Cuba bayangkan, jika istilah-istilah seperti "profesional" dan "penswastaan" benar-benar difahami takrifannya oleh pihak yang berkaitan. Malah, bukan sahaja hendak memahami definisi, makna, maksud, atau pengertiannya, tetapi juga mahu mempraktikkannya yakni cuba beramal dengan sebaik mungkin. Tidak lagi sekadar mahu bercakap kosong. Tidak ingin lagi mempunyai angan-angan kosong. Pesanan buat diri sendiri jua, berjalan biar seiring dengan apa yang dibicarakan. Kalau tidak, lebih baik diam.
Satu perkataan mungkin mempunyai beberapa tafsiran namun setakat yang boleh difahami, profesional adalah penglibatan dalam sesuatu aktiviti khusus yang mana seseorang itu mengambilnya sebagai kerjaya sepenuh masa yang BERBAYAR. Penswastaan pula merupakan pemindahan sesuatu perniagaan, perusahaan, ataupun perkhidmatan daripada kawalan dan pemilikan awam kepada pihak PERSENDIRIAN. Kalau salah, mohon maaf dan minta tolong perbetulkan.
Kerajaan-kerajaan negeri umpamanya, selama ini telah begitu banyak berjasa. Namun, sudah boleh mula rasanya untuk peruntukan kepada sukan bolasepak dialihkan pula perbelanjaannya kepada kebajikan masyarakat yang lebih memerlukan. Jadi, selain bergantung kepada sokongan para peminat untuk membeli tiket, jersi, mahupun barangan jualan, adalah amat mustahak bagi badan induk bolasepak kebangsaan melalui pihak pengelola liga untuk memastikan agar geran tahunan (pembiayaan), hak penyiaran (perkongsian laba), dan juga imbuhan (insentif pelaburan) diagihkan dengan secukupnya. Berikut adalah model contoh sebagai cadangan.
Liga Malaysia (nilai anggaran RM 288 juta setahun)
- syarikat-syarikat terkenal boleh membida bagi mendapatkan slot penajaan divisyen yang tertinggi dengan memberikan hadiah kemenangan (Pakej Berlian, kalau juara peringkat benua) atau sagu hati mengikut kedudukan terakhir kepada salah satu pasukan dalam liga profesional sekurang-kurangnya untuk tiga musim
- RM 33 juta (Pakej Platinum A)
- RM 31 juta (Pakej Platinum B)
- RM 29 juta (Pakej Platinum C)
- RM 27 juta (Pakej Platinum D)
- RM 25 juta (Pakej Emas A)
- RM 23 juta (Pakej Emas B)
- RM 21 juta (Pakej Emas C)
- RM 19 juta (Pakej Emas D)
- RM 17 juta (Pakej Perak A)
- RM 15 juta (Pakej Perak B)
- RM 13 juta (Pakej Perak C)
- RM 11 juta (Pakej Perak D)
- RM 9 juta (Pakej Gangsa A)
- RM 7 juta (Pakej Gangsa B)
- RM 5 juta (Pakej Gangsa C)
- RM 3 juta (Pakej Gangsa D)
Liga Simpanan Malaysia (nilai jangkaan RM 2.6 juta - RM 5.3 juta setahun)
- syarikat-syarikat penaja berdasarkan keputusan pembidaan turut boleh menambah minimum sejuta ringgit lagi bagi tiga musim sekali gus untuk kegunaan skuad simpanan dan juga skuad pembangunan
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
- RM 166 ribu / 333 ribu
Liga M1 (nilai sederhana RM 10 juta setahun)
- tiada kemudahan kewangan yang diberikan kepada liga semi-pro melainkan ganjaran umum secara tahunan kepada setiap pasukan yang menyertainya
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- RM 500 ribu
- tiap-tiap pasukan dalam liga amatur ini perlu mencari serta menjana kewangan sendiri untuk mendapatkan tiga atau empat tempat teratas supaya berpeluang dinaikkan ke liga semi-pro bagi musim yang berikutnya
Duit bukanlah segala-galanya tetapi hampir segala-galanya memerlukan duit. Kalau bukan duit syiling atau duit kertas, duit digital pula yang dicari.
NOTA: Sudah semestinya rangka kerja skim ekonomi seperti ini memerlukan wang, masa, dan tenaga untuk direalisasikan namun sasaran sebenar boleh diubah ketetapannya mengikut kesesuaian.
No comments:
Post a Comment