Pada kali ini, duniabolasepak.blogspot.com ingin mengimbas semula salah satu era yang telah disebutkan tadi dengan harapan dapat membangkitkan semula semangat "Malaysia Boleh!". Era yang dimaksudkan adalah 'Era Akmal Rizal'. Dalam era tersebut, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan rakan-rakannya sedang berada di kemuncak prestasi. Namun, sungguh sayang sekali apabila generasi yang mempunyai potensi yang sangat besar gagal direalisasikan dengan sebaik-baiknya malah dikecewakan pula oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab. Walaupun mereka tidak berjaya menjuarai sebarang kejayaan (pencapaian yang tertinggi sebahagian daripada mereka adalah sewaktu Sukan SEA 2001 apabila sekadar memperoleh pingat perak di Kuala Lumpur), kelompok yang diketuai oleh penyerang handalan Akmal Rizal ini sebenarnya telah membuka jalan bagi generasi yang berikutnya terutama sekali bagi skuad negara yang memenangi Piala AFF pada tahun 2010. Hasil daripada perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman mereka, pemain-pemain selepas mereka telah mempelajari banyak perkara. Bukan itu sahaja, sikap profesionalisme mereka secara umumnya turut menjadi contoh ikutan sehinggakan masih ada di antara mereka yang masih menabur bakti di arena bolasepak negara.
Berikut disenaraikan kesebelasan pemain 'Era Akmal Rizal':
1. Penjaga gol
| Mohd Syamsuri Mustafa |
2. Bek kanan
| Subri Sulong |
3. Bek kiri
| Irwan Fadzli Idrus |
4. Bek tengah
| Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain |
5. Pertahanan tengah
| Mohd Norhafiz Zamani Misbah |
6. Pemain tengah
| Nanthakumar Kaliappan |
7. Sayap kanan
| Liew Kit Kong |
8. Perancang tengah
| Muhammad Shukor Adan |
9. Penyerang utama
| Akmal Rizal Ahmad Rakhli |
10. Pemain depan
| Hairuddin Omar |
11. Sayap kiri
| Indra Putra Mahayuddin |
Formasi: (4-5-1 / 4-2-3-1)
![]() |
| Akmal Rizal +10 |



No comments:
Post a Comment