Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)

Thursday, December 17, 2020

Liga-M musim 2021

Liga Malaysia musim 2021 bakal menyaksikan satu sejarah baru apabila buat pertama kalinya, tiada langsung penyertaan mana-mana pasukan yang datang terus daripada persatuan bolasepak negeri (FA). Ini bermakna setiap pasukan yang sebelum ini mewakili negeri masing-masing untuk ke liga kebangsaan akan diganti oleh sebuah entiti yang berlainan. Situasi yang amat berbeza ini berlaku berikutan proses pemisahan FA kepada kelab bolasepak (FC) yang selesai dikuatkuasakan pada tahun yang diingati sebagai tahun plandemik COVID-19 melanda dunia.


Boleh jadi pengasingan secara drastik ini akhirnya terjadi susulan kekaguman banyak pihak terhadap kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh sebuah pasukan kelab revolusioner iaitu Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) yang memulakan langkah penswastaan sepenuhnya sejak tahun 2013 dengan begitu berkesan sekali. Pasukan yang terawal mengikut jejak langkah JDT dalam melakukan pembaharuan adalah Terengganu FC (TFC) yakni pada tahun 2018, manakala kebanyakan yang lain mulai membuat perubahan hanya pada 2019 ataupun 2020.

Selain mata terarah kepada kejuaraan liga, fokus pasukan-pasukan dalam Liga Bolasepak Malaysia (LBM) kini juga tertumpu kepada persiapan bagi merebut tempat ke persaingan peringkat benua, samada Piala AFC mahupun Liga Juara-juara AFC. Walau bagaimanapun, kejohanan Piala Malaysia sebagai pertandingan bolasepak tanahair yang paling berprestij tidak seharusnya dilupakan, lebih-lebih lagi tahun 2021 merupakan ulangtahunnya yang ke-100. Sebagaimana kehidupan seharian terpaksa disesuaikan dengan kelaziman baru (new normal), begitu jugalah hal keadaannya bagi semua pasukan kelab yang bertanding pasca-Wawasan 2020. Semoga berjaya bolasepak Malaysia!


Tempoh pendaftaran pertama LBM:
21 November 2020 - 14 Februari 2021 (dilanjutkan hingga 5 Mac)

Tempoh pendaftaran kedua LBM:
12 Julai 2021 - 8 Ogos 2021


Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2021
• JDT FC lwn. Kedah Darul Aman FC, 26 Februari (ditunda ke 5 Mac), Stadium Sultan Ibrahim Larkin (Iskandar Puteri, Johor)


Liga Super 2021
27 Februari/6 Mac - 20 Ogos/12 September

  1. JDT FC
  2. Kedah Darul Aman FC
  3. Terengganu FC
  4. Perak FC
  5. Selangor FC
  6. UiTM FC
  7. PJ City FC
  8. Sri Pahang FC
  9. Melaka United FC
  10. Sabah FC
  11. Penang FC
  12. KL United FC (Kuala Lumpur City FC)


Liga Premier 2021
28 Februari/6 Mac - 21 Ogos/21 September
  1. Felda United FC Skuad Projek FAM-MSN
  2. PDRM FC
  3. Terengganu II
  4. Kuching City FC
  5. Johor Darul Ta'zim II
  6. TRW Kelantan FC
  7. Selangor 2 (Selangor II)
  8. Kelantan United FC
  9. UKM FC 
  10. Sarawak United FC
  11. Negeri Sembilan FC
  12. Perak II


Liga M3 2021
Mac/4 Jun/ditangguhkan (dibatalkan)
  1. Sarawak United B (Sarawak United II)
  2. Perlis Northern Lions FC Perlis United FC
  3. Armed Forces FC
  4. Manjung City FC
  5. Ultimate FC
  6. Protap FC
  7. Kuala Terengganu Rovers FC
  8. Melawati FC
  9. Melaka United FC Melaka City FC
  10. Harini Kuala Selangor FC
  11. Imigresen FC
  12. Langkawi City FC
  13. KSR SAINS FC
  14. IKRAM Muda FC
  15. Thai Selangor FC
  16. Semarak FC
  17. Persada Integriti Bersatu FC
  18. Klasiko FC
  19. KL Rovers FC
  20. Northern Lions FC
  21. Rakyat United FC*
  22. Kinabalu Jaguar FC*
  23. MNY FC*
  24. Kuala Kangsar FC*


Liga M4 2021
• tiada tarikh (dibatalkan)
  1. SSFC FT
  2. SA United FC
  3. ISMA FC
  4. STAROBA FC
  5. Kuala Perlis FC
  6. Red Spade FC
  7. Kuatagh FC
  8. Kerteh FC
  9. Gamestop FC
  10. Delima Warriors FC
  11. Nossa Bukit Jelutong FC
  12. Pandan United FC
  13. Kickers FC
  14. Tun Razak City FC
  15. Southern FC
  16. Nor Farhan FC
  17. Spirito FC
  18. Andersonian FC
  19. Real Chukai FC
  20. Markless ST



Piala FA 2021
2&3 Mac - 11 September (dibatalkan)


Piala Cabaran 2021
3&4 September - 13/14 November (dibatalkan)


TM Piala Malaysia 2021
• 17&18 September/25&26 September/26&27 September - 27 November/30 November


Piala Presiden 2021
• Jun/ditangguhkan (dibatalkan)


Piala Belia 2021
• Jun/ditangguhkan (dibatalkan)


Liga Futsal Perdana Malaysia 2021
• Jun/ditangguhkan (dibatalkan)


Piala Tun Sharifah Rodziah 2021
• 15 Mei/ditangguhkan (dibatalkan)


No comments: