Maju

Segambut

Setiawangsa

Titiwangsa

Lembah Pantai

Bukit Bintang

Cheras

Seputeh

Bandar Tun Razak

Putrajaya-Cyberjaya (Putrajaya-Siberjaya)


LKM Negeri Sembilan

Jelebu

Jempol

Kuala Pilah

Port Dickson (Tanjung Tin)

Rembau

Seremban

Tampin


LKM Negeri Melaka

Alor Gajah

Melaka Tengah

Jasin


LKM Negeri Johor

Batu Pahat

Johor Bahru

Kluang

Kota Tinggi

Kulai

Mersing

Muar

Tangkak

Pontian

Segamat


LKM Negeri Pahang

Bera

Bentong

Cameron Highlands (Lembah Telom)

Jerantut

Kuantan

Lipis

Maran

Pekan

Raub

Rompin

Temerloh


LKM Negeri Terengganu

Besut

Dungun

Hulu Terengganu

Kemaman

Kuala Nerus

Kuala Terengganu

Marang

Setiu


LKM Negeri Kelantan

Bachok

Gua Musang

Jeli

Kota Bharu

Kuala Krai

Machang

Pasir Mas

Pasir Puteh

Tanah Merah

Tumpat


LKM Wilayah Sarawak

Asajaya

Bau

Belaga

Betong

Bintulu

Dalat

Daro

Julau

Kanowit

Kapit

Kuching

Lawas

Limbang

Lubok Antu

Lundu

Marudi

Matu

Meradong

Miri

Mukah

Padawan

Pakan

Samarahan

Saratok

Sarikei

Selangau

Serian

Sibu

Simunjan

Song

Sri Aman

Tatau

Tebedu


LKM Wilayah Sabah

Beaufort (Padas)

Beluran

Keningau

Kinabatangan

Kota Belud

Kota Kinabalu

Kota Marudu

Kuala Penyu

Kudat

Kunak

Lahad Datu

Nabawan

Papar

Penampang

Pitas

Putatan

Ranau

Sandakan

Semporna

Sipitang

Tambunan

Tawau

Tenom

Tongod

Tuaran

Labuan


6v6


TJK Persekutuan Malaysia

  1. Kangar
  2. Alor Setar
  3. George Town (Tanjong Penaga)
  4. Ipoh
  5. Shah Alam
  6. Kuala Lumpur
  7. Seremban
  8. Bandaraya Melaka (Bandar Hilir)
  9. Johor Bahru
  10. Kuantan
  11. Kuala Terengganu
  12. Kota Bharu
  13. Kuching
  14. Kota Kinabalu


Sekiranya berminat, sila hubungi kami melalui email (duniabolasepakmalaysia@gmail.com) untuk mendaftar samada sebagai ahli mahupun sebagai calon pembiaya.


"Sama-sama merakyatkan sukan bolasepak." 

#DUNIABOLASEPAK



Saturday, October 21, 2017

Bakat Muda 2017: Pencarian bakat baru bolasepak

Pada tahun ini, duniabolasepak.blogspot.my (DBS) telah melancarkan satu inisiatif untuk mencari bakat-bakat baru dunia bolasepak tempatan melalui kaedah online. Berumur dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun, berikut adalah beberapa bakat muda tersebut.



1. NAMA: Shahrul Wafiy
NEGERI KELAHIRAN: Kuala Lumpur
NEGERI PERSEKOLAHAN TERAKHIR: Kuala Lumpur
POSISI: Pemain tengah/ Penyerang
UMUR: 19 tahun
KAKI: Kanan

PENGALAMAN:
  • MBS Sentul (2012-2015): 20 perlawanan, 11 jaringan
  • Academy Junior FC (2012-2016): 33 perlawanan, 8 jaringan
PENCAPAIAN:
  • Oudley Shield (2015) - MBS Sentul
  • Naib Johan, Liga Juara-juara Seri Kembangan (2014) - Academy Junior FC


2. NAMA: Aaron Jawa
NEGERI KELAHIRAN: Sarawak
NEGERI PERSEKOLAHAN TERAKHIR: Melaka
POSISI: Sayap kanan/ Pemain tengah
UMUR: 18 tahun
KAKI: Kanan & Kiri

PENGALAMAN:
  • SK St. Lawrence (2009-2011): 5 jaringan
  • SMK Ayer Keroh (2012-2014): 8 jaringan

PERKEMBANGAN TERKINI:
  • Menghadiri pemilihan skuad Piala Presiden/Piala Belia Pulau Pinang pada 25 November 2017 di Padang Polo C, George Town


3. NAMA: Merhan
NEGERI KELAHIRAN: Kuala Lumpur
NEGERI PERSEKOLAHAN TERAKHIR: Pahang
POSISI: Sayap kanan dan kiri/ Pemain tengah/ Penyerang
UMUR: 19 tahun
KAKI: Kanan & Kiri

PENGALAMAN:
  • tidak rasmi


4. NAMA: Farhan Shah
NEGERI KELAHIRAN: Kuala Lumpur
NEGERI PERSEKOLAHAN TERAKHIR: Kuala Lumpur
POSISI: Penjaga gol
UMUR: 19 tahun
KAKI: Kanan & Kiri

PENGALAMAN:
  • TOT United Jr (2009-2010): 52 perlawanan
  • Academy Jr (2011-2012): 31 perlawanan
  • Paya FC (2015-2017): 45 perlawanan
PENCAPAIAN:
  • Juara, Piala Komuniti - Academy Jr
  • Naib juara, Milo Hidup Bola Melaka - TOT United Jr
  • Naib juara, Liga DBKL - Academy Jr
  • Tempat ketiga, Piala Merdeka - Academy Jr
  • Tempat ketiga, Liga Komuniti - Paya FC


5. NAMA: Haziq Hakim
NEGERI KELAHIRAN: Pahang
NEGERI PERSEKOLAHAN TERAKHIR: Pahang
POSISI: Sayap kanan dan kiri/ Pemain tengah
UMUR: 20 tahun
KAKI: Kanan

PENGALAMAN:
  • MSSD peringkat sekolah (2013-2015)


6. NAMA: Ahmad Zharif
NEGERI KELAHIRAN: Pulau Pinang
NEGERI PERSEKOLAHAN TERAKHIR: Pulau Pinang
POSISI: Pemain tengah
UMUR: 19 tahun
KAKI: Kanan

PENGALAMAN:
  • tidak rasmi



[duniabolasepakmalaysia@gmail.com]