Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Friday, June 6, 2025

Liga-M musim 2025-2026

Musim Liga Malaysia (2024-2025) yang lepas, telah bermula pada awal Mei 2024 dan berakhir pada pertengahan April 2025. Kononnya nak ikut kalendar omputeh yang ada musim bunga, panas, luruh, dan sejuk. Walhal, di Malaysia musimnya berbeza. Tanahair tercinta ini berada di antara dua monsun. Selain musim buah dan musim cuti sekolah, umumnya Monsun Timur Laut iaitu musim tengkujuh adalah pada November hingga Mac manakala musim kering adalah pada Mei hingga September yakni Monsun Barat Daya. Dua tempoh peralihan monsun adalah pada bulan April dan bulan Oktober. Meskipun terdapat dakwaan bahawa tangan-tangan manusia mempunyai teknologi yang mampu mengawal cuaca, mencetuskan gempa bumi, mahupun memanipulasi otak orang ramai, sebarang perubahan iklim semuanya adalah dengan izin Allah. Tanpa izin Tuhan seluruh alam, tiada apa yang berlaku. Musim Piala Dunia pun pernah terbantut apabila telah dibatalkan pada tahun 1942 dan juga 1946 akibat Perang Dunia Kedua.

Kali ini, Liga Malaysia musim 2025-2026 menginjak jadualnya dan akan bermula pada bulan Ogos 2025 hinggalah diselesaikan pada bulan Mei 2026. Atas alasan ingin selari dengan kalendar antarabangsa, maka penukaran jadual pertandingan dibuat mengikut format badan bolasepak Asia katanya. Dahulu, sekitar tahun 2006 hingga 2008, selama tiga musim juga telah berlangsung perjalanan liga merentasi dua tahun seperti ini. Agak menarik bahawa musim ini adalah yang ke-44 dalam sejarah liga bolasepak kebangsaan dan yang ke-22 sejak penubuhan liga utama negara yang telah diswastakan, Liga Super Malaysia. Kemuncaknya bakal diakhiri pada 12 Ogos 2026, dengan penganjuran Anugerah Bolasepak Kebangsaan yang kini ditukar namanya kepada Majlis Anugerah Liga-M. Pasukan JDT yang buat pertama kalinya mara ke suku akhir dalam Elit Liga Juara-juara Konfederasi Bolasepak Asia di samping sudah pun memperoleh kejuaraan liga sebanyak 11 kali, dijangka turut mendapatkan gelaran ke-12 secara berturut-turut pada musim ini tanpa tentangan yang kuat daripada pencabar-pencabar yang lain. Bilakah takhta skuad Harimau Selatan akan berpindah tangan, hanya yang bertanding boleh berusaha mengubahnya.



Perlawanan Sumbangsih / Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2025-2026
• JDT lwn. Selangor, Stadium Sultan Ibrahim Larkin (Iskandar Puteri, Johor), 8 Ogos 2025



Liga Super 2025-2026

  1. JDT [Liga Juara-juara Elit AFC & Kejohanan Kelab ASEAN]
  2. Selangor [Liga Juara-juara AFC 2 & Kejohanan Kelab ASEAN]
  3. Sabah
  4. Kuching City
  5. Terengganu
  6. KL City
  7. PDRM
  8. Penang
  9. Negeri Sembilan
  10. Kelantan Darul Naim (Kelantan The Real Warriors)
  11. Melaka
  12. Imigresen
  13. Duli Pengiran Muda Mahkota* (Brunei DPMM)
  14. Sri Pahang
  15. Perak
  16. Kedah Darul Aman


Liga Premier

  • tiada



Piala MFL

  • tiada


Liga M3 / Kejohanan MBSB Bank / Liga Semi-Pro A1 2025-2026

  1. Johor FA (JDT II)
  2. Selangor II
  3. Perak FA
  4. Kedah FA
  5. Kedah Darul Aman FC
  6. Kelantan Red Warrior (KRW FC)
  7. Kelantan Wan Tendong Stable (Kelantan City FC)
  8. Perlis Guar Syed Alwi
  9. Armed Forces FC (Angkatan Tentera Malaysia)
  10. Imigresen II
  11. Malaysian University (Universiti Malaysia)
  12. Manjung City FC
  13. Machan FC
  14. Bunga Raya FC
  15. Universiti Malaya - Damansara United 
  16. Seoul Phoenix*
  17. Kelantan FC (The Red Warriors)



Liga M4 / Piala Al-Ikhsan / Liga Amatur A2 2025-2026

- Zon Utara

  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Kuala Perlis Titans
  3. Kubang Pasu - Majlis Perbandaran Kubang Pasu
  4. Kuala Muda FA
  5. Bintong

- Zon Pantai Timur

  1. Amin Zubair Muhammad Rovers
  2. Yayasan Pahang Maintenance
  3. Kuantan City
  4. Raub

- Zon Tengah

  1. AAK Puncak Alam
  2. ACEIO
  3. KgKu
  4. MOF - SMFC
  5. UiTM United
  6. KL Rangers

- Zon Selatan

  1. Tech Hin - KR
  2. MBMB Warrior
  3. Duyong Fighters
  4. PUSEN Hornet
  5. NS Forces Warriors



Liga M5 / Liga Komuniti A3 2025-2026

  • Liga Super Perlis
  • Liga Amatur Pahang
  • A-Ligue Champions League
  • Liga Putrajaya
  • Liga MAHSA
  • Liga Premier Negeri Sembilan



Piala Presiden 2025

  1. Akademi Mokhtar Dahari B17
  2. Terengganu B20
  3. JDT III
  4. Pulau Pinang II
  5. Sabah II
  6. Kuala Lumpur City
  7. Kuching City
  8. Melaka
  9. Negeri Sembilan
  10. Selangor
  11. PDRM



Piala Belia 2025

  1. Akademi Mokhtar Dahari B16
  2. AMD Future
  3. JDT IV
  4. JDT V
  5. Kuala Lumpur City
  6. Kuching City
  7. Melaka
  8. Negeri Sembilan
  9. Pulau Pinang
  10. Sabah
  11. Selangor
  12. Terengganu B18
  13. PDRM
  14. Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail B17



Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2025

  1. Selangor
  2. Johor Darul Ta'zim
  3. Pahang Rangers
  4. Kuala Lumpur City
  5. Terengganu
  6. Angkatan Tentera Malaysia
  7. Universiti Sains Malaysia
  8. PFA Odin Sarawak
  9. Wipers



#PialaMalaysia104tahun

#PestaBolaMerdeka68tahun



Sunday, February 4, 2024

Pemain Bolasepak Paling Unggul Malaysia 2023

Patah tumbuh, hilang berganti. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Reputasi, prestasi, dan potensi. Siapa pemain terbilang pilihan Dunia Bola Sepak pada kali ini? Sebelum ke senarai gilang-gemilang bagi tahun 2023, kita imbas kembali pemain nombor satu tanahair yang telah dinamakan sebelum ini.


SERATUS PEMAIN PILIHAN TAHUN 2023

100. Ignacio 'Natxo' Insa Bohigues (JDT FC)

99. Ramesh Lai Ban Huat (Kuching City FC)

98. Indra Putra Mahayuddin (Kelantan United FC)

97. Umar Hakeem Suhar Redzuan (JDT II)

96. Syafik Ismail (Terengganu FC)

95. Syahir Bashah (Selangor FC)

94. Nur Shamie Iszuan Amin (Sri Pahang FC)

93. Stuart James Wilson Wark (Kasetsart FC)

92. Damien Lim Chien Khai (Sabah FC)

91. Abdul Azim Rahim (Immigration FC)

90. Nor Hakim Hassan (Selangor FC, kemudian Terengganu FC)

89. Khair Jefri Jones (Kuala Lumpur City FC) 

88. Norshahrul Idlan Talaha (Harini FT)

87. Mahalli Jasuli (Negeri Sembilan FC)

86. Al-Hafiz Harun (Penang FC, dipinjam dari Kedah Darul Aman FC) 

85. Ramadhan Saifullah Usman (JDT FC)

84. Wan Zack Haikal Wan Noor (Perak FC)

83. Adib Zainudin (Terengganu FC)

82. Faris Shah Rosli (Penang FC)

81. Azim Al Amin Kamaruddin (Kuala Lumpur City FC)

80. Najmuddin Akmal Kamal Akmal (JDT II)

79. Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan FC)

78. Zikri Khalili (Selangor FC)

77. Sean Gan Giannelli (Kuala Lumpur City FC)

76. Hadin Azman (Penang FC)

75. Dinesh Rajasingam (Sabah FC)

74. Rodney Celvin Akwensivie (Kedah Darul Aman FC)

73. Shivan Pillay Asokan (Perak FC)

72. Gary Steven Robbat (Sabah FC)

71. Suhaimi Husin (Terengganu FC)

70. Kogileswaran Raj Mohana Raj (Chungbuk Cheongju FC, kemudian Penang FC)

69. Nicholas Ryan Swirad (Sri Pahang FC)

68. Nik Sharif Haseefy Lazim (Terengganu FC)

67. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah Darul Aman FC)

66. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Sri Pahang, dipinjam dari JDT FC)

65. Rawilson Batuil (Sabah FC)

64. Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau (Selangor FC)

63. Kumaahran Sathasivam (Sabah FC)

62. Fadhli Shas (Sri Pahang FC)

61. Aiman Afif Md Afizul (Kedah Darul Aman FC)

60. Zaquan Adha Abd Radzak (Negeri Sembilan FC) 

59. Shahrel Fikri Md Fauzi (Negeri Sembilan FC)

58. Safiq Rahim (JDT FC)

57. Ruventhiran Vengadesan (Selangor FC)

56. Hadi Fayyadh Abdul Razak (PDRM FC, dipinjam dari Perak FC)

55. Danial Asri (Selangor FC)

54. Alif Ikmalrizal Anuar (Penang FC)

53. Aliff Izwan Yuslan (Selangor FC)

52. Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC)

51. Tommy Mawat Bada (Negeri Sembilan FC)

50. Nabil Latpi (PDRM FC) 

49. Daryl Sham K. K. George (JDT)

48. Syazwan Andik Ishak (Sri Pahang FC, dipinjam dari JDT FC)

47. Irfan Zakaria (Sabah FC)

46. Nooa Hamzah Laine (SJK Seinäjoki)

45. Fazly Mazlan (Selangor FC)

44. Zhafri Yahya (Kuala Lumpur City FC)

43. Partiban K. Janasekaran (Kuala Lumpur City FC, kemudian Kedah Darul Aman FC)

42. Harith Haiqal Adam Afkar (Selangor FC)

41. Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC)

40. Nik Akif Syahiran Nik Mat (Penang FC)

39. Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC)

38. Jafri Firdaus Chew (Sabah FC)

37. Saravanan Thirumurugan (Kuala Lumpur City FC)

36. Ahmad Khuzaimi Piee (Selangor FC)

35. David William Rowley (Sri Pahang FC)

34. Declan Stephen Lambert Lee Kit Meng (Kuala Lumpur City FC)

33. Feroz Baharudin (JDT FC)

32. Ryan Edward Lambert Lee Kit Seng (Kuala Lumpur City FC)

31. Nazmi Faiz Mansor (JDT FC)

30. Azri Abdul Ghani (Kuala Lumpur City FC)

29. Quentin Cheng Jiun-ho (Selangor FC)

28. Sharul Nazeem Zulpakar (Selangor FC)

27. Nathaniel Shio Hong Wan (JDT FC)

26. Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)

25. Luqman Hakim Shamsudin (Njarðvík FC, dipinjam dari Koninklijke Voetbalclub Kortrijk)

24. Nor Azam Azih (Sri Pahang FC)

23. Samuel Jacob Somerville (Selangor FC)

22. Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal (St. Louis City SC 2)

21. Syafiq Ahmad (JDT FC)

20. Afiq Fazail (JDT FC)

19. Syahmi Safari (JDT FC)

18. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC, dipinjam dari Selangor FC)
 
17. Junior Eldstål (PT Prachuap FC, dipinjam dari JDT FC, berpindah ke Dewa United FC)

16. Dominic Tan Jun Jin (Sabah FC)

15. Syamer Kutty Abba (JDT FC)

14. Azam Azmi Murad (Terengganu FC)

13. Akhyar Abdul Rashid (JDT FC)

12. Daniel Sang Ting (Sabah FC, dipinjam dari JDT FC)

11. Brendan Gan Seng Ling (Selangor FC)

10. Safawi Rasid (Ratchaburi FC, dipinjam dari JDT FC)

9. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (JDT FC)

8. Shahrul Saad (JDT FC)

7. Darren Lok Yee Deng (Sabah FC)

6. La'Vere Lawrence Corbin-Ong (JDT FC)

5. Matthew Thomas Davies (JDT FC) 

4. Stuart John Wilkin (Sabah FC)

3. Dion-Johan Chai Cools (Buriram United FC)

2. Faisal Abdul Halim (Selangor FC)

1. Arif Aiman Hanapi (JDT FC)



Pemain paling cemerlang dua tahun berturut-turut.


HAMPIR TERSENARAI

  • Romel Oswaldo Morales Ramírez* (Kuala Lumpur City FC)
  • Paulo Josué Stürmer dos Reis* (Kuala Lumpur City FC)
  • Sergio Fabian Ezequiel Agüero* (Sri Pahang FC)
  • Endrick dos Santos Parafita* (JDT FC)
  • Mohamadou Sumareh* (JDT FC)
  • Liridon Krasniqi* (Terengganu FC - JDT FC)
  • Lee Andrew Tuck* (Kedah Darul Aman FC)
  • Guilherme de Paula Lucrécio* (Melaka FC)
  • Mohd Faiz Subri (Penang FC)
  • Muslim Ahmad (Sri Pahang FC)
  • Izham Tarmizi Roslan (Sri Pahang FC - JDT FC)
  • Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT FC)
  • Ahmad Hazwan Bakri (JDT FC)
  • Adam Nor Azlin (JDT FC)
  • Danial Amier Norhisham (JDT FC)
  • Haziq Nadzli (JDT FC)
  • Farizal Marlias (JDT FC)
  • Khairulazhan Khalid (Selangor FC) 
  • Khairul Fahmi Che Mat (Sabah FC)
  • Rizal Ghazali (Sabah FC)
  • Irfan Fazail (Sabah FC)
  • Farhan Roslan (Sabah FC)
  • Danial Haqim Draman (Sabah FC)
  • Akram Mahinan (Kuala Lumpur City FC)
  • Nazirul Naim Che Hashim (Kuala Lumpur City FC)
  • Kenny Pallraj Davaragi (Kuala Lumpur City FC)
  • Kamal Azizi Zabri (Kuala Lumpur City FC)
  • Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC)
  • Arif Fadzilah Abu Bakar (Terengganu FC)
  • Hakimi Abdullah (Terengganu FC)
  • Faiz Nasir (Kelantan United FC - Terengganu FC)
  • Azrin Afiq Rusmini (Kedah Darul Aman FC - Selangor FC)
  • Fayadh Zulkifli Amin (Kedah Darul Aman FC)
  • Kamil Akmal Halim (Kedah Darul Aman FC)
  • Bryan See Tian Keat (Perak FC)
  • Danial Ashraf Abdullah (TRW Kelantan FC)
  • Rakesh Munusamy (TRW Kelantan FC)
  • Nurshamil Abd Ghani (Kuching City FC)
  • Khyril Muhymeen Zambri (Harini FT)
  • Chanturu Suppiah (Harini FT)
  • Amirul Azhan Aznan (Harini FT)
  • Azamuddin Akil (PJ Kelana United)


*naturalisasi

________________

BERSARA

  • Safee Sali (Kuala Lumpur City FC)
  • Baddrol Bakhtiar (Sabah FC)
  • Mohd Amri Yahyah (Sabah FC)
  • Aidil Zafuan Abdul Radzak (JDT FC)
  • Abdul Malik Mat Ariff (Sri Pahang FC)



Thursday, January 4, 2024

Liga-M musim 2K23A (2024-2025)

Liga Malaysia datang lagi. Kali ini semusim merentasi setengah tahun kedua 2024 dan setengah tahun pertama 2025. Berita apa yang diterima setakat ini? VAR (pembantu pengadil video) akan diperkenalkan, secara rasmi buat kali pertama. Selain itu, TRW Kelantan gagal memperoleh lesen kebangsaan. Walaupun proses rayuan telah dibuat, boleh dijangka apa kesudahannya. Apa yang nak dihairankan. Selepas Johor (Johor FA), Perlis, Sarawak, Melaka, kini giliran negeri Pantai Timur yakni Kelantan pula yang bakal termasuk dalam senarai wakil pasukan negeri yang menghilang bersama-sama kelab-kelab yang terdahulu seperti NS Chempaka, Sime Darby, MK Land, Public Bank, Kuala Muda Naza, Selangor MPPJ, Felda United, PJ City, Felcra, Melaka Telekom, PKNS, PKNP, T-Team, SAMB, USM, dan banyak lagilah. Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City juga nampaknya terumbang-ambing. JDT pula sudah terlalu jauh ke hadapan, mendominasi liga utama cukup selama sedekad. Adakah dekad yang seterusnya begitu juga, ataupun akan ada perubahan? Sama-sama kita saksikan. Oh, tidak dilupa, selamat berjuang kepada skuad Harimau Malaya serta Harimau Muda! Dari rantau Asia Tenggara, kini mengukir sejarah baharu di benua Asia.


Perlawanan Sumbangsih / Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2024-2025
• JDT lwn. Selangor, Stadium Sultan Ibrahim Larkin (Iskandar Puteri, Johor), 10 Mei 2024



Liga Super 2024-2025

  1. JDT [Liga Juara-juara Elit AFC]
  2. Selangor [Liga Juara-juara AFC 2]
  3. Sabah
  4. Kedah Darul Aman
  5. Sri Pahang
  6. Terengganu [Kejohanan Kelab ASEAN]
  7. KL City [Kejohanan Kelab ASEAN]
  8. PDRM
  9. Negeri Sembilan
  10. Penang
  11. Perak
  12. Kelantan United (Kelantan Darul Naim)
  13. Kuching City
  14. TRW Kelantan (KRW FC) / Perlis United



Liga Simpanan (B-23) / Piala MFL 2024-2025

  1. JDT II
  2. Terengganu II
  3. Sabah B23 (Sabah II) 
  4. Negeri Sembilan B23
  5. Selangor 2
  6. Kuala Lumpur City Extension 
  7. Sri Pahang B23
  8. Kedah Darul Aman B
  9. Penang B23
  10. Kuching City B23
  11. Kelantan Darul Naim B23
  12. PDRM B23
  13. Perak II
  14. Projek FAM-MSN


Liga M3 / Kejohanan MBSB Bank / Liga A1 Semi-Pro 2024-2025

  1. Armed Forces FC
  2. Harini Selangor FT
  3. Imigresen FC
  4. Malaysian University
  5. Yayasan Pahang Maintenance FC
  6. Manjung City FC
  7. Persada Integriti Bersatu Shah Alam FC
  8. Bukit Tambun FC
  9. Machan FC
  10. Gombak FA
  11. Bunga Raya FC (Bunga Raya Damansara) 
  12. KL Rovers
  13. UiTM United
  14. Putrajaya Athletic FC (Putrajaya Antlers)
  15. Melaka FC (Harimau Melaka)
  16. Kelantan FC (The Red Warriors)
  17. SAINS FC
  18. Sarawak United FC (Kenyalang Emas)
  19. Perlis United FC (The Rising Star)



Piala Presiden 2024

- Kumpulan A

  1. JDT III
  2. Sabah FC
  3. Terengganu FC III
  4. Kuala Lumpur City FC
  5. Perak FC III
  6. AMD B-17
  7. Melaka FA
  8. Kelantan FA
- Kumpulan B
  1. Negeri Sembilan FC
  2. Kuching City FC
  3. Kedah Darul Aman FC
  4. Penang FC
  5. Kelantan United FC (KDN III) 
  6. Sri Pahang FC
  7. Selangor FC
  8. PDRM FC



Piala Belia 2024

- Kumpulan A

  1. Selangor FC
  2. Kelantan FA
  3. Kelantan United FC (KDN IV) 
  4. Sri Pahang FC
  5. Kuala Lumpur City FC
  6. Sabah FC
  7. Melaka FA
  8. Negeri Sembilan FC
  9. Perlis United FC (Singa Muda Perlis) 
- Kumpulan B
  1. JDT IV
  2. Perak FC IV
  3. Terengganu FC IV
  4. Penang FC
  5. Kedah Darul Aman FC
  6. AMD B-16
  7. PDRM FC
  8. Kuching City FC
  9. Touchtronics FC



Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2024

- Divisyen 1
  1. Gombak TOT United FC
  2. Johor Darul Ta'zim
  3. Kuala Lumpur City FC
  4. Pahang Rangers FC
  5. Sabah FA
  6. Selangor FC
  7. Shah Alam City
  8. Terengganu
- Divisyen 2
  1. Pulau Pinang 
  2. ATM
  3. Malaysian University (KPT-PST Mustangs)
  4. PFA Odin Sarawak
  5. Kedah
  6. Melaka
  7. Negeri Sembilan United


#PialaMalaysia103tahun

#PestaBolaMerdeka67tahun



Tuesday, October 17, 2023

Sayap kiri bayangan Pestabola Merdeka 2023

Kebanyakan pemain sayap kiri pada masa sekarang turut menggalas tugas sebagai salah satu trio bahagian serangan terutamanya apabila formasi 4-3-3 digunakan. Berbeza dengan formasi 4-4-2, sayap kiri lebih banyak berfungsi sebagai rakan rapat serta setia buat pemain bek kiri, lebih-lebih lagi ketika kedua-dua pemain saling mengambil alih tempat masing-masing samada sewaktu bertahan ataupun menyerang. Pada zaman 90-an dahulu, hantaran silang kerap menjadi senjata utama buat banyak pasukan untuk cuba mendapatkan gol namun sejak kebelakangan ini, permainan alaf baru lebih menjurus kepada pemain sayap masuk ke tengah dan terus membuat percubaan tepat jika tidak melakukan hantaran kepada pemain penyerang di hadapannya. Sememangnya legasi pemain-pemain seperti Alvaro Recoba dan Ryan Giggs, di samping pengaruh besar Cristiano Ronaldo betul-betul telah mengubah serta mengemaskini corak permainan global buat selama-lamanya.

Ng Boon Bee, M. Govindarajoo, Harun Jusoh, Isa Bakar, Hassan Sani, Anuar Jusoh, Chow Chee Weng, Nazrin Nawi, dan Mohamad Ashari Samsudin, merupakan antara pemain dalam senarai panjang yang pernah mewarnai bahagian sayap kiri pasukan kebangsaan. Sayap kiri adalah posisi yang sangat digemari dan agak susah dicari berikutan tidak ramai pemain kidal atau selesa bermain dengan kaki kiri. Namun, kini ramai juga pemain berkaki kanan secara dominan mampu bermain di situ dengan baik malah ada juga yang cemerlang. Berikut adalah beberapa pemain sayap kiri yang mampu memberikan saingan kepada pemain berbakat negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

#11 Akhyar Rashid
Lahir 1999, umur 24 tahun
40 kaps, 9 gol kebangsaan


1. Ruventhiran Vengadesan

(22 tahun, 9 kaps kebangsaan)


2. Saravanan Thirumurugan

(22 tahun, 0 kaps kebangsaan)


3. Partiban K. Janasekaran

(30 tahun, 2 kaps kebangsaan)


4. Muhammad Hadin Azman

(29 tahun, 9 kaps, 1 gol kebangsaan)


5. Muhammad Hakimi Abdullah

(23 tahun, 2 kaps kebangsaan)


6. Muhammad Umar Hakeem Suhar Rezwan

(21 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Muhammad Syafik Ismail

(23 tahun, 0 kaps kebangsaan)


8. Mohammad Nor Hakim Hassan

(32 tahun, 6 kaps kebangsaan)


9. Mohd Faiz Subri

(35 tahun, 0 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Fazrul Amir Md Zaman
  • Pavithran Gunalan
  • Muhamad Syahir Bashah
  • Muhammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin
  • Muhammad Muslihuddin 'Atiq Mat Zaid
  • Indra Putra Mahayuddin
  • Mohd Syazwan Zainon
  • Ahmad Syamim Yahya
  • Aqil Arazi Aziz
  • Jaami Muhammad Qureshi
  • Naim García García

Playmaker bayangan Pestabola Merdeka 2023

Lazimnya diberi jersi nombor 10, posisi ini boleh jadi salah satu daripada dua peranan iaitu samada seorang penyerang kedua ataupun pemain tengah menyerang. Kadang-kadang, ada juga pemain yang mampu bertindak sebagai kedua-duanya sekali mengikut situasi. Walaupun ada beberapa pengecualian seperti Johan Cruyff yang masyhur dengan jersi nombor 14, Michael Ballack nombor 13, Frank Lampard nombor 8, Cristiano Ronaldo nombor 7, dan Abdul Ghani Minhat nombor 17, ramai sekali bintang paling menonjol bagi sesebuah pasukan memakai jersi bernombor 10. Pele, Diego Maradona, Ferenc Puskas, Michel Platini, Dennis Bergkamp, Zinedine Zidane, Ronaldinho, Juan Roman Riquelme, Francesco Totti, Kaka, Mesut Ozil, Eden Hazard, Christian Pulisic, Luka Modric, Neymar Jr., Leo Messi, dan tidak ketinggalan Mokhtar Dahari merupakan para pemain yang termasuk dalam senarai hebat tersebut.

Diberi jersi nombor sepuluh atau tidak, James Wong, Dollah Salleh, Hashim Mustapha, Bobby Pian Maihah, Hairuddin Omar, dan yang sewaktu dengannya merupakan antara contoh yang boleh diikuti oleh para pemain tempatan masa kini mahupun masa depan. Mana tahu, bakat-bakat yang berjaya dicungkil suatu hari nanti kelak bakal menjadi pewaris bagi gelaran Raja Bola Malaysia yang seterusnya. Berikut adalah beberapa pemain tengah penyerang atau penyerang kedua yang mampu memberikan saingan kepada pemain sensasi negara, Muhammad Faisal Abdul Halim.

#10 Faisal Halim
Lahir 1998, umur 25 tahun
23 kaps, 11 gol kebangsaan


1. Muhammad Syafiq Ahmad

(28 tahun, 37 kaps, 10 gol kebangsaan)


2. Luqman Hakim Shamsudin

(21 tahun, 9 kaps kebangsaan)


3. Kumaahran Sathasivam

(27 tahun, 4 kaps kebangsaan)


4. Kogileswaran Raj Mohana Raj

(25 tahun, 8 kaps, 2 gol kebangsaan)


5. Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau

(23 tahun, 3 kaps kebangsaan)


6. Muhammad Aliff Izwan Yuslan

(19 tahun, 1 kaps kebangsaan)


7. Daryl Sham K.K. George

(20 tahun, 0 kaps kebangsaan)


8. Muhammad Faiz Mohd Nasir

(31 tahun, 3 kaps, 2 gol kebangsaan)


9. Norshahrul Idlan Talaha

(37 tahun, 83 kaps, 14 gol kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob
  • Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon
  • Ahmad Haziq Kutty Abba
  • Malone Bian Andrew
  • Endrick dos Santos Parafita*
  • Sergio Fabian Ezequiel Agüero*
  • Paulo Josué Stürmer dos Reis*
  • Lee Andrew Tuck*
  • Liridon Krasniqi*
  • Mohd Amri Yahyah
  • Ómar Björn Stefánsson
  • Christopher John Bernard Sze
  • Daniel Batty
  • Hannu Tam
  • Zian Flemming
  • Rodrigo Julián Holgado*
  • Imanol Javier Machuca*
  • Jefté Betancor Sánchez*
  • Arayyan Hakeem Norizam

Monday, October 16, 2023

Penyerang bayangan Pestabola Merdeka 2023

Sudah menjadi lumrah, pemain penyerang kerap kali menjadi sandaran paling utama bagi mana-mana pasukan untuk mendapatkan gol dan seterusnya membolehkan memenangi perlawanan demi perlawanan sebelum berupaya menjulang kejuaraan. Biarlah berapa banyak pun percubaan yang tidak tepat atau gagal diterjemahkan kepada gol, seorang penyerang tetap diangkat menjadi wira sekiranya satu gol sahaja mampu memberikan kemenangan walaupun tipis. Berbeza dengan nasib seorang penjaga gol yang menyelamatkan berapa banyak gol daripada dibolosi sekalipun, akan tetap dicemuh kerana satu sahaja yang bolos boleh menyebabkan kekalahan yang mengecewakan. Maka, tidak hairanlah jika jasa para penjaring gol lebih mudah diingati berbanding jasa pemain-pemain yang lebih banyak menumpukan pada bahagian pertahanan. Mungkin, para penjaga gol pada masa hadapan barangkali perlu mencontohi serta mengatasi Rene Higuita, Jose Luis Chilavert dan Rogerio Ceni yang telah menjaringkan beberapa gol supaya lebih dikenang seperti mana penyerang-penyerang handal dalam sejarah.

Di peringkat global, nama-nama seperti Eusebio, Gerd Muller, Gary Lineker, Ronaldo Nazario, Gabriel Batistuta, Ian Wright, Alan Shearer, Christophe Dugarry, Christian Vieri, Juergen Klinsmann, Oliver Bierhoff, Fernando Morientes, Pauleta, Patrick Kluivert, Ruud van Nistelrooy, Fernando Torres, Edinson Cavani, Karim Benzema, Olivier Giroud, Robert Lewandowski, Harry Kane, Kylian Mbappe, dan Erling Haaland antaranya, sudah tidak asing lagi serta sentiasa berlegar di ingatan para peminat. Di arena bolasepak tempatan pula, tidak semua tetapi ramai yang pernah dengar atau ambil tahu nama-nama seperti Dali Omar, Mahat Ambu, Robert Choe, Syed Ahmad Syed Abu Bakar, Ramli Junit, Matlan Marjan, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Rusdi Suparman, Khalid Jamlus, Saravanan Vellu, Nizaruddin Yusof, Rudie Ramli, Haris Safwan Kamal, Azlan Ismail, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Safee Sali, Bobby Gonzales, Farderin Kadir, Razali Umar Kandasamy, Izzaq Faris Ramlan, dan Ahmad Fakri Saarani. Penyerang-penyerang Malaysia juga berbisa namun peluang yang kian sempit menyukarkan mereka untuk penuhi potensi yang sebenar. Berikut adalah beberapa pemain penyerang yang mampu memberikan saingan kepada pemain bintang negara, Muhammad Safawi Rasid.

#9 Safawi Rasid
Lahir 1997, umur 26 tahun
54 kaps, 20 gol kebangsaan


1. Darren Lok Yee Deng

(32 tahun, 25 kaps, 5 gol kebangsaan)


2. Muhammad Shahrel Fikri Mohd Fauzi

(28 tahun, 20 kaps, 5 gol kebangsaan)


3. Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew

(26 tahun, 0 kaps kebangsaan)


4. Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak

(23 tahun, 0 kaps kebangsaan)


5. Ahmad Danial Ahmad Asri

(23 tahun, 0 kaps kebangsaan)


6. Sean Eugene Selvaraj

(27 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Sean Gan Giannelli

(26 tahun, 0 kaps kebangsaan)


8. Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak

(36 tahun, 49 kaps, 12 gol kebangsaan)


9. Ahmad Hazwan Bakri

(32 tahun, 30 kaps, 7 gol kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Abdul Azim Rahim
  • Nurshamil Abd Ghani
  • Zafuan Azeman
  • Syafiq Shaharudin
  • Fergus Tierney
  • Gabriel Nistelrooy Tamin
  • Muhamad Dainei Mat Disa
  • Azhad Harraz Arman
  • Muhammad Syahmi Zamri
  • Lokman Bah Din
  • Abdul Rahman Daud
  • Thanabalan Nadarajah
  • Guilherme de Paula Lucrécio*
  • Romel Oswaldo Morales Ramírez*
  • Diego van Oorschot
  • Ethan Joseph Wheatly
  • Jason van Duiven
  • Robin van Duiven
  • Ferdy Druijf
  • Luke Elliot Plange
  • João Vitor Brandão Figueiredo*
  • Jordan Owusu Mintah*
  • Bérgson Gustavo Silveira da Silva*


 

Pemain tengah bayangan Pestabola Merdeka 2023

Pemain tengah merupakan jantung pasukan, nadi yang menggerakkan bola menuju ke arah matlamat menjaringkan gol. Di samping bekerjasama dengan pemain-pemain tengah yang lain, yakni pemain tengah bertahan dan pemain tengah menyerang, pemain yang bermain di posisi ini turut boleh melakukan sendiri kedua-dua tugas iaitu bertahan mahupun menyerang. Kendatipun tugas utamanya lebih banyak kepada melakukan sebanyak mungkin hantaran bola kepada rakan sepasukan selain merampas dan mengawal bola untuk pasukan, menghalang gawang sendiri daripada dibolosi turut menjadi agendanya. Biarpun pemain penyerang yang sering mendapat nama kerana berjaya menjaringkan banyak gol, biasanya pemain tengahlah yang berperanan sebagai pembekal utama kepada gol-gol tersebut. Pemain tengah menjadi pusat yang menyalurkan bantuan dan boleh juga menjadi penyumbang sekiranya gol dapat dijaringkan.

Scholes, Lampard, Gerrard, serta Carrick merupakan nama-nama yang masyhur di England manakala Sepanyol ada Xavi, Iniesta, Fabregas, Juan Mata, Cazorla, Arteta, David Silva, dan ramai lagi termasuklah yang terkini iaitu Gavi dan Pedri. Pemain-pemain terdahulu yang pernah menghiasi skuad kebangsaan Malaysia pula adalah seperti Abdul Shukor Salleh, Wong Choon Wah, Khalid Shahdan, Nasir Yusoff, Azizol Abu Haniffah, Yap Wai Loon, Idris Abdul Karim, R. Suresh Kumar, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, Tengku Hazman Raja Hassan, Muhammad Shukor Adan, Mohammad Hardi Jaafar, Zairo Anuar Zalani, dan Azi Shahril Azmi, antara yang sempat disebutkan di sini. Berikut adalah beberapa pemain tengah yang mampu memberikan saingan kepada pemain harapan negara, Stuart John Wilkin.

#8 Stuart Wilkin
Lahir 1998, umur 25 tahun
11 kaps, 4 gol kebangsaan


1. Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal

(25 tahun, 0 kaps kebangsaan)


2. Muhammad Nor Azam Abdul Azih

(28 tahun, 23 kaps kebangsaan)


3. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi

(21 tahun, 13 kaps kebangsaan)


4. Zhafri Yahya

(29 tahun, 0 kaps kebangsaan)


5. Muhamad Nazmi Faiz Mansor

(29 tahun, 17 kaps kebangsaan)


6. Nik Akif Syahiran Nik Mat

(24 tahun, 4 kaps kebangsaan)


7. Safiq Rahim

(36 tahun, 81 kaps, 16 gol kebangsaan)


8. Muhammad Danial Amier Norhisham

(26 tahun, 2 kaps kebangsaan)


9. Mohd Aiman Afif Md Afizul

(22 tahun, 0 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Kobe Jae Chong
  • Muhaimin Izuddin Muhammad Asri
  • Afiq Danish Zulkifli
  • Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri
  • Muhammad Amirul Hisyam Awang Kechik
  • Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam
  • Mohamad Irfan Fazail
  • Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri
  • Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal
  • Muhammad Danial Ashraf Abdullah
  • Muhammad Danial Haqim Draman
  • Mohamad Hafiz Ramdan
  • Abdul Halim Saari
  • Mohamad Nasir Basharudin
  • Armin Maier Rafi
  • Allee Putra Azril
  • Omar Raiyan Kama Azlan
  • Sem Scherperman
  • Daniel Hylmi Dawood Pesenti
  • Danish Haady Dawood Pesenti
  • Jez Bedford
  • Bryce Blevins
  • Josh Brownhill
  • Isaac Emmanuel Angking
  • Hector Hevel*
  • Ignacio Méndez-Navia Fernández*


 

Friday, October 13, 2023

Sayap kanan bayangan Pestabola Merdeka 2023

Kebanyakan pemain sayap kanan moden pada masa kini turut menggalas tugas sebagai salah satu trio bahagian serangan terutamanya apabila formasi 4-3-3 digunakan. Berbeza dengan formasi 4-4-2, sayap kanan lebih banyak berfungsi sebagai rakan rapat serta setia buat pemain bek kanan, lebih-lebih lagi ketika kedua-dua pemain saling mengambil alih tempat masing-masing samada sewaktu bertahan ataupun menyerang. Pada zaman 90-an dahulu, hantaran silang kerap menjadi senjata utama buat banyak pasukan untuk cuba mendapatkan gol namun sejak akhir-akhir ini, permainan abad ke-21 lebih menjurus kepada pemain sayap masuk ke tengah dan terus membuat percubaan tepat jika tidak melakukan hantaran kepada pemain penyerang di hadapannya. Sememangnya fenomena David Beckham sudah lama ditinggalkan dan sekarang pengaruh Lionel Messi dan Arjen Robben telah meninggalkan kesan jauh lebih mendalam bagi generasi baharu seantero dunia.

Di posisi ini, Malaysia nampaknya sedang melahirkan sebutir lagi bintang besar dalam pembikinan. Selepas satu persatu bakat di bahagian sayap kanan berjaya dicungkil, Safawi Rasid yang masih begitu menyerlah terpaksa diubah posisinya. Ramadhan Saifullah pernah mengekori rapat kini telah pun ketinggalan jauh, malahan pemain naturalisasi pertama negara pun semakin sukar untuk memberikan tentangan dek penangan ubi muda yang kian bersinar bersama kelab bolasepak yang dahulunya dikenali sebagai skuad Sang Lebah. Menjejaki langkah pemain-pemain terdahulu seperti Arthur Koh, Shaharuddin Abdullah, Abdullah Ali, Azrul Amri Burhan, Rizal Sukiman, Eddy Helmi Abdul Manan, Hasmawi Hassan, Liew Kit Kong, Mohd Nor Farhan Muhammad, Joseph Kalang Tie, Amirul Hadi Zainal, dan Baddrol Bakhtiar umpamanya, masa depan kelihatan cerah. Berikut adalah beberapa pemain sayap kanan yang mampu memberikan saingan kepada bintang utama negara, Arif Aiman Mohd Hanapi.

#7 Arif Aiman
Lahir 2002, umur 21 tahun
17 kaps, 5 gol kebangsaan


1. Mohamadou Sumareh*

(29 tahun, 30 kaps, 7 gol kebangsaan)


2. Muhammad Haqimi Azim Rosli

(20 tahun, 4 kaps, 1 gol kebangsaan)


3. Muhammad Najmuddin Akmal Kamal Akmal

(20 tahun, 0 kaps kebangsaan)


4. Muhammad Al-Hafiz Harun

(29 tahun, 0 kaps kebangsaan)


5. Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar

(21 tahun, 0 kaps kebangsaan)


6. Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim

(26 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Muhammad Nabil Ahmad Latpi

(31 tahun, 0 kaps kebangsaan)


8. Muhammad Ramadhan Saifullah Usman

(22 tahun, 0 kaps kebangsaan)


9. Wan Zack Haikal Wan Noor

(32 tahun, 29 kaps, 4 gol kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Selvan Anbualagan
  • Mahali Jasuli
  • Mohd Khyril Muhymeen Zambri
  • Chanturu Suppiah
  • Abdul Malik Mat Ariff
  • Muhammad Farhan Roslan
  • Muhamad Alif Abdul Mutalib
  • Anuar Ceesay
  • Manuel Federico Hidalgo Gasparini*
  • Nishan Velupillay
  • Iggy Houben


 

Nombor 6 bayangan Pestabola Merdeka 2023

Di England, pemain tengah bertahan lazimnya diberi jersi bernombor 4 manakala di beberapa negara lain termasuk Malaysia, posisi tersebut biasanya mengambil nombor 6. Sudah pasti, ia hanyalah suatu kebiasaan dan bukannya undang-undang yang termaktub, lebih-lebih lagi buat pasukan-pasukan kelab yang tidak terikat kepada skuad setakat 23 pemain untuk menyertai kejohanan yang ditandingi. Bertindak sebagai perisai kepada barisan pertahanan sesebuah pasukan, pemain tengah ini bukan sahaja perlu bertahan tetapi adakalanya turut terlibat sama dalam membantu rakan-rakan di bahagian serangan. Meskipun tugas utamanya adalah menghalang atau mengacau gerakan yang dirancang oleh musuh, tugas lainnya adalah mengawal tempo permainan melalui hantaran-hantaran pendek, jauh, mahupun yang membelah menembusi garisan pihak lawan. Kadangkala, posisi ini turut menuntut agar berubah menjadi pemain pertahanan tambahan di barisan belakang bila-bila sahaja diperlukan mengikut taktikal yang diterapkan.

Dahulu, skuad Harimau Malaya sangat bertuah kerana memiliki pemain-pemain seperti Reduan Abdullah, Chow Kwai Lam, Mohd Zan Mat Aris, Ibrahim Mentali, Moey Kok Hong, Rezal Zambery Yahya, Nanthakumar Kaliappan, Wong Sai Kong, Gurusamy Govandar Kandasamy, Amar Rohidan, Mohd Shakir Shaari, dan beberapa lagi yang tidak dapat disebutkan kesemuanya. Kini, posisi ini masih boleh diisi dengan para pemain yang tidak kurang hebatnya namun masih perlu bersaing sesama sendiri untuk meningkatkan lagi kebolehan dan kemampuan masing-masing ke tahap yang lebih tinggi. Berikut adalah beberapa gelandang bertahan yang mampu memberikan saingan kepada pemain kental negara, Brendan Gan Seng Ling.

#6 Brendan Gan
Lahir 1988, umur 35 tahun
29 kaps, 1 gol kebangsaan


1. Mohd Afiq Fazail

(29 tahun, 4 kaps kebangsaan)


2. Nooa Hamzah Laine

(20 tahun, 4 kaps kebangsaan)


3. Mohammad Syamer Kutty Abba

(26 tahun, 32 kaps, 1 gol kebangsaan)


4. Nathaniel Shio Hong Wan

(23 tahun, 0 kaps kebangsaan)


5. Ryan Edward Kit Seng Lee Lambert

(25 tahun, 0 kaps kebangsaan)


6. David William Rowley

(33 tahun, 5 kaps kebangsaan)


7. Muhammad Irfan Zakaria

(28 tahun, 13 kaps, 1 gol kebangsaan)


8. Gary Steven Robbat

(31 tahun, 11 kaps kebangsaan)


9. Kenny Pallraj Davaragi

(30 tahun, 7 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Muhammad Abu Khalil
  • Ibrahim Manusi
  • Afiq Danish Hasniruddin
  • Barathkumar Ramaloo
  • Muhammad Akram Mahinan
  • Ignacio 'Natxo' Insa Bohigues*
  • Chia Ruo Han
  • Ziad El Basheer Norhisham
  • Muhammad Firdaus Muhd Kaironnisam
  • Mohammad Saiful Jamaluddin
  • Thomas Roy Sang
  • Alfie James Chang
  • Sam Scheperman
  • Isaac Hayden
  • Ryan Teague


 

Wednesday, September 6, 2023

Stopper bayangan Pesta Bola Merdeka 2023

Posisi pertahanan tengah ini lazimnya bergandingan dengan seorang lagi pemain pertahanan tengah dalam formasi biasa 4-4-2 ataupun diletakkan bersama dua orang pertahanan tengah yang lain jika bermain tiga orang di belakang. Posisi yang penting ini memainkan peranan yang sangat besar dalam menstabilkan barisan belakang, memandangkan tugas paling utamanya ialah menghalang atau mengurangkan gol yang bolos ke gawang sendiri. Mengikuti perkembangan zaman, peranan lainnya adalah untuk mencabar pemain lawan ketika situasi bola mati, yakni semasa memperoleh tendangan sudut mahupun sepakan percuma tidak langsung yang diberikan oleh pengadil. Adalah tidak pelik bagi pemain yang bagus untuk menjaringkan beberapa gol dalam kerjaya mereka meskipun berada di bahagian pertahanan, dengan syarat ada pemain lain yang menggantikan tempat mereka sewaktu membuat serangan. 

Antara beberapa nama yang pernah bersinar di posisi ini bersama skuad negara ialah Edwin C. Dutton, Soh Chin Ann, Azmil Azali, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain, Mohd Marzuki Yusof, Mohd Faizal Muhamad, dan Chun Keng Hong. Boleh jadi ramai sudah lupa bahawa bekas bintang skuad Harimau Muda iaitu Adam Nor Azlin dahulunya sangat berbakat sebagai seorang penyerang, malah turut boleh diharapkan sebagai pemain tengah sebelum dijadikan pertahanan tengah. Seandainya banyak kecederaan melanda atau negara tiba-tiba ketandusan pemain penyerang, beliau sebenarnya boleh sahaja mengisi kekosongan tersebut sekiranya jurulatih membuka mata. Berikut adalah beberapa bek tengah sebelah kiri yang mampu memberikan saingan kepada pemain sandaran negara, Mohd Shahrul Mohd Saad.

#5 Shahrul Saad
Lahir 1993, umur 30 tahun
51 kaps, 5 gol kebangsaan


1. Muhammad Feroz Baharudin

(23 tahun, 2 kaps kebangsaan)


2. Ahmad Khuzaimi Piee

(29 tahun, 9 kaps kebangsaan)


3. Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni

(25 tahun, 0 kaps kebangsaan)


4. Rawilson Batuil

(29 tahun, 1 kaps kebangsaan)


5. Mohammad Fadhli Mohammad Shas

(32 tahun, 55 kaps kebangsaan)


6. Nicholas Ryan Swirad

(32 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Adam Nor Azlin

(27 tahun, 15 kaps, 1 gol kebangsaan)


8. Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili

(19 tahun, 0 kaps kebangsaan)


9. Muhammad Azrin Afiq Rusmini

(21 tahun, 0 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Harith Samsuri
  • Stuart James Wilson Wark
  • Abdul Latiff Suhaimi
  • Nasrullah Haniff Johan
  • Marcel Kabongo Kalonda
  • Addis Goode
  • Sam Sherring
  • Jon Irazabal Iraurgui*
  • Facundo Tomás Garcés*
  • Giancarlo Gallifuoco*



Sunday, September 3, 2023

Sweeper bayangan Pesta Bola Merdeka 2023

Posisi pertahanan tengah ini lazimnya bergandingan dengan seorang lagi pemain pertahanan tengah dalam formasi biasa 4-4-2 ataupun diapit dengan dua orang pertahanan tengah jika bermain tiga orang di belakang. Bertindak sebagai pelindung penjaga gol, fungsi lainnya adalah menggerakkan permainan dari bahagian belakang ketika berjaya mendapatkan bola. Maka, pemain di posisi ini perlu selesa mengawal bola samada berada di bahagian bawah mahupun di bahagian tengah ketika membantu memulakan serangan. Sejarah bolasepak negara pernah dibarisi beberapa pemain ternama di posisi ini, antaranya ialah Abdullah Yeop Noordin, Chandran Muthuveeran, Santokh Singh, Khairil Zainal, Rajinikandh Batumalai, Norhafiz Zamani Misbah, Abdul Aziz Ismail, Muslim Ahmad, Yong Kuong Yong, dan lain-lain.

Samada kebetulan atau tidak, ramai juga pemain yang bermain di posisi ini mempunyai ketinggian yang agak baik. Boleh jadi ketinggian tersebut menjadi kelebihan buat mereka untuk berebut bola di udara namun tidak pula menjadi kekurangan apabila bola di atas tanah kerana kemahiran bermain bola yang dimiliki. Sekiranya ketinggian hanya sederhana, teknik yang bagus akan menjadi pengisi buat kekurangan yang ada. Berikut adalah beberapa bek tengah sebelah kanan yang mampu memberikan saingan kepada tonggak utama negara, Dion-Johan Chai Cools.

#4 Dion Cools
Lahir 1996, umur 27 tahun
15 kaps, 1 gol kebangsaan


1. Sharul Nazeem Zulpakar

(23 tahun, 9 kaps kebangsaan)


2. Dominic Tan Jun Jin

(26 tahun, 20 kaps kebangsaan)


3. Harith Haiqal Adam Afkar

(21 tahun, 0 kaps kebangsaan)


4. Shivan Pillay Asokan

(22 tahun, 0 kaps kebangsaan)


5. Rodney Celvin Akwensivie

(26 tahun, 0 kaps kebangsaan)


6. Mohamad Faris Shah Mohd Rosli

(28 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Junior Gunnar Putera Eldstål @ Putera Nadher Amarhan Maderner

(31 tahun, 17 kaps kebangsaan)


8. Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak

(36 tahun, 98 kaps, 3 gol kebangsaan)


9. Muhammad Adib Zainudin

(28 tahun, 0 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Aiman Hakimi Othman
  • Samuel Bone
  • Annil Vigneswaran
  • Muhammad Hariz Mansor
  • Khairul Helmi Johari
  • Paarveen Shanmugesh Waran



Wednesday, August 23, 2023

Bek kiri bayangan Pesta Bola Merdeka 2023

Peranan seorang pertahanan sebelah kiri adalah seperti mana pertahanan sebelah kanan, cuma berada di sisi yang berbeza. Tugas asal adalah untuk menghalang kemaraan pemain sayap kanan lawan, dan hantaran silang atau melintang ke dalam kotak penalti sendiri pula seboleh-bolehnya harus dielakkan. Namun, permainan moden semakin memerlukan bek kiri untuk turut naik ke atas untuk membantu serangan. Terpakai juga untuk posisi bek kanan, kemampuan untuk membuat lontaran jauh adalah satu bonus yang sangat membantu. Bintang-bintang terdahulu di bahagian bek kiri termasuklah Ahmad Nazari, Roslan Buang, Kamaruddin Abdullah, Yahya Jusoh, Faizal Zainal, Nazri Yunos, Rosdi Talib, Irwan Fadzli Idrus, Chan Wing Hoong, Ronny Harun, Sumardi Hajalan, Asraruddin Putra Omar, Azmi Muslim, Zubir Azmi, dan ramai lagi.

Terdapat juga calon masa hadapan di posisi bek kiri negara seperti Richard Li Hua Chin yang sedang beraksi di luar negara. Samada beliau mahupun calon-calon lain mampu menggalas tanggungjawab tersebut masih lagi dinantikan. Pendekatan yang terbaik adalah apabila tiba masanya nanti, tunggu dan lihat sahajalah. Berikut adalah beberapa pemain bek kiri yang mampu memberikan saingan kepada pemain utama negara buat masa ini, La'Vere Lawrence Corbin-Ong.

#3 Corbin-Ong
Lahir 1991, umur 32 tahun
25 kaps, 3 gol kebangsaan


1. Daniel Sang Ting

(30 tahun, 2 kaps, 1 gol kebangsaan)


2. Muhammad Fazly Mazlan

(29 tahun, 19 kaps kebangsaan)


3. Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak

(27 tahun, 18 kaps, 1 gol kebangsaan)


4. Declan Stephen Lambert Lee Kit Meng

(24 tahun, 1 kaps kebangsaan)


5. Dinesh Rajasingam

(25 tahun, 0 kaps kebangsaan)


6. Tommy Mawat Bada

(28 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Muhammad Arif Fadzilah Abu Bakar

(27 tahun, 3 kaps kebangsaan)


8. Nazirul Naim Che Hashim

(30 tahun, 21 kaps kebangsaan)


9. Khair Muhammad Jefri Jones

(33 tahun, 4 kaps, 1 gol kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Richard Li Hua Chin
  • Adam Farhan Mohd Faizal
  • Muhammad Ariff Farhan Md Isa
  • Muhammad Alif Zakaria
  • Muhammad Safwan Mazlan
  • Mohammad Fairuz Zakaria
  • Muhammad Azmeer Aris Nor Rashid
  • Muhammad Adib Abdul Ra'op
  • Mohamad Zamri Pin Ramli
  • Ramesh Lai Ban Huat
  • Adam Hamid
  • Joshua Johan Bechler
  • Aaron Zehnter
  • Gabriel 'Palmero' Felipe Arrocha*



Bek kanan bayangan Pesta Bola Merdeka 2023

Peranan seorang pertahanan sebelah kanan adalah seperti mana pertahanan sebelah kiri, cuma berada di sisi yang berbeza. Tugas asal adalah untuk menghalang kemaraan pemain sayap kiri lawan, dan hantaran silang atau melintang ke dalam kotak penalti sendiri pula seboleh-bolehnya harus dielakkan. Namun, permainan moden semakin memerlukan bek kanan untuk turut naik ke atas untuk membantu serangan. Bintang-bintang terdahulu di bahagian bek kanan termasuklah Jamal Nasir Ismail, Dell Akbar Khan Hyder Khan, Jalaluddin Jaafar, Subri Sulong, Thirumurugan Veeran, Daudsu Jamaludin, Mohd Sabre Mat Abu, Mahali Jasuli, dan ramai lagi. Pemain kacukan Malaysia-Belgium iaitu Dion-Johan Chai Cools disangka menjadikan bek kanan sebagai posisi kegemarannya, namun kini bek tengah sudah menjadi lumrah buatnya.

Agak menarik untuk dikongsikan, ramai pemain bek kanan di Malaysia sering bertukar posisi. Sanbagamaran Kalasigaram yang masyhur sebagai pemain tengah yang boleh menjaringkan gol kemudiannya menjadi bek kanan yang sungguh mantap. Zami Mohd Noor daripada bek kanan berubah menjadi penyerang manakala Wan Rohaimi Wan Ismail daripada seorang penyerang kepada bek kanan. Subramaniam Sooryapparad dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim pula boleh beraksi di bek kanan dan juga bek tengah. Tidak lupa juga, Kunanlan Subramaniam daripada pemain sayap kiri yang lincah kepada bek kanan yang sukar untuk dikalahkan. Pada masa ini, berikut adalah beberapa pemain bek kanan yang mampu memberikan saingan kepada pemain utama negara, Matthew Thomas Davies.

#2 Matt Davies
Lahir 1995, umur 28 tahun
41 kaps kebangsaan


1. Muhammad Azam Azmi Murad

(22 tahun, 7 kaps kebangsaan)


2. Quentin Cheng Jiun Ho

(23 tahun, 8 kaps kebangsaan)


3. Muhammad Syahmi Safari

(25 tahun, 25 kaps, 1 gol kebangsaan)


4. Ahmad Zikri Mohd Khalili

(21 tahun, 0 kaps kebangsaan)


5. Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham

(32 tahun, 12 kaps kebangsaan)


6. Mohd Rizal Mohd Ghazali

(30 tahun, 19 kaps kebangsaan)


7. Muhammad Kamal Azizi Mohamad Zabri

(29 tahun, 0 kaps kebangsaan)


8. Nur Shamie Iszuan Amin

(27 tahun, 4 kaps kebangsaan)


9. Amirul Azhan Aznan

(30 tahun, 4 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Muhamad Kamil Akmal Abd Halim
  • Rakesh Munusamy
  • Jimmy Raymond
  • Muhammad Anwar Ibrahim
  • Muhammad Nadzwin Mohd Salleh
  • Muhammad Firdaus Ramli
  • Muhammad Aidil Azuan
  • Kunanlan Subramaniam
  • Reuben Thayaparan Kathiripillai
  • Mohd Nasriq Baharom
  • Joshua James Rawlins
  • Dylan van Wageningen
  • Josh Robinson*
  • Mats Deijl



Friday, August 18, 2023

Keeper bayangan Pesta Bola Merdeka 2023

Penjaga gawang atau disebut juga penjaga gol merupakan posisi yang memerlukan watak yang beryakinan tinggi. Bukan terlampau yakin atau terlalu angkuh, tetapi sentiasa tenang membuat tangkapan bola dan juga tepisan keluar. Yang paling penting, tetap fokus hingga tamat permainan walaupun belum dibolosi mahupun sudah. Benteng terakhir negara dahulunya dikawal oleh tokoh-tokoh yang hebat seperti Sexton Lourdes, Yusoff Bakar, Chow Chee Keong, Arumugam Rengasamy, Khairul Azman Mohamed, Azmin Azram Abdul Aziz, Megat Amir Faisal Al Khalidi Ibrahim, Syamsuri Mustafa, Syed Adney Syed Hussein, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, sekadar disebutkan beberapa nama.

Memasuki dekad 20-an dalam abad ke-21 ini, era baharu kini dianggap sudah bermula apabila trio negara iaitu Farizal Marlias (Farizal Harun pun apa kurangnya), Khairul Fahmi, dan tidak ketinggalan Khairulazhan nampaknya kian menghampiri penghujung kerjaya masing-masing. Seperti mana sejak zaman-berzaman, yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Meskipun permata baharu telah pun dijumpai, berikut adalah beberapa penjaga gol (termasuk trio) yang mampu memberikan saingan kepada pemain bernombor satu negara pada ketika ini, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

#1 Syihan Hazmi
Lahir 1996, umur 27 tahun
12 kaps kebangsaan


1. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman 

(21 tahun, 1 kaps kebangsaan)


2. Samuel Jacob Somerville

(29 tahun, 0 kaps kebangsaan)


3. Muhammad Azri Abdul Ghani

(24 tahun, 0 kaps kebangsaan)


4. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi

(28 tahun, 1 kaps kebangsaan)


5. Muhammad Rahadiazli Rahalim

(22 tahun, 1 kaps kebangsaan)


6. Damien Lim Chien Khai

(26 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Khairul Fahmi Che Mat

(34 tahun, 61 kaps kebangsaan)


8. Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid

(33 tahun, 15 kaps kebangsaan)


9. Mohd Farizal Marlias

(37 tahun, 54 kaps kebangsaan)


10. Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin

(21 tahun, 0 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Muhammad Haziq Nadzli
  • Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil
  • Mohd Izham Tarmizi Roslan
  • Christian Abad Amat*
  • Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim
  • Bryan See Tian Keat
  • Mohd Suhaimi Husin
  • Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri
  • Khatul Anuar Md Jalil
  • Norazlan Razali
  • Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy
  • Mohamad Ramadhan Ab. Hamid
  • Shaheeswaran Thavakumar
  • Julian Johan Bechler
  • Logan Kinajil-Moran
  • Diego Altube Suarez
  • Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa
  • Muhd Afif Adli Ar Rashid Abdullah**



Tuesday, July 4, 2023

Jurulatih bayangan Pestabola Merdeka 2023

Antara pencapaian tertinggi pengurus merangkap ketua jurulatih kebangsaan Malaysia iaitu Kim Pan-gon (KPG) dalam pengalamannya sebelum ini ialah pingat emas buat pasukan Hong Kong B-23 dalam Sukan Asia Timur pada 2009. Buat skuad Harimau Malaya pula, pencapaian terbaiknya setakat ini adalah melayakkan Malaysia ke Piala Asia AFC 2023/2024 secara merit selepas menyambung tugasan di pertengahan jalan menggantikan Tan Cheng Hoe sejak Januari 2022. Dalam Kejohanan AFF 2022 yang lalu, beliau belum mampu menggugat rekod cemerlang Datuk K. Rajagobal pada 2010 apabila sekadar membawa Malaysia ke separuh akhir setelah tewas kepada Thailand yang kemudiannya muncul juara buat kali ketujuh.


Ada juga yang memuji coach KPG kerana membantu meningkatkan ranking Malaysia, yang terkini di tangga 137 pada 29 Jun 2023 menurut FIFA. Sebagai rekod, kedudukan tertinggi Malaysia dalam sejarah adalah ke-75 pada 8 Ogos 1993 manakala yang terendah adalah ke-178 di dunia pada 15 Mac 2018. Untuk perbandingan, Malaysia tewas 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu 3 September 2015 namun sebaliknya Malaysia menang 10-0 menentang Papua New Guinea pada 20 Jun 2023. Apabila Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka tahun 1993, negara mengalami kemarau kejuaraan berpanjangan. Rakyat Malaysia tidak merasai sebarang kejuaraan di pentas antarabangsa selama 14 tahun sehinggalah sekali lagi menjadi juara di Pestabola Merdeka tahun 2007.

Meskipun Pestabola Merdeka hanyalah kejohanan berasaskan jemputan dan sudah 9 tahun tidak diadakan, kejayaan terakhir menjadi juara pada 2013 rasanya sudah terlalu lama. Sejak daripada itu, tiada lagi apa-apa kejuaraan melainkan yang disumbangkan oleh skuad remaja sahaja yakni dalam Kejohanan B-18 AFF (2018 & 2022) dan Kejohanan B-15 AFF (2013 & 2019). Nak harapkan Sukan SEA, sudah 12 tahun tidak dikalungkan pingat emas selepas kali terakhir mendapatkannya pada 2011. Lebih teruk lagi, selepas pasukan kebangsaan merangkul pingat emas Sukan SEA pada 1989 dulu, ia mengambil masa selama 20 tahun sebelum Malaysia kembali meraih tempat pertama secara berturut-turut dalam edisi 2009 dan 2011.

Itu adalah sejarah, dan sejarah tetap terpahat dalam ingatan walaupun ada yang sengaja mahu melupakan sejarah. Keinginan para penyokong skuad belang kuning-hitam di peringkat rantau sudah pun dilunaskan walaupun baru sekali (Kejohanan AFF 2010). Kini, mata tertumpu ke arah peringkat benua pula. Sebelum melangkah ke Piala Asia pada Januari 2024 depan di Qatar, Pestabola Merdeka 2023 yang merupakan edisi ke-42 adalah medan persiapan yang terbaik buat Malaysia. Sempena ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-66 dan juga Hari Malaysia ke-60, kejuaraan yang dinanti-nantikan para peminat akan menjadi sungguh bermakna kerana mampu membangkitkan keyakinan serta semangat. Palestin, Lubnan, dan India bukan lawan yang calang-calang, mereka semestinya hendak memberikan tentangan sengit sebagai cabaran.

Kim Pan-gon dijangka bakal membawa skuad yang dianggap terbaik olehnya. Akan tetapi, katakanlah beliau tidak dapat menyertai Pestabola Merdeka 2023 atas sebab-sebab tertentu seperti urusan peribadi umpamanya. Keadaan tersebut barangkali bukanlah sesuatu yang mustahil dan timbullah persoalan. Adakah jurulatih skuad B-23 iaitu Elavarasan Elangowan yang juga penolong jurulatih kebangsaan boleh memberikan kejayaan yang diharapkan? Tentu saja boleh kalau sudah ditakdirkan. Sekadar teori, selain E. Elavarasan, siapakah calon lain yang boleh mengemudi skuad negara sebagai pilihan alternatif? Inilah yang akan dibentangkan. Boleh jadi, barisan jurulatih yang menjadi calon ini boleh juga dipertimbangkan (tertakluk kepada adanya Lesen Pro A?) sebagai pengurus serta ketua jurulatih kebangsaan yang seterusnya selepas berakhirnya era KPG pada masa hadapan.


1. Nafuzi Zain

Umur 44 tahun, kelahiran Kelantan.

Gaya permainan yang diterapkan ke atas pasukan bimbingannya digelar sebagai "Nafuziball". Kelihatan menarik dan menyegarkan dalam arena bolasepak tempatan, taktikal menyerang semasa di Terengganu dahulu kini cuba dibawa ke Kedah Darul Aman pula. Meskipun belum lagi mampu mencabar dominasi JDT di Liga Super Malaysia, pengalaman yang sedang ditimba pada waktu ini amatlah penting sekiranya ingin dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Salah satu pencapaiannya sebagai jurulatih adalah kejuaraan Piala Presiden tahun 2015 bersama skuad Kelantan B-21.


2. Devan E. Kuppusamy

Umur 55 tahun, kelahiran Negeri Sembilan.

Berpengalaman luas dan pernah memenangi pelbagai pertandingan dalam Liga-M, sayangnya belum lagi diberi peluang untuk melatih skuad kebangsaan seperti mana bertuahnya rakan-rakan sejawat beliau iaitu Datuk Ong Kim Swee, Tan Cheng Hoe, mahupun Irfan Bakti Abu Salim (bekas penolong jurulatih kebangsaan). Dinobatkan sebagai jurulatih terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan pada 2006 dan juga 2009, para pengkritik mungkin melihat zaman kemuncaknya telah lama berlalu tetapi kelihatan masih mempunyai kelebihan tersendiri terutamanya dalam membentuk pasukan Negeri Sembilan sejak kebelakangan ini.


3. Azzmi Ab. Aziz

Umur 48 tahun, kelahiran Selangor.

Namanya sedang meningkat naik secara mendadak namun tiba-tiba pula telah direhatkan, yakni istilah yang gemar digunakan di kalangan warga bolasepak tempatan. Bekas pasukannya PDRM sebelum ini mempamerkan persembahan yang sungguh mengagumkan apabila berjaya menewaskan beberapa pasukan yang dianggap lebih besar serta kuat. Walaupun awalnya bermula perlahan dalam saingan liga, mereka kini kehilangan salah satu jurulatih prospek berpotensi tinggi. Dahulu merupakan penolong ketua jurulatih Kedah, beliau dijangka mampu pergi lebih jauh sekiranya diberi peluang yang bersesuaian.


4. Manzoor Azwira Abd. Wahid

Umur 46 tahun, kelahiran Pulau Pinang.

Pengendali ini pernah membawa pasukan Pulau Pinang menjuarai liga divisyen kedua, Liga Premier Malaysia pada 2020. Sekarang bersama skuad Penang, beliau dilihat sebagai pengaruh jangka masa panjang untuk membantu membangunkan sebuah kelab bolasepak yang bukan sahaja mampu bertahan dari segala aspek tetapi juga mampu memberikan cabaran hebat buat pasukan-pasukan dalam Liga-M. Seandainya beliau terus menggunakan segala keupayaan dan kemahiran yang ada pada dirinya maka tidaklah mengejutkan sekiranya reputasinya kian meningkat.


5. Datuk Lim Teong Kim

Umur 59 tahun, kelahiran Melaka.

Sosok yang sering menjadi kegemaran untuk menerima kecaman ramai ini memulakan kerjaya kejurulatihannya bersama skuad remaja kelab gergasi Eropah iaitu Bayern Munich. Apabila pulang ke Malaysia, beliau pernah dilantik sebagai pengarah projek bagi Program Pembangunan Bolasepak Negara (singkatannya PPBN atau NFDP) dan juga pengarah bagi Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Baru sahaja ditamatkan kontrak oleh bekas pasukannya Perak baru-baru ini walaupun belum sampai setahun berkhidmat, beliau sebenarnya mempunyai ketokohan dan keunikan yang kurang dihargai dengan sepatutnya oleh komuniti bolasepak tanah air.


6. Yusri Che Lah

Umur 47 tahun, kelahiran Perlis.

Merupakan jurulatih sementara pasukan Perak yang menggantikan tempat Datuk Lim Teong Kim, beliau sebelum ini turut pernah menggalas tugas sebagai ketua jurulatih skuad Liga Premier iaitu Projek FAM-MSN yang terdiri daripada pemain-pemain kebangsaan berumur bawah 23 tahun. Memulakan kerjaya jurulatih bersama pasukan negeri kelahirannya, Perlis pernah dibawa menduduki tempat kedua Liga FAM pada tahun 2015. Selain daripada itu, belum ada rekod pencapaian yang menyerlah di dalam resumenya melainkan mempunyai kredibiliti untuk membina namanya sebagai jurulatih yang disegani.


7. Rezal Zambery Yahya

Umur 44 tahun, kelahiran Johor.

Sungguhpun pasukan Kelantan nampaknya menjadi sasaran berita sensasi dewasa ini, di sebaliknya masih ada figura yang terus setia menabur bakti. Pernah dilantik menjadi ketua jurulatih Kelantan sebelum menerima tanggungjawab sebagai penolong pengurus, beliau dilihat bersungguh-sungguh untuk berkecimpung dalam bidang kejurulatihan walaupun berdepan dengan kekangan serta rintangan yang menyukarkan perjalanannya. Jikalau beliau terus berusaha dengan gigih, mudah-mudahan ada sinar di hujung terowong yang membolehkannya merealisasikan kemampuan sebenar sebagai seorang jurulatih.


8. Muhammad Shukor Adan

Umur 43 tahun, kelahiran Melaka.

Individu yang dihormati serta digeruni semasa zaman kegemilangannya sebagai seorang pemain di atas padang, beliau kini telah mula beralih arah menuju ke alam kejurulatihan pula. Diangkat sebagai pembantu jurulatih di KL City pada ketika ini, beliau hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengaplikasikan kualiti kepimpinannya di tepi garisan padang pula. Apabila tiba masanya nanti (insha'Allah), beliau diharapkan dapat menyambung legasi malahan mengatasi kewibawaan jurulatih-jurulatih yang terdahulu seperti Chow Kwai Lam dan Mohd Zan Mat Aris.


9. Badrul Afzan Razali

Umur 47 tahun, kelahiran Terengganu.

Penolong pengurus pasukan Terengganu ini merupakan watak diam-diam ubi berisi. Selepas menajamkan kemahirannya sebagai jurulatih bersama TFC II di Liga Premier, beliau terus mara dan tidak lagi menoleh ke belakang. Kejayaannya membimbing pasukan Sime Darby menjuarai Piala FAM pada 2017 dan setahun kemudian pada 2018 turut memberikan kejuaraan kepada skuad Piala Presiden negeri Terengganu iaitu TFC III seolah-olahnya seperti sudah lama ditinggalkan. Jika momentum ini dapat diteruskan, hampir tiada siapa yang dapat menghalangnya untuk terus maju ke hadapan.


10. Mohd Hamzani Omar

Umur 44 tahun, kelahiran Johor.

Setelah hampir sedekad sejak tahun 2013 menumpahkan keringat dalam barisan kejurulatihan kelab bolasepak JDT, pembantu jurulatih ini dianugerahkan dengan suatu peluang yang sungguh tidak ternilai. Mana tidaknya, di sebalik kejayaan demi kejayaan saban tahun yang digapai oleh kelab yang memenangi Piala AFC 2015, dia ada bersama. Sudah pasti amat merugikan sekiranya beliau langsung tidak mengambil sebarang manfaat daripada pengalaman pahit manis yang dialami bersama juara Liga Super sebanyak 9 kali berturut-turut setakat tahun 2022. Segala ilmu yang telah dipelajari jika dapat dikongsi sudah tentu menjadi sangat berguna.


11. Jelius Ating

Umur 52 tahun, kelahiran Sabah.

Berkhidmat sebagai ketua jurulatih skuad B-21 bagi Sabah dalam pertandingan Piala Presiden, beliau juga pernah suatu ketika sebelum ini memegang jawatan ketua jurulatih dan pengurus untuk pasukan dari Borneo tersebut. Di samping bekas rakan di bahagian pertahanan sewaktu bermain dahulu iaitu Burhan Ajui sebagai pembantunya, pengalaman yang sedang dikumpulkan bakal memudahkan transisi beliau kembali ke tampuk kejurulatihan pasukan Sabah pada suatu hari nanti. Berikutan situasi semasa bolasepak Sabah yang nampak memberangsangkan maka masa hadapan kerjayanya juga kelihatan makin cerah bersinar. 


Sebagai kesimpulan, senarai jurulatih yang lebih ternama sebahagiannya telah pun #duniabolasepak sebut sebelum ini. Antaranya ialah, B. Satiananthan, Datuk K. Rajagobal, Dato' Dollah Salleh, Mohd Azraai Khor Abdullah, dan Dato' Zainal Abidin Hassan Ali. Malah, ada lagi para jurulatih berkaliber dan juga yang baru berjinak-jinak menceburkan diri yang sukar untuk disenaraikan kesemuanya. Cuma, ternyata bahawa beberapa nama yang diketengahkan pada kali ini masih lagi menimba ilmu serta pengalaman dalam aliran kejurulatihan. Ramai di antara mereka merupakan bekas pemain yang telah bersara dahulu dan belum banyak pencapaian yang telah dicapai, apatah lagi memperoleh kejuaraan sebagai seorang jurulatih. Memandangkan divisyen utama Liga Malaysia dibanjiri oleh para jurulatih import seperti mana ia semakin sesak dan semak dengan terlalu ramai pemain import, tidak banyak jawatan kosong buat jurulatih-jurulatih muda tempatan melainkan mereka sanggup berhijrah ke luar negara ataupun bermula dari bawah melatih skuad-skuad junior mahupun di peringkat bangku sekolah.


Lihat juga:

Keeper

Bek kanan

Bek kiri

Sweeper

Stopper

Nombor 6

Sayap kanan

Pemain tengah

Penyerang

Playmaker

Sayap kiri