Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)

Monday, September 25, 2017

Calon-calon untuk mewakili pasukan kebangsaan

Adakah transisi pemain-pemain muda Malaysia ini ke skuad
senior pasukan kebangsaan dapat berjalan dengan lancar?
(kredit: espnfc.com)

Sukan Asia Tenggara ke-29 yang baru sahaja selesai berlangsung di Kuala Lumpur dengan upacara penutupnya pada 30 Ogos 2017 baru-baru ini seharusnya boleh memberi gambaran awal mengenai bakat-bakat bolasepak yang dimiliki oleh Malaysia. Memandangkan had umur untuk acara bolasepak dalam temasya sukan dwi-tahunan serantau tersebut adalah 22 tahun, maka pemain-pemain yang mewakili skuad bawah-22 negara itu akan berumur antara 21 hingga 25 tahun menjelang tahun 2020. Sekiranya dipanjangkan umur, lingkungan umur tersebut sepatutnya menjadi tempoh yang terbaik dalam kerjaya seseorang pemain bolasepak.

Pemain Malaysia yang paling muda dalam skuad Sukan
Asia Tenggara 2017 ialah Akhyar Rashid, 18 tahun.
(kredit: obsesbola.blogspot.com)

Namun begitu, mengikut kecenderungan sejarah, tidak ramai pemain bolasepak Malaysia yang berpeluang untuk benar-benar mempamerkan aksi terbaik mereka semasa umur masih muda kecuali beberapa orang pemain sahaja. Lihat sahajalah ke mana perginya pemain-pemain yang mewakili negara dalam edisi-edisi Sukan Asia Tenggara yang sebelumnya, hanya sebilangan kecil sahaja yang mampu memberi impak atau kesan positif buat skuad senior pasukan kebangsaan. Sekiranya dalam pertandingan domestik, Liga-M pun mereka tenggelam akibat kebanjiran awang import yang kebanyakannya tidak pun sebagus mana, bagaimana pemain-pemain muda tempatan hendak menempa nama apatah lagi mengharumkan nama negara di persada dunia?

Yang sebenarnya, negara Malaysia dan pemain-pemainnya bukannya tidak hebat tetapi menjadi kurang hebat apabila potensi kehebatan dalam bermain bolasepak sering disekat-sekat. Tersekat akibat kurangnya diberi peluang dengan sewajarnya di negara sendiri dan ditambah pula dengan kurangnya kemahuan untuk mengambil peluang di negara-negara luar. Benar, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri, tetapi bukankah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan? Kalau pemain-pemain import boleh merantau jauh datang ke Malaysia, mengapa tidak pemain-pemain Malaysia pula menjadi pemain import di luar negara?

Nazmi Faiz Mansor, bekas pemain eksport yang
pernah berkelana ke negara orang Peringgi.
(kredit: bola.kompas.com)

Jikalau ada sekalipun pada waktu ini yang bermain di luar negara, sedikit sangat bilangannya dan sayangnya mereka tidak pula dipanggil mewakili negara. Cerita-cerita yang dahulu, sudah lama berada dalam lipatan sejarah. Tidak mahukah pula mencipta sejarah yang baru? Dalam dunia perdagangan pun, pertukaran yang adil serta menguntungkan berlaku apabila adanya hubungan dua hala yakni import dan eksport, bukannya import sahaja. Sebab itulah Malaysia juga perlu membekalkan pemain-pemain secara berpanjangan untuk dieksport, atau istilahnya yang lain ialah "pemain eksport". Pemain-pemain eksport sememangnya amat diperlukan, seandainya mahu melihat Malaysia berjaya bukan sahaja untuk jangka masa pendek, tetapi juga untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Ini lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, apabila masalah ketandusan pemain yang berwibawa semakin merisaukan.

Hari ini, esok, lusa, tulat, atau tubin pun mungkin tidak sempat untuk Malaysia menghasilkan sejumlah pemain eksport dengan segera tetapi siapa tahu tahun-tahun ke hadapan ini, impian boleh menjadi realiti. Seperti realitinya Mohd Faiz Subri yang belum pun secara rasmi menyarung jersi negara tetapi sudah pernah berada di atas pentas dunia menerima anugerah daripada FIFA. Juga, seperti mana realitinya Safiq Rahim dan rakan-rakan yang menjulang kejuaraan Piala AFF dan Piala AFC yang belum pernah dimenangi oleh mana-mana rakyat Malaysia sebelum ini. Kini, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia seluruhnya melangkah selangkah lagi. Langkah-langkah awal yang sudah pasti perlu didahului oleh pemain-pemain yang akan mewakili negara iaitu pasukan Harimau Malaya.

Safiq Rahim telah banyak membantu menaikkan penanda aras
kejayaan bolasepak tanahair kepada tahap yang lebih tinggi.
(kredit: faizalmukhtar.blogspot.com)

Berikut adalah kelompok sebahagian pemain yang layak dicalonkan (*kecuali atas sebab-sebab tertentu) untuk mewakili pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia bagi penghujung tahun 2017 dan juga tahun 2018 berdasarkan kedudukan posisi masing-masing:

1. Penjaga gawang
    - Khairul Fahmi Che Mat, lahir 1989 (44 penampilan, 0 gol)
    - *Farizal Marlias, lahir 1986 (31 penampilan, 0 gol)
    - *Sharbinee Allawee Ramli, lahir 1986 (18 penampilan, 0 gol)
    - Syed Adney Syed Hussein, lahir 1986 (10 penampilan, 0 gol)
    - Khairulazhan Khalid, lahir 1989 (9 penampilan, 0 gol)
    - Izham Tarmizi Roslan, lahir 1991 (7 penampilan, 0 gol)
    - Norazlan Razali, lahir 1985 (3 penampilan, 0 gol)
    - Nasril Nourdin, lahir 1986 (3 penampilan, 0 gol)
    - Hafizul Hakim Khairul Nizam, lahir 1993 (3 penampilan, 0 gol)
    - Iqbal Suhaimi, lahir 1984 (1 penampilan, 0 gol)
    - Zamir Selamat, lahir 1989 (1 penampilan, 0 gol)
    - Sasikumar Kishor Kumar, lahir 1989 (1 penampilan, 0 gol)
    - Farhan Abu Bakar, lahir 1993 (1 penampilan, 0 gol)
    - Syihan Hazmi Mohamed, lahir 1996 (1 penampilan, 0 gol)
    - Farizal Harun, lahir 1986 (0 penampilan, 0 gol)
    - Abdul Hadi Abdul Hamid, lahir 1987 (0 penampilan, 0 gol)
    - Syamim Othman, lahir 1990 (0 penampilan, 0 gol)
    - Shahril Saa'ri, lahir 1990 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ernest Wong Wen Hao, lahir 1990 (0 penampilan, 0 gol)
    - Bryan See Tian Keat, lahir 1993 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ramadhan Ab. Hamid, lahir 1994 (0 penampilan, 0 gol)
    - Sam Somerville, lahir 1994 (0 penampilan, 0 gol)
    - Amierul Hakimi Awang, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Oscar Wong Tse Yang, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Solehin Mamat, lahir 1996 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ifwat Akmal Chek Kassim, lahir 1996 (0 penampilan, 0 gol)
    - Hazrul Hafiz Zulkifly, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Damien Lim Chien Khai, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Khatul Anuar Md. Jalil, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Nasrullah Aziz, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Haziq Nadzli, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Muhammad Azri Ab Ghani, lahir 1999 (0 penampilan, 0 gol)
    - Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, lahir 2002 (0 penampilan, 0 gol)
    - Julian Johan Bechler, lahir 2002 (0 penampilan, 0 gol)

Ramadhan Ab. Hamid
(gambar: bharian.com.my)


2. Pertahanan kanan
    - Kunanlan Subramaniam, lahir 1986 (71 penampilan, 0 gol)
    - Mohd Sabre Mat Abu, lahir 1987 (14 penampilan, 0 gol)
    - Matthew Thomas Davies, lahir 1995 (12 penampilan, 3 gol)
    - Razman Roslan, lahir 1984 (10 penampilan, 0 gol)
    - Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, lahir 1991 (10 penampilan, 0 gol)
    - Rizal Ghazali, lahir 1992 (10 penampilan, 0 gol)
    - Daudsu Jamaludin, lahir 1985 (9 penampilan, 0 gol)
    - Reuben Thayaparan Kathiripillai, lahir 1990 (5 penampilan, 0 gol)
    - Yong Kuong Yong, lahir 1988 (4 penampilan, 0 gol)
    - Mazlizam Mohamad, lahir 1986 (1 penampilan, 0 gol)
    - Amirul Azhan Aznan, lahir 1993 (1 penampilan, 0 gol)
    - Azrul Ahmad, lahir 1985 (0 penampilan, 0 gol)
    - Nik Shahrul Azim Abdul Halim, lahir 1990 (0 penampilan, 0 gol)
    - *Dion Johan Cools, lahir 1996 (0 penampilan, 0 gol)

Nik Shahrul Azim
(gambar: goal.com)


3. Pertahanan kiri
    - Asraruddin Putra Omar, lahir 1988 (36 penampilan, 0 gol)
    - Zubir Azmi, lahir 1991 (29 penampilan, 0 gol)
    - Sumardi Hajalan, lahir 1985 (23 penampilan, 0 gol)
    - Azmi Muslim, lahir 1986 (19 penampilan, 0 gol)
    - Ronny Harun, lahir 1984 (14 penampilan, 0 gol)
    - Nazirul Naim Che Hashim, lahir 1993 (13 penampilan, 0 gol)
    - Fazly Mazlan, lahir 1993 (6 penampilan, 0 gol)
    - Khair Jefri Jones, lahir 1989 (4 penampilan, 1 gol)
    - Fitri Omar, lahir 1985 (4 penampilan, 0 gol)
    - Fandi Othman, lahir 1992 (1 penampilan, 0 gol)
    - Khuzaimi Piee, lahir 1993 (1 penampilan, 0 gol)
    - *Titus James Palani, lahir 1986 (0 penampilan, 0 gol)
    - Jordan Yong, lahir 1990 (0 penampilan, 0 gol)
    - *La'Vere Corbin-Ong, lahir 1991 (Kanada: 1 penampilan, 0 gol)
    - Faisal Rosli, lahir 1991 (0 penampilan, 0 gol)
    - Daniel Sang Ting, lahir 1992 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ben King, lahir 1993 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ariff Farhan Isa, lahir 1996 (0 penampilan, 0 gol)
    - Kannan Kalaiselvan, lahir 1996 (0 penampilan, 0 gol)
    - Dinesh Rajasingam, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Joshua Johan Bechler, lahir 2003 (0 penampilan, 0 gol)

Fandi Othman
(gambar: utusan.com.my)


4. Pertahanan tengah kanan
    - Muslim Ahmad, lahir 1989 (27 penampilan, 0 gol)
    - Shahrom Kalam, lahir 1985 (18 penampilan, 0 gol)
    - Amirizdwan Taj, lahir 1986 (14 penampilan, 0 gol)
    - Afif Amiruddin, lahir 1984 (10 penampilan, 0 gol)
    - Subramaniam Sooryapparad, lahir 1985 (7 penampilan, 0 gol)
    - Nasriq Baharom, lahir 1987 (4 penampilan, 0 gol)
    - Ahmad Azlan Zainal, lahir 1986 (2 penampilan, 10 gol)
    - Chun Keng Hong, lahir 1985 (0 penampilan, 0 gol)
    - Mohd Zaiza Zainal Abidin, lahir 1986 (0 penampilan, 0 gol)
    - Tadashi Takeda, lahir 1986 (0 penampilan, 0 gol)
    - Nasrullah Haniff Johan, lahir 1990 (0 penampilan, 0 gol)
    - Nicholas Ryan Swirad, lahir 1991 (0 penampilan, 0 gol)
    - Nicholas Wee Shen Ming, lahir 1992 (0 penampilan, 0 gol)
    - Curran Lawrance Singh Ferns, lahir 1993 (0 penampilan, 0 gol)
    - Syawal Nordin, lahir 1993 (0 penampilan, 0 gol)
    - Faris Shah Rosli, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Adib Zainudin, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Kalaiharasan Letchumanan, lahir 1996 (0 penampilan, 0 gol)
    - Raphi Azizan Mariappen, lahir 1996 (0 penampilan, 0 gol)
    - Davidson Tan Yung Hong, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ramadhan Jalil, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Hafiy Haikal Ismail, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ali Imran Alimi, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Amirul Haziq Rasmizal, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Samuel Bone, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Evan Wensley Wenceslaus, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)

Curran Singh Ferns
(gambar: fourfourtwo.com)


5. Pertahanan tengah kiri
    - Aidil Zafuan Abdul Radzak, lahir 1987 (72 penampilan, 3 gol)
    - Fadhli Shas, lahir 1991 (52 penampilan, 0 gol)
    - Bunyamin Umar, lahir 1988 (29 penampilan, 1 gol)
    - Faizal Muhammad, lahir 1989 (8 penampilan, 0 gol)
    - Khairul Helmi Johari, lahir 1988 (4 penampilan, 0 gol)
    - Amer Saidin, lahir 1992 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ariff Zulkifly, lahir 1993 (0 penampilan, 0 gol)
    - Rawilson Batuil, lahir 1994 (0 penampilan, 0 gol)
    - Syazwan Zaipol Bahari, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Adam Nor Azlin, lahir 1996 (0 penampilan, 0 gol)
    - Sanjef Dinesh R.S. Baskeran, lahir 1996 (0 penampilan, 0 gol)
    - Rodney Celvin Akwensivie, lahir 1996 (0 penampilan, 0 gol)
    - Dominic Tan Jun Jin, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Shahrul Nizam Ros Hasni, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ahmad Tasnim Fitri Nasir, lahir 1999 (0 penampilan, 0 gol)
    - Shivan Pillay Asokan, lahir 2000 (0 penampilan, 0 gol)

Dominic Tan
(gambar: fourfourtwo.com)


6. Pemain tengah bertahan
    - Amar Rohidan, lahir 1987 (42 penampilan, 4 gol)
    - Gurusamy Kandasamy, lahir 1989 (14 penampilan, 0 gol)
    - Shahrul Saad, lahir 1993 (12 penampilan, 0 gol)
    - Shakir Shaari, lahir 1986 (11 penampilan, 0 gol)
    - Gary Steven Robbat, lahir 1992 (11 penampilan, 0 gol)
    - Junior Eldstål, lahir 1991 (9 penampilan, 0 gol)
    - Brendan Gan Seng Ling, lahir 1988 (8 penampilan, 0 gol)
    - Nasir Basharudin, lahir 1990 (7 penampilan, 0 gol)
    - Akram Mahinan, lahir 1993 (4 penampilan, 0 gol)
    - Harrison Moss-Edge, lahir 1994 (0 penampilan, 0 gol)
    - Kiko Insa, lahir 1988 (3 penampilan, 0 gol)
    - Kenny Pallraj Davaragi, lahir 1993 (0 penampilan, 0 gol)
    - Afiq Fazail, lahir 1994 (0 penampilan, 0 gol)
    - Abdul Halim Saari, lahir 1994 (0 penampilan, 0 gol)
    - Irfan Zakaria, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Zainul Ariffin Ahmad Latifi, lahir 2000 (0 penampilan, 0 gol)
    - Hong Wan, lahir 2000 (0 penampilan, 0 gol)
    - Isaac Emmanuel Angking, lahir 2000 (0 penampilan, 0 gol)
    - Firdaus Kaironnisam, lahir 2002 (0 penampilan, 0 gol)
    - *Ehsan Rasidin Amri, lahir 2010 (0 penampilan, 0 gol)

Afiq Fazail
(gambar: fourfourtwo.com)


7. Pemain sayap kanan
    - Baddrol Bakhtiar, lahir 1988 (54 penampilan, 6 gol)
    - Mahali Jasuli, lahir 1989 (43 penampilan, 3 gol)
    - Azamuddin Akil, lahir 1985 (38 penampilan, 5 gol)
    - Nor Farhan Muhammad, lahir 1984 (24 penampilan, 9 gol)
    - Wan Zack Haikal Wan Noor, lahir 1991 (22 penampilan, 3 gol)
    - Chanturu Suppiah, lahir 1987 (13 penampilan, 1 gol)
    - Joseph Kalang Tie, lahir 1987 (9 penampilan, 2 gol)
    - Gopinathan Ramachandra, lahir 1989 (5 penampilan, 0 gol)
    - Shahurain Abu Samah, lahir 1986 (5 penampilan, 0 gol)
    - Syahrul Azwari Ibrahim, lahir 1993 (2 penampilan, 0 gol)
    - Fazrul Hazli Kadri, lahir 1989 (1 penampilan, 0 gol)
    - *David Rowley, lahir 1990 (0 penampilan, 0 gol)
    - Abdul Malik Mat Ariff, lahir 1991 (0 penampilan, 0 gol)
    - Khairul Izuan Rosli, lahir 1991 (0 penampilan, 0 gol)
    - Saarvindran Devandran, lahir 1992 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ridzuan Abdunloh, lahir 1994 (0 penampilan, 0 gol)
    - Nur Shamie Iszuan Amin, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Kavishkumar Manimaharan, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Syahmi Safari, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Sachin Samuel, lahir 2000 (0 penampilan, 0 gol)

Nur Shamie Iszuan
(gambar: thestar.com.my)


8. Perancang tengah
    - Safiq Rahim, lahir 1987 (70 penampilan, 15 gol)
    - Amirul Hadi Zainal, lahir 1986 (39 penampilan, 7 gol)
    - Mohd Hafiz Kamal, lahir 1987 (9 penampilan, 0 gol)
    - Azi Shahril Azmi, lahir 1985 (7 penampilan, 0 gol)
    - Ismail Faruqi Asha'ri, lahir 1986 (5 penampilan, 0 gol)
    - Veenod Subramaniam, lahir 1988 (5 penampilan, 0 gol)
    - Irfan Fazail, lahir 1991 (4 penampilan, 0 gol)
    - Nazmi Faiz Mansor, lahir 1994 (4 penampilan, 0 gol)
    - Amirul Hisyam Awang Kechik, lahir 1995 (3 penampilan, 0 gol)
    - Abdul Shukur Jusoh, lahir 1989 (2 penampilan, 0 gol)
    - Jasazrin Jamaluddin, lahir 1986 (1 penampilan, 0 gol)
    - Faizal Abu Bakar, lahir 1990 (1 penampilan, 0 gol)
    - Natxo Insa, lahir 1986 (0 penampilan, 0 gol)
    - Azidan Sarudin, lahir 1986 (0 penampilan, 0 gol)
    - See Kok Luen, lahir 1988 (0 penampilan, 0 gol)
    - Stuart James Wilson Wark, lahir 1989 (0 penampilan, 0 gol)
    - Faiz Nasir, lahir 1992 (0 penampilan, 0 gol)
    - Nurridzuan Abu Hassan, lahir 1992 (0 penampilan, 0 gol)
    - Kevin Siak Khin Gunter, lahir 1992 (0 penampilan, 0 gol)
    - Abdul Halim Saari, lahir 1994 (0 penampilan, 0 gol)
    - Shazalee Ramlee, lahir 1994 (0 penampilan, 0 gol)
    - Mohd Azzizan Nordin, lahir 1994 (0 penampilan, 0 gol)
    - Michael Clunan, lahir 1994 (0 penampilan, 0 gol)
    - Nor Azam Azih, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ahmad Azriddin Rosli, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ahmad Khairil Anuar Zamri, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Syamer Kutty Abba, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Danial Amier Norhisham, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Danial Ashraf Abdullah, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Thipanraj Subramaniam, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Rizalul Azuwan Supandri, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Danial Haqim Draman, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Shyamierul Razmee Jasmi, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Jordan Ollerenshaw, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - *Wan Kuzain Wan Kamal, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Nik Akif Syahiran Nik Mat, lahir 1999 (0 penampilan, 0 gol)
    - Zahril Azri Zabri, lahir 1999 (0 penampilan, 0 gol)
    - Arif Syaqirin Suhaimi, lahir 2000 (0 penampilan, 0 gol)
    - *Wan Kuzri Wan Kamal, lahir 2002 (0 penampilan, 0 gol)
    - Muhamad Alif Abdul Mutalib, lahir 2002 (0 penampilan, 0 gol)
    - Nooa Laine, lahir 2002 (0 penampilan, 0 gol)
    - Richard Chin, lahir 2002 (0 penampilan, 0 gol)
    - Sheikh Edian Sheikh Farouk, lahir 2005 (0 penampilan, 0 gol)

Faiz Nasir
"Messi Kelantan"
(gambar: fourfourtwo.com)


9. Penyerang utama
    - Safee Sali, lahir 1984 (74 penampilan, 23 gol)
    - Zaquan Adha Abdul Radzak, lahir 1987 (31 penampilan, 4 gol)
    - Ahmad Hazwan Bakri, lahir 1991 (24 penampilan, 7 gol)
    - Abdul Hadi Yahya, lahir 1985 (9 penampilan, 2 gol)
    - Darren Lok Yee Deng, lahir 1991 (8 penampilan, 1 gol)
    - Bobby Gonzales, lahir 1984 (5 penampilan, 0 gol)
    - Afiq Azmi, lahir 1989 (3 penampilan, 0 gol)
    - Farderin Kadir, lahir 1987 (0 penampilan, 0 gol)
    - Shafiq Shaharuddin, lahir 1994 (0 penampilan, 0 gol)
    - Syafiq Ahmad, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Sean Eugene Selvaraj, lahir 1996 (0 penampilan, 0 gol)
    - Sean Gan Giannelli, lahir 1996 (0 penampilan, 0 gol)
    - Jafri Firdaus Chew, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Derek Leong Wei Jian, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Kogileswaran Raj Mohana Raj, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Hadi Fayyadh Abdul Razak, lahir 2000 (0 penampilan, 0 gol)
    - Luqman Hakim Shamsudin, lahir 2002 (0 penampilan, 0 gol)
    - Adam Nadzmi Zamri, lahir 2002 (0 penampilan, 0 gol)
    - Jaami Qureshi, lahir 2004 (0 penampilan, 0 gol)

Kogileswaran Raj
(gambar: 90minit.com)


10. Penyerang kedua
    - Mohd Amri Yahyah, lahir 1981 (66 penampilan, 15 gol)
    - Norshahrul Idlan Talaha, lahir 1986 (54 penampilan, 6 gol)
    - Ahmad Fakri Saarani, lahir 1989 (30 penampilan, 2 gol)
    - Ahmad Shakir Ali, lahir 1989 (12 penampilan, 3 gol)
    - Abdul Manaf Mamat, lahir 1987 (9 penampilan, 2 gol)
    - *Stanley Bernard Samuel, lahir 1986 (7 penampilan, 0 gol)
    - *Samransak Kram, lahir 1985 (6 penampilan, 0 gol)
    - Hadin Azman, lahir 1994 (5 penampilan, 1 gol)
    - Kumaahran Sathasivam, lahir 1996 (4 penampilan, 0 gol)
    - Izzaq Faris Ramlan, lahir 1990 (4 penampilan, 0 gol)
    - Abdul Latiff Suhaimi, lahir 1989 (3 penampilan, 0 gol)
    - Shahrizal Saad, lahir 1987 (2 penampilan, 0 gol)
    - Fakhrul Aiman Sidid, lahir 1989 (2 penampilan, 0 gol)
    - Mohizam Shah Dawood Shah, lahir 1985 (0 penampilan, 0 gol)
    - Razali Umar Kandasamy, lahir 1986 (0 penampilan, 0 gol)
    - Mohd Faiz Subri, lahir 1987 (0 penampilan, 0 gol)
    - *Shafiq Jamal, lahir 1987 (0 penampilan, 0 gol)
    - Thamil Arasu Ambumamee, lahir 1989 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ahmad Aminuddin Shaharudin, lahir 1990 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ferris Danial Mat Nasir, lahir 1992 (0 penampilan, 0 gol)
    - Maxsius Musa, lahir 1993 (0 penampilan, 0 gol)
    - Tommy Mawat Bada, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Thanabalan Nadarajah, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Adam Aidil Iskandar Rosli, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Najmuddin Samat, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Al Barilan Shahul Hameed, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Mohd Faisal Abdul Halim, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Afiq Saluddin, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ariusdius Jais, lahir 1998 (0 penampilan, 0 gol)
    - Zafuan Azeman, lahir 1999 (0 penampilan, 0 gol)
    - Roman Ab Latif, lahir 1999 (0 penampilan, 0 gol)
    - *Luqman Hakim Mustaza, lahir 2001 (0 penampilan, 0 gol)
    - Umar Hakeem Suhar Redzuan, lahir 2002 (0 penampilan, 0 gol)

Faisal Abdul Halim
"Owen Penang"
(gambar: utusan.com.my)


11. Pemain sayap kiri
    - Khyril Muhymeen Zambri, lahir 1987 (30 penampilan, 5 gol)
    - Ashari Samsudin, lahir 1985 (27 penampilan, 9 gol)
    - Nurul Azwan Roya, lahir 1986 (11 penampilan, 1 gol)
    - Nazrin Nawi, lahir 1988 (10 penampilan, 0 gol)
    - Christie Jayaseelan, lahir 1986 (9 penampilan, 2 gol)
    - Syazwan Zainon, lahir 1989 (9 penampilan, 2 gol)
    - Rozaimi Abd Rahman, lahir 1992 (4 penampilan, 1 gol)
    - Safawi Rasid, lahir 1997 (3 penampilan, 1 gol)
    - Syamim Yahya, lahir 1990 (3 penampilan, 0 gol)
    - Wan Zaharulnizam Zakaria, lahir 1991 (2 penampilan, 0 gol)
    - Shahrel Fikri Md. Fauzi, lahir 1994 (1 penampilan, 0 gol)
    - Farhan Roslan, lahir 1996 (1 penampilan, 0 gol)
    - Venice Elphi Danny Kaya, lahir 1984 (0 penampilan, 0 gol)
    - Nazrin Syamsul Bahri, lahir 1990 (0 penampilan, 0 gol)
    - Nor Hakim Hassan, lahir 1991 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ashri Chuchu, lahir 1991 (0 penampilan, 0 gol)
    - Izuan Salahuddin, lahir 1991 (0 penampilan, 0 gol)
    - Hafiz Ramdan, lahir 1993 (0 penampilan, 0 gol)
    - Ashvin Tharumanathan, lahir 1994 (0 penampilan, 0 gol)
    - Tam Sheang Tsung, lahir 1995 (0 penampilan, 0 gol)
    - Syazwan Andik Ishak, lahir 1996 (0 penampilan, 0 gol)
    - Nik Azli Nik Alias, lahir 1997 (0 penampilan, 0 gol)
    - Thivandaran Karnan, lahir 1999 (0 penampilan, 0 gol)
    - Akhyar Abdul Rashid, lahir 1999 (0 penampilan, 0 gol)

Farhan Roslan
"Messi Kedah"
(gambar: mstar.com.my)


[Maklumat berdasarkan pada: September 2017]

No comments: