Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)

Tuesday, September 21, 2021

Liga-M musim 2K22

Wabak yang sedang dialami dan sudah hampir genap dua tahun ini betul-betul telah mengganggu perjalanan bolasepak tanahair seperti mana terganggunya kehidupan yang dianggap biasa sebelum ini. Sungguh mengejutkan apabila impian besar untuk melihat negara menjadi maju seiring dengan aspirasi Wawasan 2020 rupa-rupanya telah bertukar menjadi mimpi yang ngeri. Walaupun hiba di sebalik pelbagai ujian yang melanda, manusia yang sememangnya lemah dapat jua menjentik sedikit kekuatan apabila mengumpul kesabaran dan terus mengharapkan sinar cahaya kemenangan. Menang ke atas keburukan, menang ke atas kejahatan.

Adalah menjadi suatu kewajipan untuk bersyukur dengan segala apa yang masih ada, di samping turut berusaha untuk menambah kesyukuran. Maka, apalah sangat pembatalan beberapa pertandingan bolasepak jika hendak dibandingkan dengan betapa penat dan sukarnya pihak yang sedang berjuang untuk menyelamatkan nyawa. Yang utama perlu diutamakan. Di antara penting dengan segera, ada yang molek didahulukan dan ada yang elok dikemudiankan. Patutkah akal fikiran yang asalnya di kepala tetapi mahu diubah ke bukan tempatnya?

Satu orang yang susah, mesti ada lagi yang lebih susah. Menjaga diri adalah penting namun hanya pentingkan diri sendiri itu sangat merosakkan. Hendak tunjuk taring, tetapi akhirnya cuma tunjuk belang. Sedar tidak sedar, sudah dua hingga tiga pasukan negeri yang dahulunya pernah mewarnai Piala Malaysia telah pun hilang dari pandangan. SUFC atau Selangor United dahulunya PBMS (Persatuan Bolasepak Melayu Selangor), tup-tup bertukar menjadi Sarawak United. Si Bujang Senang (Sarawak) jadi Sarawak United B, dalam diam dibubarkan dan tiba-tiba lesap dari Liga M3. Sang Singa Utara (Perlis) pula buat seketika mendapat tempat di Liga Premier pada 2019, namun telah digantung dan kononnya Perlis United (dahulu Kelab Sukan Komuniti Tambun Tulang) menjadi wakil penggantinya.

Fitnah sesuka hati, cerca-mencerca, keji-mengeji, dan yang seangkatan dengannya sedikit pun tidak membawa faedah. Salah siapa anda tanya? Lebih baik rasanya menumpukan masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang menguntungkan kerana kerugian masa dan tenaga tidak boleh diambil balik. Wang ringgit boleh dicari, umur yang sihat jika hilang tiada ganti. Sempena usia Piala Malaysia yang bakal mencecah 101 tahun, dua bekas juara iaitu Singapura dan Brunei tidak nampak pula bibit-bibit kemungkinan untuk dijemput semula bagi menambahkan kemeriahan. Tak mengapalah. Seperti mana Terengganu masih mengharapkan kejuaraan liga utama yang pertama, harap-harapnya pasukan Melaka (sekarang Melaka United) lebih cerahlah peluang yang dimiliki untuk ke perlawanan akhir yang sulung dalam sejarah mereka. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua.




Piala Sumbangsih / Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2022
• JDT lwn. KL City, Stadium Sultan Ibrahim Larkin (Iskandar Puteri, Johor)


Liga Super 2022

  1. JDT [Liga Juara-juara AFC]
  2. Kedah Darul Aman [Piala AFC]
  3. Penang
  4. Terengganu
  5. Selangor
  6. Kuala Lumpur City [Piala AFC]
  7. PJ City
  8. Melaka United
  9. Sabah
  10. Sri Pahang
  11. Negeri Sembilan
  12. Sarawak United


Liga Premier 2022
  1. Perak
  2. UiTM
  3. TFC II
  4. Johor Darul Ta'zim II
  5. Kuching City
  6. TRW Kelantan
  7. PDRM
  8. Kelantan United
  9. SFC 2
  10. PFC II
  11. Projek FAM-MSN


Liga M3 2022
- Kumpulan A
  1. Armed Forces
  2. Imigresen
  3. Ultimate
  4. Tun Razak City
  5. Kinabalu Jaguar
  6. Langkawi
  7. Langkawi City
  8. KSR Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)
  9. Manjung City
  10. Malaysian University
- Kumpulan B
  1. Perlis United
  2. Harini Kuala Selangor
  3. Kijang Rangers
  4. Kuala Kangsar Budak Rumah Murah (BRM)
  5. Ipoh MNY (Respect)
  6. KL Rovers
  7. Persada Integriti Bersatu (PIB)
  8. Real Chukai
  9. Bukit Tambun
  10. Tok Janggut Warriors
tarik diri dll.
  1. Perlis Northern Lions
  2. Sarawak United B
  3. Kuala Kangsar
  4. Cyberlynx
  5. MAHSA-Protap


No comments: