Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)

Monday, August 3, 2020

Format alternatif bagi Piala Malaysia

Berikut ini adalah satu cadangan bagi format yang alternatif untuk Piala Malaysia sekiranya mahu dipertimbangkan. Antara sebab-sebab timbulnya cadangan ini adalah atas alasan yang berkaitan dengan isu logistik serta penjimatan kos perjalanan antara negeri.

Selain itu, nama Piala Malaya juga boleh digunakan semula bagi menentukan johan bahagian barat Malaysia manakala bagi menentukan johan bahagian timur Malaysia, Piala Borneo turut boleh dihidupkan kembali. Selepas itu, johan Piala Malaya dan johan Piala Borneo akan bertembung pula di perlawanan akhir bagi mendapatkan kejuaraan Piala Malaysia. Sekali lagi diingatkan, ini hanyalah suatu cadangan santai sahaja, tidak ada sebarang unsur paksaan.

Laut Champa menjadi pemisah dan juga penyambung.
(gambar: Google)

Piala Malaya
- Perlawanan tanpa keputusan seri (3 mata jika menang sepenuh masa, 2 mata jika menang sepakan penalti, dan 1 mata bagi yang kalah penalti di peringkat kumpulan) akan diadakan secara timbal balik dan juara kumpulan bagi setiap zon mara ke separuh akhir sebelum ke final.

Zon Utara: Perlis, Kedah, Pulau Pinang
Zon Timur: Kelantan, Terengganu, Pahang
Zon Tengah: Perak, Selangor, Kuala Lumpur
Zon Selatan: Negeri Sembilan, Melaka, Johor


Piala Borneo
- Perlawanan secara timbal balik antara Sarawak dan Sabah dengan pemenangnya akan dikira menerusi kelebihan agregat ataupun penentuan sepakan penalti.


PIALA MALAYSIA
Akhir sekali, johan Piala Malaya akan bertemu dengan johan Piala Borneo bagi merebut gelaran juara Piala Malaysia.


*Pasukan Kuala Lumpur boleh juga dikenali sebagai KL-Putrajaya manakala pasukan Sabah sebagai Sabah-Labuan

No comments: