Sudah menjadi lumrah, pemain penyerang kerap kali menjadi sandaran paling utama bagi mana-mana pasukan untuk mendapatkan gol dan seterusnya membolehkan memenangi perlawanan demi perlawanan sebelum berupaya menjulang kejuaraan. Biarlah berapa banyak pun percubaan yang tidak tepat atau gagal diterjemahkan kepada gol, seorang penyerang tetap diangkat menjadi wira sekiranya satu gol sahaja mampu memberikan kemenangan walaupun tipis. Berbeza dengan nasib seorang penjaga gol yang menyelamatkan berapa banyak gol daripada dibolosi sekalipun, akan tetap dicemuh kerana satu sahaja yang bolos boleh menyebabkan kekalahan yang mengecewakan. Maka, tidak hairanlah jika jasa para penjaring gol lebih mudah diingati berbanding jasa pemain-pemain yang lebih banyak menumpukan pada bahagian pertahanan. Mungkin, para penjaga gol pada masa hadapan barangkali perlu mencontohi serta mengatasi Rene Higuita, Jose Luis Chilavert dan Rogerio Ceni yang telah menjaringkan beberapa gol supaya lebih dikenang seperti mana penyerang-penyerang handal dalam sejarah.
Di peringkat global, nama-nama seperti Eusebio, Gerd Muller, Gary Lineker, Ronaldo Nazario, Gabriel Batistuta, Ian Wright, Alan Shearer, Christophe Dugarry, Christian Vieri, Juergen Klinsmann, Oliver Bierhoff, Fernando Morientes, Pauleta, Patrick Kluivert, Ruud van Nistelrooy, Fernando Torres, Edinson Cavani, Karim Benzema, Olivier Giroud, Robert Lewandowski, Harry Kane, Kylian Mbappe, dan Erling Haaland antaranya, sudah tidak asing lagi serta sentiasa berlegar di ingatan para peminat. Di arena bolasepak tempatan pula, tidak semua tetapi ramai yang pernah dengar atau ambil tahu nama-nama seperti Dali Omar, Mahat Ambu, Robert Choe, Syed Ahmad Syed Abu Bakar, Ramli Junit, Matlan Marjan, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, Rusdi Suparman, Khalid Jamlus, Saravanan Vellu, Nizaruddin Yusof, Rudie Ramli, Haris Safwan Kamal, Azlan Ismail, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Safee Sali, Bobby Gonzales, Farderin Kadir, Razali Umar Kandasamy, Izzaq Faris Ramlan, dan Ahmad Fakri Saarani. Penyerang-penyerang Malaysia juga berbisa namun peluang yang kian sempit menyukarkan mereka untuk penuhi potensi yang sebenar. Berikut adalah beberapa pemain penyerang yang mampu memberikan saingan kepada pemain bintang negara, Muhammad Safawi Rasid.
#9 Safawi Rasid Lahir 1997, umur 26 tahun 54 kaps, 20 gol kebangsaan |
1. Darren Lok Yee Deng
(32 tahun, 25 kaps, 5 gol kebangsaan)
2. Muhammad Shahrel Fikri Mohd Fauzi
(28 tahun, 20 kaps, 5 gol kebangsaan)
3. Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew
(26 tahun, 0 kaps kebangsaan)
4. Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak
(23 tahun, 0 kaps kebangsaan)
5. Ahmad Danial Ahmad Asri
(23 tahun, 0 kaps kebangsaan)
6. Sean Eugene Selvaraj
(27 tahun, 0 kaps kebangsaan)
7. Sean Gan Giannelli
(26 tahun, 0 kaps kebangsaan)
8. Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak
(36 tahun, 49 kaps, 12 gol kebangsaan)
9. Ahmad Hazwan Bakri
(32 tahun, 30 kaps, 7 gol kebangsaan)
Nama-nama lain:
- Abdul Azim Rahim
- Nurshamil Abd Ghani
- Zafuan Azeman
- Syafiq Shaharudin
- Fergus Tierney
- Gabriel Nistelrooy Tamin
- Muhamad Dainei Mat Disa
- Azhad Harraz Arman
- Muhammad Syahmi Zamri
- Lokman Bah Din
- Thanabalan Nadarajah
- Guilherme de Paula Lucrécio*
- Diego van Oorschot
- Ethan Joseph Wheatly
- Jason van Duiven
- Robin van Duiven
- Ferdy Druijf
- Luke Elliot Plange
Lihat juga:
No comments:
Post a Comment