Sunday, May 6, 2018
DBS menyambut ulang tahun yang ke-10
Pejam celik, pejam celik sudah pun sedekad DBS (duniabolasepak.blogspot.my) berada dalam bidang penulisan blog bolasepak. Setakat yang termampu, kami telah dan masih lagi cuba berusaha dengan sedaya upaya untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Harimau Malaya. Malah, jikalau boleh, kami juga mahu membantu meningkatkan lagi mutu bolasepak tanahair yang tercinta ini yakni negara Malaysia hingga sampai ke persada dunia.
Walaupun ikhtiar kami melalui warkah yang digarap di laman web log sedasawarsa ini tidaklah seberapa, kami tetap bersyukur dan juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang sudi memberikan bantuan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi selama ini.
Bagi menghargai segala jasa pengorbanan yang telah diberikan, DBS dengan sukacitanya ingin melancarkan sebuah laman web tambahan yang terbaru dalam Bahasa Inggeris iaitu Dunia Bolasepak 2.0.
Laman DBS yang diwujudkan khas sempena ulangtahun yang kesepuluh iaitu Jubli Timah ini boleh dilayari di:
https://duniabolasepak.wixsite.com/malaya
di samping satu lagi laman web baharu yang telah pun beroperasi sebelum ini iaitu:
https://duniabolasepak.wixsite.com/malaysia
Sekali lagi, terima kasih diucapkan.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment