Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)
Showing posts with label Asean. Show all posts
Showing posts with label Asean. Show all posts

Thursday, December 8, 2022

Skuad bayangan Piala AFF 2022

Pengurus yang juga ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon telah pun mengumumkan barisan pemain mesin yang akan dinilai serta ditapis di kem latihan berpusat kebangsaan sebelum berdepan persaingan peringkat rantau yang bakal berlangsung pada Disember 2022 hingga Januari 2023 ini. Siapa pemain yang terbaik di setiap posisi akan terus diperdebatkan. Samada pasukan yang akan dibentuk adalah yang paling ideal juga akan dipersoalkan. Namun, semua itu tidak akan lagi menjadi perbincangan lanjut sekiranya tiada siapa yang ambil peduli. Adanya kepedulian itulah yang menyebabkan sokongan tetap diberikan kepada skuad Harimau Malaya walaupun Malaysia hanya bersaing di Piala Asia Tenggara dan bukannya di Piala Dunia.

Adakah Malaysia kena jadi
tuan rumah baru boleh
bermain di Piala Dunia?
(gambar: FNH/duniabolasepak)


Tidak mengapalah. Tatkala negara-negara lain sedang menghadapi cabarannya yang masing-masing, tanahair kita juga mempunyai cabarannya yang tersendiri di dalam dunia bolasepak. Tumpuan harus diberikan ke arah mencari jalan untuk terus bangkit dan membangunkan bukan sahaja dari sudut pencapaian sukan semata-mata, tetapi yang lebih penting lagi adalah kelestarian modal insan. Moga-moga Harimau Malaya akan disebut juga sebagai Harimau Asia selepas ini, apatah lagi Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari 2024 sedang menanti. Sekadar untuk menambah rencah dalam topik membincangkan bolasepak tempatan, berikut ini merupakan skuad imaginasi Malaysia yang barangkali agak berbeza daripada skuad kebangsaan sebenar ke Piala AFF 2022.

Harimau Malaya 'A'

  1. Syihan Hazmi Mohamed
  2. Matt Davies
  3. La'Vere Corbin-Ong
  4. Dion Cools
  5. Shahrul Saad
  6. Brendan Gan
  7. Arif Aiman Hanapi
  8. Nor Azam Azih
  9. Safawi Rasid
  10. Syafiq Ahmad
  11. Faisal Abdul Halim
  12. Quentin Cheng
  13. Daniel Ting
  14. Sharul Nazeem Zulpakar
  15. Ahmad Khuzaimi Piee
  16. Wan Kuzain Wan Kamal
  17. Akhyar Abdul Rashid
  18. Mukhairi Ajmal Mahadi
  19. Darren Lok
  20. Kumaahran Sathasivam
  21. Ruventhiran Vengadesan
  22. Rahadiazli Rahalim
  23. Azri Abdul Ghani
  24. Syahmi Safari
  25. Zhafri Yahya
  26. Kogileswaran Raj Mohana Raj

Harimau Malaya 'B'

  1. Khairulazhan Khalid
  2. Declan Lambert
  3. Fazly Mazlan
  4. Dominic Tan
  5. Feroz Baharudin
  6. David Rowley
  7. Ramadhan Saifullah Usman
  8. Ryan Lambert
  9. Nurshamil Abd Ghani
  10. Daryl Sham George
  11. Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau
  12. Azam Azmi Murad
  13. Richard Chin
  14. Junior Eldstål
  15. Irfan Zakaria
  16. Afiq Fazail
  17. Nur Shamie Iszuan Amin
  18. Stuart Wilkin
  19. Haqimi Azim Rosli
  20. Aliff Izwan Yuslan
  21. Nor Hakim Hassan
  22. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi
  23. Damien Lim
  24. Hong Wan
  25. Luqman Hakim Shamsudin
  26. Hadi Fayyadh Abdul Razak

Harimau Malaya 'C'

  1. Farizal Marlias
  2. Kunanlan Subramaniam
  3. Nazirul Naim Che Hashim
  4. Muslim Ahmad
  5. Aidil Zafuan Abdul Radzak
  6. Natxo Insa
  7. Baddrol Bakhtiar
  8. Safiq Rahim
  9. Zaquan Adha Abdul Radzak
  10. Norshahrul Idlan Talaha
  11. Khyril Muhymeen Zambri
  12. Rizal Ghazali
  13. Syazwan Andik Ishak
  14. Fadhli Shas
  15. Rawilson Batuil
  16. Gurusamy Govandar Kandasamy
  17. Mahali Jasuli
  18. Nazmi Faiz Mansor
  19. Safee Sali
  20. Mohd Amri Yahyah
  21. Mohd Faiz Subri
  22. Khairul Fahmi Che Mat
  23. Sharbinee Allawee Ramli
  24. Jafri Firdaus Chew
  25. Nik Akif Syahiran Nik Mat
  26. Ahmad Hazwan Bakri


*Harimau Muda 'A' (B23)

*Harimau Muda 'B' (B20)

*Harimau Muda 'C' (B17)


#MisiMemburuPialaAsia

#WanKuzainUntukMalaysia

#HarimauMalayaHarimauAsia


Disediakan oleh:

Zulhelmi de Bola @D_BolaSepak



Wednesday, May 20, 2020

Liga Raya Sedunia mungkin boleh diperkenalkan

Kehidupan di dunia ini sungguh tidak adil. Tuhan telah sediakan semuanya cukup tetapi ketamakan manusia telah merosakkan keseimbangan. Nama pun manusia, memanglah tidak adil. Yang paling adil sekalipun tetap ada kekurangan di sana sini. Hanya Tuhan yang Maha Adil kerana Dia sahajalah yang sempurna.

Kalau dunia ini pun sudah tidak adil, apatah lagi dalam permainan bolasepak. Ia kadangkala masih dianggap adil walaupun berat sebelah kepada sesuatu pihak. Adilkah begitu? Mungkin adil bagi satu pihak namun tidak adil bagi pihak yang lain. Keadilan yang direka-reka, palsu serta menipu. Apakah tujuannya? Menipu orang lain atau menipu diri sendiri?

Justeru, bukan mudah apabila mahu membincangkan tentang topik yang berkait dengan keadilan. Manusia cuma boleh berbincang tetapi teramat sukar untuk dilaksanakan. Maka, akui sahajalah kelemahan yang dimiliki namun tetap juga mempunyai keazaman untuk berusaha dengan sedaya mungkin bagi mengurangkan kezaliman. Mudah-mudahan, sama-sama dapat memperoleh kebaikan.

Tujuh benua dan tujuh lautan.
(gambar: Google)

Itu baru mukadimahnya, sekarang mari kita lihat isinya. Bumi ini mempunyai tujuh daratan luas. Tolak Antartika, di benua Asia, Oseania, Eropah, Afrika, Amerika Utara, dan Amerika Selatan, ramai sekali sejumlah penduduk di kalangan manusia yang sekurang-kurangnya tahu apa itu sukan bolasepak. Daripada yang ramai itu, bukan semuanya meminati bolasepak dan bagi yang meminatinya pula, lebih sedikit yang bermain bolasepak secara profesional.

Bermain bolasepak secara profesional bermakna menjadikannya suatu kerjaya, dilakukan sepenuh masa dan juga mendapat bayaran secara tetap sehingga bersara, sepatutnyalah. Daripada kira-kira 200 negara, hampir setiap negara mempunyai pasukan bolasepak kebangsaannya yang masing-masing. Namun, pada satu-satu masa, lebih kurang 23 pemain yang akan mewakili skuad utama, tidak termasuk skuad-skuad pelapis.

Kemudian, dalam setiap perlawanan pula, hanya 22 orang pemain berada di atas padang, selain kumpulan pengadil. Daripada 22 orang pemain yang mewakili dua pihak, sebelah pihak menyenaraikan 11 pemain dan begitu juga sebelah pihak yang satu lagi, kesebelasan utama mereka. Dengan ruang 3 pemain gantian, maka setiap negara hanya memerlukan 14 pemain sahaja setiap kali perlawanan. 14 orang yang dirasakan terbaik di kalangan pemain profesional.

Jadi, biarlah berjuta-juta, berpuluh-puluh juta, beratus-ratus juta, malah beribu-ribu juta penduduk sekalipun, 11, 14, hingga 23 orang sahaja yang akan mewakili negaranya dalam tempoh yang tertentu. Kalau sepanjang sejarah sudah tentu lebih ramai, namun bagi yang pernah mendapat panggilan untuk menyarung jersi kebangsaan sememangnya cukup beruntung. Mereka dikira bertuah kerana bukan semua orang dapat merasai salah satu nikmat dunia tersebut.

Oleh yang demikian, sekiranya diberi peluang dan berpeluang pula untuk bermain untuk negara maka mainlah dengan bersungguh-sungguh. Kenapa mahu menyia-nyiakan peluang yang diberi? Membazir wang, masa, dan tenaga sahaja. Bukankah lebih elok jika diberi peluang tersebut kepada yang tidak mahu mensia-siakannya? Ingatlah, peluang yang terlepas tidak akan kembali lagi. Walaupun mungkin ada peluang yang lain, ia sudah tidak sama lagi.

Berdasarkan isi dan huraian yang telah dibentangkan, ingin diberi contohnya pula. Tokoh yang tidak asing lagi, Allahyarham Mokhtar Dahari dianggap sebagai salah seorang lagenda ulung bolasepak Malaysia. Beliau bukan sekadar pemain biasa, tidak pula sekadar bagus dan hebat, tetapi lebih daripada itu. Sememangnya seorang pemain yang amat luar biasa. Satu dalam seribu, mungkin juga satu dalam sejuta atau lebih.

Meskipun jaguh Nusantara yang digelar Supermokh ini meraih pelbagai kejayaan namun beliau tidak sempat beraksi di pentas yang tertinggi yakni Piala Dunia, tidak seperti Maradona. Kononnya dia dilahirkan di tempat yang salah. Oleh sebab dilahirkan di Malaysia dan bukan di negara-negara kuasa besar bolasepak, boleh ada pula yang menganggap sedemikian. Kalau betullah begitu, cuba terangkan mengapa lagenda yang mengharumkan nama Real Madrid iaitu Di Stefano tidak ke Piala Dunia, bukankah dia dilahirkan di Argentina sama seperti Maradona?

Yang lepas sudah pun lepas. Yang sekarang ini pun sungguh cepat berlalu. Masa depan, belum tentu. Belum tentu kita berkesempatan untuk melihat apa yang akan terjadi, bakal terjadi. Sebenarnya, boleh kata semua perkara telah pun ditentukan, cuma kita sahaja yang tidak tahu. Umpamanya dalam satu perlawanan akhir, sudah pasti akan ada pemenangnya. Jika ada pemenangnya maka ada jugalah yang tewas. Yang menang tidak tewas, yang tewas tidak menang. Siapa di pihak mana, hanya akan diketahui selepas tamatnya perlawanan.

Sebelum melalut dan menjadi lebih panjang lebar, apa sebenarnya yang hendak disampaikan? Apa yang hendak disampaikan adalah idea berkenaan dengan saingan bolasepak antara negara selain daripada Piala Dunia. Di sebalik jadual yang sudah pun terlalu padat dan begitu sibuk dengan pelbagai pertandingan, tidak kiralah tempatan mahupun antarabangsa, masih ada ruangkah untuk kejohanan dunia dalam bentuk liga? Konsep liga biasanya lebih sinonim dengan pasukan-pasukan kelab, bukan pasukan-pasukan kebangsaan.

Kalau susah sangat hendak layak ke Piala Dunia, Liga Dunia pun jadilah ya? Sila bertenang. Harap jangan gelojoh, ia belum ada lagi. Sebelum ini, ada ura-ura yang mengatakan bahawa Piala Dunia Kelab mahu diubah formatnya agar sama macam Piala Dunia. Lebih banyak kelab akan terlibat hingga JDT pun tidak mustahil boleh beraksi. Itu kelab, kalau negara, bolasepak Eropah telah pun melaksanakan Liga Bangsa-bangsa atau boleh juga disebut Liga Negara-negara, bagi menggantikan perlawanan persahabatan antarabangsa yang tiada sistem mata lalu mengolahnya menjadi lebih sistematik.

Asia turut ada merancang untuk melakukan yang serupa tetapi adalah lebih baik jika dirancang dengan lebih teliti. Lebih menyeluruh daripada Piala Cabaran atau Piala Setiakawan. Kelayakan ke Piala Asia juga harus diperbaiki. Jika tidak, akan kelam-kabut jadinya. Malaysia juga mungkin perlu bersedia untuk menubuhkan lebih daripada satu skuad utama. Malaysia A, B, C, dan D, kalau bolehlah. Minimum, ada 44 orang pemain yang boleh mewakili negara.

Ini hanyalah sekadar cadangan, boleh juga dikatakan macam berangan. Harapannya, struktur yang lebih kemas tersusun dapat dibangunkan segera supaya negara seperti Malaysia boleh terbabit sama secara bertahap dalam memajukan bolasepak serantau bagi manfaat bolasepak sejagat.

ASIA: 44
ASIA TENGGARA
  1. Malaysia
  2. Thailand
  3. Indonesia
  4. Vietnam
  5. Singapura
  6. Myanmar
  7. Filipina
  8. Kemboja
  9. Laos
  10. Brunei

ASIA TIMUR
  1. Jepun
  2. Korea Utara
  3. Korea Selatan
  4. China
  5. Hong Kong*
  6. Macau*
  7. Taiwan (Taipei China*)
  8. Mongolia

ASIA TENGAH
  1. Iran
  2. Afghanistan
  3. Kyrgyzstan
  4. Tajikistan
  5. Turkmenistan
  6. Uzbekistan
  7. Kazakhstan

ASIA SELATAN
  1. India
  2. Pakistan
  3. Bangladesh
  4. Bhutan
  5. Nepal
  6. Sri Lanka
  7. Maladewa

ASIA BARAT
  1. Arab Saudi
  2. Syria
  3. Iraq
  4. Yaman
  5. Oman
  6. Jordan
  7. Lubnan
  8. Kuwait
  9. Emiriah Arab Bersatu
  10. Qatar
  11. Bahrain
  12. Palestin

OSEANIA: 26
AUSTRALASIA
  1. Australia
  2. New Zealand
  3. Papua New Guinea
  4. Timor-Leste
  5. Pulau Norfolk*

MELANESIA
  1. Nauru
  2. Kepulauan Solomon
  3. Vanuatu
  4. Fiji
  5. New Caledonia

MIKRONESIA
  1. Kepulauan Mariana Utara
  2. Guam*
  3. Palau
  4. Persekutuan Mikronesia
  5. Kepulauan Marshall
  6. Kiribati

POLINESIA
  1. Tuvalu
  2. Wallis & Futuna
  3. Tonga
  4. Niue*
  5. Tokelau
  6. Samoa
  7. Samoa Amerika
  8. Kepulauan Cook*
  9. Polinesia Perancis (Tahiti*)
  10. Kepulauan Pitcairn*

EROPAH: 52
EROPAH BARAT
  1. Austria
  2. Belgium 
  3. Perancis
  4. Jerman
  5. Ireland
  6. Liechtenstein
  7. Luxembourg
  8. Belanda
  9. Switzerland
  10. United Kingdom (England*)
  11. Ireland Utara*
  12. Scotland*
  13. Wales*
  14. Monaco

EROPAH SELATAN
  1. Itali
  2. Sepanyol
  3. Portugal
  4. Malta
  5. Greece
  6. Croatia
  7. Bosnia & Herzegovina
  8. Montenegro
  9. Albania
  10. Slovenia
  11. Turki
  12. Cyprus
  13. Serbia
  14. Macedonia Utara
  15. Andorra
  16. San Marino
  17. Kosovo*
  18. Kota Vatikan
  19. Gibraltar*

EROPAH TIMUR
  1. Bulgaria
  2. Hungari
  3. Ukraine
  4. Moldova
  5. Belarus 
  6. Rusia
  7. Slovakia
  8. Romania
  9. Poland
  10. Czechia (Republik Czech)

EROPAH UTARA
  1. Estonia
  2. Latvia
  3. Lithuania
  4. Denmark
  5. Finland
  6. Iceland
  7. Norway
  8. Sweden
  9. Kepulauan Faroe*

AFRIKA: 57
AFRIKA UTARA
  1. Maghribi
  2. Algeria
  3. Tunisia
  4. Libya
  5. Mesir
  6. Sudan

AFRIKA BARAT
  1. Benin
  2. Burkina Faso
  3. Cabo Verde
  4. Chad
  5. Côte d'Ivoire
  6. Guinea Khatulistiwa
  7. Gambia
  8. Ghana
  9. Guinea
  10. Guinea-Bissau
  11. Liberia
  12. Mali
  13. Mauritania
  14. Niger
  15. Nigeria
  16. Senegal
  17. Sierra Leone
  18. Togo

AFRIKA TIMUR
  1. Burundi
  2. Kenya
  3. Rwanda
  4. Sudan Selatan
  5. Tanzania
  6. Uganda
  7. Somalia
  8. Eritrea
  9. Djibouti
  10. Habsyah
  11. Comoros
  12. Mauritius
  13. Seychelles
  14. Réunion*
  15. Mayotte*
  16. Madagascar

AFRIKA SELATAN
  1. Botswana
  2. Eswatini
  3. Lesotho
  4. Malawi
  5. Mozambique
  6. Namibia
  7. Afrika Selatan
  8. Zambia
  9. Zimbabwe

AFRIKA TENGAH
  1. Angola
  2. Cameroon 
  3. Republik Afrika Tengah
  4. Chad
  5. Congo-Kinshasa
  6. Congo-Brazzaville
  7. Gabon 
  8. São Tomé & Príncipe

AMERIKA UTARA: 45
AMERIKA UTARA
  1. Kanada
  2. Amerika Syarikat
  3. Mexico
  4. Bermuda*
  5. Greenland*
  6. Saint Pierre & Miquelon*

AMERIKA TENGAH
  1. El Salvador
  2. Costa Rica
  3. Belize
  4. Guatemala
  5. Honduras
  6. Nicaragua
  7. Panama

KARIBIA
  1. Antigua & Barbuda
  2. Bahamas
  3. Barbados
  4. Cuba
  5. Dominica
  6. Republik Dominika
  7. Grenada
  8. Haiti
  9. Jamaica
  10. St. Kitts & Nevis
  11. St. Lucia
  12. St. Vincent & Grenadines
  13. Trinidad & Tobago
  14. Anguilla*
  15. Aruba*
  16. Bonaire*
  17. Kepulauan Virgin British*
  18. Curacao*
  19. Kepulauan Cayman*
  20. Pulau Clipperton*
  21. Guadeloupe*
  22. Martinique*
  23. Montserrat*
  24. Pulau Navassa*
  25. Puerto Rico*
  26. Saba*
  27. Saint Barthélemy*
  28. Saint Martin*
  29. Sint Eustatius*
  30. Sint Maarten*
  31. Kepulauan Turks & Caicos*
  32. Kepulauan Virgin Amerika Syarikat*

AMERIKA SELATAN: 15
AMERIKA SELATAN
  1. Argentina
  2. Bolivia
  3. Brazil
  4. Chile
  5. Colombia
  6. Ecuador
  7. Guyana
  8. Paraguay
  9. Peru
  10. Suriname
  11. Uruguay
  12. Venezuela
  13. Guiana Perancis*
  14. Kepulauan Falkland*
  15. Kepulauan Georgia Selatan & Sandwich Selatan*

LAIN-LAIN: 11
#
  1. Abkhazia
  2. Artsakh
  3. Cyprus Utara 
  4. Somaliland
  5. Ossetia Selatan
  6. Transnistria
  7. Sahara Barat
  8. Jersey*
  9. Guernsey*
  10. Isle of Man*
  11. Isle of Wight*

SELURUH DUNIA: 239 ++


Friday, November 9, 2018

MALAYSIA: Harimau Malaya 2018

Kuning-hitam dan biru-merah-putih
(sumber: YouTube)

Selepas berakhirnya saingan bolasepak tempatan bagi tahun 2018 dengan pasukan Perak mengulangi pencapaian yang betul-betul hampir sama seperti 20 tahun yang lalu, yakni menewaskan pasukan Terengganu di perlawanan akhir Piala Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti (dan kebetulan juara Piala Dunia tahun 1998 iaitu negara Perancis juga mengulangi pencapaiannya sendiri), kini tumpuan para peminat serta penyokong bolasepak Malaysia beralih arah ke saingan peringkat rantau Asia Tenggara pula.

Perak juara Piala Malaysia 1998
(gambar: kosmo.com.my)
Perak juara Piala Malaysia 2018
(gambar: kosmo.com.my)

Selepas lebih kurang 8 tahun sejak pasukan negara iaitu skuad Harimau Malaya pertama kali muncul juara bolasepak selain daripada Sukan SEA, harapan untuk sekali lagi bergelar johan di kalangan negara-negara anggota ASEAN kembali memancar dalam Kejohanan AFF edisi ke-12 yang sudah pun bermula. Ramalan yang masuk akal bagi anak-anak buah TCH hanya dua, kecundang ataupun memiliki tempat pertama. Naib juara sebanyak dua kali pada tahun 1996 dan juga 2014 tidaklah dilupakan tetapi semestinya kemenangan pada tahun 2010 lebih diingati. Dalam banyak-banyak orang, ketua jurulatih kebangsaan rasanya lebih tahu dan lebih memahami.

Langkah kanan skuad kebangsaan pada kali ini bermula dengan menentang Kemboja di tempat lawan pada 8 November 2018. Keputusannya 1-0 memihak kepada Malaysia melalui jaringan Mat Yo hasil umpanan daripada ketua pasukan yang memakai jersi bernombor 8, bukan lagi Chopot tetapi Zaq-One. Keesokan harinya, sebuah lagi pasukan Malaysia akan turun menentang Vietnam, namun untuk Kejohanan Futsal AFF edisi ke-15 pula. Sudah pun melangkah ke perlawanan separuh akhir, Malaysia yang pernah 4 kali menjadi naib juara dan 4 kali berada di tempat ketiga harap-harapnya turut memasang impian untuk mengatasi rekod tersebut di Yogyakarta, Indonesia.

Bintang SKN FC Kebumen, Khairul Effendy Bahrin atau
Ayon mengetuai cabaran negara di Kejohanan Futsal AFF.
(kredit: bolalob.com)

Bagi Kejohanan AFF tahun 2018, pemain-pemain kebangsaan yang dipilih untuk mengisi 23 slot pasukan negara nampaknya antara yang terkuat dan mungkin kombinasi terbaik yang pernah dikumpulkan. Barisan kejurulatihan negara juga kelihatan begitu tersusun serta amat mengenali kelebihan mahupun kekurangan yang ada sehingga pengurusan badan induk bolasepak negara tanpa segan silu menyasarkan sasaran yang agak bercita-cita tinggi iaitu mara hingga ke final.

Di atas kertas, memang tiada masalah namun di atas padang nanti sahajalah yang akan menunjukkan kemampuan sebenar. Untung nasib selalunya bergantung kepada berkat usaha yang dicurahkan secara berpasukan, dan tidak terletak di atas bahu beberapa individu dengan prestasi atau reputasi tertentu semata-mata. Takdir Tuhan telah pun ditetapkan, hanya masa yang akan menentukan. Sekadar suka-suka, berikut adalah 23 pemain yang terlepas aksi bersama skuad kebangsaan untuk kejohanan dua tahun sekali tersebut pada tahun ini.

#1: Penjaga gol
Izham Tarmizi Roslan
(kredit: miraira2.blogspot.com)


#2: Bek kanan
Matthew Davies
(gambar: fourthofficial.com)


#3: Bek kiri
Fazly Mazlan
(gambar: mstar.com.my)


#4: Bek tengah kanan
Muslim Ahmad
(gambar: bharian.com.my)


#5: Bek tengah kiri
Fadhli Shas
(gambar: nst.com.my)


#6: Pemain tengah bertahan
Safiq Rahim
(gambar: nst.com.my)


#7: Sayap kanan
Wan Zack Haikal Wan Noor
(kredit: trwlegacy.blogspot.com)


#8: Perancang tengah
Nor Azam Azih
(gambar: hmetro.com.my)


#9: Penyerang utama
Jafri Firdaus Chew
(sumber: Twitter)


#10: Penyerang kedua
Kumaahran Sathasivam
(gambar: espn.com)


#11: Sayap kiri
Faiz Subri
(gambar: nst.com.my)


#12: Bek kanan
Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
(gambar: hmetro.com.my)


#13: Bek kiri
La’Vere Corbin-Ong
(gambar: nsnews.com)


#14: Bek tengah kanan
Yong Kuong Yong
(kredit: mediaterjah.com)


#15: Bek tengah kiri
Rawilson Batuil
(kredit: gingkaras.com)


#16: Pemain tengah bertahan
Shakir Shaari
(kredit: cikguray.blogspot.com)


#17: Sayap kanan
Baddrol Bakhtiar
(gambar: bharian.com.my)


#18: Perancang tengah
Nazmi Faiz Mansor
(gambar: utusan.com.my)


#19: Penyerang utama
Hadi Fayyadh Abdul Razak
(gambar: football-tribe.com)


#20: Penyerang kedua
Rozaimi Abdul Rahman
(gambar: hmetro.com.my)


#21: Sayap kiri
Ashri Chuchu
(gambar: thestar.com.my)


#22: Penjaga gol
Haziq Nadzli
(gambar: bharian.com.my)


#23: Penjaga gol
Khairulazhan Khalid
(gambar: bharian.com.my)


Lain-lain: Kunanlan Subramaniam, Mahali Jasuli, Amirul Hadi Zainal, Ashari Samsudin, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Thanabalan Nadarajah, Luqman Hakim Shamsudin


MALAYSIA [AFF 2018]
Penjaga gawang:
1.   Farizal Marlias *****
22. Khairul Fahmi Che Mat *****
23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy ****

Pertahanan:
21. Nazirul Naim Che Hashim ****
6.   Syazwan Andik Ishak ***
5.   Adam Nor Azlin ***
17. Irfan Zakaria ***
7.   Aidil Zafuan Radzak *****
3.   Shahrul Saad ****
2.   Amirul Azhan Aznan **

Pemain tengah:
14. Syamer Kutty Abba ****
15. Kenny Pallraj Davaragi ***
12. Akram Mahinan **
4.   Syahmi Safari ***

Penyerang:
11. Safawi Rasid *****
18. Syafiq Ahmad ***
20. Hazwan Bakri ****
16. Syazwan Zainon **
19. Akhyar Rashid *****
8.   Zaquan Adha Radzak (K) *****
13. Mohamadou Sumareh ****
9.   Norshahrul Idlan Talaha *****
10. Shahrel Fikri Fauzi ****

7 - *****
7 - ****
6 - ***
3 - **
0 - *
(skor: 87/115 = 75.65)


Sunday, July 15, 2018

Malaysia juara Kejohanan Remaja B-19 AFF 2018

Kita juara!
(gambar: sports247.my)

Dalam perlawanan akhir yang penuh mendebarkan, "Harimau Muda" Malaysia berjaya mengetepikan bekas juara dua kali Myanmar dengan jaringan 4-3 untuk meraih kejuaraan sulung dalam Kejohanan Remaja Bawah-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN tahun 2018. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Awang Muhammad Faiz (3'), Nik Akif Syahiran Nik Mat (18', 90+3'), dan Shivan Pillay Asokan (76'), manakala Win Naing Tun (23', 26') dan Myat Kaung Khant (31') berada dalam senarai penjaring buat pasukan Myanmar. Win Naing Tun juga muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan jumlah 8 gol. Pasukan tuan rumah Indonesia yang bertemu dengan Malaysia dalam aksi sengit separuh akhir pula menduduki tempat ketiga selepas menewaskan bekas juara lima kali Thailand dengan kemenangan tipis 2-1.

Tahniah diucapkan kepada barisan pemain serta jurulatih negara di atas pencapaian yang membanggakan ini, yang kebetulan pula bersempena dengan pelantikan Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru menggantikan mantan presiden Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang kini merupakan Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Datuk Hamidin menjadi Presiden FAM yang ketujuh sejak Bapa Kemerdekaan dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman. Alhamdulillah, semoga negara Malaysia terus memperoleh kejayaan demi kejayaan selepas ini. Malaysia Boleh!


Saturday, July 14, 2018

Separuh akhir Kejohanan Remaja B-19 AFF 2018

Sekali lagi negara Malaysia akan berada di pentas final. Di sepanjang sejarah penyertaan dalam Kejohanan Remaja Bawah-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN sejak tahun 2002, Malaysia sebenarnya sudah lima kali muncul sebagai naib juara iaitu pada 2003, 2005, 2006, 2007, dan terbaru adalah pada tahun lepas yakni 2017 manakala pernah juga sekali berada di tempat ketiga pada 2011. Selepas berjaya menduduki tangga pertama dalam Kumpulan B yang turut mengandungi Myanmar, Kemboja, Timor-Leste, dan Brunei, pasukan pelapis negara pada tahun ini berjaya maju ke peringkat separuh akhir untuk bertemu dengan tim sepak bola tuan rumah, Timnas Indonesia B-19 iaitu Garuda Muda pada 12 Julai 2018. Indonesia pula mara ke separuh akhir setelah berada di belakang Thailand dalam Kumpulan A, mengatasi Vietnam, Laos, Filipina, dan Singapura.

Penjaga gol muda Malaysia, Azri Ab Ghani muncul pemain terbaik
perlawanan ketika menentang Indonesia di separuh akhir.
(kredit: harnas.co)

Dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo, pasukan Garuda Muda turun dengan penuh semangat apabila kesebelasan utamanya turut dibintangi oleh pemain muda yang semakin meningkat naik iaitu Egy Maulana Vikri. Bintang muda tersebut menjadi kebanggaan seluruh Indonesia kerana telah menandatangani kontrak untuk bermain di Poland bersama kelab Lechia Gdańsk dan namanya kian menjadi sebutan lebih-lebih lagi sesudah menjaringkan gol pembukaan perlawanan separuh akhir pada minit pertama menerusi jaringan penalti. Pasukan Malaysia B-19 kemudiannya dapat juga mengikat kedudukan melalui gol daripada ketua pasukan Muhammad Syaiful Alias yang juga pemain pertahanan tengah Kelantan FA pada minit ke-15. Permainan yang kekal buntu dengan jaringan satu sama terus berlanjutan sehinggalah penentuan sepakan penalti.

Egy Maulana menjadi penjaring terbanyak apabila mencetak
8 gol dalam edisi Kejohanan Remaja B-19 AFF 2017 yang lalu.
(kredit: liputan6.com)

Sebelum bermulanya penentuan sepakan penalti bagi menentukan pasukan mana yang akan menjadi finalis, Egy Maulana telah pun dikeluarkan oleh jurulatihnya Indra Sjafri pada minit ke-88 bagi memasukkan pemain gantian Hanis Saghara Putra. Pertukaran pemain tersebut dilihat gagal membuahkan hasil memandangkan pemain gantian tersebutlah yang menjadi pemain Indonesia terakhir yang gagal menjaringkan penalti. Kesudahannya, Malaysia menang penentuan sepakan penalti dengan jaringan 3 berbalas 2. A. Shivan Pillay, Nabil Hakim Bokhari, dan Nik Akif Syahiran Nik Mat, kesemuanya berupaya menjaringkan penalti dan hanya Muhammad Zafuan Azeman sahaja yang terlepas peluang. Lanjutan daripada itu, kemenangan yang diperoleh Malaysia hanya sempat diraikan sebentar sahaja. Kegembiraan tiba-tiba berubah menjadi ketakutan selepas sebilangan penonton di stadium telah bertindak di luar batasan sehingga mengganggu sedikit ketenteraman. Mujurlah tidak berlaku apa-apa yang terlalu serius melainkan gangguan keselamatan yang boleh sahaja menjadi kritikal tanpa kawalan.

Tanpa semangat kesukanan, dukacita akibat kekalahan boleh
membawa kepada rasa sedih atau marah yang berlebihan.
(kredit: liputan6.com & siakapkeli.my)

Walau bagaimanapun, pihak penganjur setakat ini masih lagi mendapat kepercayaan ramai untuk memastikan perlawanan akhir pada hari Sabtu, 14 Julai 2018 jam 8 malam (waktu Malaysia) dapat berjalan dengan lancar serta aman. Meskipun skuad anak didik Bojan Hodak akan merindui kelibat ayam tambatan Akhyar Abdul Rashid yang sudah dihantar pulang bersama-sama pemain pertahanan skuad Piala Presiden Sabah FA iaitu Gerald Gadit akibat kecederaan, pemain-pemain utama seperti Muhammad Anwar Ibrahim, Mohd Norfais Johari, Muhammad Nizarruddin Jazi, K.Thivandaran, Muhammad Zahril Azri, Muhammad Hadi Fayyadh, dan yang lain-lainnya dijangka mampu menggalas tugas masing-masing dengan baik demi kepentingan bersama sepasukan. Myanmar (bekas juara 2 kali, tahun 2003 dan 2005) sebagai seteru di perlawanan akhir pula tidak sewajarnya dipandang enteng. Walaupun mereka sudah pernah ditewaskan dalam peringkat kumpulan, perlawanan akhir adalah perlawanan yang berbeza. Mereka juga mempunyai seorang penyerang berbisa yang perlu dikekang sehabis-habisnya, Win Naing Tun namanya. Jika dapat bermain secara berpasukan dan bukannya individu yang berseorangan, itu pun sudah dikira sebagai kejayaan walau apa pun keputusan.

Win Naing Tun kini berkongsi kedudukan teratas bersama
Bounphachan Bounkong dari Laos dalam carta
penjaring terbanyak dengan 6 gol setakat ini.
(kredit: bongdanet.vn)


#MalaysiaBoleh   #MalaysiaBerjaya   #MalaysiaBolehBerjaya

Wednesday, July 4, 2018

Nasib Malaysia menjelang Piala Dunia 2034

Tahun 2018 merupakan tahun diadakan pertandingan Piala Dunia iaitu kejohanan bolasepak antarabangsa yang terbesar di dunia. Selepas Brazil pada tahun 2014, telah tiba giliran Rusia pula menjadi negara tuan rumah bagi penganjuran edisi ke-21 (14 Jun hingga 15 Julai) sebelum Qatar pada tahun 2022. Daripada 200 lebih negara yang boleh menyertai pusingan kelayakan, hanya 32 pasukan sahaja yang selanjutnya mara ke peringkat kumpulan di Piala Dunia.

Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe hanya mampu melihat
Piala Dunia dari jauh seperti mana rakyat Malaysia yang lain.
(gambar: mstar.com.my)

Seperti yang sedia maklum, Piala Dunia dianjurkan hanya 4 tahun sekali dan rasanya lebih seronok ditonton seandainya skuad kebangsaan, pasukan Harimau Malaya turut bertanding sekali. Boleh jadi lebih seronok lagi bagi para pemain bolasepak negara jikalau dapat sama-sama beraksi di Piala Dunia yang disaksikan oleh hampir seluruh penduduk dunia. Namun, sayangnya negara Malaysia yang tercinta hanya mampu berbangga apabila duduk sebaris dengan negara-negara yang tidak layak ke Piala Dunia pada kali ini seperti Itali, Belanda, Chile, Amerika Syarikat, Wales, serta beberapa lagi. Mungkin lain kali boleh cuba usaha lagi, mana tahu ada rezeki. Lebih-lebih lagi apabila terdapat cadangan untuk mengembangkan Piala Dunia kepada 48 pasukan mulai tahun 2026.

Menurut peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa yang terpakai setakat ini, wakil dari benua Asia hanya boleh membida untuk menjadi tuan rumah yang seterusnya adalah pada tahun 2034 memandangkan Qatar sudah pun terpilih sebagai negara tuan rumah bagi tahun 2022. Sekiranya Malaysia mahupun negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, dan Vietnam hendak membuat bidaan secara rasmi sebelum tarikh tutup pada tahun 2026, kemungkinan besar akan turut berebut dengan gabungan beberapa negara dari Timur Jauh iaitu Republik Rakyat China (China), Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara), Republik Korea (Korea Selatan), serta Jepun. Malah, negara Zimbabwe dari benua Afrika juga pernah menyuarakan hasratnya untuk turut membida.

Cristiano Ronaldo dan Leo Messi boleh dikatakan hampir
pasti tidak akan bermain di Piala Dunia pada 2034 nanti.
(kredit: newindianexpress.com)

Kalau ada yang berpendapat bahawa menjadi tuan rumah adalah jalan pintas ke Piala Dunia, dari satu segi memang ada benarnya tetapi ianya tidak semudah itu. Lihat sahajalah pengalaman Malaysia apabila menjadi tuan rumah bersama-sama Indonesia, Thailand, serta Vietnam bagi Piala Asia pada tahun 2007. Tatkala negara-negara tuan rumah yang lain berjaya menunjukkan corak permainan yang memberangsangkan, Malaysia pula dengan mudah sekali tersingkir di peringkat kumpulan setelah mempamerkan persembahan yang begitu longlai tanpa sebarang kemenangan. Secara keseluruhannya, maruah negara bukan sahaja setakat tercalar bahkan turut dirobek-robek dengan kekalahan-kekalahan yang besar. Jika ada pun perkara yang positif, mungkin hanya dua. Yakni, Indra Putra Mahayuddin menjadi satu-satunya penjaring gol tunggal negara dan kemunculan Aidil Zafuan Abdul Radzak sebagai bintang baru negara.

Indra Putra dalam perlawanan Kumpulan C Piala Asia
menentang China di Stadium Bukit Jalil pada
10 Julai 2007 apabila Malaysia tewas 1-5.
(kredit: fourthofficial.com)

Selain itu, cabaran atau dugaan sebagai tuan rumah kejohanan sukan sebesar Piala Dunia tidak hanya di atas padang. Cabaran atau dugaan yang sama besar jika tidak lebih besar adalah di luar padang. Penganjurannya bukan sekadar memerlukan perhatian khusus berkenaan pengurusan stadium, penjualan tiket, sistem pengangkutan awam, penyediaan penginapan, dan kawalan keselamatan sahaja malah turut membabitkan unsur-unsur yang boleh mendatangkan bahaya seperti perjudian, penyalahgunaan dadah, pelacuran, perlakuan jenayah atau kerosakan harta benda, dan sebagainya. Seandainya semua itu tidak ditangani dengan berhemah maka kesan sampingannya adalah amat buruk sekali. Sewajarnya, sebarang tindakan berkaitan yang mahu diambil hendaklah dipertimbangkan dan difikirkan sedalam-dalamnya terlebih dahulu.

Tidak dinafikan bahawa tahun 2034 masih lambat lagi, tetapi masa yang ada ini seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya. Jangan sampai sudah terlewat baru hendak menyesal. Walaupun tahun 2018 ini Malaysia tidak ke pentas tertinggi dunia, namun terdapat sebanyak enam kejohanan bolasepak antarabangsa yang akan bermula tidak lama lagi. Yang pertama, Kejohanan Remaja B-19 AFF edisi ke-15 di Indonesia mulai 1 hingga 14 Julai dengan perlawanan sulung Malaysia adalah menentang Kemboja pada 4 Julai. Kedua, Kejohanan Remaja B-16 AFF edisi ke-13 juga di Indonesia pada 29 Julai hingga 11 Ogos manakala ketiga adalah Sukan Asia ke-18, pun di Indonesia (Jakarta Palembang 2018) pada 14 Ogos hingga 1 September. Keempat dan kelima adalah Kejohanan B-16 AFC pada 20 September hingga 7 Oktober di bumi bertuah Malaysia, dan satu lagi di Indonesia iaitu Kejohanan B-19 AFC pada 18 Oktober hingga 4 November.

Kehadiran Faiz Subri dalam skuad kebangsaan
ke Sukan Asia dan/atau Piala AFF sudah pasti
boleh mengangkat tinggi profil pasukan Malaysia.
(gambar: hmetro.com.my)

Keenam merupakan yang paling dinanti-nantikan setiap 2 tahun oleh negara-negara serantau, Piala AFF dari 8 November hingga 15 Disember. Kejohanan Remaja B-16 AFF, Kejohanan Remaja B-19 AFF, dan Sukan Asia masing-masing akan diwakili oleh skuad bawah-16 bimbingan Raja Azlan Shah Raja So'ib, skuad bawah-19 bimbingan Bojan Hodak, dan skuad bawah-23 bimbingan Ong Kim Swee, manakala skuad senior di bawah kendalian Tan Cheng Hoe akan mewakili negara ke Piala AFF. Anak buah Lim Teong Kim akan menjadi wakil negara bagi Kejohanan B-16 AFC dan untuk Kejohanan B-19 AFC pula, anak buah Bojan Hodak akan sekali lagi turun supaya dapat mengibar bendera Jalur Gemilang negara. Sebagai persiapan awal, skuad senior juga mempunyai beberapa perlawanan persahabatan, antaranya menentang Fiji pada 5 Julai jam 8.45 malam di Stadium KLFA, Cheras. Tidak berapa lama selepas juara dunia yang baharu dinobatkan di Stadium Luzhniki, Moskva (Moscow) pada 15 Julai 2018, satu lagi juara pula akan timbul pada hujung tahun yang akan mendapat sanjungan tinggi di Nusantara.


#FaizSubri13

Thursday, February 15, 2018

Hilangnya sebutir lagi permata - Majid Ariff

Setiap makhluk yang hidup, pasti akan mati. Begitulah kenyataan yang harus diterima walaupun dengan berat hati. Tanggal 4 Februari 2018, awal pagi Ahad, seorang lagenda bolasepak yang banyak berjasa kepada Singapura dan pernah juga berjasa kepada Malaysia iaitu saudara Majid Ariff (lahir 2 Jun 1937) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 80 tahun.

Perginya seorang lagenda, Majid Ariff.
(kredit: govsingapore)

Malaysia dan Singapura mempunyai terlalu banyak sejarah serta sentimen yang dikongsi bersama. Sekadar ingin disebutkan di sini, seniman agung negara kelahiran Pulau Pinang yang bernama Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih (lahir 1929) iaitu Allahyarham P. Ramlee telah menghasilkan banyak karya seni di Singapura di samping para pelakon terkenal Singapura antaranya Allahyarham Shariff Dol Asnawi (Sarip Dol, lahir 1926), Allahyarham Shamsuddin Dali (S. Shamsuddin, lahir 1929), Allahyarhamah Siti Mariam Ismail (Mariani, lahir 1933), Zaiton Abdullah (Zaiton Abdul Hamid, lahir 1937), Hashimah Yon (Hashimah Mohd Leon, lahir 1940), Allahyarhamah Roseyatimah (Rosnah Jasni, lahir 1943), serta beberapa lagi.

Bahkan isteri perkahwinan ketiga P. Ramlee, biduanita negara Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail (lahir 1934) atau Allahyarhamah Saloma yang merupakan seorang pelakon serta penyanyi tersohor juga adalah anak kelahiran Singapura. Selain itu, pada zaman kontemporari pula kita mengenal nama-nama seperti Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Mohamad Nasir Mohamad (M. Nasir), Datuk Ramli Sarip (Papa Rock), Dato' Aaron Mustapha Aziz (Aaron Aziz), Dato' Mohamed Hadi Putera Halim (Ady Putra), Maizurah Hamzah, Atikah Suhaime, Hannah Adlina Blackburne Birch (Hannah Delisha), dan lain-lain yang tidak sempat disebutkan di sini. Individu-individu ini secara langsung dan tidak langsung adalah penyambung yang mengekalkan hubungan baik Malaysia dengan Singapura, Singapura dengan Malaysia.

Pemain tengah berkaliber
menjadi jurulatih yang disegani.
(gambar: beritaharian.sg)

Begitu jugalah hal keadaannya dengan dunia bolasepak, terdapat beberapa tokoh yang memainkan peranan mereka untuk memberikan pelbagai sumbangan tertentu dalam menjalankan tanggungjawab besar terhadap bangsa dan negara. Sebelum munculnya Raja Bola yang dikenali seluruh Malaysia iaitu Abdul Ghani Minhat, telah pun ada Raja Bola yang sebelumnya yakni siapa lagi kalau bukan Dol Fatah (turut dieja Dolfattah). Anak watan Singapura ini sezaman dengan dua pemain yang tidak kurang hebatnya iaitu John Chia Keng Hock, juga dari Singapura, dan A.L. Henry (bapa saudara Edwin Dutton) dari Selangor. Pengaruh Dol Fatah sekitar tahun 1930an mencapai populariti se-Malaya dan antara hasil yang paling berjaya dikecapinya adalah menjumpai serta membimbing seorang pemain berbakat besar yang kemudiannya mendapat jolokan "Harimau Malaya" yang pertama. Siapakah yang digelar Harimau Malaya tersebut? Tidak lain tidak bukan, Dollah Don ialah orangnya.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, pertalian Malaysia dengan Singapura diteruskan lagi oleh Choo Seng Quee (Uncle Choo) yang merupakan jurulatih kebangsaan Malaya dan Malaysia antara tahun 1958 hingga 1964. Selain Majid Ariff, pemain-pemain yang pernah menyarung jersi belang kuning-hitam adalah Awang Bakar (penyerang, penampilan sulung 1950) dan Rahim Omar (sayap kiri, penampilan sulung 1957). Malah, Arthur Koh (penampilan sulung 1959) yang masyhur sebagai gandingan tiga serangkai bahagian serangan pasukan kebangsaan Harimau Malaya bersama-sama Abdul Ghani Minhat dan Robert Choe suatu ketika dahulu itu pun asalnya bermain dengan Singapura terlebih dahulu.

Majid mewakili Malaya dalam
Pesta Bola Merdeka pada 1961.
(kredit:
honouryourpast.blogspot.my)

Dalam mengenang kembali kehidupan seorang lagenda yang pernah dipanggil "The Stallion" sewaktu berada di Hong Kong, Majid Ariff sememangnya salah satu contoh bagi frasa satu dalam sejuta. Ternyata sukar untuk melihat lagi insan sepertinya. Walaupun setelah menggantung kasut butnya, beliau tetap mahu berkhidmat kepada masyarakat dengan melatih begitu ramai sekali anak-anak muda yang ingin berkecimpung dalam sukan bolasepak. Salah seorang anak didik yang digilapnya adalah Fandi Ahmad, satu lagi pemain lagenda bolasepak Singapura.

Peminat-peminat Liga Malaysia (Liga-M), terutamanya yang membabitkan pertandingan berprestij Piala Malaysia barangkali sedikit sebanyak sedang merindui kelibat pasukan dari Singapura yang sudah keluar masuk beberapa kali dan kali terakhir keluar (sebagai LionsXII) adalah selepas berakhirnya musim 2015. Mujurlah masih ada sebilangan kecil pemain antarabangsa Singapura yang beraksi dalam Liga-M sebagai pemain-pemain import, mungkin sebagai pengubat rindu selepas berlalunya era Dato' Mokhtar Dahari dan Fandi Ahmad yang menjadi simbol bagi negara masing-masing.

Kehalusan seni dalam bolasepak yang dipamerkan turut mendapat
tempiasnya kepada Fandi Ahmad, penyambung legasi beliau.
(gambar: beritaharian.sg)

Meskipun Malaysia dan Singapura telah bercerai secara politik semenjak tahun 1965 namun dari sudut geografi serta tali persaudaraan masih lagi dekat di hati. Jika tempoh singkat lebih kurang selama dua tahun Singapura menyertai Malaya (Tanah Melayu), Sabah (Borneo Utara), dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia masih kekal utuh dalam ingatan, apatah lagi memori bolasepak yang telah terjalin lebih awal daripada itu. Terima kasih kepada bintang kelahiran Singapura ini kerana sudi berkongsi anugerah Tuhan yakni bakatnya walaupun buat seketika ketika masih hidup dan pemergiannya membuatkan kami turut berkongsi kesedihan. Salam takziah khususnya buat keluarga serta rakan-rakannya yang terdekat dan semoga Allahyarham Majid Ariff dicucuri rahmatNya.


Monday, August 14, 2017

Main untuk menang!

(kredit: kualalumpur2017.com.my)

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA adalah pada tahun 2001 dan pasukan bolasepak negara dalam kejohanan tersebut hanya meraih pingat perak apabila kecundang kepada kuasa besar Asia Tenggara, pasukan Thailand. Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA adalah pada tahun 2011 di Jakarta, Indonesia dengan menewaskan pasukan tuan rumah dan merupakan pingat emas buat kali kedua berturut-turut selepas menumpaskan pasukan Vietnam di Vientiane, Laos pada tahun 2009. Kali terakhir Malaysia merangkul pingat emas sebagai tuan rumah pula adalah pada tahun 1989, dua puluh tahun sebelum pasukan kebangsaan akhirnya menamatkan kemarau pingat emas pertandingan bolasepak Sukan SEA pada tahun penuh makna iaitu 2009.

Malaysia bernasib baik apabila sepakan penentuan penalti Baddrol
Bakhtiar seolah-olah bergolek masuk walaupun ditampan oleh
penjaga gol Indonesia untuk memberikan kemenangan pada 2011.
(kredit: tiramisucupcakes.blogspot.my)

Tahun 2017, Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tuan rumah temasya sukan terbesar Asia Tenggara yang diadakan setiap dua tahun tersebut. Meskipun pertandingan bolasepak lelaki Sukan SEA telah dihadkan kepada umur bawah-23 semenjak tahun 2001 dan bawah-22 bermula pada tahun ini, ibu segala pingat dalam kejohanan ini tetap menjadi rebutan sepuluh pasukan negara-negara ASEAN dan juga pasukan dari negara Timor-Leste. Tidak ketinggalan, pasukan bolasepak wanita Malaysia juga mempunyai misi penting untuk mengatasi pencapaian terbaiknya yakni satu-satunya pingat yang pernah dimenangi iaitu pingat perak pada tahun 1995 di Chiang Mai, Thailand.

Pemain yang perlu diperhatikan:
Faiq ibni Jefri Bolkiah,
anak saudara Sultan Brunei
dan ketua pasukan Brunei.
(gambar: Hutomo/SINGSOC)

Apakah jangkaan rakyat Malaysia terhadap pasukan bolasepak (dan juga acara-acara yang lain) apabila para atlet negara bersaing dengan sekumpulan atlet negara-negara lain di tanah tumpahnya sendiri? Sudah tentu, pingat berwarna emaslah yang diharapkan. Walau bagaimanapun, apa jua jangkaan dan harapan rakyat Malaysia tidak kiralah daripada kaum kerabat, sahabat handai, peminat-peminat, penyokong-penyokong, penonton-penonton, pegawai-pegawai, menteri-menteri, mahupun presiden persatuan lazimnya tidak mampu memberikan apa-apa perubahan besar melainkan dapat bersorak serta menyokong dari belakang sahaja. Maka, para atlet (termasuklah pemain-pemain bolasepak dan futsal) negara sendirilah yang akan memastikan apakah jangkaan dan harapan sebenar yang boleh dicapai sebagai suatu bentuk sumbangan buat negara.

Pemain-pemain yang perlu diperhatikan:
Irfan Fandi (kiri) dan Ikhsan Fandi (kanan),
anak-anak pemain lagenda Singapura iaitu Fandi Ahmad.
(gambar: goal.com)

Ini bukan lagi masanya untuk memberikan pelbagai alasan. Dahulu, kerap kali kedengaran bahawa para pemain kononnya kurang berpengalaman dan memerlukan lebih banyak pendedahan. Semua itu mengarut sahaja. Ini adalah kejohanan yang ditunggu-tunggu dan inilah pengalamannya. Cuma, adakah para pemain (serta barisan jurulatih) mahu jadikan ia sebagai pengalaman yang pahit atau manis, itu sahaja perbezaannya. Kalau mahukan pendedahan, Liga Malaysia (Liga-M/M-League) adalah gelanggangnya dan perlawanan-perlawanan persahabatan menjadi medan latihannya. Sukan SEA merupakan salah satu ujian yang menjadi ukuran sebenar samada pasukan ini boleh mencipta sejarah atau tidak, berjaya atau gagal. Titik noktah.

Pemain-pemain yang perlu diperhatikan:
Aung Thu (atas), penyerang dari Myanmar dan
Phathana Phommathep (bawah), pemain tengah Laos.
(gambar: foxsportsasia.com & Lanexang United)

Oleh itu, satu-satunya cara untuk meraih kejayaan selepas bertungkus lumus membuat persiapan dari segi sikap, mental, fizikal serta emosi adalah main untuk menang. Main bukan untuk seri, main bukan sekadar untuk mencari pengalaman (dengan kata lain, kalah). Mainlah untuk menang. Kalau hendak menang, perlu menjaringkan gol. Kalau tak jaringkan gol, macam mana nak menang? Nak harapkan jaringan sendiri pasukan lawan? Nak asyik harapkan pengadil bagi penalti? Perkara-perkara macam itukah yang diharapkan? Mengapa tidak berharap dengan usaha sendiri, bukankah itu yang lebih sesuai untuk menjadi kebanggaan seluruh negara dan mungkin hingga ke setiap pelosok rantau? Rasanya kita semua sudah tahu, dalam sukan bolasepak apabila terus-menerus menjaringkan gol melebihi gol yang dibolosi, inshaaAllah kemenangan demi kemenangan akan dicapai.

Semoga berjaya dan selamat maju jaya!

Pemain-pemain yang perlu diperhatikan:
Penyerang Vietnam, Nguyen Cong Phuong (atas) dan
gelandang atau pemain tengah Indonesia, Evan Dimas (bawah).
(gambar: soha.vn & kabarin.co)


Jadual perlawanan acara bolasepak Sukan SEA 2017 yang melibatkan Malaysia.

Lelaki
Kumpulan A (di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, pukul 8.45 mlm):
  • 14 Ogos, Malaysia lwn. Brunei       [menang: 2-1]
  • 16 Ogos, Malaysia lwn. Singapura  [menang: 2-1]
  • 21 Ogos, Malaysia lwn. Myanmar   [menang: 3-1]
  • 23 Ogos, Malaysia lwn. Laos         [menang: 3-1]
Peringkat separuh akhir (di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, pukul 8.45 mlm):
  • 26 Ogos, Malaysia lwn. Indonesia  [menang: 1-0]
Perlawanan akhir (di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, pukul 8.45 mlm, harga tiket RM21.20 termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan):
  • 29 Ogos, Malaysia lwn. Thailand  [kalah: 0-1] - pingat perak

Kesebelasan utama skuad Sukan SEA KL2017.

Senarai penjaring:
  1. Thanabalan Nadarajah, 4 gol
  2. Safawi Rasid, 2 gol
  3. Jafri Firdaus Chew, 2 gol
  4. Adam Nor Azlin, 1 gol
  5. Nor Azam Azih, 1 gol
  6. Adib Zainuddin, 1 gol

Adam Nor Azlin dan Jafri Firdaus Chew,
dua tonggak utama yang bakal menjadi sandaran pasukan Malaysia.
(gambar: fourfourtwo.com & thestar.com.my) 


Wanita
(di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, pukul 8.45 mlm):
  • 15 Ogos, Malaysia lwn. Filipina      [kalah: 1-2]
  • 17 Ogos, Malaysia lwn. Myanmar  [kalah: 0-5]
  • 20 Ogos, Malaysia lwn. Thailand    [kalah: 0-6]
  • 24 Ogos, Malaysia lwn. Vietnam    [kalah: 0-6]

Senarai penjaring:
  1. Dadree Rofinus, 1 gol

Maskot Sukan SEA 2017, 'Rimau' bermain bola.


Futsal Lelaki
(di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, pukul 8 mlm):
  • 18 Ogos, Malaysia lwn. Myanmar  [menang: 5-4]
  • 20 Ogos, Malaysia lwn. Vietnam    [seri: 1-1]
  • 22 Ogos, Malaysia lwn. Indonesia  [menang: 5-0]
  • 27 Ogos, Malaysia lwn. Thailand    [kalah: 3-4] - pingat perak

Senarai penjaring:
  1. Ridzwan Bakri, 3 gol
  2. Azri Rahman, 3 gol
  3. Aizad Nasir, 3 gol
  4. Khairul Effendy, 2 gol
  5. Akmarulnizam Idris, 1 gol
  6. Awaluddin Nawi, 1 gol
  7. Yazid Kamaruzuan, 1 gol


Futsal Wanita
(di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, pukul 5 ptg):
  • 18 Ogos, Malaysia lwn. Myanmar  [menang: 2-1]
  • 20 Ogos, Malaysia lwn. Indonesia  [kalah: 1-2]
  • 22 Ogos, Malaysia lwn. Vietnam    [seri: 1-1]
  • 27 Ogos, Malaysia lwn. Thailand    [kalah: 0-12]

Senarai penjaring:
  1. Norhawa Md Yasin, 2 gol
  2. Zur'ain Kamarudin, 1 gol
  3. Steffi Sarge Kaur, 1 gol


#Negaraku   #MalaysiaBoleh   #jagaaurat