Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)

Friday, February 15, 2013

Posisi pemain-pemain kesebelasan utama negara

MALAYSIA 2013 / 2014
1. Goalkeeper goleiro / goalie / keeper)
e.g. Manuel Neuer @ David De Gea
Khairul Fahmi Che Mat

2. Right-backlateral direito / full-back / wing-back )
e.g. Philipp Lahm @ Martin Montoya
Mahali Jasuli

3. Left-backlateral esquerdo / full-back / wing-back )
e.g. Jordi Alba
Asraruddin Putra Omar

4. Defensive midfieldervolante / holding midfielder / trinco )
e.g. Sergio Busquets @ Sven Bender
Shakir Shaari

5. Sweeperlibero )
e.g. Mats Hummels @ Sergio Ramos
Aidil Zafuan Abdul Radzak (vice captain)

6. Centre-back ( zagueiro / stopper / beque central )
e.g. Per Mertesacker @ Marc Bartra
Fadhli Shas

7. Right wingermeia direita / wide midfielder )
e.g. Jesus Navas
Wan Zack Haikal Wan Noor

8. Box-to-box midfieldermediano / all-round midfielder / engine room )
e.g. Xavi Hernandez
Safiq Rahim (captain)

9. Centre-forwardcentro-avante / target man )
e.g. Fernando Torres
Norshahrul Idlan Talaha

10. Traditional playmaker enganche playing in the hole / midfield general )
e.g. Mesut Ozil @ Juan Mata
Nazmi Faiz Mansor

11. Left wingermeia esquerda / wide midfielder / velocista )
e.g. Pedro Rodriguez
S. Kunanlan

Substitutes:
Ball playing centre-back centre-half )
e.g. Gerard Pique @ Jerome Boateng
Muslim Ahmad

Deep lying playmaker regista / meia-armador )
e.g. Bastian Schweinsteiger @ Xabi Alonso
Amar Rohidan

Centre midfielder carilleros / shuttler / advanced destroyer )
e.g. Sami Khedira @ Javi Martinez
K. Gurusamy

Central winger fantasista / false-10 / interiores )
e.g. David Silva
Baddrol Bakhtiar

Attacking playmaker trequartista / meia-atacante )
e.g. Andres Iniesta @ Julian Draxler
Irfan Fazail

Attacking midfieldermedia punta / false nine / mezzala )
e.g. Cesc Fabregas @ Mario Gotze
Ashaari Shamsuddin

Second strikerrifinitore / inside forward / ponta de lanca )
e.g. Thomas Muller @ David Villa
Rozaimi Abdul Rahman

Advanced striker outside left / outside right )
e.g. Lukas Podolski @ Roberto Soldado
Ahmad Shakir Mohd Ali

Complete striker seconda punta )
e.g. Alvaro Negredo
Zaquan Adha Abdul Radzak

Goal poacherprima punta / fox in the box / out-and-out striker )
e.g. Fernando Llorente
Ahmad Fakri Saarani

Form is temporary, class is permanent.

Biasanya, prestasi (form) tidak kekal lama dan boleh berakhir pada bila-bila masa sahaja. Akan tetapi, reputasi (class) selalunya dapat bertahan dengan lebih lama kerana ia merupakan tanda aras kehebatan seseorang pemain. Seorang pemain bolasepak yang bagus (sebagai contoh, Javier Zanetti dan Ryan Giggs) tetapi tidak bermain dengan baik dalam sesuatu perlawanan akan kembali ke tahap yang sebenar dalam perlawanan yang seterusnya. Asalkan mereka terus diberi kepercayaan oleh jurulatih untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Sekiranya mereka tidak kembali lagi ke tahap yang sebenar, itu bermakna masa mereka sebagai pemain bolasepak di peringkat yang tertinggi telah pun berakhir (umpamanya seperti Michael Owen yang tersilap langkah apabila meninggalkan kelab asalnya Liverpool dan berpindah ke Real Madrid yang mempunyai terlalu banyak pemain bintang hebat yang perlu disaingi).

Tak seperti Alan Shearer (kanan) & Paul Scholes (kiri), karier cemerlang
Owen (tengah) adalah lebih singkat kerana prestasinya yang merudum.

Di Malaysia, boleh diperhatikan bahawa para pemain tempatan biasanya mampu bersaing dengan baik di peringkat antarabangsa pada usia yang muda remaja. Pemain-pemain muda ini mencapai tahap kemuncak prestasi apabila berumur dalam lingkungan 23 hingga 25 tahun. Selepas umur 25 tahun ke atas, kebanyakan daripada mereka tidak mampu lagi beraksi sepertimana di awal karier mereka. Rata-rata yang bermain bersama skuad kebangsaan yang memenangi Piala AFF 2010 (K. Rajagopal sebagai ketua jurulatih) adalah pemain-pemain yang berumur 25 tahun ke bawah (kecuali Razman Roslan, Safee Sali, dan Amri Yahyah) manakala kejuaraan Sukan SEA yang dimenangi 2 kali berturut-turut pada tahun 2009 (juga dilatih oleh Datuk K. Rajagopal) dan 2011 (dilatih oleh Ong Kim Swee) pula diwakili oleh para pemain yang berumur di bawah 23 tahun.

Satu pengecualian: Gaya permainan Amri Yahyah yang licik serta
lincah sentiasa ditagih oleh para peminat bolasepak tempatan
adalah salah satu contoh bahawa kuda tua masih berbisa.

Kini, majoriti pemain senior kebangsaan tersebut sudah mula menghampiri tahun-tahun akhir kemuncak prestasi mereka yakni dengan melepasi paras umur yang disebutkan sebelum ini. Oleh itu, sebagai persiapan jangka masa pendek, skuad Harimau Muda A (bawah-23), B (bawah-19), malah C dan D (seperti yang dicadangkan oleh Shebby Singh) sudah mula dibentuk bagi menggantikan skuad senior walaupun skuad senior sendiri pun masih belum benar-benar matang dengan sepenuhnya. Sayang sekali apabila pemain-pemain veteran serta berpengalaman seperti Hairuddin Omar, Shukor Adan, Irwan Fadzli Idrus, Indra Putra Mahayuddin mahupun Akmal Rizal Rakhli yang masing-masing berumur awal 30-an nampaknya tidak lagi mendapat tempat atau peluang untuk menabur bakti kepada negara selepas ini meskipun belum bersara.

Adakah semua ini hanya sangkaan semata-mata? Sebenarnya, anggapan yang pelbagai ini terutamanya yang negatif adalah perkara-perkara yang boleh diperbaiki dan ditambah baik. Walaupun skuad negara telah terlepas peluang untuk beraksi di dalam Sukan Olimpik 2012 di London dan Piala Dunia 2014 Brazil, harapan masih lagi ada untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2015 yang akan diadakan di Australia. Maka, jangan disebabkan oleh kekalahan 0-2 kepada Qatar di tempat lawan dalam perlawanan kelayakan pertama yang lalu itu membolehkan pasukan kebangsaan dikutuk, dikeji, serta dicaci dengan sewenang-wenangnya. Ini bukan masanya untuk terlalu teruja (untuk terus menjadi juara tanpa berusaha dengan bersungguh-sungguh) apatah lagi mengibarkan bendera putih kepada pihak lawan. Harus disedari bahawa hasil usaha hanya boleh dicapai setelah perancangan yang rapi dilaksanakan dengan penuh kesabaran dan ketelitian. Pengorbanan dari segi masa, wang, dan juga tenaga sudah tentu diperlukan dan sudah pasti jugalah bukan dalam jumlah yang kecil atau sedikit.


Untuk jangka masa pendek, pihak-pihak yang terlibat dengan arena bolasepak negara perlu meneruskan apa sahaja yang sedang berlangsung pada ketika ini (seperti Liga Malaysia umpamanya). 'Marahkan nyamuk, kelambu dibakar' tidak menguntungkan sesiapa malah merugikan sahaja. Jikalau boleh (dan sepatutnya memang boleh), Pesta Bola Merdeka dihidupkan semula dan dianjurkan secara konsisten. Cuma untuk jangka masa sederhana, beberapa sasaran perlu ditetapkan agar kesinambungan pembangunan dan kemajuan bolasepak negara terus mara. Antara yang boleh dijadikan sebagai sasaran jangka masa sederhana adalah seperti memastikan skuad negara sekurang-kurangnya mampu melangkah sehingga ke peringkat akhir dengan segala persiapan ketika kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia (atau Piala Dunia 2022 Qatar) nanti. Selain itu, Piala AFF (pasukan senior) dan Sukan SEA (pasukan kebangsaan bawah-23) juga hendaklah terus dijadikan sebagai sandaran untuk membawa pulang kejuaraan demi kejuaraan yang sentiasa dihasratkan oleh seluruh rakyat berbilang kaum yang mahu martabat negara dijulang tinggi.

Seterusnya, peningkatan yang lebih menyeluruh dan komprehensif pula akan ditumpukan kepada perancangan jangka masa panjang. Perancangan jangka masa yang panjang secara logiknya memerlukan semua pasukan negeri untuk bersaing di dalam sebuah liga profesional serta tersusun tanpa perlu lagi risau akan masalah kewangan yang tidak menentu atau membimbangkan seperti yang dihadapi pada waktu ini. Suatu skim kewangan perlu diatur oleh pihak pengurusan FAM dan MSL dengan kadar segera bagi mengatasi masalah yang semakin lama semakin meruncing ini. Pemain-pemain tempatan pula amat diharapkan untuk mampu menonjolkan diri secara konsisten sebagai pemain utama bagi pasukan negeri masing-masing, tidak kiralah samada sebagai penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah, mahupun penyerang, dan tidak lagi hanya berada di bangku simpanan serta melihat sahaja kelibat para pemain import (yang kebanyakannya tak segah mana pun) berada di atas padang.

Ashri Chuchu, pemain sayap yang berasal dari Sarawak
ini berpotensi besar untuk menggalas tugas sebagai
penyambung legasi pemain-pemain hebat negara.

Sudah tiba masanya untuk para pemain kebangsaan yang menjadi tunjang kepada skuad negara seperti Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, dan Norshahrul Idlan Talaha (ketiga-tiga, Darul Takzim FC), serta pemain-pemain lain yang ingin berjasa kepada tanahair yang tercinta ini mengambil setiap peluang yang tiba dengan sebaik-baiknya. Ini kerana peluang yang ada itu sangatlah terhad dan sekiranya terlepas, tidak akan kembali lagi. Mungkin pemain-pemain seperti Fauzi Roslan (Pahang) dan Norazlan Razali (Selangor) belum mempunyai reputasi yang hebat tetapi jika prestasi yang cemerlang boleh diterjemahkan juga dengan baik ke peringkat tertinggi, tiada apa yang mustahil. Masa juga sudah tiba untuk pemain-pemain bintang muda negara seperti Nazmi Faiz Mansor, Rozaimi Abdul Rahman, Irfan Fazail, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Zakaria, Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim, Izham Tarmizi, Zamir Selamat, Gary Steven Robbat, A. Thamil Arasu, Ashri Chuchu, dan Ahmad Hazwan Bakri untuk mempamerkan kehebatan bukan lagi secara individu tetapi sebagai sebuah pasukan (skuad kebangsaan) yang tetap berdiri teguh dalam usaha mencipta sejarah yang gemilang.

Friday, February 8, 2013

MALAYSIA: Skuad kebangsaan 2013/2014

Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia

Kesebelasan utama:
1. Khairul Fahmi Che Mat - GK
2. Mahalli Jasuli - DR
3. Asraruddin Putra Omar - DL
4. S. Subramaniam - DC
5. Aidil Zafuan Abdul Radzak (Captain) - SW
6. Safiq Rahim (Vice Captain) - DM
7. Yong Kuong Yong - MR
8. Nazmi Faiz Mansor - MC
9. Norshahrul Idlan Talaha - ST
10. Rozaimi Abdul Rahman - FW
11. Ashri Chuchu - ML

Pemain-pemain simpanan:
12. Sabre Mat Abu - DR/DL
13. Azmi Muslim - DL
14. Bunyamin Umar - DC/DM
15. Fadhli Shas - DC
16. Baddrol Bakhtiar - MR/ML/MC
17. Amirulhadi Zainal - MR/MC
18. Ashaari Shamsuddin - ML/MC/FW
19. Zaquan Adha Abdul Radzak - MR/ST
20. Khyril Muhymeen Zambri - MR/ML/ST
21. S. Kunanlan - DR/ML
22. Farizal Marlias - GK


Kelompok pemain kebangsaan:
GK - Khairul Azhan Khalid / Sharbinee Allawee Ramli / Izham Tarmizi Roslan / Zamir Selamat / Syed Adney Syed Hussein / Farizal Harun / Norazlan Razali / Nasrill Nourdin / Mohd Iqbal Suhaimi / Abdul Hadi Abdul Hamid / K. Sasi Kumar / Mohd Farhan Abu Bakar / Ahmad Syihan Hazmi Mohamed / Mohd Ramadhan Abdul Hamid / Haziq Nadzli

DR - Nik Shahrul Azim Abdul Halim / Nasriq Bahrom / K. Reuben / Mazlizam Mohamad / Matthew Thomas Davies* / Dion Cools*

DL - Zubir Azmi / Fandi Othman / Mohd Affize Faisal Mamat / Muhaimin Omar / Nazirul Naim Che Hashim / Muhammad Fazly Mazlan / Khair Muhammad Jefri Jones*

DC - Chun Keng Hong / Muslim Ahmad / Ahmad Azlan Zainal / Shahrul Saad / Muhd Ariff Zulkifly / Nicholas Chan* / Tadashi Takeda* / Dominic Tan Jun Jin* / Redzuan Suhaidi

SW - Faizal Muhammad / Amer Saidin / Amirizwan Taj Tajuddin / Mohd Zaiza Zainal Abidin / Mohd Afif Amiruddin

MC - Mohd Hafiz Kamal / Amar Rohidan / Irfan Fazail / Ismail Faruqi Asha'ri / Mohd Faizal Abu Bakar / Titus James Palani* / Mohd Syahid Zaidon / D. Saarvindran / Muhammad Nurridzuan Abu Hassan / Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa / Nizad Ayub / See Kok Luen / Hadin Azman / Adam Nor Azlin / Michael Lee*

MR - S. Chanturu / Wan Zack Haikal Wan Nor / Shahurain Abu Samah / Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham / Tam Sheang Tsung* / D. Christie Jayaseelan / Ahmad Syamim Yahya / Syazwan Zainon

DM - Shakir Shaari / Gary Steven Robbat / K.Gurusamy / Abdul Shukur Jusoh / Junior Eldstal / Brendan Gan* / Mohd Nasir Basharuddin

ST - Farderin Kadir / Syahrul Azwari Ibrahim / Abdul Hadi Yahya / Ahmad Hazwan Bakri / Muhamad Zamri Chin Xiang Pei / Azrul Ahmad / Muhammad Shafiq Jamal / A. Thamil Arasu / Razali Umar Kandasamy / Stanley Bernard Stephen Samuel / Bobby Gonzales / Afiq Azmi / Sean Gan Giannelli* / Muhd Jafri Muhd Firdaus Chew / Mohd Faisal Abdul Halim / Darren Lok Yee Deng*

FW - Ahmad Fakri Saarani / Ahmad Shakir Mohd Ali / Izzaq Faris Ramlan / Samransak Kram / Fauzi Roslan / Abdul Manaf Mamat / Shahrizal Saad / Ahmad Aminuddin Shaharuddin / Haziq Zikri Elias / Mohd Ferris Danial Mat Nasir / Najmuddin Samat / S. Kumaahran / Kogileswaran Raj

ML - Azamuddin Md Akil / Wan Zaharulnizam Zakaria / Venice Elphi ak Dannykaya / Mohd Fitri Omar / Mohd Faiz Subri / Muhd Izwan Salahuddin / Nazrin Nawi / R. Gopinathan / Muhd Safawi Rasid / Muhammad Farhan Roslan


Formasi:

4-4-2 (Normal)

4-5-1 / 4-4-1-1 (Dynamic A)

4-5-1 / 4-1-4-1 (Dynamic B)

4-5-1 / 4-2-3-1 (Dynamic C)

4-5-1 (Dynamic D)

4-3-3 (Attacking)

5-4-1 (Defensive)

Kemeriahan Liga-M tahun 90-an

Merzagua Abderrazak (kiri), awang import yang menjadi
ayam tambatan pasukan Pulau Pinang tahun 90-an.

Semasa zaman kegemilangan Liga Malaysia (Liga-M atau M-League) iaitu pada era 1990-an, prestasi skuad kebangsaan pula berada dalam zaman kejatuhan. Pada ketika itu, Liga-M agak mewah dan amat popular apabila mempunyai syarikat rokok Dunhill sebagai penaja utama sehinggakan timbul tuduhan daripada beberapa pihak yang mendakwa para pemain tempatan lebih mengutamakan pasukan negeri masing-masing daripada mewakili pasukan kebangsaan. Ini adalah kerana bayaran yang diterima oleh mereka lebih tinggi dengan hanya bermain dalam liga berbanding beraksi bersama skuad negara.

Malangnya, zaman kegemilangan Liga-M tersebut juga turut diselubungi dengan kemelut-kemelut yang amat mendukacitakan. Antaranya seperti kes rasuah tahun 1994 yang melibatkan ramai pemain dan juga para pegawai, dan tiga tahun kemudian, skuad kebangsaan senior dibubarkan (skuad remaja 'Olimpik 2000' mengambil alih peranan skuad senior) secara terburu-buru oleh FAM setelah kekalahan yang mengejutkan apabila tewas 0-1 kepada pasukan kerdil Laos semasa Sukan SEA Jakarta 1997. Masalah disiplin para pemain yang tak kunjung sudah dan pelbagai kontroversi yang lain pula terus berlarutan sehinggalah ke masa kini.

Pasukan kebangsaan menentang Arsenal dalam perlawanan pertunjukan.
(sumber gambar: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/19hb-mei-1999-malaysia-xi-lawan-arsenal.html)

Skuad kebangsaan pada waktu itu memang sedang berada dalam zaman kejatuhan memandangkan kali terakhir skuad kebangsaan memenangi sebarang kejuaraan antarabangsa adalah pada tahun 1989 iaitu semasa kejohanan Sukan SEA di Kuala Lumpur. Pertandingan Pesta Bola Merdeka (yang merupakan salah satu pertandingan paling tua di Asia) pula tidak diberi perhatian yang serius secara berterusan, berbeza dengan tujuan asal pertandingan tersebut diadakan. Namun begitu, di sebalik zaman kejatuhan itu skuad kebangsaan masih berupaya mara ke final Piala Tiger (kini Piala AFF) pada tahun 1996 walaupun tumpas di tangan pasukan gergasi Asia Tenggara, Thailand.

Liga-M pada era 90-an boleh dikatakan sebagai zaman kegemilangan kerana beberapa sebab. Salah satu sebab adalah kerana pada waktu itu lebih ramai rakyat Malaysia yang menonton perlawanan Liga-M samada di stadium ataupun melalui peti televisyen berbanding perlawanan liga-liga luar negara. Pada waktu itu, pendedahan liga-liga luar negara tidaklah seluas sekarang ini sehinggalah kemunculan Internet dan terutamanya tv satelit yang dipelopori Astro yang mengakibatkan liga-liga luar seperti English Premier League (England), Serie A (Itali), Bundesliga (Jerman), Ligue 1 (Perancis), Brasileirao (Brazil), Primera Division (Argentina), Eredivisie (Belanda), dan La Liga (Sepanyol) kian mendapat sambutan. Selain itu, Liga-M semasa zaman kegemilangannya itu juga adalah lebih disukai malah lebih glamor di kalangan pemain-pemain import di kala liga-liga seperti J.League (Jepun), K-League (Korea Selatan), Chinese Super League (China), dan A-League (Australia) pun kelihatan terkebelakang. Begitulah hebatnya Liga-M pada suatu ketika dahulu sehinggakan turut dimasukkan ke dalam permainan video komputer FIFA: Road to World Cup 98 ciptaan EA Sports.

Pasukan Malaysia dan Liga-M terdapat di dalam permainan video ini.

Pemain-pemain tempatan yang hebat adalah seperti Azman Adnan, Rusdi Suparman, Khairul Azman Mohamed, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Zami Mohd Noor, K. Sanbagamaran, Yap Wai Loon, Nazri Yunus, Ibrahim Mantali, Rizal Sukiman, Azmil Azali, Idris Abdul Karim, B. Rajinikandh, Anuar Jusoh, Wan Rohaimi Wan Ismail, Azlisham Ibrahim, Azmin Azram Abdul Aziz, Ahmad Shahrudin Rosdi, Yusri Che Lah, Ahmad Shahrul Azahar Sofian, Moey Kok Hong, Ooi Hoe Guan, Ng Kok Heng, Syamsul Saad, Roslan Hamid, Sapian Abdul Wahid, Mazlan Abdul Wahid, Ramos Sari, Ramles Sari, Bobby Pian, Mohd Ali Sapiee, Bobby Chua, Harun Laban, Andrew Laban, Abdul Ghani Malek, Adrien Jurad Chamrong, Hashim Mustapha, Radhi Md Din, Rusdee Sulong, Suharmin Yusof, Che Zambil Ahmad, Azmi Mohammad, Shamsurin Abdul Rahman, Nidzam Adzha Yusof, Lim Chan Yew, Shahrulnizam Sahat, Jalaluddin Jaafar, Azizol Kamaluddin, Mudzar Mohamad, V. Murugan, Halim Napi, Khairul Anuar Baharom, A. Geneson, Faizal Zainal, Khairil Zainal, Rezal Zambery Yahya, Mohd Farid Dewan, Efendi Abdul Malek, V. Thinagaran, G. Shanmugam, R. Suresh Kumar, Fauzi Soh, Fauzzi Kassim, Manzoor Azwira Abdul Wahid, Shahrin Abdul Majid, Annuar Abu Bakar, Nazzab Hidzan, Asmawi Bakiri, Shahril Arsat, Azrul Amri Burhan, Rosdi Talib, Julius Ating, Burhan Ajui, Madzalan Emoi, dan ramai lagi.

Mereka sama-sama berentap dengan pemain-pemain import yang tidak kurang hebatnya seperti Scott Ollerenshaw, Brian Bothwell, Stephen Keshi, Fandi Ahmad, Abbas Saad, Merzagua Abderrazak, Kiatisuk Senamuang, Worawoot Srimaka, Zsolt Bucs, Vyatcheslav Melnikov, Alexander Freeman, Seidu Issifu, Alistair Edwards, dan lain-lain. Kini, kenangannya hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Duniabolasepak.blogspot.com hanya setakat mengimbau kembali kenangan tersebut.

Azman Adnan semasa beraksi bersama Selangor.

Pemain-pemain tersebut kebanyakannya sudah pun menggantungkan but mereka dan hanya segelintir sahaja yang terus berbakti kepada sukan bolasepak melalui kejurulatihan atau sebagai pengulas sukan pula. Itulah lumrah bolasepak, para pemain akan silih berganti. Berbeza dengan keadaan para jurulatih, yang mana masih ramai yang terus menyambung kerjaya mereka sehingga bertahun-tahun lamanya. Sebab itulah nama-nama terbilang seperti M. Karathu, Irfan Bakti Abu Salim, Abdul Rahman Ibrahim, Wan Jamak Wan Hassan, Mat Zan Md Aris, Norizan Bakar, Yunus Alif, Abdul Jalil Ramli, serta beberapa nama lain masih lagi kedengaran dalam arena bolasepak negara.

Memori pahit manis era 90-an sewajarnya menjadi contoh tauladan bagi pihak pentadbiran bolasepak peringkat kebangsaan masa kini agar peningkatan serta penambahbaikan boleh dilakukan dari masa ke semasa. Pengajaran yang berguna adalah dengan mengambil iktibar daripada kesilapan masa lampau dan segala yang positif harus diberi perhatian untuk diusahakan demi masa hadapan. Sebaik-baiknya seluruh warga bolasepak perlulah memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab supaya kegemilangan boleh dicapai kembali bukan sahaja untuk Liga-M, tetapi yang lebih penting lagi adalah untuk simbol perpaduan rakyat Malaysia iaitu pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia, skuad 'Harimau Malaya'.

Sejarah dalam pembikinan

Pemain lagenda dari Brazil iaitu Pele telah memenangi Piala Dunia sebanyak 3 kali dan kali pertama beliau memenanginya adalah sewaktu berumur 17 tahun. Seorang lagi lagenda bernama Diego Maradona dari Argentina pula memenangi Piala Dunia 1986 dan beliau paling diingati selepas menggelecek lalu menjaringkan gol yang amat menakjubkan ketika dalam perlawanan suku akhir yang menewaskan England. Pemain yang terkenal dengan konsep 'Total Football' iaitu Johan Cruyff dari Belanda pula hampir-hampir memenangi Piala Dunia 1974 apabila mempamerkan corak permainan yang sangat menarik tetapi hanya tumpas dalam perlawanan akhir kepada pasukan Jerman yang diketuai oleh perintis posisi 'libero' iaitu Franz Beckenbauer. Di sebalik pencapaian pemain-pemain ini di peringkat antarabangsa, mereka turut menyumbangkan khidmat bakti mereka dengan cemerlang kepada pasukan kelab masing-masing. Pele bersama Santos, Diego Maradona dengan Boca Juniors, Johan Cruyff untuk Ajax Amsterdam, manakala Franz Beckenbauer di Bayern Munich. Cruyff dan Maradona pernah menyarung jersi Barcelona tetapi Maradona mungkin lebih diingati ketika berada di Napoli.

Pele semasa zaman mudanya.

Menjelang Piala Dunia 2014 yang akan diadakan di Brazil (merupakan satu-satunya negara yang pernah memenangi Piala Dunia sebanyak 5 kali), tuan rumah sudah pasti mengharapkan pemain bintang sensasi mereka iaitu Neymar (dari bekas kelab Pele, yakni Santos) untuk menghadirkan kejuaraan buat kali keenam bagi mereka. Namun begitu, pemain terhebat dunia pada ketika ini iaitu Lionel Messi yang bermain dengan kelab Barcelona juga disandarkan serta diletakkan harapan untuk memenangi Piala Dunia buat negaranya Argentina. Messi di samping rakan-rakannya seperti Carlos Tevez, dan Sergio 'Kun' Aguero, dijangka boleh menjadi juara dunia bersama Argentina walaupun berdepan dengan tugas getir di negara tuan rumah Brazil yang juga saingan kuat negaranya. Samada beliau dapat memenangi Piala Dunia pada tahun 2014, 2018, 2022, atau langsung tidak dapat memenanginya, Leo Messi sudah pun terpahat namanya sebagai salah seorang pemain lagenda dalam sejarah bolasepak dengan rekod-rekod serta kemenangan yang sudah pun diperolehinya. Harus diingat bahawa sukan bolasepak bukannya permainan secara individu, bolasepak dimainkan secara berpasukan.

Tonggak pasukan Argentina: Messi, Tevez, & Aguero

Setakat ini, hanya 8 buah negara yang pernah memenangi Piala Dunia. Negara-negara tersebut ialah Brazil, Itali, Jerman, Argentina, Uruguay, Sepanyol, Perancis, dan England. Biasanya hanya negara-negara ini sahaja yang menjadi pilihan setiap kali tibanya Piala Dunia dan sukar bagi negara-negara lain untuk membuat kejutan apatah lagi menjadi johan. Mungkin negara-negara seperti Belanda dan Portugal sahaja yang boleh mencabar serta menjadi pemenang yang seterusnya tetapi kebarangkalian adalah sangat tipis bagi negara-negara lain. Sebagai contoh, sebuah negara seperti Malaysia yang tidak pernah sekali pun layak ke Piala Dunia memang langsung tidak menjadi pilihan untuk memenangi Piala Dunia yang diadakan 4 kali setahun itu. Walau bagaimanapun, perkara tersebut adalah tidak mustahil sekiranya Malaysia layak ke Piala Dunia terlebih dahulu. Tidak kiralah samada layak secara merit atau sebagai tuan rumah, Malaysia mempunyai peluang, sama seperti negara-negara lain.

Memenangi Piala Dunia adalah tugas yang sangat berat jika
diletakkan atas bahu seorang sahaja, walaupun penyandang
'Pemain Terbaik Dunia' seperti Cristiano Ronaldo dari Portugal.

Negara Belgium yang pernah layak beberapa kali ke Piala Dunia tetapi belum pernah memenanginya turut disebut-sebut sebagai calon juara dalam masa terdekat ini. Ini adalah berdasarkan pemain-pemain muda mereka yang dikategorikan sebagai 'wonderkids' kini telah mula menjadi sebutan serta bualan orang ramai. Pemain-pemain seperti Vincent Kompany, Thibaut Courtois, Simon Mignolet, Thomas Vermaelen, Jan Vertonghen, Toby Alderweireld, Steven Defour, Axel Witsel, Maroune Fellaini, Radja Nainggolan, Nacer Chadli, Dries Mertens, Kevin Mirallas, Moussa Dembele, Kevin De Bruyne, Yassine El Ghanassy*, Adnan Januzaj, Romelu Lukaku, Christian Benteke, dan tidak ketinggalan juga Eden Hazard adalah pemain-pemain yang hebat belaka tetapi mampukah mereka menjadi juara sebagai sebuah pasukan? Semua itu bergantung kepada takdir. Usaha dan tuah ada peranannya dalam penentuan takdir tersebut memandangkan sejarah yang lalu akan membentuk sejarah yang bakal tercipta. Apa yang dilakukan pada waktu ini mewarnai apa yang akan terjadi kelak. Kita mungkin belum tahu buat masa ini, tetapi Tuhanlah yang Maha Mengetahui.

Boleh dikatakan semua tahu bahawa untuk menjadi juara bukanlah sesuatu yang mudah. Menjadi juara merupakan satu pencapaian yang amat dibanggakan namun ia bukanlah satu pengakhiran. Ia adalah suatu permulaan. Keinginan untuk menjadi juara itu bukanlah satu-satunya yang paling penting kerana terdapat lagi beberapa perkara yang lebih penting daripada itu. Semangat juang, semangat kesukanan, dan pengorbanan, adalah antara beberapa perkara yang lebih penting daripada menjadi juara semata-mata. Siapa tahu, mungkin sebuah negara yang bukan pilihan boleh sahaja muncul juara dalam edisi Piala Dunia yang berikutnya. Perkara tersebut boleh terjadi cuma masa sahaja yang belum diketahui. Tak mungkin ada yang tahu tentang masa hadapan kecuali Tuhan yang satu. Maka, buat masa ini ramailah yang bercita-cita untuk cuba merealisasikan impian untuk bergelar juara Piala Dunia pada satu hari nanti. Namun, hanya yang benar-benar juara sahaja yang bakal ditabalkan sebagai juara.