Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)

Wednesday, July 1, 2015

Rekod yang perlu dikemaskini (Bahagian 2)

Lanjutan daripada Bahagian 1 dan bersambung ke Bahagian 3.

Disebabkan kurangnya kesedaran akan betapa pentingnya pengurusan maklumat, ketokohan lagenda bolasepak negara iaitu Dato' Mokhtar Dahari turut mendapat tempiasnya. Mana tidaknya, rekod 125 gol (ada yang bilang 96 gol dan ada pula yang hitung cuma 85 gol) yang dijaringkan beliau dalam 167 (atau mungkin 138) penampilan bersama skuad kebangsaan tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa. Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini telah memutuskan bahawa nama besar bolasepak negara yakni "SuperMokh" hanya menjaringkan 5 gol dalam 20 penampilan antarabangsa sahaja. Katakanlah 125 gol tersebut tidak dapat dibuktikan sebagai gol yang telah dijaringkan oleh beliau dalam perlawanan-perlawanan antarabangsa yang bertaraf 'A', namun ianya masih belum pula membuktikan bahawa 125 gol tersebut sebenarnya tidak pernah berlaku. Jadi, bagaimana untuk benar-benar memastikan bahawa rekod yang diiktiraf diterima pakai oleh orang ramai samada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah, membuktikannya dengan maklumat yang betul. Maklumat yang betul hanya boleh dibentangkan sekiranya maklumat tersebut dikumpul dan disusun dengan rapi. Maklumat yang dikumpul dan disusun dengan rapi itulah yang dipanggil sebagai pengurusan maklumat.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke
atas Allahyarham Mokhtar Dahari.

Biar pun buat masa ini tiada siapa yang dapat mengeluarkan segala maklumat yang diperlukan dengan segera, tetapi pengurusan maklumat sebetulnya sudah pun boleh dimulakan sekarang dengan mengambil dahulu apa-apa sahaja maklumat yang ada. Bermula dari situ, sedikit demi sedikit maklumat dikumpulkan. Kemudian, setelah banyak maklumat telah dikumpulkan maka bermulalah pula proses penyusunan. Semua maklumat yang diterima hendaklah ditapis terlebih dahulu supaya maklumat yang boleh dikongsi nanti adalah benar dan tepat. Walaupun pada awalnya nampak agak susah untuk dilaksanakan, tapi dengan berbekalkan doa, usaha, ikhtiar, dan tawakkal, tugas berat yang telah bertangguh sejak sekian lama ini akan dapat diselesaikan juga apabila tiba masanya. InshaaAllah, moga-moga ia turut dikira sebagai amal kebaikan.

Menurut rekod rasmi yang ada pada FIFA, hanya ada lima perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA yang melibatkan nama Mohamed Mokhtar Dahari. Perlawanan-perlawanan tersebut adalah:
  • Kalah 3-0 menentang rejim Zionis (Israel) pada 19 Mei 1973 di Seoul, Korea Selatan bagi edisi 1974
  • Kalah 2-1 menentang Korea Selatan pada 21 April 1981 di Bandar Kuwait, Kuwait bagi edisi 1982
  • Kalah 4-0 menentang Kuwait pada 25 April 1981 di Bandar Kuwait, Kuwait bagi edisi 1982
  • Seri 2-2 menentang Thailand pada 27 April 1981 di Bandar Kuwait, Kuwait bagi edisi 1982
  • Kalah 2-0 menentang Korea Selatan pada 19 Mei 1985 di Seoul, Korea Selatan bagi edisi 1986

Sayang sekali apabila tidak dinyatakan pula berapa atau jumlah gol yang dijaringkan oleh Mokhtar Dahari dalam arkib yang disimpan dalam laman sesawang FIFA. Selain itu, pada tarikh yang bersejarah iaitu 30 Mei 1978, nama Mokhtar Dahari juga termaktub sebagai pemain yang telah menjaringkan gol penyamaan Malaysia semasa melawan England. Kehebatan Mokhtar Dahari memang tidak boleh disangkal terutama sekali apabila turut mendapat pujian pengurus England ketika itu iaitu Bobby Robson yang cukup ternama dalam sejarah bolasepak dunia. Walaupun perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur tersebut hanya berhadapan dengan pasukan England 'B', keputusan seri 1-1 yang diperoleh akan tetap dikenang sampai bila-bila.

Maklumat mengenai Mokhtar Dahari dalam laman web FIFA.

Namun begitu, ternyatalah bagi semua pihak bahawa rekod menunjukkan Mokhtar Dahari mempunyai sekurang-kurangnya 5 kaps atau penampilan bersama skuad kebangsaan Malaysia. Maka, tugas penting yang perlu dilakukan oleh sesiapa yang berkesempatan adalah mencari sebahagian lagi kaps dan gol lain bagi membuktikan rekod sebenar Mokhtar Dahari. Ini baru mengenai rekod Mokhtar Dahari, bagaimana pula dengan rekod pemain-pemain ternama yang lain seperti R. Arumugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Isa Bakar, Abdul Ghani Minhat, mahupun Dollah Don? Terpulanglah samada pihak yang bertanggungjawab mahu mengambil perkara ini sebagai suatu perkara yang serius ataupun tidak. Jika tidak, tugas tersebut nampaknya akan berpindah. Beralih dan terletak ke atas bahu-bahu penyokong dan peminat tegar bolasepak Malaysia.

Di sini, duniabolasepak.blogspot.com ingin mengambil kesempatan untuk membentangkan beberapa rekod di sepanjang sejarah bolasepak tanahair. Untuk makluman, walaupun terdapat beberapa rekod yang tidak muktamad, ia tetap merupakan catatan sejarah yang penting. Ia boleh sahaja dikemaskini pada bila-bila masa sekiranya terdapat maklumat baru yang terkini.


Berikut adalah para pemenang anugerah Kasut Emas liga utama Malaysia (penjaring terbanyak Liga-M) semenjak zaman semi-pro sehingga kini:
1989 Zainal Abidin Hassan (Selangor/Malaysia): 12 gol
1990 Alistair Edwards (Singapura/Australia): 13 gol
1991 Abbas Saad (Johor/Australia): 11 gol
1992 Zainal Abidin Hassan (Pahang/Malaysia): 12 gol
1993 Mohd Hashim Mustapha (Kelantan/Malaysia): 13 gol
1994 Mohd Hashim Mustapha (Kelantan/Malaysia): 25 gol
1995 Scott Ollerenshaw (Sabah/Australia): 22 gol
1996 Scott Ollerenshaw (Sabah/Australia): 18 gol
1997 Laszlo Repasi (Perak/Hungary): 19 gol
1998 Vyacheslav Melnikov (Pahang/Rusia): 17 gol
1999 Azman Adnan (Pulau Pinang/Malaysia): 13 gol
2000 Azizul Kamaluddin (Pahang/Malaysia): 12 gol
2001 Norizam Ali Hassan (Perak/Malaysia): 13 gol
2002 Muhamad Khalid Jamlus (Perak/Malaysia): 17 gol
2003 Phillimon Chepita (Perlis/Zambia): 23 gol
2004 Indra Putra Mahayuddin (Pahang/Malaysia): 15 gol
2005 Julio Cesar Rodriguez (Sabah/Brazil): 18 gol
     Zacharia Simukonda (Perlis/Zambia): 18 gol
2005-2006 Keita Mandjou (Perak/Guinea): 17 gol
2006-2007 Keita Mandjou (Perak/Guinea): 21 gol
          Mohd Shahrazen Said (DPMM FC/Brunei): 21 gol
2007-2008 Marlon Alex James (Kedah/Saint Vincent and the Grenadines): 23/21 gol
2009 Mohd Nizaruddin Yusof (Perlis/Malaysia): 18 gol
2010 Ashari Samsudin (Terengganu/Malaysia): 18 gol
2011 Abdul Hadi Yahya (Terengganu/Malaysia): 20 gol
2012 Jean-Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan/Cameroon): 15 gol
     Francis Forkey Doe (Terengganu/Liberia): 15 gol
2013 Marlon Alex James (ATM/Saint Vincent and the Grenadines): 16 gol
2014 Paulo Rangel (Selangor/Brazil): 16 gol
2015 Dramane Traore (PDRM/Mali): 20 gol
2016 Jorge Pereyra Díaz (JDT FC/Argentina): 18 gol
2017 Mohammed Ghaddar (Kelantan&JDT FC/Lubnan): 23 gol
2018 Rufino Segovia (Selangor/Sepanyol): 19 gol
2019 Kpah Sherman (PKNS FC/Liberia): 14 gol
2020 Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi (Selangor/Nigeria): 12 gol
2021 Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi (Selangor FC/Nigeria): 26 gol
2022 Bérgson Gustavo Silveira da Silva (JDT FC/Brazil): 29 gol
2023 Ayron del Valle Rodríguez (Selangor FC/Colombia): 23 gol
2024 ?


Pemenang-pemenang anugerah Kasut Emas liga divisyen kedua Malaysia pula adalah:
1989 Praduphan Jarunya (Perlis/Thailand): 13 gol
1990 Mohd Hashim Mustapha (Kelantan/Malaysia): 13 gol
     Boonphop Praphut (Kelantan/Thailand): 13 gol
1991 Marshall Soper (Pulau Pinang/Australia): 11 gol
1992 Dariusz Dudala (Kelantan/Poland): 9 gol
1993 Alistair Edwards (Singapura/Australia): 18 gol
1994    tiada
1995    tiada
1996    tiada
1997    tiada
1998 Seidu Issifu (Terengganu/Ghana): 8 gol
1999 Rusdi Suparman (Selangor/Malaysia): 15 gol
2000 Anuar Abu Bakar (Kelantan/Malaysia): 12 gol
2001 Suharmin Yusuf (Sabah/Malaysia): 12 gol
     Shahrin Majid (Sabah/Malaysia): 12 gol
2002 Isaac Kuffour (Telekom Melaka FC/Ghana): 22 gol
2003 Juan Manuel Arostegui (Selangor MPPJ FC/Argentina): 33 gol
2004 Brian Diego Fuentes (Selangor/Argentina): 25 gol
2005 Marlon Alex James (MK Land FC/Saint Vincent and the Grenadines): 23 gol
2005-2006 Gustavo Fuentes (Melaka/Argentina): 18 gol
2006-2007 Marin Mikac (UPB-MyTeam FC/Croatia): 13 gol
2007-2008 Mouhamadou Moustapha (Kelantan/Senegal): 27 gol
2009 Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (T-Team FC/Malaysia): 24 gol
2010 Mohammad Zamri Hassan (PKNS FC/Malaysia): 20 gol
2011 Mohd Fitri Omar (Majlis Perbandaran Muar FC/Malaysia): 19 gol
2012 Khairul Izuan Abdullah (PDRM/Malaysia): 14 gol
     Marlon Alex James (ATM/Saint Vincent and the Grenadines): 14 gol
2013 Karlo Primorac (Sime Darby FC/Croatia): 24 gol
2014 Edward Junior Wilson (Felda United FC/Liberia): 19 gol
2015 Francis Forkey Doe (Negeri Sembilan/Liberia): 17 gol
2016 Ilija Spasojević (Melaka United/Montenegro): 24 gol
2017 Guilherme de Paula (Kuala Lumpur/Brazil): 27 gol
2018 Casagrande (Felcra FC/Brazil): 19 gol
2019 Žarko Korać (UiTM FC/Montenegro): 13 gol
2020 Casagrande (Pulau Pinang/Brazil): 9 gol
2021 Jordan Owusu Mintah (TFC II/Ghana): 16 gol
     Fernando Rodríguez Ortega (JDT II/Spain): 16 gol
2022 Abu Razard Kamara (Kuching City FC/Liberia): 11 gol
2023    tiada
2024 ?


Ini pula rekod penjaring terbanyak Piala Malaysia yang berjaya dikumpul setakat ini:
1950 Awang Bakar (Singapura/Malaya): 13 gol
1955 Awang Bakar (Singapura/Malaya): 7 gol
1959 Ng Boon Bee (Perak/Malaya): 10 gol
1963 Abdul Ghani Minhat (Selangor/Malaysia): 34 gol
1972 Mokhtar Dahari (Selangor/Malaysia): 9 gol
1974 Mokhtar Dahari (Selangor/Malaysia): 19 gol
1984 Yunus Alif (Pahang/Malaysia): 14 gol
     Zainal Abiding Hassan (Pahang/Malaysia): 14 gol
1986 Zainal Abidin Hassan (Selangor/Malaysia): 20 gol
1987 Kuniuraman Kannan (Kuala Lumpur/Singapura): 15 gol
1988 Fandi Ahmad (Kuala Lumpur/Singapura): 21 gol
1994 Jan Janošťák (Kedah/Czechia): 8 gol
2009 Indra Putra Mahayuddin (Kelantan/Malaysia): 10 gol
     Zaquan Adha Abdul Radzak (Negeri Sembilan/Malaysia): 10 gol
2011 Hairuddin Omar (Negeri Sembilan/Malaysia): 8 gol
2012 Marlon Alex James (ATM/Saint Vincent and the Grenadines): 12 gol
2013 Marlon Alex James (ATM/Saint Vincent and the Grenadines): 9 gol
     Matías Ruben Conti (Pahang/Argentina): 9 gol
2014 Dickson Nwakaeme Kabu (Pahang/Nigeria): 8 gol
2015 Thiago Augusto Fernandes (Felda United FC/Brazil): 8 gol
     Sandro da Silva Mendonça (Kedah/Brazil): 8 gol
2016 Guilherme de Paula Lucrécio (PDRM/Brazil): 7 gol
2017 Sandro da Silva Mendonça (Kedah/Brazil): 9 gol
2018 Brice Hermann Tchétché Kipré (Terengganu FC/Côte d'Ivoire): 9 gol
2019 Safawi Rasid (JDT FC/Malaysia): 11 gol
2020 Leandro dos Santos Oliveira (Perak/Brazil): 3 gol
2021 Romel Oswaldo Morales Ramírez (KL City FC/Colombia): 10 gol
2022 Kpah Sean Sherman (Terengganu FC/Liberia): 7 gol
     Bérgson Gustavo Silveira da Silva (JDT FC/Brazil): 7 gol
2023 Bérgson Gustavo Silveira da Silva (JDT FC/Brazil): 11 gol
2024 ?


Mulai 2019, ePiala Malaysia turut diadakan bagi meraikan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0):
2019 Terengganu FC (Luqmanhzq)           2-0  Melaka United SA (Bale)
2020 Felda United FC (Roshandshane)      3-0  Kedah FA (Imrandeen)
2021 N.Sembilan FC (Luqmanhzq&Akmaljhd)  2-0  Kelantan FC (Chamack)
2022 JDT|GBX (Chamack,Akmaljhd&Halowake) 4-3  Terengganu FC (Hakimm,Favlain&Sijali)


Tidak ketinggalan adalah rekod yang berkenaan dengan pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia. Berikut dipetik beberapa pemain yang paling banyak mencatatkan jumlah penampilan bersama skuad kebangsaan:
1.  Soh Chin Aun, pertahanan tengah, 252 kaps (tidak rasmi 219/195/114 kaps)
2.  Abdul Shukor Salleh, pemain tengah, 215 kaps (tidak rasmi 172 kaps)
3.  Arumugam Rengasamy, penjaga gawang, 196 kaps (tidak rasmi 142 kaps)
4.  Viatilingam Murgeson, pertahanan kiri, 196 kaps
5.  Mokhtar Dahari, penyerang, 167 kaps (tidak rasmi 142 kaps)
6.  Chandran Muthuveeran, pertahanan tengah, 163 kaps (tidak rasmi 122 kaps)
7.  Zainal Abidin Hassan Ali, pertahanan tengah, 138 kaps (tidak rasmi 129/122 kaps)
8.  Namat Abdullah, pertahanan tengah, 115 kaps (tidak rasmi 95 kaps)
9.  Thanabalan Nadarajah, penyerang, 107 kaps (tidak rasmi 46 kaps)
10. Hairuddin Omar, pemain tengah, 105 kaps (tidak rasmi 47 kaps)
11. Santokh Singh, pertahanan tengah, 104 kaps (tidak rasmi 119 kaps)
12. Aidil Zafuan Abdul Radzak, pertahanan tengah, 98 kaps
13. Dollah Salleh, penyerang, 97 kaps (tidak rasmi 81 kaps)
14. Ahmad Yusof, pemain tengah, 95 kaps (tidak rasmi 92 kaps)
15. Jamal Nasir Abdul Ismail, pertahanan kanan, 88 kaps
16. Wong Choon Wah, pemain tengah, 88 kaps
17. Zaquan Adha Abdul Radzak, penyerang, 88 kaps
18. Nasir Yusoff, pemain tengah, 86 kaps
19. Norhafiz Zamani Misbah, pertahanan tengah, 84 kaps
20. Safiq Rahim, pemain tengah, 81 kaps
21. Norshahrul Idlan Talaha, penyerang, 81 kaps
22. Ali Bakar, pemain tengah, 80 kaps (tidak rasmi 45 kaps)
23. Safee Sali, penyerang, 76 kaps
24. Shaharuddin Abdullah, penyerang, 70 kaps
25. Abdul Ghani Minhat, penyerang, 69 kaps
26. Baddrol Bakhtiar, pemain sayap, 62 kaps
27. Isa Bakar, penyerang, 61 kaps (tidak rasmi 69 kaps)
28. Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gawang, 61 kaps
29. Indra Putra Mahayuddin, pemain sayap, 56 kaps
30. Farizal Marlias, penjaga gawang, 54 kaps
31. Shahrul Saad, pertahanan tengah, 48 kaps
32. Safawi Rasid, pemain sayap, 45 kaps
33. James Wong Chye Fook, penyerang, 36 kaps
34. Rusdi Suparman, penyerang, 35 kaps
35. Khairulazhan Khalid, penjaga gawang, 15 kaps
36. Dion-Johan Chai Cools, pertahanan kanan, 14 kaps


Pemain-pemain seperti yang berikut pula merupakan antara yang paling banyak menjaringkan gol bersama skuad kebangsaan:
1.  Mokhtar Dahari, penyerang, 125 gol (tidak rasmi 89 gol)
2.  Abdul Ghani Minhat, penyerang, 106 gol (tidak rasmi 61 gol)
3.  Zainal Abidin Hassan Ali, penyerang, 78 gol (tidak rasmi 55/50 gol)
4.  Azman Adnan, penyerang, 49 gol (tidak rasmi 15 gol)
5.  Dollah Salleh, penyerang, 48 gol (tidak rasmi 33/32 gol)
6.  Isa Bakar, penyerang, 43 gol (tidak rasmi 45 gol)
7.  Shaharuddin Abdullah, penyerang, 39 gol
8.  Muhamad Khalid Jamlus, penyerang, 39 gol (tidak rasmi 8 gol)
9.  Hairuddin Omar, penyerang, 30 gol
10. Ali Bakar, pemain tengah, 27 gol
11. James Wong Chye Fook, penyerang, 23 gol
12. Safee Sali, penyerang, 23 gol
13. Robert Choe Kim Chwee, penyerang, 22 gol
14. Hashim Mustapha, penyerang, 20 gol
15. Wong Choon Wah, pemain tengah, 19 gol (tidak rasmi 20 gol)
16. Thanabalan Nadarajah, penyerang, 19 gol (tidak rasmi 20 gol)
17. Saravanan Vellu, penyerang, 19 gol
18. Rusdi Suparman, penyerang, 18 gol
19. Safawi Rasid, penyerang, 18 gol
20. Indra Putra Mahayuddin, pemain sayap, 17 gol
21. Safiq Rahim, pemain tengah, 16 gol
22. Hassan Sani, penyerang, 16 gol
23. Mohd Amri Yahyah, penyerang, 15 gol
24. Norshahrul Idlan Talaha, penyerang, 14 gol
25. Soh Chin Ann, pertahanan tengah, 13 gol
26. Zaquan Adha Abdul Radzak, penyerang, 12 gol
27. Syafiq Ahmad, penyerang, 10 gol
28. Akhyar Abdul Rashid, pemain sayap, 8 gol
29. Santokh Singh, pertahanan tengah, 7 gol
30. Namat Abdullah, pertahanan tengah, 7 gol
31. Ahmad Yusof, pemain tengah, 6 gol
32. Baddrol Bakhtiar, pemain sayap, 6 gol
33. Shukor Salleh, pemain tengah, 5 gol
34. Shahrul Saad, pertahanan tengah, 5 gol
35. Aidil Zafuan Abdul Radzak, pertahanan tengah, 3 gol
36. Chandran Muthuveeran, pertahanan tengah, 2 gol


Selain itu, terdapat juga beberapa rekod khas yang telah dicatat dalam sejarah perjalanan bolasepak tanahair:
Pemain tertua yang pernah bermain dalam Liga Malaysia:
- Rames Lai Ban Huat (43 tahun, 2023)
- Murugan Veerappan (42 tahun, 2007)
- Mohd Amri Yahyah (42 tahun, 2023)
- Indra Putra Mahayuddin (42 tahun, 2023)

Pemain yang mendapat pengiktirafan di peringkat dunia:
- Mohd Faiz Subri (Anugerah Puskás FIFA 2016)

Pemain-pemain naturalisasi yang telah mewakili skuad kebangsaan:
- Mohamadou Sumareh (asal The Gambia, 12 Oktober 2018)
- Liridon Krasniqi (asal Kosovo, 28 Mei 2021)
- Guilherme de Paula Lucrécio (asal Brazil, 3 Jun 2021)
- Lee Andrew Tuck (asal England, 9 Disember 2022)
- Sergio Fabian Ezequiel Agüero (asal Argentina, 9 Disember 2022)
- Paulo Josué Stürmer dos Reis (asal Brazil, 23 Mac 2023)
- Endrick dos Santos Parafita (asal Brazil, 23 Mac 2023)
- Romel Oswaldo Morales Ramírez (asal Colombia, 16 Januari 2024)

Pemain pertama yang meledak 100 gol dalam Liga Super:
- Indra Putra Mahayuddin (27 April 2019)
Penjaring paling tua yang meledakkan hatrik (3 gol) dalam Liga Super:
- Mohd Amri Yahyah (41 tahun 3 bulan 3 hari, 24 April 2022)
Pemain paling tua yang menjaringkan gol dalam Liga Super:
- Indra Putra Mahayuddin (42 tahun 3 bulan 14 hari, 16 Disember 2023)
- Mohd Amri Yahyah (41 tahun 6 bulan 10 hari, 31 Julai 2022)
- Muhammad Shukor Adan (41 tahun 7 bulan 14 hari, 8 Mei 2021)
- Mohd Amri Yahyah (40 tahun 3 bulan 2 hari, 23 April 2021)

Pemain tertua yang pernah bermain dalam Piala Malaysia:
- Ramesh Lai Ban Huat (43 tahun, 4 bulan 11 hari, 19 Ogos 2023)
- Mohd Amri Yahyah (42 tahun, 6 bulan 29 hari, 19 Ogos 2023)
- Muhammad Shukor Adan (42 tahun 2 bulan 6 hari, 30 November 2021)

Pemain paling tua yang menjaringkan gol dalam Piala Malaysia:
- Ramesh Lai Ban Huat (43 tahun, 4 bulan 11 hari, 19 Ogos 2023)
 
 


Rujukan:

FIFA

11v11

Wikipedia


Sekian sahaja buat kali ini, selamat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan al-Mubarak tahun 1436 Hijriah.

No comments: