Dahulu sudah pernah ada Super Club Sendirian Berhad dan Malaysia Super League (MSL) Sendirian Berhad. Sekarang ini, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) atau Malaysian Football League (MFL) pula, yang tujuannya dibentuk adalah sebagai suatu langkah penswastaan bagi sistem liga bolasepak Malaysia. Namun, adakah dengan tindakan terburu-buru (hanya cakap sahaja beransur-ansur) memulakan liga tahap kelima (akan dikenali sebagai Liga M5) mulai tahun 2018 ini dan seterusnya liga tahap keempat (Liga M4) pada tahun berikutnya dapat melancarkan proses tersebut sekiranya kelab-kelab, bahkan kebanyakan persatuan negeri dalam tiga liga tahap teratas pun masih belum benar-benar bersedia terutamanya dari segi kewangan? Bagaimana pula keadaannya nanti dengan Liga Bolasepak Rakyat yang diuruskan oleh Liga Bolasepak Rakyat-Limited Liability Partnership (LBR-LLP)? Masih belum cukup lagikah pengunduran serta pembubaran kelab-kelab bolasepak di Malaysia dalam era profesional yang hanya pada nama?
Memang tidak dinafikan bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ atau JFA) telah terbukti berjaya mengorak langkah untuk dicontohi bagaimana mengatur semula sesebuah organisasi bolasepak, namun hasil yang telah kelihatan tidak terjadi dengan sekelip mata bahkan mengambil masa sehingga bertahun-tahun. Tiada jalan pintas untuk mengecapi kejayaan melainkan perlu adanya perancangan rapi di peringkat awal serta disusuli dengan pelaksanaan yang berkesan sebagai kesinambungannya. Jikalau tidak, usah bermimpilah. Kalau dapat bermimpi sekalipun, harap-harapnya mimpi ngeri tidaklah menjadi kenyataan. Realitinya apabila memikirkan tentang idealisme (konsep), ia seharusnya turut diseimbangkan bukan sahaja dengan realisme (selidik), tetapi juga dengan pragmatisme (ubah) dan existentialisme (intipati). Jangan sampai sejarah hitam Liga Kelab Nasional berulang kembali, bukannya sebuah kelab, tetapi sebuah liga (tahun 1992) yang dibubarkan selepas hanya semusim dijalankan.
JDT I muncul sebagai juara Piala AFC pada tahun 2015. (gambar: stadium.my) |
Sekadar ingin disebutkan di sini, teruskan sahajalah dengan pelan yang mahu dijalankan tersebut. Terpulanglah. Rakyat Malaysia secara umumnya tidak mampu membantah apatah lagi membangkang. Seandainya pelan canggih tersebut entah bagaimana menghasilkan keputusan yang positif, orang lain hanya boleh tumpang gembira dan kesemua penghargaan perlu diberikan kepada yang berhak. Walau bagaimanapun, jikalau keputusannya adalah kurang positif, izinkan beberapa ringkasan pendapat dan cadangan berikut ini dapat dibentangkan untuk diteliti supaya boleh memberikan pandangan dari sudut yang berlainan pula. Pertama, meskipun bolasepak dinobatkan sebagai sukan nombor satu negara, ia bukanlah perkara yang nombor satu dalam kehidupan manusia. Banyaknya kelab bolasepak hanya menambahkan masalah dan terdapat banyak lagi masalah utama yang perlu diselesaikan seperti isu integriti, pendidikan, kesihatan, dan kebajikan umpamanya, yang turut berkait rapat dengan dunia bolasepak itu sendiri.
Selain itu, yang baru belum tentu lebih baik daripada yang lama. Walaupun memang adakalanya yang lama sudah tidak boleh diperbaiki dan elok sahaja digantikan dengan yang baru, yang lama itu sekiranya masih boleh digunapakai, mengapa pula hendak diganggu dengan penambahan yang bukan-bukan? Berbanding dengan umur Piala Malaysia yang diasaskan semenjak tahun 1921, Liga Malaysia (Liga-M atau M-League) pula masih lagi dikira agak muda memandangkan evolusinya hanya bermula sejak tahun 1982. Maka, tiada sebab untuk memperkotak-katikkan, mengharu-birukan sesuatu yang masih berkembang semata-mata kerana mahu terikut-ikut dengan rentak dan gaya orang lain. Tidak perlu pun meniru bulat-bulat apa jua cara yang dilakukan terhadap Premier League (Inggeris), J.League (Jepun), mahupun mana-mana liga luar negara kerana kita mempunyai budaya bolasepak yang berbeza. Gunakan sahaja pelbagai pentas yang sudah ada seperti Liga Bolasepak KPM, Liga IPT, dan sebagainya dengan optimum (sebaik mungkin) supaya tidak berlaku pembaziran di mana-mana peringkat sekalipun melalui kaedah yang tersusun.
Percayalah, kita boleh sahaja belajar dengan orang lain namun kita juga boleh berjaya dengan jayanya apabila menggunakan acuan kita sendiri. Situasi yang berlaku di India apabila terdapat dua liga utama yang berlangsung secara serentak (I-League ditubuhkan pada 2007 manakala Indian Super League pada 2013), begitu juga dengan apa yang berlaku di Indonesia tidak lama dahulu (Indonesia Super League atau kini Liga 1 wujud semenjak 2008 sementara Indonesian Premier League dari 2011 hingga 2013) sewajarnya menjadi pengajaran yang amat berguna. Sejujurnya, JDT menjadi begitu unggul kerana salah satu sebabnya adalah menggunakan nama negeri "Johor" (Johor Darul Ta'zim) dan bukannya "PKENJ" (Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor). Oleh itu, DBS (duniabolasepak.blogspot.my) dengan rendah diri ingin mencadangkan agar dikembalikan semula kesemua pasukan negeri dalam sebuah liga (yang stabil tanpa penyingkiran serta pemberian insentif adalah berdasarkan kedudukan terakhir) dan asingkannya daripada pasukan-pasukan kelab (yang majoritinya bercelaru). Mahu tidak mahu, pihak AFC mahupun FIFA dengan izin Tuhan akan memahami keadaan (nilai sejarah) tersebut sekiranya FAM terlebih dahulu memahaminya.
31. Kuching Wanderers FC (Kuching FA)
Kuching City FC |
32. KDMM FC
Kadazan Dusun Murut Malaysia FC |
33. Terengganu City FC
34. Hanelang FC
35. Ipoh FA
Persatuan Bolasepak Ipoh (PBI) |
36. Kuantan FA (Marcerra United FC)
37. MPSJ FC (MBSJ FC)
Majlis Perbandaran Subang Jaya FC |
38. Young Fighters FC
39. PBMK (Kedah United FC)
Persatuan Bolasepak Melayu Kedah |
40. PBMM-PBMS (Selangor United FC)
Persatuan Bolasepak Melayu Selangor |
Selangor United FC (SUFC) |
Sarawak United A (SUFC I) |
41. Finexsys FC
42. D'AR Wanderers FC
43. Arslan FC
44. Gombak FC
45. Bidara FC
46. Hulu Langat FC
47. Ipoh City FC
48. Manjung FA
Persatuan Bolasepak Daerah Manjung |
49. Kota Klang FC
50. MBI Stingers FC
Majlis Bandaraya Ipoh FC |
51. Hilir Perak FA
Persatuan Bolasepak Daerah Hilir Perak |
52. Mukah FA
Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah |
53. Petaling Jaya FC
54. Rompin FA
Persatuan Bolasepak Daerah Rompin |
55. Sungai Buloh City FC
56. Shah Alam Antlers FC
57. Sibu FA
Persatuan Bolasepak Bahagian Sibu |
58. Subang City FC
59. Subang United FC
60. Temerloh FA
Persatuan Bola Sepak Daerah Temerloh |
61. Johor Port FC
62. S5 United FC
63. Toleh FC
64. Taman Mangga FC
65. IPD Seri Alam FC
Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam FC |
66. Jerantut FA
Persatuan Bolasepak Daerah Jerantut |
67. Kampar FA
Persatuan Bolasepak Daerah Kampar |
68. PBMPP
Persatuan Bolasepak Melayu Pulau Pinang |
69. Bukit Mertajam FA
Persatuan Bolasepak Bukit Mertajam |
70. Putrajaya FA
71. Labuan FA
Persatuan Bolasepak Wilayah Persekutuan Labuan |
Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) |
72. Johor Bahru FA (Jauhar Bersinar FC)
Persatuan Bolasepak Johor Bahru |
73. Balik Pulau FA
Persatuan Bolasepak Daerah Barat Daya |
74. Gerik FA
Persatuan Bolasepak Daerah Gerik |
75. Alam Megah FC
76. Cheras Raptors FC
77. Orchid City FC
78. PBSMP
79. PBMNS (Negeri Sembilan United FC)
Persatuan Bolasepak Melayu Negeri Sembilan |
80. Qhaleefa MIB FC
Malaysian Institute of Baking FC |
Qhaleefa Malaysian Integrated Business College FC |
81. Northern Lions FC (NLFC-MAHSA)
82. PBMP (Perlis FC)
83. Tumpat FA
84. Kuala Lumpur Rovers FC
85. Kluang FA
86. KSK Tambun Tulang (Perlis United FC)
Perlis United FC |
89. Puchong Fuerza FC (Manjung City FC)
90. Glory United FC (Langkawi City FC)
93. PBMM
Kelab Bolasepak Harini Kuala Selangor |
Pasukan Bolasepak Harini |
- Sri Mahkota Alam FT
- Darul Aihsan Kampung Kolam (DAFC)
- Fathul Karib FC
- Darul Afiah FC
- Victoria Institution FC
- Kota Raja FC
- Selangor MK Land FC
- Selangor Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON) FC
- Selangor Kwong Yik Bank FC
- Kotai FC
- Starbrite FC
- Hong Chin FC
- Maybank FC
- United Malayan Banking Corporation (UMBC) FC
- Kedah Langkawi Development Authority (LADA) FC
- Persatuan Bolasepak Daerah Kulim (Kedah Ansell Kulim FC)
- Kedah Jabatan Kerja Raya (JKR) FC
- Bandar Baharu FC
- Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) FC
- Pahang Kelab Sukan dan Rekreasi Kakitangan (KESURA) FC
- Kelantan Tenaga Nasional Berhad (TNB) FC
- Kelantan Jabatan Kerja Raya (JKR) FC
- Kelantan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) FC
- Kelantan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) FC
- Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) FC
- Johor Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) FC
- Pasir Gudang United FC
- Kuala Lumpur Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) FC
- Kuala Lumpur Konsortium Expressway Shah Alam Selangor (KESAS) FC
- Kuala Lumpur Maju Holdings FC
- Kuala Lumpur Cheq Point FC
- Kepong FC
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) SC
- New Straits Times Press (KL Malay Mail) FC
- Putrajaya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan (KPKT) United FC
- Negeri Sembilan Chempaka Negri Lakhsmi Textile (NS Chempaka) FC
- Perak Lintau FC
- Perak Thang Kiang Nam (TKN) FC
- Sungai Siput (Susi) FC
- Penang Chinese FA
- Young Men's Christian Association (YMCA) Penang
- Chinese Wanderers
- Sentosa FC
- Chinese Recreation Club (CRC)
- Penang Youth FC
- Timoran FC
- Pulau Pinang Intel FC
- Pulau Pinang OSRAM FC
- Kampong Makam FC
- Kampong Makam Recreation Club
- Kampung Rawa SC
- Pulau Pinang Suria Nibong Tebal (NTFA)
- Seberang Perai Selatan (SPS) Chelstar
- Suria Recreation Club
- Penang Development Corporation (PDC) FC
- Penang Port Commission (SPPP) Recreation Club
- Bukit Jambul SC
- Jelutong SC
- Bukit Gelugor SC
- Telok Bahang FC
- Kampong Seronok SC
- Sri Nibong SC
- Ramblers SC
- Bintang Biru Assumption FC
- Frenz United FC
- Gunosukod Pangaits
- Beverly FC
- Likas United FC
- United Malays National Organisation (UMNO) FC
- Tamilians' Physical Culture Association (TPCA) FC
- Super Lawak FC
- Persatuan Ibu Bapa (PIB) FC
- Klang Southern FC
- Axis-O2 FC
- Real Chukai FC
- Invictus FC
- Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB) - Youth Football Academy (YFA) Bintang Muda
- Dak Dak Melawati (DDM) FC
- Protap FC
- Ultimate FC
- Banggol Tokku (BTK) FC
- Tun Razak FC
- Teratak Twelve FC
- Challo FC
- Bomba FA
- Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Muda FC
- Kelab Sosial dan Rekreasi Syarikat Air Negeri Sembilan (KSR SAINS) FC
- Semut Api FC
- Norfarhan FC
- Sekolah Tuanku Abdul Rahman Old Boys' Association (STAROBA) FC
- Red Spade United FC
- Pandan United FC
- Nossa Bukit Jelutong FC
- Markless ST
- Spirito FC
- Kuala Perlis FC
- Kickers FC
- Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuantan (KUATAGH) FC
- Kerteh FC
- Kelab Bolasepak Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Shah Alam
- Imigresen FC
- Gamestop FC
- Delima Warriors FC
- Andersonian FC
- Shah Alam (SA) United FC
- Al Zikri FC
- Selangor Soccer Fan Club (SSFC) FT
- Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (Statistik Selangor) FT
- Duyong Fighters FC
- Raja Permin FC
Seperti Super Club Sdn Bhd, Malaysia Super League (MSL) Sdn Bhd juga sudah lama bungkus. |
"Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Kalau ada kata yang salah, Jangan disimpan di dalam hati". Boleh juga, "Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti.. buang aje-lah, beli jarum yang baru".
No comments:
Post a Comment