F:30 sebagai penanda aras baharu buat bolasepak negara diharapkan tidak sekadar cantik di atas kertas tetapi juga cantik dari segi perlaksanaannya. (gambar: fam.org.my) |
Yang peliknya, jarang pula dengar para pegawai mengadu hal yang sama. Mungkin cukup bulan, gaji mereka masuk tanpa sebarang masalah walaupun keringat mereka dikeringkan oleh penghawa dingin dan bukannya menetes di atas padang yang berumput. Mungkin juga keadaan mereka lebih teruk lagi. Siapa tahu, entah-entah titik peluh mereka diperlakukan dengan lebih dahsyat. Mana tahu mereka bukan sahaja tidak dibayar gaji malah terus dibuang kerja sehingga malu untuk berhadapan dengan orang ramai apatah lagi dengan media. Harap-harapnya semua orang bertanggungjawablah dengan tanggungjawab serta hak masing-masing.
Samada Malaysia layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo atau tidak, Wawasan 2020 sebenarnya adalah satu permulaan dan bukannya suatu pengakhiran. (gambar: thesundaily.my) |
Jadi, siapa yang bersalah? Adakah penaja yang bersalah, kerana menipu, berjanji kosong, dan sebagainya? Ataupun sebenarnya kerajaan yang bersalah, samada yang sekarang atau yang terdahulu sama-sama turut bersalah? Kalau bukan, boleh jadi para peminat, penggemar, penyokong bolasepakkah yang bersalah? Orang ini salah, orang itu salah, semua salah kecuali diri sendiri. Mana boleh diri sendiri salah. Kalau salah, mesti orang lain. Diri sendiri sentiasa betul. Betulkah? Apa yang betul, apa yang salah? Selagi mana sesuatu masalah tidak diselesaikan, akan bertambah satu lagi masalah. Begitulah seterusnya sehingga masalah menjadi lebih besar dan lebih bermasalah.
Meskipun bolasepak dapat meringankan sedikit beban masalah buat sementara waktu, ia tetap tidak dapat menyelesaikan semua masalah. (gambar: Khairykj) |
Cepat-cepat selesaikan masalah. Bukankah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya? Jikalau buntu, atau sebelum menjadi buntu, boleh sahaja angkat tangan dan bersungguh-sungguh menadahkannya ke langit. Usaha, usaha juga tetapi pegangan jangan lupa. Mudah-mudahan dipermudahkan jalan kepada kebaikan. Yang baik, ambil dan yang buruk, buang. Buang jauh-jauh supaya dijauhkan daripada keburukan yang berulang. Jangan diulangi lagi yang buruk dan teruskan yang baik. Semalam mungkin belum cukup baik dan esok pula belum tentu sebaik yang dibayangkan, tetapi hari ini adalah hari yang terbaik untuk melakukan yang terbaik. Tiada ruginya berbuat baik.
Bolasepak harus dikembalikan kepada rakyat sepenuhnya dan tidak lagi hanya berada di kalangan golongan yang tertentu sahaja. (foto: duniabolasepak) |
No comments:
Post a Comment