Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)

Saturday, December 29, 2018

Liga-M musim 2019

Tahun hadapan, negara akan diwakili oleh sekurang-kurangnya satu pasukan ke peringkat kumpulan Liga Juara-juara AFC. Selain juara liga domestik sebanyak 5 kali berturut-turut iaitu Johor Darul Ta'zim FC (JDT) yang sudah pun mengesahkan tempatnya dalam Kumpulan E, Perak sebagai naib juara liga dan johan Piala Malaysia musim lepas pula akan melalui Pusingan Awal 2 bagi Wilayah Timur terlebih dahulu. Selepas kejayaan pasukan JDT memenangi Piala AFC pada tahun 2015, salah satu wakil Malaysia tersebut akan berpeluang untuk mengatasi pencapaian Selangor yang pernah menjadi naib juara tahun 1967 dalam Kejohanan Kelab Asia, nama lama bagi pertandingan paling besar buat mana-mana pasukan kelab di seluruh Asia.

Bintang muda negara, Akhyar Rashid bakal menjadi
tumpuan utama pada 2019 sekiranya tidak
ditenggelami oleh para pemain import.
(gambar: astroawani.com)

Berikut adalah senarai pasukan-pasukan yang akan bersaing dalam dua divisyen liga bolasepak yang tertinggi dalam negara.

Malaysian Football League

Liga Super 2019
  1. Johor Darul Ta'zim FC
  2. Perak
  3. PKNS
  4. Pahang
  5. Terengganu
  6. Kedah
  7. Melaka
  8. Selangor
  9. PKNP
  10. Kuala Lumpur
  11. Felda United
  12. MIFA (Petaling Jaya City FC)

Liga Premier 2019
  1. Kelantan
  2. Negeri Sembilan
  3. Johor Darul Ta'zim II
  4. PDRM
  5. Sabah
  6. UKM
  7. Sarawak
  8. UiTM
  9. Pulau Pinang
  10. Terengganu FC II
  11. Selangor United
  12. Perlis

FAM Roadmap
2019-2030

Kalendar Liga Malaysia 2019

Jendela Perpindahan Pertama : 29 November 2018 - 20 Februari 2019
Jendela Perpindahan Kedua : 2 Mei 2019 - 29 Mei 2019
Anugerah Bolasepak Kebangsaan : 15 November 2019

Piala Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah) : 2 Februari 2019
unifi Liga Super : 1 Februari 2019 - 21 Julai 2019
100Plus Liga Premier : 1 Februari 2019 - 21 Julai 2019
Shopee Piala FA : 13 Februari 2019 - 27 Julai 2019
unifi Piala Malaysia : 3 Ogos 2019 - 2 November 2019
Piala Cabaran (Challenge Cup) : 3 Ogos 2019 - 26 Oktober 2019

Piala FAM (Liga M3/AFL) : 16 Mac 2019
Piala Presiden : 21 Februari 2019
Piala Belia : 20 Februari 2019

Liga Tun Sharifah Rodziah : 20 April 2019

Liga Futsal Perdana Malaysia (Futsal Pro League/MPFL) : 22 Jun 2019 - 29 September 2019

*lain-lain
Liga M4 (Amateur Football League)
Liga M5
Liga Bolasepak Rakyat
Piala iflix (iflix Cup)
Liga Futsal Kebangsaan (LFK)
Piala Futsal Kebangsaan
CUCKOO Piala Futsal Malaysia 2020 (Futsal Pro Cup)

MFL 50-Year Strategic Blueprint
2021-2070


No comments: