Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)

Thursday, June 27, 2019

50 Pemain Bolasepak Terbaik Malaysia - pertengahan 2019

 
Dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK '18) yang diadakan pada tahun lepas, penyerang Sarawak FA iaitu Bobby Gonzales telah memenangi Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier dengan jumlah 13 gol, hanya 6 gol kurang daripada Casagrande dari Felcra FC sebagai Penjaring Terbanyak Liga Premier secara keseluruhan. Berbeza pula keadaannya di liga divisyen pertama, apabila pemenang Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super iaitu Shafiq Shaharuddin yang kini di PKNS FC setelah berpindah dari Kelantan FA cuma menjaringkan 6 gol berbanding 31 gol yang dijaringkan oleh Rufino Segovia untuk Selangor FA. Apa maknanya semua ini? Terpulanglah kepada anda untuk menilainya sendiri.

2018 merupakan tahun yang
bermakna buat Bobby Gonzales.
(kredit: theborneopost.com)

Di sebalik berbagai-bagai kemelut yang sedang dihadapi oleh badan induk bolasepak negara bersama-sama badan penganjur liga, para pemain tempatan nampaknya masih lagi bersemangat untuk menunjukkan keghairahan dalam memberikan komitmen. Masing-masing berkemahuan untuk mempamerkan bakat serta kemampuan yang dimiliki meskipun rata-rata peluang kebanyakan daripada mereka kian dihimpit oleh masalah kewangan mahupun kebanjiran awang import. Mujurlah kestabilan pasukan JDT FC turut terkena tempiasnya terhadap skuad kebangsaan yang dikendalikan oleh ketua jurulatih TCH (Tan Cheng Hoe). Jikalau tidak, sia-sia sahaja JDT letakkan harga tebus kontrak sampai RM12 juta ke atas Akhyar Rashid yang merupakan salah seorang pemain bintang muda bergemerlapan. Bekas majikan Akhyar Rashid, Kedah FA pula sayangnya hanya mendapat RM75,000 sebagai pampasan. Ong Kim Swee semasa menjadi pemain dulu pun, nilai pampasannya cuma RM28,000 untuk Sabah FA mengambilnya dari Sarawak FA pada penghujung tahun 1994.

Pada waktu ini, Kylian Mbappé adalah pemain termahal di dunia dan dianggarkan bernilai €218.5 juta (yakni 1.02 bilion Ringgit!). Di Malaysia, Baddrol Bakhtiar dari Kedah FA masih dianggap antara yang paling bernilai yakni RM1.64 juta walaupun sudah agak lama tidak dipanggil menyarung jersi belang kuning-hitam kebanggaan negara. Begitu juga dengan Safiq Rahim di Melaka United SA yang dinilai sebanyak RM1.87 juta, manakala pemain naturalisasi melalui warisan (kacukan/keturunan) JDT FC iaitu Natxo Insa nilainya kira-kira dua kali ganda daripada Safiq Rahim. Sebagai perbandingan, yuran perpindahan Ahmad Hazwan Bakri dari Selangor FA ke JDT FC bagi Liga-M musim 2017 adalah sekitar RM740,000 (manakala Safawi Rasid dari T-Team FC ke JDT FC pula adalah RM15,000 pada musim yang sama). Padahal, Sarawak FA hanya perlu membayar RM9.95 untuk mendapatkan Bobby Chua Kim Lun dari Sabah FA pada Februari 1998. Sememangnya jauh berbeza dengan bayaran lebih kurang RM500,000 oleh Selangor FA kepada Kuala Lumpur FA untuk Azman Adnan pada tahun 1993. Kalau hendak dibandingkan dengan Tony Cottee pula, beliau ditandatangani Selangor FA secara percuma dari West Ham United FC namun £750,000 adalah harga bagi mendapatkannya pada Oktober 1996 sebelum dia berpindah ke Leicester City FC pada Ogos 1997.

Bobby Chua (kiri) di samping Bobby Pian
sewaktu bersama Sarawak FA dahulu.
(gambar: Star Online/Rapaee Kawi)

Bagi tahun 2019, siapakah pemain yang paling bernilai serta berpengaruh? Bernilai bukan semata-mata dari segi wang ringgit tetapi nilai seseorang pemain yang diukur secara subjektif (prestasi, reputasi, & potensi) terutamanya apabila dapat memberi impak positif buat pasukannya dan juga negara. Berikut adalah senarai daripada Dunia Bola Sepak (DBS) untuk 50 Pemain Bolasepak Terbaik Malaysia bagi pertengahan tahun 2019.

50. Wan Kuzain Wan Kamal (Swope Park Rangers, dipinjam dari Sporting Kansas City)

49. Badhri Radzi (Kelantan FA)

48. Helmi Eliza Elias (Pahang FA)

47. Bobby Gonzales (Sarawak FA)

46. Shukor Adan (Melaka United SA)

45. Mohd Amri Yahyah (Selangor FA)

44. Safee Sali (PJC FC)

43. Khairulazhan Khalid (Selangor FA)

42. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak FA)

41. Rawilson Batuil (Sabah FA)

40. Ahmad Hazwan Bakri (JDT FC)

39. Rozaimi Abd. Rahman (JDT FC II)

38. Jafri Firdaus Chew (PKNS FC)

37. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT FC)

36. Brendan Gan Seng Ling (Perak FA)

35. Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah FA)

34. Nazirul Naim Che Hashim (Perak FA)

33. Syazwan Zainon (Selangor FA)

32. Kenny Pallraj Davaragi (Perak FA)

31. Abdul Halim Saari (Selangor FA)

30. Akram Mahinan (PKNS FC)

29. Nazmi Faiz Mansor (JDT FC)

28. Hadin Azman (Felda United FC)

27. Baddrol Bakhtiar (Kedah FA)

26. Indra Putra Mahayuddin (Kuala Lumpur FA)

25. Safiq Rahim (Melaka United SA)

24. Aidil Zafuan Abd. Radzak (JDT FC)

23. Hadi Fayyadh Abdul Razak (Fagiano Okayama)

22. Faisal Halim (Pahang FA)

21. Dominic Tan Jun Jin (Trat FC, dipinjam dari JDT FC II)

20. Irfan Zakaria (Kuala Lumpur FA)

19. Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan FA)

18. Faiz Nasir (Selangor FA)

17. Zaquan Adha Abd. Radzak (Kedah FA)

16. Norshahrul Idlan Talaha (Pahang FA)

15. Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United SA)

14. La'Vere Corbin-Ong (JDT FC)

13. Matthew Davies (Pahang FA)

12. Mohamadou Sumareh* (Pahang FA)

11. Syazwan Andik Ishak (JDT FC II)

10. Syafiq Ahmad (JDT FC)

9. Adam Nor Azlin (JDT FC)

8. Syamer Kutty Abba (JDT FC)

7. Syahmi Safari (Selangor FA)

6. Nor Azam Azih (Pahang FA)

5. Farizal Marlias (JDT FC)

4. Shahrul Saad (Perak FA)

3. Shahrel Fikri Fauzi (Perak FA)

2. Akhyar Rashid (JDT FC)

1. Safawi Rasid (JDT FC)


Pemain-pemain yang hampir tersenarai adalah seperti berikut.

Subramaniam Sooryapparad (PJC FC)
Nasir Basharudin (Perak FA)
Hafiz Ramdan (PKNP FC)
Afiq Fazail (JDT FC)
Izham Tarmizi Roslan (JDT FC)
Haziq Nadzli (JDT FC)
Kumaahran Sathasivam (JDT FC II)
Kogileswaran Raj Mohana Raj (Pahang FA)
Shafiq Shaharudin (PKNS FC)
Ashri Chuchu (Kuala Lumpur FA)
Mahali Jasuli (PKNS FC)
Kunanlan Subramaniam (JDT FC)
Muslim Ahmad (Pahang FA)
Ashari Samsudin (Terengganu FC I)
Khyril Muhymeen Zambri (Selangor FA)
Wan Zaharulnizam Zakaria (Pahang FA)
Nazrin Nawi (Melaka United SA)
Ahmad Syamim Yahya (Terengganu FC I)
Amirul Azhan Aznan (Perak FA)
Rizal Ghazali (Kedah FA)
Azmi Muslim (Kuala Lumpur FA)
Nik Shahrul Azim Abdul Halim (PKNS FC)
Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC)
Nicholas Swirad (PKNS FC)
Abdul Hadi Yahya (Selangor United FC)
Chanturu Suppiah (Felda United FC)
Syahrul Azwari Ibrahim (Kedah FA)
Nor Farhan Muhammad (PDRM FA)
Gopinathan Ramachandra (PDRM FA)
Thanabalan Nadarajah (Kedah FA)
Saarvindran Devandran (JDT FC II)
Reuben Thayaparan Kathiripillai (UKM FC)
Darren Lok Yee Deng (JDT FC II)
Shahurain Abu Samah (PDRM FA)
Abdul Malik Mat Ariff (Terengganu FC I)
Nor Hakim Hassan (Perak FA)
Abdul Latiff Suhaimi (Selangor FA)
Firdaus Saiyadi (Perak FA)
Sean Selvaraj (Selangor FA)
Partiban Janasekaran (Perak FA)
Khairul Izuan Rosli (Terengganu FC I)
Afiq Azmi (Pulau Pinang FA)
Azriddin Rosli (UiTM FC)
Ridzuan Abdunloh (Negeri Sembilan FA)
Ferris Danial Mat Nasir (Negeri Sembilan FA)
Daniel Amier Norhisham (Felda United FC)
Danial Haqim Draman (Kelantan FA)
Danial Ashraf Abdullah (Kelantan FA)
Zarif Irfan Hashimuddin (PKNS FC)
Muhaimin Mohamad (PJC FC)


Di kesempatan ini juga, sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim FC yang baru sahaja melakar sejarah sebagai juara liga divisyen utama negara buat kali keenam berturut-turut walaupun masih mempunyai empat baki perlawanan sebelum berakhirnya liga pada tahun ini. Syabas JDT!

No comments: