Neymar Jr., anak emas pasukan bolasepak Brazil. (kredit: google.com) |
Walaupun telah muncul juara dunia sebanyak 5 kali dan merupakan satu-satunya negara yang sentiasa layak ke Piala Dunia, Brazil belum pernah memenangi pingat emas Sukan Olimpik sehinggalah mereka menewaskan Jerman di Stadium Maracanã menerusi sepakan penalti pada kali ini.
Selepas terikat 1-1 yang membawa kepada melepasi masa tambahan, ayam tambatan Brazil yakni Neymar dijulang sebagai salah satu wira negaranya apabila bukan sahaja menjaringkan gol pembukaan dengan sepakan percuma yang menarik tetapi juga menjadi penjaring gol penalti yang menentukan kemenangan. Sekaligus, kehampaan dalam episod duka apabila disingkirkan oleh Jerman dengan sungguh memalukan (tewas 7-1) di Piala Dunia dua tahun lalu dapat juga ditebus oleh Neymar dan rakan-rakannya.
Nigeria berjaya menumpaskan Honduras 3-2 untuk meraih pingat gangsa manakala pasukan wanita Brazil pula terlepas pingat gangsa apabila ditewaskan 2-1 oleh Kanada. Pingat emas wanita dimenangi oleh pasukan Jerman yang mengatasi Sweden (pingat perak) juga dengan jaringan 2-1.
Tidak lupa juga diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kontinjen Malaysia yang telah berhempas pulas untuk membawa pulang pencapaian Olimpik terbaik setakat ini. Terima kasih kepada semua atlet yang sudi menjadi contoh ikutan yang baik kepada generasi ahli sukan pada masa hadapan.
#olympicgames #rio2016 #malaysiaboleh
No comments:
Post a Comment