Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)

Monday, February 3, 2020

Liga Malaysia pada masa hadapan

Di bawah ini bukan sekadar cadangan sahaja, tetapi merupakan hasil buah fikiran dan nukilan blog #duniabolasepak yang harapnya boleh dilaksanakan secara menyeluruh pada suatu hari nanti, insha'Allah. Cadangannya ialah memperkemaskan struktur pertandingan bolasepak tanahair dengan mengembalikan semula kesemua pasukan negeri-negeri (lebih kurang macam Piala Emas Raja-raja) serta dua wilayah di Borneo, di samping wilayah-wilayah Persekutuan, dalam sebuah liga. Entah bila boleh dilakukan, tidak tahulah. Selagi mana tiada kemahuan, maka selagi itulah tidak boleh dilakukan. Sampai bila-bila pun tidak boleh jikalau tidak hendak. Sebab itulah cadangan ini mahu juga dibentangkan, sekurang-kurangnya terdapat satu usaha kecil yang tercatat dalam ruang alam maya ini untuk dijadikan rujukan para penggiat bolasepak alam fana di luar sana termasuklah pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Liga-M (M-League)


Liga Malaysia (Liga Kebangsaan Rakyat Malaysia)
- Malaysian Interstate Professional Football League
  1. PB Perlis
  2. PB Kedah
  3. PB Pulau Pinang
  4. PB Perak
  5. PB Selangor
  6. PB Kuala Lumpur
  7. PB Putrajaya (+)
  8. PB Negeri Sembilan
  9. PB Melaka
  10. PB Johor (Johor Darul Ta'zim FC × JDT II)
  11. PB Pahang
  12. PB Terengganu
  13. PB Kelantan
  14. PB Sarawak
  15. PB Labuan (+)
  16. PB Sabah


Liga Pemuda/Pemudi Malaysia (Liga Belang Harimau Malaya)
Malaysian Under-23 Football Reserve League
  1. KB Kangar
  2. KB Alor Setar
  3. KB Tanjung Penaga
  4. KB Ipoh
  5. KB Shah Alam
  6. KB Kampong Bharu
  7. KB Air Terentang
  8. KB Seremban
  9. KB Bandar Hilir
  10. KB Johor Bahru
  11. KB Kuantan
  12. KB Kuala Terengganu
  13. KB Kota Bharu
  14. KB Kuching
  15. KB Bandar Labuan
  16. KB Kota Kinabalu


Liga M1 (Liga Separa Ikhtisas Malaysia)
Malaysian Semi-Professional Football League
  1. KB Arau
  2. KB Sungai Petani
  3. KB Bagan
  4. KB Tanjung Malim
  5. KB Petaling Jaya
  6. KB Bangsar
  7. KB Sepang
  8. KB Nilai
  9. KB Ayer Keroh
  10. KB Batu Pahat
  11. KB Temerloh
  12. KB Dungun
  13. KB Tanah Merah
  14. KB Sibu
  15. KB Bintulu
  16. KB Sandakan
  17. KB Bukit Damansara
  18. KB Kota Damansara
  19. KB Chukai
  20. KB Kluang


Liga M2 (Liga Bukan Ikhtisas Malaysia)
Malaysian Amateur Football League
  1. KB Padang Besar
  2. KB Kulim
  3. KB Seberang Jaya
  4. KB Parit Buntar
  5. KB Klang
  6. KB Cheras
  7. KB Salak Tinggi
  8. KB Tampin
  9. KB Alor Gajah
  10. KB Muar
  11. KB Raub
  12. KB Jerteh
  13. KB Pasir Mas
  14. KB Miri
  15. KB Kuah
  16. KB Tawau
  17. KB Kerteh
  18. KB Bukit Bintang
  19. KB Damansara Utama
  20. KB Pudu



Liga Futsal Malaysia (Liga M6.0) & Piala Futsal Malaysia (Pertandingan Bolasepak 5 Sebelah Kebangsaan)
Malaysian Indoor Soccer League & Malaysian Street Soccer Cup
  1. KF Air Papan
  2. KF Sijangkang
  3. KF Kupang
  4. KF Tokai
  5. KF Kuala Sanglang
  6. KF Jelawat
  7. KF Tok Bali
  8. KF Kampung Morten
  9. KF Janda Baik
  10. KF Cheroh
  11. KF Permatang Damar Laut
  12. KF Machang Bubok
  13. KF Bukit Merah
  14. KF Sungai Rokam
  15. KF Tanduo
  16. KF Bario



Liga Bolasepak Pantai Malaysia
Malaysian Beach Soccer League
  1. KBP Batu Ferringhi
  2. KBP Pantai Cenang
  3. KBP Pangkor
  4. KBP Redang
  5. KBP Tioman
  6. KBP Sipadan
  7. KBP Perhentian
  8. KBP Cherating
  9. KBP Teluk Kemang
  10. KBP Semporna
  11. KBP Klebang
  12. KBP Tanjung Bungah
  13. KBP Teluk Bahang
  14. KBP Lumut
  15. KBP Pantai Merdeka
  16. KBP Pantai Remis


Liga Veteran Dolfattah (Piala Legenda Malaysia)
- Malaysian Seniors Walking Football League
  1. PBV Indera Kayangan
  2. PBV Darul Aman
  3. PBV Pulau Mutiara
  4. PBV Darul Ridzuan
  5. PBV Darul Ehsan
  6. PBV Ibu Negara
  7. PBV Bandaraya Bestari
  8. PBV Darul Khusus
  9. PBV Bandaraya Bersejarah
  10. PBV Darul Takzim
  11. PBV Darul Makmur
  12. PBV Darul Iman
  13. PBV Darul Naim
  14. PBV Bumi Kenyalang
  15. PBV Mutiara Borneo
  16. PBV Negeri Di Bawah Bayu


Liga Cilik Dollah Don (Kejohanan Akademi Bolasepak Malaysia)
Malaysian Under-12 & Under-9 Football Academy Championship
  1. Northern Lions FC
  2. Red Eagles FC
  3. Penang Panthers FC
  4. Bos Gaurus FC
  5. Red Giants FC
  6. KL Hawks FC
  7. Putras SC
  8. Deers FC
  9. Mousedeers FC
  10. Southern Tigers FC
  11. Elephants FC
  12. Turtles FC
  13. Red Warriors FC
  14. Sarawak Crocs FC
  15. Islanders SC
  16. Sabah Rhinos FC



eLiga_Malaysia & ePiala_Malaysia
- M.League eSports & Virtual Malaysia Cup
  • Penyertaan melibatkan pasukan-pasukan yang mewakili setiap pasukan dalam Liga Malaysia.


Piala Presiden (Liga Pembangunan Harimau Muda)
Malaysian Under-20 Football League
  1. PBR Singa Utara
  2. PBR Helang Merah
  3. PBR Harimau Kumbang
  4. PBR Seladang
  5. PBR Gergasi Merah
  6. PBR Rajawali
  7. PBR Putra
  8. PBR Rusa
  9. PBR Pelanduk Putih
  10. PBR Permata Selatan
  11. PBR Tok Gajah
  12. PBR Penyu
  13. PBR Pahlawan Merah
  14. PBR Bujang Senang
  15. PBR Anak Pulau
  16. PBR Tambadau


Piala Belia (Trofi Belia Malaysia)
Malaysian Under-17 Youth Football Trophy
  • Penyertaan melibatkan para pemain berumur 17 tahun ke bawah daripada pasukan-pasukan Liga Pembangunan Harimau Muda. Panggilan pemain-pemain yang dikesan daripada kejohanan bolasepak MSSM turut digalakkan.
  • Kumpulan A: Kedudukan akhir liga di tangga 1, 5, 9, & 13
  • Kumpulan B: Kedudukan akhir liga di tangga 2, 6, 10, & 14
  • Kumpulan C: Kedudukan akhir liga di tangga 3, 7, 11, & 15
  • Kumpulan D: Kedudukan akhir liga di tangga 4, 8, 12, & 16


Piala Cabaran MFL (Perisai Cabaran)
Malaysian Novice Football Challenge Shield
  • Penyertaan melibatkan 8 pasukan terbawah Liga Pemuda Malaysia, 12 pasukan yang berkedudukan di tangga 5-16 dalam Liga M1, dan 12 pasukan lagi di tangga 5-16 dalam Liga M2 (atau di tangga 2-4 masing-masing dalam Liga M2.1, Liga M2.2, Liga M2.3, dan Liga M2.4).
  • Jumlah 32 pasukan dibahagikan kepada 8 kumpulan, iaitu Kumpulan A hingga H.


Piala FAM (Trofi Persatuan Bolasepak Malaysia)
- Football Association of Malaysia Trophy
  • Penyertaan melibatkan 8 pasukan teratas Liga Pemuda Malaysia, 4 pasukan teratas Liga M1, dan 4 pasukan teratas Liga M2. Pertandingan kalah-mati dan bukan lagi Liga Kejuaraan M3 yang diubah menjadi liga peringkat negeri/wilayah.


Piala Rakyat (Perlawanan Seluruh Bintang Pilihan Malaysia)
Malaysian League All-Star Match
  • Satu perlawanan pertunjukan pra-musim melibatkan 44 pemain dan 2 jurulatih yang paling bersinar mengikut pilihan penyokong. Boleh juga diadakan dalam format terbuka kepada awam, satu lawan satu, timang bola (freestyle football), footvolleyteqball, mahupun alternatif-alternatif yang lain.


Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih)
Malaysian Charity Super Cup
  • Satu perlawanan khas pembukaan tirai liga antara johan Piala Malaysia melawan juara Liga Malaysia / juara Piala Persatuan / penyandang juara Piala Sumbangsih / naib juara Liga Malaysia.


Piala FA (Piala Persatuan)
Malaysian Football Association Cup
  • Penyertaan melibatkan kesemua pasukan tempatan dari liga divisyen tertinggi hingga divisyen terbawah. Boleh juga dibuka kepada beberapa pasukan daripada liga-liga negeri serta wilayah (Liga M3), daerah (Liga M4), sosial atau komuniti (Liga M5), kampung, mahupun bukan daripada mana-mana liga.


Piala Malaysia (Piala Malaya & Piala Borneo)
Malaysia Cup
  • Kesemua 16 pasukan (wakil negeri atau kelab) dalam divisyen satu Liga Malaysia berserta 4 pasukan jemputan (seperti PBMM, MCFA, MISC-MIFA, MBPJ FC, dll.) dipecahkan mengikut zon, dan kejuaraan akan ditentukan antara johan Piala Malaya menentang johan Piala Borneo.
  • Zon Utara: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
  • Zon Pantai Timur: Kelantan, Terengganu, Pahang, ATM*
  • Zon Selatan: Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Singapura*
  • Zon Lembah Klang: Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, PDRM*
  • Zon Borneo: Sarawak, Sabah, Labuan, Brunei*

_______
Anugerah Raja Bola (Pemain Bolasepak Kebangsaan Terbaik Malaysia)
- Malaysia's Best National Footballer Award
  • Pengiktirafan pemain paling menyerlah serta berpengaruh pada setiap dekad bagi mewarisi gelaran yang pernah disandang oleh Abdul Ghani Minhat.


Pesta Bola Merdeka (Kejohanan Bolasepak Merdeka)
- Merdeka Tournament
  • Pertandingan jemputan antarabangsa bagi merebut Piala Tunku Abdul Rahman Putra.


"Liga-M, liga rakyat Malaysia. Sama-sama merakyatkan sukan bolasepak."

#DUNIABOLASEPAK


No comments: