Para pemain pula tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya tidak terpilih untuk mewakili negara memandangkan tanggungjawab mereka hanyalah berusaha keras yakni rajin berlatih dan beraksi dengan baik ketika bersama kelab masing-masing. Tanggungjawab tersebut dilakukan sebaik mungkin dengan harapan boleh menarik perhatian jurulatih negara jika tidak sekarang pun mungkin pada masa hadapan. Bagi yang terpilih, mereka mempunyai tanggungjawab tambahan iaitu berusaha keras yakni rajin berlatih dan beraksi dengan baik juga ketika bersama pasukan kebangsaan. Samada skuad kebangsaan memperoleh keputusan seri, kalah, atau menang, para penyokong sebagai 'pemain ke-12' yang bersemangat patriotik akan memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi. Penyokong sejati tidak mencemuh ketika kalah dan tidak pula hanya tumpang gembira ketika menang sahaja.
Pemain-pemain kesebelasan utama skuad kebangsaan era 1990-an dahulu merupakan bintang bagi pasukan negeri masing-masing. |
Umum mengetahui bahawa pengurusan skuad kebangsaan agak berbeza jika dibandingkan dengan pengurusan sebuah kelab (atau persatuan negeri dalam konteks Malaysia). Di samping mengetengahkan pemain-pemain muda dari skuad remaja ataupun dari akademi, sebuah kelab juga perlu membeli pemain-pemain yang diingini bagi melengkapkan skuad. Lain pula bagi skuad kebangsaan, yang hanya perlu mengenal pasti pemain-pemain tempatan yang berkaliber untuk diserapkan bagi mewakili negara. Selain daripada isu-isu yang tidak boleh dielakkan seperti kecederaan, kesihatan, urusan keluarga, dan sebagainya, tugas untuk memilih para pemain boleh dikatakan agak mudah walaupun tidak boleh diambil mudah.
Mungkin terdapat beberapa dilema semasa proses pemilihan tetapi ia boleh menjadi mudah sekiranya suatu kelompok pemain kebangsaan boleh dikenal pasti tanpa berat sebelah. Kelompok inilah yang akan dieksperimen apabila menjelangnya perlawanan-perlawanan persahabatan antarabangsa (atau perlawanan-perlawanan pertunjukan dengan kelab-kelab luar). Hasil daripada eksperimen itulah nanti yang akan menentukan gabungan pemain muda dan pemain berpengalaman, serta kombinasi pemain bintang (sudah ada nama) dengan pemain dalam prestasi yang baik (baru hendak naik). Maka, sebarang pertandingan di peringkat antarabangsa bukan lagi pentas untuk menimba pengalaman tetapi sebaliknya sebagai medan perjuangan bagi mempertahankan maruah seluruh rakyat dan negara di mana-mana jua (samada di tempat sendiri mahupun di gelanggang lawan).
Berikut adalah senarai pendek yang boleh dijadikan sebagai kelompok pilihan pemain kebangsaan bagi tahun 2012/2013:
- Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol)
- Mohd Farizal Marlias (penjaga gol)
- Mohd Sharbinee Allawee Ramli (penjaga gol)
- Mohd Izham Tarmizi (penjaga gol)
- Mohd Zamir Selamat (penjaga gol)
- Syed Adney Syed Hussein (penjaga gol)
- Mohd Nasril Nourdin (penjaga gol)
- Norazlan Razali (penjaga gol)
- Farizal Harun (penjaga gol)
- Mahali Jasuli (bek kanan)
- Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim (bek kanan)
- Mazlizam Mohamad (bek kanan)
- Mohd Nasriq Baharom (bek kanan)
- Mohd Sabre Mat Abu (bek kanan)
- Mohd Bunyamin Umar (bek kanan)
- Mohd Asraruddin Putra Omar (bek kiri)
- Mohd Azmi Muslim (bek kiri)
- Mohd Zubir Azmi (bek kiri)
- Mohd Fandi Othman (bek kiri)
- S. Subramaniam (pertahanan)
- Mohd Muslim Ahmad (pertahanan)
- Mohd Faizal Muhammad (pertahanan)
- Mohd Amer Saidin (pertahanan)
- Chun Keng Hong (pertahanan)
- Amirizwan Taj Tajuddin (pertahanan)
- Mohd Fadhli Mohd Shas (pertahanan)
- Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (pertahanan)
- Mohd Amar Rohidan (pemain tengah)
- Azidan Sarudin (pemain tengah)
- G. Mahathevan (pemain tengah)
- K. Gurusamy (pemain tengah)
- Mohd Shakir Shaari (pemain tengah)
- Abdul Shukur Jusoh (pemain tengah)
- Gary Steven Robbat (pemain tengah)
- Mohd Amirul Hadi Zainal (sayap kanan)
- Wan Zack Haikal Wan Noor (sayap kanan)
- Shahurain Abu Samah (sayap kanan)
- Yong Kuong Yong (sayap kanan)
- S. Chanturu (sayap kanan)
- Mohd Azamuddin Md Akil (sayap kanan)
- S. Kunanlan (sayap kiri)
- D. Christie Jayaseelan (sayap kiri)
- Ashri Chuchu (sayap kiri)
- Mohd Khyril Muhymeen Zambri (sayap kiri)
- Mohd Ashaari Shamsuddin (sayap kiri)
- Mohd Fitri Omar (sayap kiri)
- Wan Zaharulnizam Zakaria (sayap kiri)
- Mohd Safiq Rahim (pemain tengah)
- Baddrol Bakhtiar (pemain tengah)
- Ismail Faruqi Asha'ri (pemain tengah)
- D. Saarvindran (pemain tengah)
- Mohd Irfan Fazail (pemain tengah)
- Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa (pemain tengah)
- Muhamad Nazmi Faiz Mansor (pemain tengah)
- Mohd Faizal Abu Bakar (pemain tengah)
- Rozaimi Abdul Rahman (penyerang)
- Venice Elphi Ak Dannykaya (penyerang)
- Syahrul Azwari Ibrahim (penyerang)
- Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (penyerang)
- Ahmad Hazwan Bakri (penyerang)
- Afiq Azmi (penyerang)
- A. Thamil Arasu (penyerang)
- Izzaq Faris Ramlan (penyerang)
- Farderin Kadir (penyerang)
- Abdul Manaf Mamat (penyerang)
- Abdul Hadi Yahya (penyerang)
- Ahmad Fakri Saarani (penyerang)
- Ahmad Shakir Mohd Ali (penyerang)
- Norshahrul Idlan Talaha (penyerang)
- Mohd Safee Mohd Sali (penyerang)
No comments:
Post a Comment