Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)

Friday, February 12, 2016

Media Prima diberi hak penyiaran Liga-M

Media Prima awarded broadcasting rights for M-League until 2018

KUALA LUMPUR, Feb 11 — Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) today said Media Prima has been awarded the broadcasting rights for the M-League until 2018.

FMLLP in a statement said Media Prima would start coverage of the M-League on Feb 13 by airing two live matches starting 9pm, namely the Charity Shield between Super League champion Johor Darul Ta’zim (JDT) and Malaysia Cup winners Selangor on TV3 and the Super League match between Perak and Kelantan on TV9.

According to the statement, fans can watch up to three live matches a week on free TV and simulcast online, Tonton.

Media Prima, which operates TV3, ntv7, 8TV and TV9, are expected to beam two ‘live’ Super League matches every week and also broadcast delayed telecasts of selected Premier League matches and the deal also includes FA Cup matches and Malaysia Cup matches.

The Football Association of Malaysia (FAM) had earlier secured a lucrative 15-year deal worth RM1.26 billion, in a joint partnership with MP & Silva — a well-known international media rights company.

The FAM and MP & Silva later set up a company — Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) — to manage the M-League.

Meanwhile, FAM secretary-general Datuk Hamidin Mohd Amin thanked Media Prima for their support and contribution to local football.

Its chief executive officer for Media Prima Berhad Datuk Kamal Khalid said the organisation was always excited to provide quality coverage of local football.

MP & Silva had pledged to FAM a guaranteed annual sponsorship of RM70 million from 2016 to 2021, followed by RM85 million (2022-2024), RM92 million (2025-2027) and RM103 million (2028-2031), the sums are guaranteed investment for each season.

From the guaranteed amount of RM70 million for this year, 40 per cent will go to FAM, the principle owners of local football rights, 40 per cent to teams (encompassing guaranteed and merit allocations), 15 per cent to M-League operations and five per cent to development. — Bernama

- See more at: www.themalaymailonline.com



Wednesday, February 10, 2016

Bola itu bulat


Bola itu bulat (atau lebih tepat lagi bola itu berbentuk sfera). Dalam permainan bolasepak, apa sahaja keputusan boleh berlaku. Yang menang, akan terus menang. Yang kalah, akan terus kalah. Yang menang juga boleh kalah dan yang kalah juga boleh menang. Hampir tiada apa yang mustahil untuk mana-mana pasukan untuk mengecapi kemenangan ataupun kejayaan yang diidam-idamkan sekiranya benar-benar mahu berusaha ke arahnya. Keyakinan yang jitu sudah tentu akan banyak membantu untuk terus maju.

Walau sebesar mana atau sekecil mana pun kemungkinan yang ada, tiada siapa di dunia ini yang boleh menjangka mahupun menjamin 100% apakah kesudahan yang bakal berlaku di penghujung setiap permainan. Hatta, bagi sekalian bookie (penjudi atau penjaja pertaruhan) yang paling penipu sekalipun, keputusan perlawanan yang telah diatur itu juga masih tidak diketahui bagaimana sebenarnya peristiwa-peristiwa yang akan terjadi ketika berlangsungnya sesuatu perlawanan.

Mengimbau sejarah lampau

Permainan bolasepak atau yang seakan-akan dengannya sudah wujud sejak berkurun-kurun yang lalu, sejak tahun sebelum masihi lagi. Di Malaysia, sama seperti kebanyakan negara lain, orang-orang Inggerislah yang mula memperkenalkan bolasepak sehingga boleh menjadikannya sukan yang amat popular pada masakini. Permainan yang dimainkan secara berpasukan ini begitu popular sehingga malah boleh mengatasi minat anak-anak watan terhadap satu permainan tradisional dari zaman silam yang turut menggunakan sebiji bola yakni sepak raga (kini, sepak takraw). Entah bagaimana, bolasepak juga ada dikaitkan dengan 'Tragedi Karbala' (berlaku pada tahun 61 hijriah/680 masihi) yang sungguh menyayat hati dan tidak perlu diceritakan dengan lebih lanjut di sini. Seandainya bolasepak memang betul-betul merosakkan kepercayaan apabila dianggap meniru (menyerupai) orang-orang jahil, menggalakkan pendedahan aurat, membiasakan pergaulan bebas antara bukan mahram, dan hanya membuang masa, maka nasihat yang terbaik buat diri dan orang lain adalah: "Tinggalkanlah bolasepak". Tidak rugi apa pun rasanya kalau merasakan bolasepak tidak lagi seronok atau tidak berfaedah.

Beribu-ribu penyokong kelab Liverpool membuat protes
apabila harga tiket mahu dinaikkan kepada £77.
(gambar: thisisanfield.com)

Walau bagaimanapun, sekiranya pendekatan bersederhana boleh digunapakai, bolasepak boleh jadi ada juga kebaikannya jikalau keburukan-keburukannya boleh ditapis serta dibuang keluar. Selain para pemain (dan para pegawai) bolasepak profesional boleh mengisi periuk nasi untuk memberi nafkah kepada keluarga mereka, manusia sejagat juga mungkin boleh mempelajari tentang sesuatu, salah satunya semangat kesukanan. Sekadar mengambil contoh yang berlaku pada penghujung tahun 1990an, Ronaldo Luis Nazario de Lima atau "Ronaldo" dari Brazil (bukan Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro dari Portugal) disebut-sebut sebagai pengganti yang paling hampir dengan pemain lagenda Edson Arantes do Nascimento a.k.a. Pele. Selepas memenangi pingat johan dengan berada di bangku simpanan skuad kebangsaan Brazil dalam Piala Dunia 1994 yang berlangsung di Amerika Syarikat, Ronaldo dilihat benar-benar mampu merealisasikan jangkaan orang ramai apabila beliau sendiri menjadi penyerang kesebelasan utama yang membawa pasukan Brazil mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 1998 di Perancis.

Namun apakan daya, takdir telah ditetapkan bahawa bukan Ronaldo yang muncul wira negaranya tetapi tanpa disangka-sangka Zinedine Zidane yang bingkas bangkit menghulurkan kejuaraan sulung buat negaranya tuan rumah Perancis. Ronaldo tidaklah gagal sepenuhnya apabila kemudiannya dapat juga menebus kehampaan. Di Piala Dunia 2002, Brazil dinobatkan sebagai juara dunia buat kali kelima dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan akhir menentang pasukan Jerman yang diketuai oleh penjaga gol hebat, Oliver Kahn. Atas semangat kesukanan yang tinggi, Ronaldo menjaringkan kedua-dua gol tersebut walaupun sebelum bermulanya pertandingan beliau masih diselubungi kecederaan lutut yang agak serius. Bersara sepenuhnya pada tahun 2011, Ronaldo tidaklah seperti Pele tetapi beliau berjaya juga mencipta nama untuk dirinya sendiri.

Ronaldo dan Zidane: Seteru di peringkat antarabangsa tetapi
pernah menjadi rakan sepasukan di Real Madrid.
(gambar: hsv.de)

Melihat realiti semasa

Merujuk kepada graf kedudukan pasukan Malaysia berbanding negara-negara lain semenjak tahun 1993, pergerakan graf secara keseluruhannya dilihat semakin merosot walaupun ada naik turunnya. Menjelang tahun baru 2016, kedudukan Malaysia terus merudum seolah-olah meleset sama sekali apa jua pengharapan yang pernah diletakkan sebelum ini. Maka, hampir sahaja tiada siapa lagi yang mahu meletakkan harapan terhadap kemampuan Malaysia walaupun sekelumit. Mana tidaknya, sasaran yang mudah pun gagal dicapai dan trofi kejohanan pula sering sahaja hilang daripada pandangan. Kedudukan yang rendah menyebabkan tidak banyak pasukan yang mahu mengadakan perlawanan persahabatan bertaraf 'A' dan tanpanya lebih sukar bagi Malaysia untuk memperbaiki kedudukan. Dengan situasi sebegini rupa, apa kata pihak pengurusan bolasepak Malaysia menumpukan sahaja kepada setiap pertandingan utama yang disertai. Bukankah lebih baik memenangi sekali lagi Piala AFF daripada kedudukan yang sedikit meninggi? Lebih baik daripada itu, melayakkan diri ke Sukan Asia, Sukan Olimpik, dan/atau Piala Asia.

Dari tangga ke-75, ranking Malaysia menjunam sampai ke-171.
(sumber: fifa.com)

Katakanlah Malaysia tidak akan pernah menang Piala Dunia dalam masa terdekat ini mahupun beribu tahun lagi. Jadi, apa masalahnya? Peduli apa kalau Malaysia tidak tersenarai sebagai negara-negara yang pernah menjadi juara dunia seperti Brazil, Argentina, Uruguay, England, Perancis, Itali, Jerman, dan Sepanyol. Bukannya boleh makan pun Piala Dunia itu. Hendak hapuskan kebuluran di seluruh dunia dengan Piala Dunia? Memang tidaklah. Kalau betullah Piala Dunia boleh menghapuskan kebuluran atau mencukupkan apa-apa keperluan segera yang mendesak, sudah pastilah banyak masalah sudah pun diselesaikan sejak tahun 1930 lagi. Sayangnya tidak begitu, sejak Piala Dunia diadakan buat kali pertama pada tahun 1930 sehinggalah memasuki alaf baru abad ke-21, kejuaraan dalam salah satu acara sukan yang terbesar di dunia ini tidak memberi apa-apa makna yang ketara melainkan memori suka duka sahaja.

Meninjau masa hadapan

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Mengapa harus tunggu serta berharap pada perkara-perkara kebetulan? Pilihan berada di tangan setiap individu. Dalam keadaan yang kurang memberangsangkan sekalipun, setiap daripada kita masih lagi mempunyai pilihan untuk tidak menyerah kalah. Beralah tidak bermakna kalah. Setelah jatuh, kita bangun. Kalau terjatuh, kita bangun lagi. Bersyukur, jangan kufur kerana hari-hari di atas tanah tidak sama ketika berada di bawah tanah nanti. Berhati-hatilah, jangan sampai hanya kerana sebiji bola boleh melalaikan daripada apa yang penting dalam hidup. Bolasepak hanyalah satu permainan tetapi hidup mesti diteruskan selagi tanggungjawab masih ada.

Sesungguhnya, tiada siapa yang bernasib buruk. Baik atau buruknya "nasib" itu bergantung kepada apa selayaknya diterima oleh seseorang. Jika baik amalannya maka baik jugalah hasilnya. Jika tidak (harap-harapnya tidaklah), maka yang sebaliknya yang akan berlaku. Balasan yang diterima adalah setimpal dengan apa yang diusahakannya. Apa sahaja kejadian yang menimpa pula adalah suatu saringan yang jelas akan membezakan golongan mana yang kalah dan golongan mana yang menang. Menang bukan dalam erti sempit yang di atas padang sahaja tetapi menang ke atas kezaliman seperti rasuah, perkauman, penyalahgunaan dadah, dan kita semua tahu apa lagi.



Tuesday, February 2, 2016

Evolusi pakaian sukan bolasepak

Apabila menyebut tentang sukan bolasepak, boleh dikatakan hampir semua orang di seluruh dunia akan mengaitkannya dengan bangsa Inggeris samada secara sedar atau tidak sedar. Sebab itulah walaupun terdapat beberapa variasi perkataan "bolasepak" mengikut bahasa setempat, umumnya semua orang tahu apa itu "football" atau "soccer". Football atau soccer sebenarnya adalah istilah yang diringkaskan daripada perkataannya yang asal yakni "association football". Perkataan "football" itu sendiri pula sudah pun dijumpai bertulis buat pertama kalinya sejak tahun 1486 lagi.

Dari sudut sejarah, association football datangnya daripada sebuah permainan pada Zaman Pertengahan (Medieval atau Middle Ages) di Britain iaitu "mob football" yang muncul sempena sambutan Shrove Tuesday atau disebut juga sebagai Pancake Day. Bermula daripada mob football atau folk football inilah lahirnya sukan bolasepak moden yang dikenali pada hari ini. Sekiranya sebelum ini anda pernah tertanya-tanya kenapa "American football" turut dipanggil "football", jawapannya adalah kerana ia dan juga sukan ragbi turut mempunyai asal-usul daripada mob football seperti mana bolasepak. Walaupun sudah terdapat semacam sukan bolasepak yang digelar "cuju" di China sejak 200 tahun sebelum masihi (SM) lagi, bermungkinan besar mob football (1066 masihi) terbentuk daripada permainan Romawi iaitu "harpustum" (146 SM) yang sebelum itu diambil daripada permainan Yunani yakni "episkyros" (800 SM). Lebih tua lagi, ialah "ōllamaliztli" (ataupun ullamaliztli, pitz, pok ta' pok, pok-a-tok) yang merupakan sejenis permainan bola berasal dari kawasan Mesoamerika (1650 SM).

Nama lain bagi episkuros adalah epikoinos atau ephebike.
(gambar: footballbetting.org)

Mob football adalah satu permainan yang agak ganas, bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan teruk bahkan lebih teruk lagi hingga mendatangkan kematian. Ia masih ada dimainkan sehingga ke hari ini walaupun sudah berubah wajah serta tidak lagi meluas. Pada waktu dahulu, mungkin ada diwujudkan buku panduan lama (old rulebook) bagi mengekang kekasaran yang melampau namun pada tahun 1314, Lord Mayor (datuk bandar) di London telah bertindak melarangnya terus daripada dimainkan secara terbuka. Kemudian, pada tahun 1331 pula, King Edward III menjadi raja England yang pertama yang mengharamkan permainan tersebut atas titah perintah diraja.

Permainan mob football tidak semestinya menggunakan kaki.
(gambar: matthewclarksmith.com)

Pada tahun 1848, Universiti Cambridge pernah merangka sebuah undang-undang bolasepak tetapi hanya digunapakai di universiti tersebut. Meskipun kelab yang pertama dan masih lagi yang tertua yakni Sheffield FC (jangan dikelirukan dengan kelab Sheffield United atau Sheffield Wednesday) yang diasaskan pada tahun 1857 turut mengkanunkan undang-undang bolasepak Sheffield, tetapi hanya pada tahun 1863 barulah 'Laws of the Game' diluluskan serta dianggap sebagai permulaan bolasepak moden. Undang-undang pada tahun 1863 yang dirangka oleh Ebenezer Cobb Morley bagi pihak The Football Association (FA) memanglah agak jauh berbeza dengan permainan moden, tetapi kini telah diadaptasi oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) dengan menerima pakai undang-undang yang dikawal selia oleh International Football Association Board (IFAB).

Kelab bolasepak paling tua di dunia,
Sheffield Football Club

Pakaian yang tertakluk kepada undang-undang bolasepak

Terdapat 17 perkara di dalam Laws of the Game dan kelengkapan para pemain merupakan undang-undang yang ke-4. Selain daripada uniform, pakaian seragam pemain turut disebut sebagai kit (bermaksud berkotak-kotak) atau strip (maksudnya berjalur atau berbelang). Undang-undang telah menetapkan apa yang sekurang-kurangnya perlu dipakai dan telah menggariskan juga larangan untuk menggunakan apa-apa yang boleh membahayakan diri atau pemain lain. Undang-undang lain yang berkaitan termasuklah penggunaan logo, warna pakaian, nombor pemain, dan beberapa lagi. Sekiranya barisan pemain bolasepak profesional dilihat lengkap berpakaian dengan baju jersinya, seluar pendek, stockings (sarung kaki), shin pads (decker atau pelindung tulang kering), dan kasut but, namun sebiji bola dan sepasang selipar (dijadikan gol dan main berkaki ayam) mungkin sudah cukup buat sekumpulan kanak-kanak yang bebas bermain di mana-mana (di jalanan bukan di atas jalan raya).

Selain itu, para pemain dikehendaki memakai baju yang berlengan samada pendek atau panjang, baju yang tidak berlengan tidak lagi dibenarkan walaupun dahulu pernah ada pasukan yang sempat berbuat demikian. Penjaga gawang (yang dibenarkan menggunakan tangannya dalam permainan) pula perlulah memakai pakaian yang boleh membezakannya dengan pemain-pemain lain dan juga para pegawai (pengadil dan penjaga garisan). Posisi penjaga gol memang agak unik kerana di samping harus memakai gloves (sarung tangan), mereka juga dibolehkan memakai cap (topi) sekiranya perlu. Untuk jenis sukan bolasepak daripada cabang-cabang yang lain, umpamanya bolasepak pantai (beach soccer), bolasepak jalanan (street soccer), futsal atau indoor soccer, maka lainlah keperluannya.

Perubahan pemakaian pemain-pemain bolasepak

1870an - Di Britain, para pemain memakai 'knickerbockers' yakni seluar panjang yang diselitkan ke dalam stokin. Pada tahun 1874, Sam Weller Widdowson telah merekacipta shin pads atau disebut juga sebagai shin guards apabila memakai cricket pads yang telah dipotong serta diikat pada bahagian luar stokin.
Perlawanan bolasepak antarabangsa yang rasmi pertama kali
diadakan pada 30 November 1872 di Hamilton Crescent, Partick
antara pasukan tuan rumah Scotland melawan England.
(gambar: thefa.com)

1890an - Seluar menjadi sedikit singkat, tetapi 'knickers' masih berada di bawah paras lutut.
Gambaran perlawanan akhir FA Cup tahun 1891 antara
Blackburn Rovers dengan Notts County.
(kredit: gottfriedfuchs.blogspot.my)

1900an - Seorang pemain Manchester United iaitu Charlie Roberts memulakan trend baru yang mana pemain-pemain lain tidak pernah buat dengan mengenakan knickers yang singkat dan kurang daripada paras lutut.
Charles "Charlie" Roberts
(gambar: bbc.com)

1940an - Penjaga gawang antarabangsa Argentina, Amadeo Carrizo yang pernah bermain untuk kelab River Plate diiktiraf sebagai perintis bagi banyak perkara antaranya, penjaga gol yang pertama memakai sarung tangan, yang pertama sering keluar daripada kawasan kotak penaltinya, dan juga yang pertama memperkenalkan sepakan gol (goal kicks) sebagai satu strategi untuk memulakan serangan balas (counterattacks).
Amadeo 'Tarzán' Carrizo

1970an - Para pemain memakai pakaian yang bersaiz kecil dan seluar kelihatan agak singkat.
Johan Cruyff dan Franz Beckenbauer dalam
perlawanan akhir Piala Dunia 1974.
(gambar: theguardian.com)

1990an - Pakaian yang dipakai oleh para pemain adalah lebih longgar tetapi seluarnya masih berada di atas paras lutut.
David Beckham dan Michael Owen turut meraikan gol Alan Shearer
untuk England ketika menentang pasukan Argentina di
peringkat suku akhir Piala Dunia 1998.
(gambar: soccer.nbcsports.com)

2002 - Pasukan bolasepak kebangsaan Cameroon memakai jersi tidak berlengan atau 'sleeveless'. Berbeza dengan pasukan Cameroon, pasukan bolasepak Itali pula menggayakan baju jersi yang mengikut bentuk tubuh badan serta boleh meregang.
Cameroon muncul juara African Cup of Nations tahun 2002.
(gambar: puma.resn.co.nz)

2004 - Pasukan Cameroon sekali lagi membuat kejutan dengan memakai 'unitards', sejenis pakaian yang melekat pada tubuh dan bercantum baju dengan seluarnya.
Pasukan Cameroon di African Cup of Nations tahun 2004.
(gambar: whoateallthepies.tv)

2014 - Baju para pemain biasanya bersaiz sederhana namun seluar pendek masih lagi tidak menutup bahagian lutut.
David Luiz, Neymar Jr., dan Thiago Silva memperagakan jersi
rasmi pasukan kebangsaan Brazil untuk Piala Dunia 2014.
(gambar: footballfashion.org)

Susah sangatkah untuk menutup aurat?

Sebelum diberi definisi tentang hijab, adalah diingatkan kepada semua supaya merujuk semula apa sahaja yang berkaitan dengan ajaran Islam. Rujukan yang terbaik sudah pastilah kitab suci al-Quran yang mana individu-individu yang mempunyai ilmu pengetahuan boleh menerangkannya. Apa yang disampaikan di sini hanyalah secara umum dan sekadar yang asas sahaja. Baiklah, bila bercakap mengenai hijab, tidak diketahui berapa ramai yang tersalah faham bahawa memakai tudung dan/atau jilbab itulah hijab. Yang sebenarnya (dan juga yang sebetulnya), hijab bukan dinilai atau dilihat dengan secebis kain sahaja. Hijab merujuk kepada tingkah laku, percakapan, raut wajah, dan pemakaian seseorang. Ia adalah amalan harian yang terpakai untuk kedua-dua jantina, baik lelaki mahupun perempuan. Maka, pakaian yang tidak terdedah, tidak terlalu singkat, tidak jarang, tidak ketat, serta tidak menjolok dan mencolok mata hanyalah sebahagian daripada tuntutan hijab yang memelihara kehormatan dan keindahan.

Menurut undang-undang 'antarabangsa', penjaga gawang dibenarkan untuk memakai seluar panjang (tracksuit bottoms) namun sejak akhir-akhir ini, semakin ramai pula penjaga gol yang lebih gemar untuk memilih memakai seluar pendek seperti mana pemain-pemain di posisi lain. Sekalipun pemain-pemain Muslim 'dipaksa' atau 'terpaksa' untuk mengikut peraturan seperti memakai seluar pendek yang mendedahkan lutut, tiadakah jalan penyelesaian alternatif? Bukankah sudah ada contoh yang mana terdapat beberapa pemain yang cuba juga berusaha menutup bahagian lutut dengan memakai tights (seluar ketat) atau thermal undershorts? Mungkinkah sudah tiba masanya untuk siapa-siapa yang mampu di kalangan Muslim untuk menghasilkan sendiri jenama pakaian sukan yang berkualiti? Setakat yang kita semua tahu, tidaklah berdosa jika tidak mengharapkan lagi kepada jenama-jenama luar, tetapi tidakkah kita takut berdosa andai tiada seorang pun yang melaksanakan fardu kifayah bagi memenuhi keperluan pakaian untuk beriadah?

Bekas pemain sayap kiri negara, Indra Putra Mahayuddin
beraksi tanpa menampakkan lututnya.
(gambar: news.zing.vn)

Ingin dinyatakan juga di sini, isu wanita bermain bolasepak tidaklah menjadi masalah yang besar sekiranya adab-adab yang tertentu dijaga. Cuma, beberapa pesanan mungkin boleh memberi faedah sekiranya mahu diambil manfaatnya. Yang pertama, semua orang perlu diingatkan bahawa Allah itu Maha Adil. Allah sebagai Pencipta seluruh alam sudah tentulah adil seadil-adilnya tetapi persoalan yang perlu ditanya adalah, adakah kita berlaku adil terhadap diri kita sendiri dan juga kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain? Jadi, ketahuilah bahawa aurat lelaki dan aurat wanita yang berbeza itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Malah, ketentuan Ilahi dalam menetapkan jantina masing-masing itu pun adalah tertakluk di bawah kebijaksanaan yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu, duniabolasepak.blogspot.com (DBS) menyarankan semua pihak agar tidak melakukan apa-apa yang melampaui batas. Jikalau wanita mahu bermain bolasepak dan ianya baik bagi mereka, maka tiada halangan buat mereka asalkan tidak berlaku perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, adalah kurang sopan sekiranya aurat dijadikan bahan tontonan awam.

Muhasabah diri

Oleh itu, marilah sama-sama menyesal akan kesilapan yang lalu, berhenti melakukan kesilapan yang sama, serta berazam dengan sungguh-sungguh untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang telah dipelajari. Di samping itu, sekiranya terdapat salah silap yang berlaku sesama kita maka adalah dituntut supaya saling bermaafan. Bermaaf-maafan ertinya memohon maaf apabila melakukan kesalahan dan di samping itu memaafkan juga kesalahan orang lain. Semoga Allah memberi kita kesempatan untuk bertaubat dan juga mengampuni dosa-dosa kita semua.

Allah sahajalah yang Maha Mengetahui.


#VivaHarimauMalaya   #KempenMenutupAurat