Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)
Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Antarabangsa. Show all posts

Tuesday, October 17, 2023

Sayap kiri bayangan Pestabola Merdeka 2023

Kebanyakan pemain sayap kiri pada masa sekarang turut menggalas tugas sebagai salah satu trio bahagian serangan terutamanya apabila formasi 4-3-3 digunakan. Berbeza dengan formasi 4-4-2, sayap kiri lebih banyak berfungsi sebagai rakan rapat serta setia buat pemain bek kiri, lebih-lebih lagi ketika kedua-dua pemain saling mengambil alih tempat masing-masing samada sewaktu bertahan ataupun menyerang. Pada zaman 90-an dahulu, hantaran silang kerap menjadi senjata utama buat banyak pasukan untuk cuba mendapatkan gol namun sejak kebelakangan ini, permainan alaf baru lebih menjurus kepada pemain sayap masuk ke tengah dan terus membuat percubaan tepat jika tidak melakukan hantaran kepada pemain penyerang di hadapannya. Sememangnya legasi pemain-pemain seperti Alvaro Recoba dan Ryan Giggs, di samping pengaruh besar Cristiano Ronaldo betul-betul telah mengubah serta mengemaskini corak permainan global buat selama-lamanya.

Ng Boon Bee, M. Govindarajoo, Harun Jusoh, Isa Bakar, Hassan Sani, Anuar Jusoh, Chow Chee Weng, Nazrin Nawi, dan Mohamad Ashari Samsudin, merupakan antara pemain dalam senarai panjang yang pernah mewarnai bahagian sayap kiri pasukan kebangsaan. Sayap kiri adalah posisi yang sangat digemari dan agak susah dicari berikutan tidak ramai pemain kidal atau selesa bermain dengan kaki kiri. Namun, kini ramai juga pemain berkaki kanan secara dominan mampu bermain di situ dengan baik malah ada juga yang cemerlang. Berikut adalah beberapa pemain sayap kiri yang mampu memberikan saingan kepada pemain berbakat negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

#11 Akhyar Rashid
Lahir 1999, umur 24 tahun
40 kaps, 9 gol kebangsaan


1. Ruventhiran Vengadesan

(22 tahun, 9 kaps kebangsaan)


2. Saravanan Thirumurugan

(22 tahun, 0 kaps kebangsaan)


3. Partiban K. Janasekaran

(30 tahun, 2 kaps kebangsaan)


4. Muhammad Hadin Azman

(29 tahun, 9 kaps, 1 gol kebangsaan)


5. Muhammad Hakimi Abdullah

(23 tahun, 2 kaps kebangsaan)


6. Muhammad Umar Hakeem Suhar Rezwan

(21 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Muhammad Syafik Ismail

(23 tahun, 0 kaps kebangsaan)


8. Mohammad Nor Hakim Hassan

(32 tahun, 6 kaps kebangsaan)


9. Mohd Faiz Subri

(35 tahun, 0 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Fazrul Amir Md Zaman
  • Pavithran Gunalan
  • Muhamad Syahir Bashah
  • Muhammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin
  • Muhammad Muslihuddin 'Atiq Mat Zaid
  • Indra Putra Mahayuddin
  • Mohd Syazwan Zainon
  • Ahmad Syamim Yahya
  • Aqil Arazi Aziz
  • Jaami Muhammad Qureshi
  • Naim García García

Playmaker bayangan Pestabola Merdeka 2023

Lazimnya diberi jersi nombor 10, posisi ini boleh jadi salah satu daripada dua peranan iaitu samada seorang penyerang kedua ataupun pemain tengah menyerang. Kadang-kadang, ada juga pemain yang mampu bertindak sebagai kedua-duanya sekali mengikut situasi. Walaupun ada beberapa pengecualian seperti Johan Cruyff yang masyhur dengan jersi nombor 14, Michael Ballack nombor 13, Frank Lampard nombor 8, Cristiano Ronaldo nombor 7, dan Abdul Ghani Minhat nombor 17, ramai sekali bintang paling menonjol bagi sesebuah pasukan memakai jersi bernombor 10. Pele, Diego Maradona, Ferenc Puskas, Michel Platini, Dennis Bergkamp, Zinedine Zidane, Ronaldinho, Juan Roman Riquelme, Francesco Totti, Kaka, Mesut Ozil, Eden Hazard, Christian Pulisic, Luka Modric, Neymar Jr., Leo Messi, dan tidak ketinggalan Mokhtar Dahari merupakan para pemain yang termasuk dalam senarai hebat tersebut.

Diberi jersi nombor sepuluh atau tidak, James Wong, Dollah Salleh, Hashim Mustapha, Bobby Pian Maihah, Hairuddin Omar, dan yang sewaktu dengannya merupakan antara contoh yang boleh diikuti oleh para pemain tempatan masa kini mahupun masa depan. Mana tahu, bakat-bakat yang berjaya dicungkil suatu hari nanti kelak bakal menjadi pewaris bagi gelaran Raja Bola Malaysia yang seterusnya. Berikut adalah beberapa pemain tengah penyerang atau penyerang kedua yang mampu memberikan saingan kepada pemain sensasi negara, Muhammad Faisal Abdul Halim.

#10 Faisal Halim
Lahir 1998, umur 25 tahun
23 kaps, 11 gol kebangsaan


1. Muhammad Syafiq Ahmad

(28 tahun, 37 kaps, 10 gol kebangsaan)


2. Luqman Hakim Shamsudin

(21 tahun, 9 kaps kebangsaan)


3. Kumaahran Sathasivam

(27 tahun, 4 kaps kebangsaan)


4. Kogileswaran Raj Mohana Raj

(25 tahun, 8 kaps, 2 gol kebangsaan)


5. Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau

(23 tahun, 3 kaps kebangsaan)


6. Muhammad Aliff Izwan Yuslan

(19 tahun, 1 kaps kebangsaan)


7. Daryl Sham K.K. George

(20 tahun, 0 kaps kebangsaan)


8. Muhammad Faiz Mohd Nasir

(31 tahun, 3 kaps, 2 gol kebangsaan)


9. Norshahrul Idlan Talaha

(37 tahun, 83 kaps, 14 gol kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob
  • Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon
  • Ahmad Haziq Kutty Abba
  • Malone Bian Andrew
  • Endrick dos Santos Parafita*
  • Sergio Fabian Ezequiel Agüero*
  • Paulo Josué Stürmer dos Reis*
  • Lee Andrew Tuck*
  • Liridon Krasniqi*
  • Mohd Amri Yahyah
  • Ómar Björn Stefánsson
  • Christopher John Bernard Sze
  • Daniel Batty
  • Hannu Tam
  • Zian Flemming
  • Rodrigo Julián Holgado*
  • Imanol Javier Machuca*
  • Jefté Betancor Sánchez*
  • Arayyan Hakeem Norizam

Monday, October 16, 2023

Penyerang bayangan Pestabola Merdeka 2023

Sudah menjadi lumrah, pemain penyerang kerap kali menjadi sandaran paling utama bagi mana-mana pasukan untuk mendapatkan gol dan seterusnya membolehkan memenangi perlawanan demi perlawanan sebelum berupaya menjulang kejuaraan. Biarlah berapa banyak pun percubaan yang tidak tepat atau gagal diterjemahkan kepada gol, seorang penyerang tetap diangkat menjadi wira sekiranya satu gol sahaja mampu memberikan kemenangan walaupun tipis. Berbeza dengan nasib seorang penjaga gol yang menyelamatkan berapa banyak gol daripada dibolosi sekalipun, akan tetap dicemuh kerana satu sahaja yang bolos boleh menyebabkan kekalahan yang mengecewakan. Maka, tidak hairanlah jika jasa para penjaring gol lebih mudah diingati berbanding jasa pemain-pemain yang lebih banyak menumpukan pada bahagian pertahanan. Mungkin, para penjaga gol pada masa hadapan barangkali perlu mencontohi serta mengatasi Rene Higuita, Jose Luis Chilavert dan Rogerio Ceni yang telah menjaringkan beberapa gol supaya lebih dikenang seperti mana penyerang-penyerang handal dalam sejarah.

Di peringkat global, nama-nama seperti Eusebio, Gerd Muller, Gary Lineker, Ronaldo Nazario, Gabriel Batistuta, Ian Wright, Alan Shearer, Christophe Dugarry, Christian Vieri, Juergen Klinsmann, Oliver Bierhoff, Fernando Morientes, Pauleta, Patrick Kluivert, Ruud van Nistelrooy, Fernando Torres, Edinson Cavani, Karim Benzema, Olivier Giroud, Robert Lewandowski, Harry Kane, Kylian Mbappe, dan Erling Haaland antaranya, sudah tidak asing lagi serta sentiasa berlegar di ingatan para peminat. Di arena bolasepak tempatan pula, tidak semua tetapi ramai yang pernah dengar atau ambil tahu nama-nama seperti Dali Omar, Mahat Ambu, Robert Choe, Syed Ahmad Syed Abu Bakar, Ramli Junit, Matlan Marjan, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Rusdi Suparman, Khalid Jamlus, Saravanan Vellu, Nizaruddin Yusof, Rudie Ramli, Haris Safwan Kamal, Azlan Ismail, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Safee Sali, Bobby Gonzales, Farderin Kadir, Razali Umar Kandasamy, Izzaq Faris Ramlan, dan Ahmad Fakri Saarani. Penyerang-penyerang Malaysia juga berbisa namun peluang yang kian sempit menyukarkan mereka untuk penuhi potensi yang sebenar. Berikut adalah beberapa pemain penyerang yang mampu memberikan saingan kepada pemain bintang negara, Muhammad Safawi Rasid.

#9 Safawi Rasid
Lahir 1997, umur 26 tahun
54 kaps, 20 gol kebangsaan


1. Darren Lok Yee Deng

(32 tahun, 25 kaps, 5 gol kebangsaan)


2. Muhammad Shahrel Fikri Mohd Fauzi

(28 tahun, 20 kaps, 5 gol kebangsaan)


3. Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew

(26 tahun, 0 kaps kebangsaan)


4. Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak

(23 tahun, 0 kaps kebangsaan)


5. Ahmad Danial Ahmad Asri

(23 tahun, 0 kaps kebangsaan)


6. Sean Eugene Selvaraj

(27 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Sean Gan Giannelli

(26 tahun, 0 kaps kebangsaan)


8. Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak

(36 tahun, 49 kaps, 12 gol kebangsaan)


9. Ahmad Hazwan Bakri

(32 tahun, 30 kaps, 7 gol kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Abdul Azim Rahim
  • Nurshamil Abd Ghani
  • Zafuan Azeman
  • Syafiq Shaharudin
  • Fergus Tierney
  • Gabriel Nistelrooy Tamin
  • Muhamad Dainei Mat Disa
  • Azhad Harraz Arman
  • Muhammad Syahmi Zamri
  • Lokman Bah Din
  • Abdul Rahman Daud
  • Thanabalan Nadarajah
  • Guilherme de Paula Lucrécio*
  • Romel Oswaldo Morales Ramírez*
  • Diego van Oorschot
  • Ethan Joseph Wheatly
  • Jason van Duiven
  • Robin van Duiven
  • Ferdy Druijf
  • Luke Elliot Plange
  • João Vitor Brandão Figueiredo*
  • Jordan Owusu Mintah*
  • Bérgson Gustavo Silveira da Silva*


 

Pemain tengah bayangan Pestabola Merdeka 2023

Pemain tengah merupakan jantung pasukan, nadi yang menggerakkan bola menuju ke arah matlamat menjaringkan gol. Di samping bekerjasama dengan pemain-pemain tengah yang lain, yakni pemain tengah bertahan dan pemain tengah menyerang, pemain yang bermain di posisi ini turut boleh melakukan sendiri kedua-dua tugas iaitu bertahan mahupun menyerang. Kendatipun tugas utamanya lebih banyak kepada melakukan sebanyak mungkin hantaran bola kepada rakan sepasukan selain merampas dan mengawal bola untuk pasukan, menghalang gawang sendiri daripada dibolosi turut menjadi agendanya. Biarpun pemain penyerang yang sering mendapat nama kerana berjaya menjaringkan banyak gol, biasanya pemain tengahlah yang berperanan sebagai pembekal utama kepada gol-gol tersebut. Pemain tengah menjadi pusat yang menyalurkan bantuan dan boleh juga menjadi penyumbang sekiranya gol dapat dijaringkan.

Scholes, Lampard, Gerrard, serta Carrick merupakan nama-nama yang masyhur di England manakala Sepanyol ada Xavi, Iniesta, Fabregas, Juan Mata, Cazorla, Arteta, David Silva, dan ramai lagi termasuklah yang terkini iaitu Gavi dan Pedri. Pemain-pemain terdahulu yang pernah menghiasi skuad kebangsaan Malaysia pula adalah seperti Abdul Shukor Salleh, Wong Choon Wah, Khalid Shahdan, Nasir Yusoff, Azizol Abu Haniffah, Yap Wai Loon, Idris Abdul Karim, R. Suresh Kumar, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, Tengku Hazman Raja Hassan, Muhammad Shukor Adan, Mohammad Hardi Jaafar, Zairo Anuar Zalani, dan Azi Shahril Azmi, antara yang sempat disebutkan di sini. Berikut adalah beberapa pemain tengah yang mampu memberikan saingan kepada pemain harapan negara, Stuart John Wilkin.

#8 Stuart Wilkin
Lahir 1998, umur 25 tahun
11 kaps, 4 gol kebangsaan


1. Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal

(25 tahun, 0 kaps kebangsaan)


2. Muhammad Nor Azam Abdul Azih

(28 tahun, 23 kaps kebangsaan)


3. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi

(21 tahun, 13 kaps kebangsaan)


4. Zhafri Yahya

(29 tahun, 0 kaps kebangsaan)


5. Muhamad Nazmi Faiz Mansor

(29 tahun, 17 kaps kebangsaan)


6. Nik Akif Syahiran Nik Mat

(24 tahun, 4 kaps kebangsaan)


7. Safiq Rahim

(36 tahun, 81 kaps, 16 gol kebangsaan)


8. Muhammad Danial Amier Norhisham

(26 tahun, 2 kaps kebangsaan)


9. Mohd Aiman Afif Md Afizul

(22 tahun, 0 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Kobe Jae Chong
  • Muhaimin Izuddin Muhammad Asri
  • Afiq Danish Zulkifli
  • Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri
  • Muhammad Amirul Hisyam Awang Kechik
  • Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam
  • Mohamad Irfan Fazail
  • Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri
  • Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal
  • Muhammad Danial Ashraf Abdullah
  • Muhammad Danial Haqim Draman
  • Mohamad Hafiz Ramdan
  • Abdul Halim Saari
  • Mohamad Nasir Basharudin
  • Armin Maier Rafi
  • Allee Putra Azril
  • Omar Raiyan Kama Azlan
  • Sem Scherperman
  • Daniel Hylmi Dawood Pesenti
  • Danish Haady Dawood Pesenti
  • Jez Bedford
  • Bryce Blevins
  • Josh Brownhill
  • Isaac Emmanuel Angking
  • Hector Hevel*
  • Ignacio Méndez-Navia Fernández*


 

Friday, October 13, 2023

Sayap kanan bayangan Pestabola Merdeka 2023

Kebanyakan pemain sayap kanan moden pada masa kini turut menggalas tugas sebagai salah satu trio bahagian serangan terutamanya apabila formasi 4-3-3 digunakan. Berbeza dengan formasi 4-4-2, sayap kanan lebih banyak berfungsi sebagai rakan rapat serta setia buat pemain bek kanan, lebih-lebih lagi ketika kedua-dua pemain saling mengambil alih tempat masing-masing samada sewaktu bertahan ataupun menyerang. Pada zaman 90-an dahulu, hantaran silang kerap menjadi senjata utama buat banyak pasukan untuk cuba mendapatkan gol namun sejak akhir-akhir ini, permainan abad ke-21 lebih menjurus kepada pemain sayap masuk ke tengah dan terus membuat percubaan tepat jika tidak melakukan hantaran kepada pemain penyerang di hadapannya. Sememangnya fenomena David Beckham sudah lama ditinggalkan dan sekarang pengaruh Lionel Messi dan Arjen Robben telah meninggalkan kesan jauh lebih mendalam bagi generasi baharu seantero dunia.

Di posisi ini, Malaysia nampaknya sedang melahirkan sebutir lagi bintang besar dalam pembikinan. Selepas satu persatu bakat di bahagian sayap kanan berjaya dicungkil, Safawi Rasid yang masih begitu menyerlah terpaksa diubah posisinya. Ramadhan Saifullah pernah mengekori rapat kini telah pun ketinggalan jauh, malahan pemain naturalisasi pertama negara pun semakin sukar untuk memberikan tentangan dek penangan ubi muda yang kian bersinar bersama kelab bolasepak yang dahulunya dikenali sebagai skuad Sang Lebah. Menjejaki langkah pemain-pemain terdahulu seperti Arthur Koh, Shaharuddin Abdullah, Abdullah Ali, Azrul Amri Burhan, Rizal Sukiman, Eddy Helmi Abdul Manan, Hasmawi Hassan, Liew Kit Kong, Mohd Nor Farhan Muhammad, Joseph Kalang Tie, Amirul Hadi Zainal, dan Baddrol Bakhtiar umpamanya, masa depan kelihatan cerah. Berikut adalah beberapa pemain sayap kanan yang mampu memberikan saingan kepada bintang utama negara, Arif Aiman Mohd Hanapi.

#7 Arif Aiman
Lahir 2002, umur 21 tahun
17 kaps, 5 gol kebangsaan


1. Mohamadou Sumareh*

(29 tahun, 30 kaps, 7 gol kebangsaan)


2. Muhammad Haqimi Azim Rosli

(20 tahun, 4 kaps, 1 gol kebangsaan)


3. Muhammad Najmuddin Akmal Kamal Akmal

(20 tahun, 0 kaps kebangsaan)


4. Muhammad Al-Hafiz Harun

(29 tahun, 0 kaps kebangsaan)


5. Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar

(21 tahun, 0 kaps kebangsaan)


6. Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim

(26 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Muhammad Nabil Ahmad Latpi

(31 tahun, 0 kaps kebangsaan)


8. Muhammad Ramadhan Saifullah Usman

(22 tahun, 0 kaps kebangsaan)


9. Wan Zack Haikal Wan Noor

(32 tahun, 29 kaps, 4 gol kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Selvan Anbualagan
  • Mahali Jasuli
  • Mohd Khyril Muhymeen Zambri
  • Chanturu Suppiah
  • Abdul Malik Mat Ariff
  • Muhammad Farhan Roslan
  • Muhamad Alif Abdul Mutalib
  • Anuar Ceesay
  • Manuel Federico Hidalgo Gasparini*
  • Nishan Velupillay
  • Iggy Houben


 

Nombor 6 bayangan Pestabola Merdeka 2023

Di England, pemain tengah bertahan lazimnya diberi jersi bernombor 4 manakala di beberapa negara lain termasuk Malaysia, posisi tersebut biasanya mengambil nombor 6. Sudah pasti, ia hanyalah suatu kebiasaan dan bukannya undang-undang yang termaktub, lebih-lebih lagi buat pasukan-pasukan kelab yang tidak terikat kepada skuad setakat 23 pemain untuk menyertai kejohanan yang ditandingi. Bertindak sebagai perisai kepada barisan pertahanan sesebuah pasukan, pemain tengah ini bukan sahaja perlu bertahan tetapi adakalanya turut terlibat sama dalam membantu rakan-rakan di bahagian serangan. Meskipun tugas utamanya adalah menghalang atau mengacau gerakan yang dirancang oleh musuh, tugas lainnya adalah mengawal tempo permainan melalui hantaran-hantaran pendek, jauh, mahupun yang membelah menembusi garisan pihak lawan. Kadangkala, posisi ini turut menuntut agar berubah menjadi pemain pertahanan tambahan di barisan belakang bila-bila sahaja diperlukan mengikut taktikal yang diterapkan.

Dahulu, skuad Harimau Malaya sangat bertuah kerana memiliki pemain-pemain seperti Reduan Abdullah, Chow Kwai Lam, Mohd Zan Mat Aris, Ibrahim Mentali, Moey Kok Hong, Rezal Zambery Yahya, Nanthakumar Kaliappan, Wong Sai Kong, Gurusamy Govandar Kandasamy, Amar Rohidan, Mohd Shakir Shaari, dan beberapa lagi yang tidak dapat disebutkan kesemuanya. Kini, posisi ini masih boleh diisi dengan para pemain yang tidak kurang hebatnya namun masih perlu bersaing sesama sendiri untuk meningkatkan lagi kebolehan dan kemampuan masing-masing ke tahap yang lebih tinggi. Berikut adalah beberapa gelandang bertahan yang mampu memberikan saingan kepada pemain kental negara, Brendan Gan Seng Ling.

#6 Brendan Gan
Lahir 1988, umur 35 tahun
29 kaps, 1 gol kebangsaan


1. Mohd Afiq Fazail

(29 tahun, 4 kaps kebangsaan)


2. Nooa Hamzah Laine

(20 tahun, 4 kaps kebangsaan)


3. Mohammad Syamer Kutty Abba

(26 tahun, 32 kaps, 1 gol kebangsaan)


4. Nathaniel Shio Hong Wan

(23 tahun, 0 kaps kebangsaan)


5. Ryan Edward Kit Seng Lee Lambert

(25 tahun, 0 kaps kebangsaan)


6. David William Rowley

(33 tahun, 5 kaps kebangsaan)


7. Muhammad Irfan Zakaria

(28 tahun, 13 kaps, 1 gol kebangsaan)


8. Gary Steven Robbat

(31 tahun, 11 kaps kebangsaan)


9. Kenny Pallraj Davaragi

(30 tahun, 7 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Muhammad Abu Khalil
  • Ibrahim Manusi
  • Afiq Danish Hasniruddin
  • Barathkumar Ramaloo
  • Muhammad Akram Mahinan
  • Ignacio 'Natxo' Insa Bohigues*
  • Chia Ruo Han
  • Ziad El Basheer Norhisham
  • Muhammad Firdaus Muhd Kaironnisam
  • Mohammad Saiful Jamaluddin
  • Thomas Roy Sang
  • Alfie James Chang
  • Sam Scheperman
  • Isaac Hayden
  • Ryan Teague


 

Wednesday, September 6, 2023

Stopper bayangan Pesta Bola Merdeka 2023

Posisi pertahanan tengah ini lazimnya bergandingan dengan seorang lagi pemain pertahanan tengah dalam formasi biasa 4-4-2 ataupun diletakkan bersama dua orang pertahanan tengah yang lain jika bermain tiga orang di belakang. Posisi yang penting ini memainkan peranan yang sangat besar dalam menstabilkan barisan belakang, memandangkan tugas paling utamanya ialah menghalang atau mengurangkan gol yang bolos ke gawang sendiri. Mengikuti perkembangan zaman, peranan lainnya adalah untuk mencabar pemain lawan ketika situasi bola mati, yakni semasa memperoleh tendangan sudut mahupun sepakan percuma tidak langsung yang diberikan oleh pengadil. Adalah tidak pelik bagi pemain yang bagus untuk menjaringkan beberapa gol dalam kerjaya mereka meskipun berada di bahagian pertahanan, dengan syarat ada pemain lain yang menggantikan tempat mereka sewaktu membuat serangan. 

Antara beberapa nama yang pernah bersinar di posisi ini bersama skuad negara ialah Edwin C. Dutton, Soh Chin Ann, Azmil Azali, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain, Mohd Marzuki Yusof, Mohd Faizal Muhamad, dan Chun Keng Hong. Boleh jadi ramai sudah lupa bahawa bekas bintang skuad Harimau Muda iaitu Adam Nor Azlin dahulunya sangat berbakat sebagai seorang penyerang, malah turut boleh diharapkan sebagai pemain tengah sebelum dijadikan pertahanan tengah. Seandainya banyak kecederaan melanda atau negara tiba-tiba ketandusan pemain penyerang, beliau sebenarnya boleh sahaja mengisi kekosongan tersebut sekiranya jurulatih membuka mata. Berikut adalah beberapa bek tengah sebelah kiri yang mampu memberikan saingan kepada pemain sandaran negara, Mohd Shahrul Mohd Saad.

#5 Shahrul Saad
Lahir 1993, umur 30 tahun
51 kaps, 5 gol kebangsaan


1. Muhammad Feroz Baharudin

(23 tahun, 2 kaps kebangsaan)


2. Ahmad Khuzaimi Piee

(29 tahun, 9 kaps kebangsaan)


3. Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni

(25 tahun, 0 kaps kebangsaan)


4. Rawilson Batuil

(29 tahun, 1 kaps kebangsaan)


5. Mohammad Fadhli Mohammad Shas

(32 tahun, 55 kaps kebangsaan)


6. Nicholas Ryan Swirad

(32 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Adam Nor Azlin

(27 tahun, 15 kaps, 1 gol kebangsaan)


8. Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili

(19 tahun, 0 kaps kebangsaan)


9. Muhammad Azrin Afiq Rusmini

(21 tahun, 0 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Harith Samsuri
  • Stuart James Wilson Wark
  • Abdul Latiff Suhaimi
  • Nasrullah Haniff Johan
  • Marcel Kabongo Kalonda
  • Addis Goode
  • Sam Sherring
  • Jon Irazabal Iraurgui*
  • Facundo Tomás Garcés*
  • Giancarlo Gallifuoco*



Sunday, September 3, 2023

Sweeper bayangan Pesta Bola Merdeka 2023

Posisi pertahanan tengah ini lazimnya bergandingan dengan seorang lagi pemain pertahanan tengah dalam formasi biasa 4-4-2 ataupun diapit dengan dua orang pertahanan tengah jika bermain tiga orang di belakang. Bertindak sebagai pelindung penjaga gol, fungsi lainnya adalah menggerakkan permainan dari bahagian belakang ketika berjaya mendapatkan bola. Maka, pemain di posisi ini perlu selesa mengawal bola samada berada di bahagian bawah mahupun di bahagian tengah ketika membantu memulakan serangan. Sejarah bolasepak negara pernah dibarisi beberapa pemain ternama di posisi ini, antaranya ialah Abdullah Yeop Noordin, Chandran Muthuveeran, Santokh Singh, Khairil Zainal, Rajinikandh Batumalai, Norhafiz Zamani Misbah, Abdul Aziz Ismail, Muslim Ahmad, Yong Kuong Yong, dan lain-lain.

Samada kebetulan atau tidak, ramai juga pemain yang bermain di posisi ini mempunyai ketinggian yang agak baik. Boleh jadi ketinggian tersebut menjadi kelebihan buat mereka untuk berebut bola di udara namun tidak pula menjadi kekurangan apabila bola di atas tanah kerana kemahiran bermain bola yang dimiliki. Sekiranya ketinggian hanya sederhana, teknik yang bagus akan menjadi pengisi buat kekurangan yang ada. Berikut adalah beberapa bek tengah sebelah kanan yang mampu memberikan saingan kepada tonggak utama negara, Dion-Johan Chai Cools.

#4 Dion Cools
Lahir 1996, umur 27 tahun
15 kaps, 1 gol kebangsaan


1. Sharul Nazeem Zulpakar

(23 tahun, 9 kaps kebangsaan)


2. Dominic Tan Jun Jin

(26 tahun, 20 kaps kebangsaan)


3. Harith Haiqal Adam Afkar

(21 tahun, 0 kaps kebangsaan)


4. Shivan Pillay Asokan

(22 tahun, 0 kaps kebangsaan)


5. Rodney Celvin Akwensivie

(26 tahun, 0 kaps kebangsaan)


6. Mohamad Faris Shah Mohd Rosli

(28 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Junior Gunnar Putera Eldstål @ Putera Nadher Amarhan Maderner

(31 tahun, 17 kaps kebangsaan)


8. Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak

(36 tahun, 98 kaps, 3 gol kebangsaan)


9. Muhammad Adib Zainudin

(28 tahun, 0 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Aiman Hakimi Othman
  • Samuel Bone
  • Annil Vigneswaran
  • Muhammad Hariz Mansor
  • Khairul Helmi Johari
  • Paarveen Shanmugesh Waran



Wednesday, August 23, 2023

Bek kiri bayangan Pesta Bola Merdeka 2023

Peranan seorang pertahanan sebelah kiri adalah seperti mana pertahanan sebelah kanan, cuma berada di sisi yang berbeza. Tugas asal adalah untuk menghalang kemaraan pemain sayap kanan lawan, dan hantaran silang atau melintang ke dalam kotak penalti sendiri pula seboleh-bolehnya harus dielakkan. Namun, permainan moden semakin memerlukan bek kiri untuk turut naik ke atas untuk membantu serangan. Terpakai juga untuk posisi bek kanan, kemampuan untuk membuat lontaran jauh adalah satu bonus yang sangat membantu. Bintang-bintang terdahulu di bahagian bek kiri termasuklah Ahmad Nazari, Roslan Buang, Kamaruddin Abdullah, Yahya Jusoh, Faizal Zainal, Nazri Yunos, Rosdi Talib, Irwan Fadzli Idrus, Chan Wing Hoong, Ronny Harun, Sumardi Hajalan, Asraruddin Putra Omar, Azmi Muslim, Zubir Azmi, dan ramai lagi.

Terdapat juga calon masa hadapan di posisi bek kiri negara seperti Richard Li Hua Chin yang sedang beraksi di luar negara. Samada beliau mahupun calon-calon lain mampu menggalas tanggungjawab tersebut masih lagi dinantikan. Pendekatan yang terbaik adalah apabila tiba masanya nanti, tunggu dan lihat sahajalah. Berikut adalah beberapa pemain bek kiri yang mampu memberikan saingan kepada pemain utama negara buat masa ini, La'Vere Lawrence Corbin-Ong.

#3 Corbin-Ong
Lahir 1991, umur 32 tahun
25 kaps, 3 gol kebangsaan


1. Daniel Sang Ting

(30 tahun, 2 kaps, 1 gol kebangsaan)


2. Muhammad Fazly Mazlan

(29 tahun, 19 kaps kebangsaan)


3. Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak

(27 tahun, 18 kaps, 1 gol kebangsaan)


4. Declan Stephen Lambert Lee Kit Meng

(24 tahun, 1 kaps kebangsaan)


5. Dinesh Rajasingam

(25 tahun, 0 kaps kebangsaan)


6. Tommy Mawat Bada

(28 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Muhammad Arif Fadzilah Abu Bakar

(27 tahun, 3 kaps kebangsaan)


8. Nazirul Naim Che Hashim

(30 tahun, 21 kaps kebangsaan)


9. Khair Muhammad Jefri Jones

(33 tahun, 4 kaps, 1 gol kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Richard Li Hua Chin
  • Adam Farhan Mohd Faizal
  • Muhammad Ariff Farhan Md Isa
  • Muhammad Alif Zakaria
  • Muhammad Safwan Mazlan
  • Mohammad Fairuz Zakaria
  • Muhammad Azmeer Aris Nor Rashid
  • Muhammad Adib Abdul Ra'op
  • Mohamad Zamri Pin Ramli
  • Ramesh Lai Ban Huat
  • Adam Hamid
  • Joshua Johan Bechler
  • Aaron Zehnter
  • Gabriel 'Palmero' Felipe Arrocha*



Bek kanan bayangan Pesta Bola Merdeka 2023

Peranan seorang pertahanan sebelah kanan adalah seperti mana pertahanan sebelah kiri, cuma berada di sisi yang berbeza. Tugas asal adalah untuk menghalang kemaraan pemain sayap kiri lawan, dan hantaran silang atau melintang ke dalam kotak penalti sendiri pula seboleh-bolehnya harus dielakkan. Namun, permainan moden semakin memerlukan bek kanan untuk turut naik ke atas untuk membantu serangan. Bintang-bintang terdahulu di bahagian bek kanan termasuklah Jamal Nasir Ismail, Dell Akbar Khan Hyder Khan, Jalaluddin Jaafar, Subri Sulong, Thirumurugan Veeran, Daudsu Jamaludin, Mohd Sabre Mat Abu, Mahali Jasuli, dan ramai lagi. Pemain kacukan Malaysia-Belgium iaitu Dion-Johan Chai Cools disangka menjadikan bek kanan sebagai posisi kegemarannya, namun kini bek tengah sudah menjadi lumrah buatnya.

Agak menarik untuk dikongsikan, ramai pemain bek kanan di Malaysia sering bertukar posisi. Sanbagamaran Kalasigaram yang masyhur sebagai pemain tengah yang boleh menjaringkan gol kemudiannya menjadi bek kanan yang sungguh mantap. Zami Mohd Noor daripada bek kanan berubah menjadi penyerang manakala Wan Rohaimi Wan Ismail daripada seorang penyerang kepada bek kanan. Subramaniam Sooryapparad dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim pula boleh beraksi di bek kanan dan juga bek tengah. Tidak lupa juga, Kunanlan Subramaniam daripada pemain sayap kiri yang lincah kepada bek kanan yang sukar untuk dikalahkan. Pada masa ini, berikut adalah beberapa pemain bek kanan yang mampu memberikan saingan kepada pemain utama negara, Matthew Thomas Davies.

#2 Matt Davies
Lahir 1995, umur 28 tahun
41 kaps kebangsaan


1. Muhammad Azam Azmi Murad

(22 tahun, 7 kaps kebangsaan)


2. Quentin Cheng Jiun Ho

(23 tahun, 8 kaps kebangsaan)


3. Muhammad Syahmi Safari

(25 tahun, 25 kaps, 1 gol kebangsaan)


4. Ahmad Zikri Mohd Khalili

(21 tahun, 0 kaps kebangsaan)


5. Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham

(32 tahun, 12 kaps kebangsaan)


6. Mohd Rizal Mohd Ghazali

(30 tahun, 19 kaps kebangsaan)


7. Muhammad Kamal Azizi Mohamad Zabri

(29 tahun, 0 kaps kebangsaan)


8. Nur Shamie Iszuan Amin

(27 tahun, 4 kaps kebangsaan)


9. Amirul Azhan Aznan

(30 tahun, 4 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Muhamad Kamil Akmal Abd Halim
  • Rakesh Munusamy
  • Jimmy Raymond
  • Muhammad Anwar Ibrahim
  • Muhammad Nadzwin Mohd Salleh
  • Muhammad Firdaus Ramli
  • Muhammad Aidil Azuan
  • Kunanlan Subramaniam
  • Reuben Thayaparan Kathiripillai
  • Mohd Nasriq Baharom
  • Joshua James Rawlins
  • Dylan van Wageningen
  • Josh Robinson*
  • Mats Deijl



Friday, August 18, 2023

Keeper bayangan Pesta Bola Merdeka 2023

Penjaga gawang atau disebut juga penjaga gol merupakan posisi yang memerlukan watak yang beryakinan tinggi. Bukan terlampau yakin atau terlalu angkuh, tetapi sentiasa tenang membuat tangkapan bola dan juga tepisan keluar. Yang paling penting, tetap fokus hingga tamat permainan walaupun belum dibolosi mahupun sudah. Benteng terakhir negara dahulunya dikawal oleh tokoh-tokoh yang hebat seperti Sexton Lourdes, Yusoff Bakar, Chow Chee Keong, Arumugam Rengasamy, Khairul Azman Mohamed, Azmin Azram Abdul Aziz, Megat Amir Faisal Al Khalidi Ibrahim, Syamsuri Mustafa, Syed Adney Syed Hussein, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, sekadar disebutkan beberapa nama.

Memasuki dekad 20-an dalam abad ke-21 ini, era baharu kini dianggap sudah bermula apabila trio negara iaitu Farizal Marlias (Farizal Harun pun apa kurangnya), Khairul Fahmi, dan tidak ketinggalan Khairulazhan nampaknya kian menghampiri penghujung kerjaya masing-masing. Seperti mana sejak zaman-berzaman, yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Meskipun permata baharu telah pun dijumpai, berikut adalah beberapa penjaga gol (termasuk trio) yang mampu memberikan saingan kepada pemain bernombor satu negara pada ketika ini, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

#1 Syihan Hazmi
Lahir 1996, umur 27 tahun
12 kaps kebangsaan


1. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman 

(21 tahun, 1 kaps kebangsaan)


2. Samuel Jacob Somerville

(29 tahun, 0 kaps kebangsaan)


3. Muhammad Azri Abdul Ghani

(24 tahun, 0 kaps kebangsaan)


4. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi

(28 tahun, 1 kaps kebangsaan)


5. Muhammad Rahadiazli Rahalim

(22 tahun, 1 kaps kebangsaan)


6. Damien Lim Chien Khai

(26 tahun, 0 kaps kebangsaan)


7. Khairul Fahmi Che Mat

(34 tahun, 61 kaps kebangsaan)


8. Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid

(33 tahun, 15 kaps kebangsaan)


9. Mohd Farizal Marlias

(37 tahun, 54 kaps kebangsaan)


10. Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin

(21 tahun, 0 kaps kebangsaan)


Nama-nama lain:

  • Muhammad Haziq Nadzli
  • Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil
  • Mohd Izham Tarmizi Roslan
  • Christian Abad Amat*
  • Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim
  • Bryan See Tian Keat
  • Mohd Suhaimi Husin
  • Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri
  • Khatul Anuar Md Jalil
  • Norazlan Razali
  • Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy
  • Mohamad Ramadhan Ab. Hamid
  • Shaheeswaran Thavakumar
  • Julian Johan Bechler
  • Logan Kinajil-Moran
  • Diego Altube Suarez
  • Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa
  • Muhd Afif Adli Ar Rashid Abdullah**



Tuesday, July 4, 2023

Jurulatih bayangan Pestabola Merdeka 2023

Antara pencapaian tertinggi pengurus merangkap ketua jurulatih kebangsaan Malaysia iaitu Kim Pan-gon (KPG) dalam pengalamannya sebelum ini ialah pingat emas buat pasukan Hong Kong B-23 dalam Sukan Asia Timur pada 2009. Buat skuad Harimau Malaya pula, pencapaian terbaiknya setakat ini adalah melayakkan Malaysia ke Piala Asia AFC 2023/2024 secara merit selepas menyambung tugasan di pertengahan jalan menggantikan Tan Cheng Hoe sejak Januari 2022. Dalam Kejohanan AFF 2022 yang lalu, beliau belum mampu menggugat rekod cemerlang Datuk K. Rajagobal pada 2010 apabila sekadar membawa Malaysia ke separuh akhir setelah tewas kepada Thailand yang kemudiannya muncul juara buat kali ketujuh.


Ada juga yang memuji coach KPG kerana membantu meningkatkan ranking Malaysia, yang terkini di tangga 137 pada 29 Jun 2023 menurut FIFA. Sebagai rekod, kedudukan tertinggi Malaysia dalam sejarah adalah ke-75 pada 8 Ogos 1993 manakala yang terendah adalah ke-178 di dunia pada 15 Mac 2018. Untuk perbandingan, Malaysia tewas 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu 3 September 2015 namun sebaliknya Malaysia menang 10-0 menentang Papua New Guinea pada 20 Jun 2023. Apabila Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka tahun 1993, negara mengalami kemarau kejuaraan berpanjangan. Rakyat Malaysia tidak merasai sebarang kejuaraan di pentas antarabangsa selama 14 tahun sehinggalah sekali lagi menjadi juara di Pestabola Merdeka tahun 2007.

Meskipun Pestabola Merdeka hanyalah kejohanan berasaskan jemputan dan sudah 9 tahun tidak diadakan, kejayaan terakhir menjadi juara pada 2013 rasanya sudah terlalu lama. Sejak daripada itu, tiada lagi apa-apa kejuaraan melainkan yang disumbangkan oleh skuad remaja sahaja yakni dalam Kejohanan B-18 AFF (2018 & 2022) dan Kejohanan B-15 AFF (2013 & 2019). Nak harapkan Sukan SEA, sudah 12 tahun tidak dikalungkan pingat emas selepas kali terakhir mendapatkannya pada 2011. Lebih teruk lagi, selepas pasukan kebangsaan merangkul pingat emas Sukan SEA pada 1989 dulu, ia mengambil masa selama 20 tahun sebelum Malaysia kembali meraih tempat pertama secara berturut-turut dalam edisi 2009 dan 2011.

Itu adalah sejarah, dan sejarah tetap terpahat dalam ingatan walaupun ada yang sengaja mahu melupakan sejarah. Keinginan para penyokong skuad belang kuning-hitam di peringkat rantau sudah pun dilunaskan walaupun baru sekali (Kejohanan AFF 2010). Kini, mata tertumpu ke arah peringkat benua pula. Sebelum melangkah ke Piala Asia pada Januari 2024 depan di Qatar, Pestabola Merdeka 2023 yang merupakan edisi ke-42 adalah medan persiapan yang terbaik buat Malaysia. Sempena ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-66 dan juga Hari Malaysia ke-60, kejuaraan yang dinanti-nantikan para peminat akan menjadi sungguh bermakna kerana mampu membangkitkan keyakinan serta semangat. Palestin, Lubnan, dan India bukan lawan yang calang-calang, mereka semestinya hendak memberikan tentangan sengit sebagai cabaran.

Kim Pan-gon dijangka bakal membawa skuad yang dianggap terbaik olehnya. Akan tetapi, katakanlah beliau tidak dapat menyertai Pestabola Merdeka 2023 atas sebab-sebab tertentu seperti urusan peribadi umpamanya. Keadaan tersebut barangkali bukanlah sesuatu yang mustahil dan timbullah persoalan. Adakah jurulatih skuad B-23 iaitu Elavarasan Elangowan yang juga penolong jurulatih kebangsaan boleh memberikan kejayaan yang diharapkan? Tentu saja boleh kalau sudah ditakdirkan. Sekadar teori, selain E. Elavarasan, siapakah calon lain yang boleh mengemudi skuad negara sebagai pilihan alternatif? Inilah yang akan dibentangkan. Boleh jadi, barisan jurulatih yang menjadi calon ini boleh juga dipertimbangkan (tertakluk kepada adanya Lesen Pro A?) sebagai pengurus serta ketua jurulatih kebangsaan yang seterusnya selepas berakhirnya era KPG pada masa hadapan.


1. Nafuzi Zain

Umur 44 tahun, kelahiran Kelantan.

Gaya permainan yang diterapkan ke atas pasukan bimbingannya digelar sebagai "Nafuziball". Kelihatan menarik dan menyegarkan dalam arena bolasepak tempatan, taktikal menyerang semasa di Terengganu dahulu kini cuba dibawa ke Kedah Darul Aman pula. Meskipun belum lagi mampu mencabar dominasi JDT di Liga Super Malaysia, pengalaman yang sedang ditimba pada waktu ini amatlah penting sekiranya ingin dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Salah satu pencapaiannya sebagai jurulatih adalah kejuaraan Piala Presiden tahun 2015 bersama skuad Kelantan B-21.


2. Devan E. Kuppusamy

Umur 55 tahun, kelahiran Negeri Sembilan.

Berpengalaman luas dan pernah memenangi pelbagai pertandingan dalam Liga-M, sayangnya belum lagi diberi peluang untuk melatih skuad kebangsaan seperti mana bertuahnya rakan-rakan sejawat beliau iaitu Datuk Ong Kim Swee, Tan Cheng Hoe, mahupun Irfan Bakti Abu Salim (bekas penolong jurulatih kebangsaan). Dinobatkan sebagai jurulatih terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan pada 2006 dan juga 2009, para pengkritik mungkin melihat zaman kemuncaknya telah lama berlalu tetapi kelihatan masih mempunyai kelebihan tersendiri terutamanya dalam membentuk pasukan Negeri Sembilan sejak kebelakangan ini.


3. Azzmi Ab. Aziz

Umur 48 tahun, kelahiran Selangor.

Namanya sedang meningkat naik secara mendadak namun tiba-tiba pula telah direhatkan, yakni istilah yang gemar digunakan di kalangan warga bolasepak tempatan. Bekas pasukannya PDRM sebelum ini mempamerkan persembahan yang sungguh mengagumkan apabila berjaya menewaskan beberapa pasukan yang dianggap lebih besar serta kuat. Walaupun awalnya bermula perlahan dalam saingan liga, mereka kini kehilangan salah satu jurulatih prospek berpotensi tinggi. Dahulu merupakan penolong ketua jurulatih Kedah, beliau dijangka mampu pergi lebih jauh sekiranya diberi peluang yang bersesuaian.


4. Manzoor Azwira Abd. Wahid

Umur 46 tahun, kelahiran Pulau Pinang.

Pengendali ini pernah membawa pasukan Pulau Pinang menjuarai liga divisyen kedua, Liga Premier Malaysia pada 2020. Sekarang bersama skuad Penang, beliau dilihat sebagai pengaruh jangka masa panjang untuk membantu membangunkan sebuah kelab bolasepak yang bukan sahaja mampu bertahan dari segala aspek tetapi juga mampu memberikan cabaran hebat buat pasukan-pasukan dalam Liga-M. Seandainya beliau terus menggunakan segala keupayaan dan kemahiran yang ada pada dirinya maka tidaklah mengejutkan sekiranya reputasinya kian meningkat.


5. Datuk Lim Teong Kim

Umur 59 tahun, kelahiran Melaka.

Sosok yang sering menjadi kegemaran untuk menerima kecaman ramai ini memulakan kerjaya kejurulatihannya bersama skuad remaja kelab gergasi Eropah iaitu Bayern Munich. Apabila pulang ke Malaysia, beliau pernah dilantik sebagai pengarah projek bagi Program Pembangunan Bolasepak Negara (singkatannya PPBN atau NFDP) dan juga pengarah bagi Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Baru sahaja ditamatkan kontrak oleh bekas pasukannya Perak baru-baru ini walaupun belum sampai setahun berkhidmat, beliau sebenarnya mempunyai ketokohan dan keunikan yang kurang dihargai dengan sepatutnya oleh komuniti bolasepak tanah air.


6. Yusri Che Lah

Umur 47 tahun, kelahiran Perlis.

Merupakan jurulatih sementara pasukan Perak yang menggantikan tempat Datuk Lim Teong Kim, beliau sebelum ini turut pernah menggalas tugas sebagai ketua jurulatih skuad Liga Premier iaitu Projek FAM-MSN yang terdiri daripada pemain-pemain kebangsaan berumur bawah 23 tahun. Memulakan kerjaya jurulatih bersama pasukan negeri kelahirannya, Perlis pernah dibawa menduduki tempat kedua Liga FAM pada tahun 2015. Selain daripada itu, belum ada rekod pencapaian yang menyerlah di dalam resumenya melainkan mempunyai kredibiliti untuk membina namanya sebagai jurulatih yang disegani.


7. Rezal Zambery Yahya

Umur 44 tahun, kelahiran Johor.

Sungguhpun pasukan Kelantan nampaknya menjadi sasaran berita sensasi dewasa ini, di sebaliknya masih ada figura yang terus setia menabur bakti. Pernah dilantik menjadi ketua jurulatih Kelantan sebelum menerima tanggungjawab sebagai penolong pengurus, beliau dilihat bersungguh-sungguh untuk berkecimpung dalam bidang kejurulatihan walaupun berdepan dengan kekangan serta rintangan yang menyukarkan perjalanannya. Jikalau beliau terus berusaha dengan gigih, mudah-mudahan ada sinar di hujung terowong yang membolehkannya merealisasikan kemampuan sebenar sebagai seorang jurulatih.


8. Muhammad Shukor Adan

Umur 43 tahun, kelahiran Melaka.

Individu yang dihormati serta digeruni semasa zaman kegemilangannya sebagai seorang pemain di atas padang, beliau kini telah mula beralih arah menuju ke alam kejurulatihan pula. Diangkat sebagai pembantu jurulatih di KL City pada ketika ini, beliau hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengaplikasikan kualiti kepimpinannya di tepi garisan padang pula. Apabila tiba masanya nanti (insha'Allah), beliau diharapkan dapat menyambung legasi malahan mengatasi kewibawaan jurulatih-jurulatih yang terdahulu seperti Chow Kwai Lam dan Mohd Zan Mat Aris.


9. Badrul Afzan Razali

Umur 47 tahun, kelahiran Terengganu.

Penolong pengurus pasukan Terengganu ini merupakan watak diam-diam ubi berisi. Selepas menajamkan kemahirannya sebagai jurulatih bersama TFC II di Liga Premier, beliau terus mara dan tidak lagi menoleh ke belakang. Kejayaannya membimbing pasukan Sime Darby menjuarai Piala FAM pada 2017 dan setahun kemudian pada 2018 turut memberikan kejuaraan kepada skuad Piala Presiden negeri Terengganu iaitu TFC III seolah-olahnya seperti sudah lama ditinggalkan. Jika momentum ini dapat diteruskan, hampir tiada siapa yang dapat menghalangnya untuk terus maju ke hadapan.


10. Mohd Hamzani Omar

Umur 44 tahun, kelahiran Johor.

Setelah hampir sedekad sejak tahun 2013 menumpahkan keringat dalam barisan kejurulatihan kelab bolasepak JDT, pembantu jurulatih ini dianugerahkan dengan suatu peluang yang sungguh tidak ternilai. Mana tidaknya, di sebalik kejayaan demi kejayaan saban tahun yang digapai oleh kelab yang memenangi Piala AFC 2015, dia ada bersama. Sudah pasti amat merugikan sekiranya beliau langsung tidak mengambil sebarang manfaat daripada pengalaman pahit manis yang dialami bersama juara Liga Super sebanyak 9 kali berturut-turut setakat tahun 2022. Segala ilmu yang telah dipelajari jika dapat dikongsi sudah tentu menjadi sangat berguna.


11. Jelius Ating

Umur 52 tahun, kelahiran Sabah.

Berkhidmat sebagai ketua jurulatih skuad B-21 bagi Sabah dalam pertandingan Piala Presiden, beliau juga pernah suatu ketika sebelum ini memegang jawatan ketua jurulatih dan pengurus untuk pasukan dari Borneo tersebut. Di samping bekas rakan di bahagian pertahanan sewaktu bermain dahulu iaitu Burhan Ajui sebagai pembantunya, pengalaman yang sedang dikumpulkan bakal memudahkan transisi beliau kembali ke tampuk kejurulatihan pasukan Sabah pada suatu hari nanti. Berikutan situasi semasa bolasepak Sabah yang nampak memberangsangkan maka masa hadapan kerjayanya juga kelihatan makin cerah bersinar. 


Sebagai kesimpulan, senarai jurulatih yang lebih ternama sebahagiannya telah pun #duniabolasepak sebut sebelum ini. Antaranya ialah, B. Satiananthan, Datuk K. Rajagobal, Dato' Dollah Salleh, Mohd Azraai Khor Abdullah, dan Dato' Zainal Abidin Hassan Ali. Malah, ada lagi para jurulatih berkaliber dan juga yang baru berjinak-jinak menceburkan diri yang sukar untuk disenaraikan kesemuanya. Cuma, ternyata bahawa beberapa nama yang diketengahkan pada kali ini masih lagi menimba ilmu serta pengalaman dalam aliran kejurulatihan. Ramai di antara mereka merupakan bekas pemain yang telah bersara dahulu dan belum banyak pencapaian yang telah dicapai, apatah lagi memperoleh kejuaraan sebagai seorang jurulatih. Memandangkan divisyen utama Liga Malaysia dibanjiri oleh para jurulatih import seperti mana ia semakin sesak dan semak dengan terlalu ramai pemain import, tidak banyak jawatan kosong buat jurulatih-jurulatih muda tempatan melainkan mereka sanggup berhijrah ke luar negara ataupun bermula dari bawah melatih skuad-skuad junior mahupun di peringkat bangku sekolah.


Lihat juga:

Keeper

Bek kanan

Bek kiri

Sweeper

Stopper

Nombor 6

Sayap kanan

Pemain tengah

Penyerang

Playmaker

Sayap kiri



Thursday, December 2, 2021

Rekod yang perlu dikemaskini (Bahagian 3)

Baca juga: Bahagian 1 & Bahagian 2

Berikut adalah rekod perlawanan antarabangsa skuad Harimau Malaya yang dimulai dengan pasukan Tanah Melayu (Malaya) sebelum pembentukan negara baharu Persekutuan Malaysia 🇲🇾.

 

MALAYA

20 Jun 1948 Singapura 4-2 Malaya (Singapura) - persahabatan

13 April 1953 Malaya 2-3 Korea Selatan (Singapura) - persahabatan

16 April 1953 Malaya 0-0 Korea Selatan (Singapura) - persahabatan

13 September 1953 Singapura 1-3 Malaya (Singapura) - persahabatan

17 Mac 1956 Malaya 9-2 Kemboja (Kuala Lumpur) - kelayakan Piala Asia 1956, Kumpulan 3, Pusingan Awal, Perlawanan 1

24 April 1956 Kemboja 3-2 Malaya (Phnom Penh, Kemboja) - kelayakan Piala Asia 1956, Kumpulan 3, Pusingan Awal, Perlawanan 2 (Malaya menang agregat 11-5)

3 Mei 1956 Vietnam Selatan 4-0 Malaya (Saigon, Vietnam) - kelayakan Piala Asia 1956, Kumpulan 3, Akhir, Perlawanan 1

24 Mei 1956 Malaya 3-3 Vietnam Selatan (Kuala Lumpur) kelayakan Piala Asia 1956, Kumpulan 3, Akhir, Perlawanan 2 (Malaya kalah agregat 3 -7)

1 September 1957 Malaya 5-2 Burma (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1957, Pusingan 1

3 September 1957 Malaya 1-4 Vietnam Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1957, Pusingan 2

4 September 1957 Malaya 3-3 Hong Kong (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1957, Pusingan 2

7 September 1957 Malaya 2-4 Indonesia (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1957, Pusingan 2 (Hong Kong johan)

27 Oktober 1957 Vietnam Selatan 1-0 Malaya (?) - persahabatan

2 November 1957 Kemboja 1-3 Malaya (?) - persahabatan

14 Mei 1958 Malaya 4-2 Pakistan (?) - persahabatan

25 Mei 1958 Formosa 2-1 Malaya (Tokyo, Jepun) - Sukan Asia 1958, Kumpulan 1

27 Mei 1958 Vietnam Selatan 6-1 Malaya (Tokyo, Jepun) - Sukan Asia 1958, Kumpulan 1 (Formosa & Vietnam Selatan mara)

4 Jun 1958 Hong Kong 2-2 Malaya (?) - persahabatan

1 September 1958 Malaya 3-2 Indonesia (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1958

2 September 1958 Malaya 0-0 Singapura (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1958

4 September 1958 Malaya 2-0 Vietnam Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1958

19 September 1958 Malaya 3-0 Hong Kong (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1958 (Malaya johan)

30 September 1958 Malaya 2-2 Korea Selatan (?) - persahabatan 

28 Disember 1958 Malaya 6-2 Jepun (?) - persahabatan

4 Januari 1959 Malaya 1-3 Jepun (?) - persahabatan

22 Januari 1959 Burma 2-4 Malaya (?) - persahabatan

31 Januari 1959 Thailand 3-3 Malaya (?) - persahabatan

11 Mei 1959 Singapura 2-5 Malaya (Singapura) - kelayakan Piala Asia 1960, Kumpulan 2

13 Mei 1959 Vietnam Selatan 1-0 Malaya (Singapura) - kelayakan Piala Asia 1960, Kumpulan 2 (Vietnam Selatan layak)

30 Ogos 1959 Malaya 4-1 Korea Selatan (Kuala Lumpur) - persahabatan, pra-Pesta Bola Merdeka 1959

2 September 1959 Malaya 4-3 Vietnam Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1959, Pusingan 2

4 September 1959 Malaya 1-1 India (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1959, Pusingan 2

6 September 1959 Malaya 2-1 Hong Kong (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1959, Pusingan 2 (Malaya johan)

13 Disember 1959 Malaya 2-1 Burma (?) - persahabatan

14 Disember 1959 Thailand 3-1 Malaya (Bangkok, Thailand) - Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1959, peringkat kumpulan

15 Disember 1959 Malaya 2-1 Vietnam Selatan (Bangkok, Thailand) - Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1959, peringkat kumpulan

20 April 1960 Indonesia 5-0 Malaya (Jakarta, Indonesia) - persahabatan

6 Mei 1960 Malaya 0-0 India (?) - persahabatan

5 Ogos 1960 Malaya 3-0 Jepun (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1960, Kumpulan 1

7 Ogos 1960 Malaya 8-2 Thailand (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1960, Kumpulan 1

12 Ogos 1960 Malaya 1-0 Pakistan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1960, Kumpulan 1 (Malaya mara)

14 Ogos 1960 Malaya 0-0 Korea Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1960, Akhir (berkongsi trofi)

28 Mei 1961 Jepun 3-2 Malaya (Tokyo, Jepun) - persahabatan

2 Ogos 1961 Malaya 3-2 Jepun (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1961, Kumpulan 1

 5 Ogos 1961 Malaya 3-1 Vietnam Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1961, Kumpulan 1

9 Ogos 1961 Malaya 1-2 India (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1961, Kumpulan 1 (Malaya mara)

13 Ogos 1961 Malaya 1-2 Indonesia (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1961, Akhir

22 Oktober 1961 Malaya 3-1 Indonesia (Kuala Lumpur) - persahabatan

26 Oktober 1961 Vietnam Selatan 1-0 Malaya (?) - persahabatan

12 Disember 1961 Malaya 4-0 Kemboja (Rangoon, Burma) - Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961, Kumpulan B

13 Disember 1961 Burma 1-2 Malaya (Rangoon, Burma) - Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961, Kumpulan B (Malaya dan Burma mara)

14 Disember 1961 Malaya 2-2 Thailand (Rangoon, Burma) - Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961, Separuh Akhir (Malaya menang dengan kelebihan)

17 Disember 1961 Burma 0-2 Malaya (Rangoon, Burma) - Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1961, Akhir (Malaya johan)

8 Ogos 1962 Malaya 2-2 Jepun (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1962, Kumpulan 2

13 Ogos 1962 Malaya 3-2 Burma (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1962, Kumpulan 2

16 Ogos 1962 Malaya 0-0 Pakistan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1962, Kumpulan 2 (Pakistan mara)

19 Ogos 1962 Malaya 3-1 Korea Selatan XI (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1962, Penentuan Tempat Ketiga

24 Ogos 1962 Indonesia 2-3 Malaya (Jakarta, Indonesia) - Sukan Asia 1962, Kumpulan 2

26 Ogos 1962 Malaya 15-1 Filipina (Jakarta, Indonesia) - Sukan Asia 1962, Kumpulan 2

30 Ogos 1962 Malaya 0-3 Vietnam Selatan (Jakarta, Indonesia) - Sukan Asia 1962, Kumpulan 2 (Malaya dan Vietnam Selatan mara)

1 September 1962 Malaya 1-2 Korea Selatan (Jakarta, Indonesia) - Sukan Asia 1962, Separuh Akhir

4 September 1962 Malaya 4-1 Vietnam Selatan (Jakarta, Indonesia) - Sukan Asia 1962, Penentuan Tempat Ketiga

27 Oktober 1962 Malaya 4-2 Thailand (?) - persahabatan

28 Oktober 1962 Malaya 1-2 Indonesia (?) - persahabatan

30 Oktober 1962 Vietnam Selatan 2-0 Malaya (?) - persahabatan

8 Ogos 1963 Malaya 3-4 Jepun (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1963, peringkat kumpulan

11 Ogos 1963 Malaya 0-5 Vietnam Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1963, peringkat kumpulan

12 Ogos 1963 Malaya 2-3 Formosa (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1963, peringkat kumpulan

14 Ogos 1963 Malaya 2-2 Thailand (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1963, peringkat kumpulan

16 Ogos 1963 Malaya 3-0 Korea Selatan (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1963, peringkat kumpulan


🇸🇬 P:4 M:2 S:1 K:1 G:10 B:7

🇰🇷 P:8 M:3 S:3 K:2 G:15 B:9

🇰🇭 P:4 M:3 S:0 K:1 G:18 B:6

🇻🇳 P:15 M:5 S:1 K:9 G:20 B:36

🇲🇲 P:6 M:5 S:0 K:1 G:17 B:9

🇭🇰 P:4 M:2 S:2 K:0 G:10 B:6

🇮🇩 P:7 M:3 S:0 K:4 G:13 B:18

🇵🇰 P:3 M:2 S:1 K:0 G:5 B:2

🇹🇼 P:2 M:0 S:0 K:2 G:3 B:5

🇯🇵 P:7 M:3 S:1 K:3 G:20 B:16

🇹🇭 P:6 M:2 S:3 K:1 G:20 B:14

🇮🇳 P:3 M:0 S:2 K:1 G:2 B:3

🇵🇭 P:1 M:1 S:0 K:0 G:15 B:1

Jumlah: Perlawanan:70 Menang:31 (44.29%) Seri:14 Kalah:25 Gol:168 Bolos:132

 

Lain-lain:

9 April 1953 Malaya 2-3 Korea Selatan (?) - tidak dapat dipastikan*

16 Februari 1957 Malaya 2-3 All India 2-3 (?) - pertunjukan

31 Disember 1958 Malaya 1-3 Jepun (?) - tidak dapat dipastikan*

24 Januari 1959 Burma 3-2 Malaya (?) - bukan senior*

27 Januari 1959 Burma 2-0 Malaya (?) - bukan senior*

31 Januari 1959 Malaya 2-2 Jepun (?) - bukan senior*

8 Februari 1959 Burma 2-0 Malaya (?) - bukan senior*

17 Ogos 1963 Malaya 3-1 British Army (Kuala Lumpur) - Pesta Bola Merdeka 1963, peringkat kumpulan (Formosa johan)


Nota:

Perlawanan sulung

Kekalahan terbesar

Kemenangan terbesar

Perlawanan terakhir sebagai Malaya



Tuesday, September 29, 2020

Ke tahap yang seterusnya

The Football Association (The FA atau English FA) yang mentadbir sukan bolasepak (Bahasa Inggeris: association football) di England serta wilayah-wilayah Jersey, Guernsey, dan Isle of Man merupakan persatuan bolasepak tertua di dunia apabila wujud semenjak tahun 1863. Scottish FA (SFA) pula cuma muncul sedekad kemudian, yakni pada tahun 1873. FA Wales (FAW) pada 1876, manakala Irish FA (IFA) pada 1880 sebelum FA Ireland (FAI) berpisah dengannya. Sedikit maklumat tambahan, perlawanan antarabangsa yang didakwa pertama kali diadakan di atas muka Bumi adalah antara dua pasukan kebangsaan iaitu England menentang Scotland pada 30 November 1872 di Partick, Glasgow.

Badan pentadbir tertinggi bolasepak dunia iaitu Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang diasaskan pada 1904 asalnya hanya bermula dengan penyertaan 8 buah negara yakni Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Belanda, Sepanyol, Sweden, dan Switzerland. Beribu pejabat di Zürich, keahliannya kini sudah pun mencecah 211 persatuan bolasepak kebangsaan. Sebagai perbandingan, Gabungan Persatuan Bolasepak Bebas (CONIFA) umpamanya mempunyai lebih kurang 61 ahli sahaja sejak ditubuhkan pada tahun 2013. Meskipun mempunyai jaringan antarabangsa, CONIFA sekadar melahirkan peluang alternatif dan bukan tandingan langsung buat FIFA.

 


Uruguay menjadi negara sulung yang dinobatkan sebagai juara dunia setelah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik dua kali berturut-turut pada 1924 dan 1928, yang ketika itu diiktiraf sebagai kejohanan dunia memandangkan Piala Dunia masih belum ada. Kemudian, apabila Piala Dunia yang pertama diadakan pada tahun 1930, Uruguay sebagai tuan rumah turut menjuarainya. Uruguay juga sekali lagi menjuarai Piala Dunia pada tahun 1950. Selain itu, hanya 7 negara lain yang pernah memenangi Piala Dunia setakat edisi 2018 yang lalu yakni Brazil (1958, 1962, 1970, 1994, 2002), Jerman (1954, 1974, 1990, 2014), Itali (1934, 1938, 1982, 2006), Argentina (1978, 1986) , Sepanyol (2010), Perancis (1998, 2018), dan England (1966).

Apa yang menarik, tuan rumah Piala Dunia tahun 2022 iaitu Qatar (juara Piala Asia 2019) berpeluang untuk tampil sebagai negara ke-80 yang akan ke Piala Dunia kerana sebelum ini hanya 79 buah negara yang pernah layak. Sekadar ingin menyebutkan, Indonesia bermain di Piala Dunia tahun 1938 sebagai Hindia Timur Belanda, manakala India layak ke Piala Dunia tahun 1950 tetapi menarik diri sebelum kejohanan bermula. Ini bermakna, mengikut jumlah keahlian FIFA yang terkini maka terdapat 131 negara yang belum ke Piala Dunia jika tidak termasuk Qatar. Cuma, tidak tahulah bagaimana nasib Piala Dunia tahun 2022 nanti. Seluruh dunia masih dibayangi wabak COVID-19 terutamanya tahun 2020. Berdasarkan sejarah, hanya dua kali Piala Dunia tidak diadakan iaitu pada tahun 1942 dan 1946 berikutan Perang Dunia Kedua.

Bagaimana dengan Malaysia? Bagaimana caranya untuk ke tahap yang seterusnya? Sebelum cuba menjawab persoalan-persoalan tersebut, ambil persatuan bolasepak yang pencapaiannya adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik sebagai contoh. Confederação Brasileira de Futebol (CBF) yang menghantar wakil buat negara Brazil adalah satu-satunya pasukan yang hadir dalam kesemua 21 kejohanan Piala Dunia dan dijangka turut mampu membuat penampilan ke-22 menjelang Piala Dunia tahun 2022. Pasukan Brazil juga telah menjuarai Piala Dunia sebanyak 5 kali iaitu yang terbanyak setakat ini, di samping 4 kejuaraan Piala Konfederasi dan 9 kejuaraan Copa América.

 


Maka, sebelum skuad Harimau Malaya khasnya dan rakyat Malaysia amnya mahu berangan-angan untuk mengejar sejauh mana yang sudah dilalui pasukan bolasepak kebangsaan Brazil, hendaklah bermuhasabah diri sedalam-dalamnya dahulu. Pertamanya, rekod Brazil yang layak ke setiap Piala Dunia sejak awal memang tidak boleh lagi diikuti, bukan sahaja Malaysia malahan negara mana sekalipun. Masa lepas tidak boleh diundur, hanya masa depan yang boleh dituju, itupun sekiranya hayat masih ada. Jadi, merebut kejuaraan Piala Dunia sahajalah yang menghadiahkan peluang. Namun, sebelum bercita-cita untuk menjuarai Piala Dunia, berusahalah untuk layak ke Piala Dunia terlebih dahulu.

Jika pada masa lalu pertandingan bolasepak Sukan SEA mahupun Pesta Bola Merdeka sahaja yang sering menjadi tarikan utama sebelum wujudnya Piala AFF, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekarang ini perlu mencari ikhtiar bagi mengorak langkah yang selanjutnya. Memanglah layak ke Sukan Olimpik tahun 1972 dan 1980 itu bagus. Layak ke Piala Asia sebanyak tiga kali (1976, 1980, 2007) juga sangat bagus tetapi untuk menjadi hebat, sesebuah pasukan mestilah menjadi juara. Kalau dua pingat gangsa yang digondol dalam Sukan Asia masing-masing pada tahun 1962 dan 1974 pun sudah cukup membanggakan, apatah lagi sewaktu Jalur Gemilang berkibar megah semasa trofi Piala AFF dapat dijulang pada tahun 2010. Sekurang-kurangnya jersi belang kuning-hitam yang berselang-seli dengan jersi kedua warna biru, merah, dan putih sudah pun pernah bergelar johan di rantau Asia Tenggara.

Kejayaan peringkat benua sepatutnya kini dijadikan sasaran yang berikutnya. Selepas benua Asia berjaya ditakluki pada suatu hari nanti, tidak mustahil untuk tanahair yang tercinta ini untuk terus mara ke hadapan. Setapak demi setapak, selangkah demi selangkah. Teringat satu peribahasa; sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Walau bagaimanapun, jangan sesekali fikir bahawa tanpa usaha boleh berjaya secara automatik. Benar, jatuh bangun semuanya sudah ditentukan oleh Ilahi namun sebagai makhluk yang tiada upaya melainkan dengan pertolongan Rabb yang Maha Esa, adalah sangat penting untuk berharap (niat yang baik) di samping banyak berdoa. Malah, usaha itu juga sebahagian daripada doa. Berdoalah yang baik-baik, berusaha jugalah dengan sebaik mungkin.