Adalah dicadangkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan format satu liga dengan 16 hingga 20 pasukan tetap untuk divisyen tertinggi Liga Malaysia (Liga-M). Kalau boleh, ia hanya melibatkan pasukan-pasukan Negeri / Wilayah Persekutuan sahaja bagi tahap profesional. Pasukan-pasukan tersebut adalah:
ZON UTARA / LEMBAH BUJANG
- Perlis
- Kedah
- Pulau Pinang
- Perak
ZON SELATAN / SELAT TEBRAU
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor
Singapura @ Tanjong Pagar / Persatuan Bolasepak India Malaysia (PBIM)
ZON PANTAI TIMUR / LEMBAH NENGGIRI
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan
Gong Kedak @ Padang Tembak @ Lumut / Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
ZON TIMUR LAUT / BORNEO
- Sarawak
- Sabah
- *Labuan /
Bandar Victoria
Brunei @ Bandar Seri Begawan / Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (PBCM)
ZON TENGAH / LEMBAH KLANG
- Selangor
- Kuala Lumpur
- *Putrajaya /
Wisma Putra
Bukit Aman / Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Ini bermakna terdapat sekurang-kurangnya 30 perlawanan liga untuk setiap pasukan dalam semusim. Kemudian, untuk merancakkan persaingan dalam liga maka 8 pasukan teratas dalam liga akan layak ke pertandingan paling berprestij negara iaitu Piala Malaysia. Selain itu, kedudukan dalam liga juga akan menentukan keutamaan untuk bermain di gelanggang sendiri ketika dalam pertandingan kalah-mati Piala FA. Secara logik, semua peminat bola sepak tempatan inginkan peningkatan mutu permainan sukan nombor satu di Malaysia ini. Maka, dengan adanya perancangan yang kemas dan tersusun diharapkan dapat menarik sokongan yang lebih ramai serta meluas.
|
Kejohanan berprestij Piala Malaysia |
No comments:
Post a Comment