Di penghujung abad ke-20, sekitar tahun 1990-an, nama Johor FC seringkali beriringan dengan NS Chempaka. Kedua-duanya dianggap sebagai antara perintis yang terawal bagi pasukan kategori kelab yang muncul di tengah-tengah segerombolan kuasa bertaraf negeri dalam arena bolasepak tertinggi peringkat kebangsaan. Sebelumnya, pasukan-pasukan kelab lazimnya cuma dapat beraksi dalam Piala FAM sahaja dan selalu dipandang enteng apabila dijadualkan untuk bertemu dengan pasukan negeri. Tiada sokongan yang besar, samada dari segi kewangan mahupun penonton, yang ada hanyalah jumlah sama 11 orang pemain setiap kali bermain di atas padang.
Namun begitu, memasuki alaf baru abad ke-21, perlahan-lahan status quo mulai berubah. Meskipun tiada lagi NS Chempaka semenjak musim 2003, lihat sahajalah perjalanan Johor FC yang mencipta nama dengan imej baharu mereka. Sebagai kelab kedua yang pernah menggapai kejohanan berprestij Piala Malaysia selepas Selangor MPPJ FC (bukan PJ City), Johor Darul Ta'zim FC (JDT) kini sudah mula mengintai kejuaraan berturut-turut Liga Super yang ke-10 pula. Kisah tersebut sememangnya amat mengagumkan, tetapi di sebalik itu ada pula sisi kurang senang yang dihadapi oleh para pesaingnya.
Dimulakan dengan Johor FA sebagai pasukan induk yang asal bagi negeri Johor, namun tidak semena-mena telah bertukar menjadi skuad kedua buat penyokong Johor. Selepas Liga Premier yang baru dimenangi JDT II ditiadakan bagi musim 2023, ke mana mereka akan membawa diri? Tidak mengapalah, mungkin ini adalah suatu bentuk pengorbanan yang harus dilakukan bagi mengecapi kejayaan yang diidam-idamkan. Itu adalah kesan secara langsung, secara tidak langsung apa pula kesannya? Rasanya terlalu sukar untuk menuding jari bahawa terdapat satu pihak sahaja yang bersalah sedangkan yang ingin dituding itu tidak ada kena-mengena pun.
Perlis Northern Lions hilang daripada pandangan itu bukankah salah sendiri? Tetap mahu salahkan orang lain jugakah? Kini, nampaknya Melaka United (bakal jadi Harimau Melaka) dan barangkali Sarawak "Selangor" United turut berdepan dengan masalah yang hampir sama. 4 pasukan negeri sudah tumbang. Yang tinggal sekarang ialah Sabah, Kedah, Penang, Perak, Selangor, KL, Nogoghi Sombilan, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, dengan wakil kelab swastanya yang masing-masing. Harapnya oghe Kelate tidaklah keliru antara TRW Kelantan dengan Kelantan United (MPKB-BRI UBeS FC), walaupun warna bendera seakan-akan sama dan nama pun nak dekat-dekat sama. Belum sempat lagi Putrajaya dan Labuan hendak bersaing, siapa pula mangsa kezaliman sendiri yang seterusnya?
Selangkah demi selangkah, ke hadapan atau ke belakang? |
Perlawanan Sumbangsih / Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2023
• JDT lwn. Selangor / Terengganu, Stadium Sultan Ibrahim Larkin (Iskandar Puteri, Johor)
Liga Super 2023
- JDT [Liga Juara-juara AFC]
- Terengganu [Piala AFC]
- Sabah [Piala AFC]
- Negeri Sembilan
- Selangor
- Kuala Lumpur City
- Sri Pahang
- Kedah Darul Aman
PJ City/Shah Alam City- Penang
- Kelantan
- Kuching City
- Kelantan United
- PDRM
UiTM- Perak
Melaka UnitedSarawak United
Liga Simpanan (B-23) / Piala MFL 2023
- JDT II
- Terengganu II
- Sabah B23
- Negeri Sembilan B23
- Selangor 2
- Kuala Lumpur City Extension
- Sri Pahang B23
- Sang Kenari B
- Penang B23
- Kelantan B23
- Kuching City B23
- Kelantan United B23
- PDRM B23
- Perak II
- Projek FAM-MSN
Liga M3 2023
- Armed Forces
- Imigresen
- Ultimate (Naga Ultimate KS)
Kinabalu Jaguar- KSR SAINS (SAINS)
- Manjung City
- Malaysian University (Malaysia University)
- Perlis United
- Harini KS (Harini Selangor FT)
- BRM (Kuala Kangsar BRM)
Respect- KL Rovers
- PIB (PIB Shah Alam)
- Bukit Tambun
- Harimau Melaka (Melaka FC)
- Kenyalang Emas (Sarawak United FC)
Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) 2023
- ATM
- Kedah
- Kelantan
- KPT-PST Mustangs
- KSMR Kangar
- Pulau Pinang
- Pahang Rangers FC
- PDRM FC
- Terengganu
- Johor Darul Ta'zim
- KL City FC
- Kuala Lumpur
- Negeri Sembilan
- Sabah
- PFA Odin Sarawak
- Shah Alam City
- Selangor MAC
- Selangor TOT United
#PialaMalaysia102tahun
#PestaBolaMerdeka66tahun
No comments:
Post a Comment