Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)

Friday, February 21, 2020

Semangat kenegerian masih menebal?

Rakyat Malaysia semenjak berdekad-dekad dahulu telah membayangkan bagaimana rupanya tahun 2020. Apabila masuknya tahun 2020 pada 1 Januari yang lepas, adakah ianya seperti yang dibayangkan? Adakah ianya sama atau serupa? Secara jujur, perubahan-perubahan yang berlaku ada yang menepati sasaran tetapi kebanyakannya samada meleset ataupun melangkaui jangkaan. Mengapa jadi begitu?

Ia jadi begitu memandangkan tiada siapa di atas muka Bumi ini yang tahu dengan tepat tentang masa hadapan. Beberapa pihak mungkin cuba untuk meneka atau membuat ramalan namun harapan agar setiap perubahan berubah daripada buruk kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik tidak selalunya tercapai. Ketahuilah bahawa tercapai atau tidak tercapainya sesuatu itu bergantung kepada ketentuan Ilahi yang mencipta seluruh alam. Allah itu Tuhan yang Maha Adil.

Sempadan-sempadan rekaan manusia.
(kredit: pikpng.com)

Siapa sangka mantan Perdana Menteri Malaysia keempat kini juga adalah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh? Menara Berkembar Petronas apabila siap dibina pada tahun 1998 pernah menjadi bangunan yang tertinggi di dunia, tetapi sekarang ini berada jauh di belakang 18 bangunan yang lain meskipun masih lagi memegang rekod sebagai menara berkembar yang paling tinggi. Stadium Nasional Bukit Jalil pula adalah antara stadium yang terbesar di dunia tetapi apa jadi kepada stadium keramat Stadium Merdeka?

Malaysia dalam dunia bolasepak sedihnya masih belum layak ke Piala Dunia dan belum juga menjuarai Piala Asia. Cuma, syukurlah sekurang-kurangnya pernah juga menjadi johan Asia Tenggara pada 2010 yang lalu. Melihat kepada pentas Liga-M, pasukan-pasukan negeri nampaknya semakin hilang kawalan apabila sebuah kelab yang sebelum ini dikenali sebagai Johor FC telah ditransformasi menjadi pasukan yang sangat dominan. Mujurlah Piala Malaysia tetap kekal sebagai kejohanan tanahair yang paling berprestij, ia masih wujud dan belum pupus.

Transisi Johor Darul Ta'zim FC yang asalnya ditubuhkan sebagai PKENJ (JCorp) FC benar-benar telah mengubah landskap bolasepak negara. Jikalau dahulu Selangor dan seteru utamanya Singapura seringkali membolot kejuaraan demi kejuaraan, malah adakalanya tahun demi tahun, kini giliran JDT FC pula yang melonjak naik sehingga buat masa ini tahapnya terlalu tinggi untuk dicapai oleh mana-mana pasukan tempatan yang lain. Mana tidaknya, selepas Kejohanan Kelab Asia bertukar menjadi Liga Juara-juara AFC, hanya JDT yang sedang menempa nama.

Bersekutu bertambah mutu.
(kredit: wikidata.org)

Berikutan kejayaan mereka memenangi Piala AFC tahun 2015, tiada siapa lagi yang boleh mempertikaikan kehebatan yang diraih bahkan turut menyebabkan pasukan asal yang mewakili negeri Johor iaitu Johor FA dengan sewenang-wenangnya dilupakan begitu sahaja. Apabila pasukan-pasukan kelab dibolehkan menyertai Piala Malaysia bermula tahun 2000, di samping timbulnya MPPJ FC pada 2003 sebagai juara yang pertama bukan daripada kalangan persatuan-persatuan negeri, tanda-tanda awal sememangnya telah lama muncul.

Tanda-tanda yang jelas lagi terang bahawa ruang serta peluang yang dibuka kepada pasukan-pasukan kelab sejak mula lagi telah mengeluarkan isyarat. Isyarat bahawa ombak perubahan mulai datang. Sayang seribu kali sayang, isyarat tersebut tidak diendahkan oleh banyak pihak. Hanya apabila ombak besar itu telah datang, barulah disedari bahawa ombak tersebut bukan sekadar ombak biasa tetapi tsunami yang tidak diduga mahupun terbayang boleh terjadi. Samada sudah disangka atau tidak, tsunami terhadap bolasepak Malaysia sudah pun membadai.


Wednesday, February 19, 2020

Sifat-sifat sebagaimana yang sewajarnya

Mengapa perlu ada mentaliti konsumer yang melampau? Hanya mahu membeli dan tidak mahu pula menjual. Perniagaan itu jual beli. Ada jual dan ada beli. Ada beli dan ada jual. Kalau membeli sahaja tanpa menjual, jangan pelik kenapa duit selalu tidak cukup atau cepat habis. Ya, memang ada yang makan gaji tetapi kalau semua makan gaji, siapa yang hendak berniaga? Yang makan gaji itupun bukankah gajinya itu hasil daripada perniagaan? Andai bercucuk tanam pun tidak, apatah lagi ingin masuk ke hutan, yang semakin hari kian hilang digondol perakus-perakus yang nafsu serakah mereka dikuasai oleh perasaan tamak dan haloba. Lantas, kemampuan, kemahiran, dan cara pelaksanaan yang lemah akhirnya bakal menyebabkan ketidakseimbangan.


Begitu jugalah dengan perdagangan. Pertukaran asasnya melibatkan import dan eksport. Bukan import sahaja. Bukan juga eksport sahaja. Kalau semua benda hendak dieksport, dekat sini hendak pakai apa? Import pula memang boleh menyelesaikan banyak masalah dengan segera tetapi sekali tergendala maka habis semua jadi tunggang-langgang, lebih-lebih lagi jikalau tiada langsung bekalan tambahan yang disimpan. Baik, apa kena-mengenanya sukan bolasepak dengan perkara-perkara yang disebutkan ini? Perniagaan? Perdagangan? Hendak jadi pengeluarkah? Apa salahnya jadi pengguna, bukankah semua orang itu pengguna? Tengok EPL sahajalah, buat apa susah-susah hendak sokong Liga-M?

Yang tidak salah, memang tidak salah. Yang betul juga memang betul. Cuma, yang salah itu tetap salah. Salah apa? Tiada apa-apa yang salah kecuali mungkin tersalah faham. Tidak tahulah kalau ada yang sengaja buat-buat tidak faham, namun sebenarnya sebarang salah faham boleh diperbetulkan. Inilah maksud atau niat dan tujuan membandingkan sukan bolasepak dengan perniagaan serta perdagangan. Malah, ianya bukan sahaja boleh dijadikan perumpamaan, tetapi perniagaan serta perdagangan juga telah menjadi sebahagian daripada sukan bolasepak moden masakini.

Jika bermain bolasepak secara suka-suka bersama rakan-rakan, kos selalunya agak kecil dan boleh sahaja ditampung dengan agak mudah. Jika berkecimpung dalam bolasepak amatur yang tersusun sekalipun, juga mungkin masih lagi terdapat peruntukan yang boleh diguna walaupun tiadanya pembayaran elaun secara tetap. Minat punya pasal, perbelanjaan yang sikit-sikit seperti duit minyak mahupun but bola biasanya tidaklah diambil kira sangat. Namun begitu, masuk sahaja gelanggang profesional maka hampir segala-galanya perlu dikira. Bukan sekadar perlu menyediakan kunci kira-kira tetapi perkiraannya juga mestilah tepat tanpa sebarang masalah.

Profesional itu jika sesiapa masih belum mengerti, adalah sifat-sifat sebagaimana yang sewajarnya. Apabila tidak profesional sewaktu profesionalisme itu sangat-sangat diperlukan, maka jadilah banyak masalah. Kenapa bolasepak Malaysia dalam era yang kononnya dipanggil profesional mempunyai terlalu banyak masalah? Jawapannya betul-betul di hadapan mata. Boleh jadi golongan mata duitan sahaja yang dikaburi penglihatannya sehingga tidak boleh membezakan antara mata-mata (manusia) dengan mata mata (haiwan). Tidak kiralah macam mana pun, bolasepak dan pemain berpisah tiada. Asal ada bolasepak sahaja, ada pemain. Asal ada pemain sahaja, adalah bolasepak. Walau bagaimanapun, sekiranya bolasepak dan pemain cuba dipisahkan, atau lebih tepat lagi bolasepak tempatan perlahan-lahan hendak diasingkan daripada para pemain tempatan, agak-agaknya apa yang akan terjadi?


Friday, February 7, 2020

Duit bukanlah segala-galanya tapi...

Apa-apa yang dinyatakan di sini hanyalah sebagai pembentangan idea sahaja. Boleh jadi untuk memberikan gambaran bahawa Liga-M zaman syarikat rokok mungkin tidaklah sehebat mana dan boleh sahaja diatasi kegemilangannya. Seandainya struktur kejohanan liga utama tempatan dapat diperkasakan semula manakala legasi piala pertandingan paling berprestij negara terus dipertahankan, maka adalah sangat tidak mustahil untuk dunia bolasepak tanahair dapat dibangunkan kembali secara bertahap dengan tapak serta tiang-tiang yang kuat lagi kukuh.


Cuba bayangkan, jika istilah-istilah seperti "profesional" dan "penswastaan" benar-benar difahami takrifannya oleh pihak yang berkaitan. Malah, bukan sahaja hendak memahami definisi, makna, maksud, atau pengertiannya, tetapi juga mahu mempraktikkannya yakni cuba beramal dengan sebaik mungkin. Tidak lagi sekadar mahu bercakap kosong. Tidak ingin lagi mempunyai angan-angan kosong. Pesanan buat diri sendiri jua, berjalan biar seiring dengan apa yang dibicarakan. Kalau tidak, lebih baik diam.

Satu perkataan mungkin mempunyai beberapa tafsiran namun setakat yang boleh difahami, profesional adalah penglibatan dalam sesuatu aktiviti khusus yang mana seseorang itu mengambilnya sebagai kerjaya sepenuh masa yang BERBAYAR. Penswastaan pula merupakan pemindahan sesuatu perniagaan, perusahaan, ataupun perkhidmatan daripada kawalan dan pemilikan awam kepada pihak PERSENDIRIAN. Kalau salah, mohon maaf dan minta tolong perbetulkan.


Kerajaan-kerajaan negeri umpamanya, selama ini telah begitu banyak berjasa. Namun, sudah boleh mula rasanya untuk peruntukan kepada sukan bolasepak dialihkan pula perbelanjaannya kepada kebajikan masyarakat yang lebih memerlukan. Jadi, selain bergantung kepada sokongan para peminat untuk membeli tiket, jersi, mahupun barangan jualan, adalah amat mustahak bagi badan induk bolasepak kebangsaan melalui pihak pengelola liga untuk memastikan agar geran tahunan (pembiayaan), hak penyiaran (perkongsian laba), dan juga imbuhan (insentif pelaburan) diagihkan dengan secukupnya. Berikut adalah model contoh sebagai cadangan.


Liga Malaysia (nilai anggaran RM 288 juta setahun)
- syarikat-syarikat terkenal boleh membida bagi mendapatkan slot penajaan divisyen yang tertinggi dengan memberikan hadiah kemenangan (Pakej Berlian, kalau juara peringkat benua) atau sagu hati mengikut kedudukan terakhir kepada salah satu pasukan dalam liga profesional sekurang-kurangnya untuk tiga musim
  1. RM 33 juta (Pakej Platinum A)
  2. RM 31 juta (Pakej Platinum B)
  3. RM 29 juta (Pakej Platinum C)
  4. RM 27 juta (Pakej Platinum D)
  5. RM 25 juta (Pakej Emas A)
  6. RM 23 juta (Pakej Emas B)
  7. RM 21 juta (Pakej Emas C)
  8. RM 19 juta (Pakej Emas D)
  9. RM 17 juta (Pakej Perak A)
  10. RM 15 juta (Pakej Perak B)
  11. RM 13 juta (Pakej Perak C)
  12. RM 11 juta (Pakej Perak D)
  13. RM 9 juta (Pakej Gangsa A)
  14. RM 7 juta (Pakej Gangsa B)
  15. RM 5 juta (Pakej Gangsa C)
  16. RM 3 juta (Pakej Gangsa D)


Liga Simpanan Malaysia (nilai jangkaan RM 2.6 juta - RM 5.3 juta setahun)
- syarikat-syarikat penaja berdasarkan keputusan pembidaan turut boleh menambah minimum sejuta ringgit lagi bagi tiga musim sekali gus untuk kegunaan skuad simpanan dan juga skuad pembangunan
  1. RM 166 ribu / 333 ribu
  2. RM 166 ribu / 333 ribu
  3. RM 166 ribu / 333 ribu
  4. RM 166 ribu / 333 ribu
  5. RM 166 ribu / 333 ribu
  6. RM 166 ribu / 333 ribu
  7. RM 166 ribu / 333 ribu
  8. RM 166 ribu / 333 ribu
  9. RM 166 ribu / 333 ribu
  10. RM 166 ribu / 333 ribu
  11. RM 166 ribu / 333 ribu
  12. RM 166 ribu / 333 ribu
  13. RM 166 ribu / 333 ribu
  14. RM 166 ribu / 333 ribu
  15. RM 166 ribu / 333 ribu
  16. RM 166 ribu / 333 ribu


Liga M1 (nilai sederhana RM 10 juta setahun)
- tiada kemudahan kewangan yang diberikan kepada liga semi-pro melainkan ganjaran umum secara tahunan kepada setiap pasukan yang menyertainya
  1. RM 500 ribu
  2. RM 500 ribu
  3. RM 500 ribu
  4. RM 500 ribu
  5. RM 500 ribu
  6. RM 500 ribu
  7. RM 500 ribu
  8. RM 500 ribu
  9. RM 500 ribu
  10. RM 500 ribu
  11. RM 500 ribu
  12. RM 500 ribu
  13. RM 500 ribu
  14. RM 500 ribu
  15. RM 500 ribu
  16. RM 500 ribu
  17. RM 500 ribu
  18. RM 500 ribu
  19. RM 500 ribu
  20. RM 500 ribu


Liga M2 (boleh dibahagikan kepada Liga M2 i, Liga M2 ii, & Liga M2 iii)
- tiap-tiap pasukan dalam liga amatur ini perlu mencari serta menjana kewangan sendiri untuk mendapatkan tiga atau empat tempat teratas supaya berpeluang dinaikkan ke liga semi-pro bagi musim yang berikutnya


Duit bukanlah segala-galanya tetapi hampir segala-galanya memerlukan duit. Kalau bukan duit syiling atau duit kertas, duit digital pula yang dicari.


NOTA: Sudah semestinya rangka kerja skim ekonomi seperti ini memerlukan wang, masa, dan tenaga untuk direalisasikan namun sasaran sebenar boleh diubah ketetapannya mengikut kesesuaian.


Monday, February 3, 2020

Liga Malaysia pada masa hadapan

Di bawah ini bukan sekadar cadangan sahaja, tetapi merupakan hasil buah fikiran dan nukilan blog #duniabolasepak yang harapnya boleh dilaksanakan secara menyeluruh pada suatu hari nanti, insha'Allah. Cadangannya ialah memperkemaskan struktur pertandingan bolasepak tanahair dengan mengembalikan semula kesemua pasukan negeri-negeri (lebih kurang macam Piala Emas Raja-raja) serta dua wilayah di Borneo, di samping wilayah-wilayah Persekutuan, dalam sebuah liga. Entah bila boleh dilakukan, tidak tahulah. Selagi mana tiada kemahuan, maka selagi itulah tidak boleh dilakukan. Sampai bila-bila pun tidak boleh jikalau tidak hendak. Sebab itulah cadangan ini mahu juga dibentangkan, sekurang-kurangnya terdapat satu usaha kecil yang tercatat dalam ruang alam maya ini untuk dijadikan rujukan para penggiat bolasepak alam fana di luar sana termasuklah pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Liga-M (M-League)


Liga Persekutuan Malaysia (Liga-M / Liga Kebangsaan Rakyat Malaysia)
- Malaysian Interstate Professional Football League
  1. PB Perlis
  2. PB Kedah
  3. PB Pulau Pinang
  4. PB Perak
  5. PB Selangor
  6. PB Kuala Lumpur
  7. PB Putrajaya (+)
  8. PB Negeri Sembilan
  9. PB Melaka
  10. PB Johor (Johor Darul Ta'zim FC × JDT II)
  11. PB Pahang
  12. PB Terengganu
  13. PB Kelantan
  14. PB Sarawak
  15. PB Labuan (+)
  16. PB Sabah


Liga Pemuda@Pemudi Malaysia (Liga Simpanan / Liga Belang Harimau Malaya)
Malaysian Under-23 Football Reserve League
  1. KB Kangar
  2. KB Alor Setar
  3. KB Tanjung Penaga / Tanjong
  4. KB Ipoh
  5. KB Shah Alam
  6. KB Kampong Bharu / Pengkalan Lumpur
  7. KB Air Terentang / Prang Besar
  8. KB Seremban
  9. KB Bandar Hilir / Bandaraya Melaka
  10. KB Johor Bahru
  11. KB Kuantan
  12. KB Kuala Terengganu
  13. KB Kota Bharu
  14. KB Kuching
  15. KB Bandar Labuan
  16. KB Kota Kinabalu


Liga M1 (Liga Semi-Pro / Liga Separa Ikhtisas Malaysia)
Malaysian Semi-Professional Football League
  1. KB Arau
  2. KB Sungai Petani
  3. KB Bagan
  4. KB Tanjung Malim
  5. KB Petaling Jaya
  6. KB Bangsar
  7. KB Sepang
  8. KB Nilai
  9. KB Ayer Keroh
  10. KB Batu Pahat
  11. KB Temerloh
  12. KB Dungun
  13. KB Tanah Merah
  14. KB Sibu
  15. KB Bintulu
  16. KB Sandakan
  17. KB Bukit Damansara
  18. KB Kota Damansara
  19. KB Chukai
  20. KB Kluang


Liga M2 (Liga Amatur / Liga Bukan Ikhtisas Malaysia)
Malaysian Amateur Football League
  1. KB Padang Besar
  2. KB Kulim
  3. KB Seberang Jaya
  4. KB Parit Buntar
  5. KB Klang
  6. KB Cheras
  7. KB Salak Tinggi
  8. KB Tampin
  9. KB Alor Gajah
  10. KB Muar
  11. KB Raub
  12. KB Jerteh
  13. KB Pasir Mas
  14. KB Miri
  15. KB Kuah
  16. KB Tawau
  17. KB Kerteh
  18. KB Bukit Bintang
  19. KB Damansara Utama
  20. KB Pudu



Liga Futsal Malaysia (Liga M6.0) & Piala Futsal Malaysia (Pertandingan Bolasepak 5 Sebelah Kebangsaan)
Malaysian Indoor Soccer League & Malaysian Street Soccer Cup
  1. KF Air Papan
  2. KF Sijangkang
  3. KF Kupang
  4. KF Tokai
  5. KF Kuala Sanglang
  6. KF Jelawat
  7. KF Tok Bali
  8. KF Kampung Morten
  9. KF Janda Baik
  10. KF Cheroh
  11. KF Permatang Damar Laut
  12. KF Machang Bubok
  13. KF Bukit Merah
  14. KF Sungai Rokam
  15. KF Tanduo
  16. KF Bario



Liga Bolasepak Pantai Malaysia
Malaysian Beach Soccer League
  1. KBP Batu Ferringhi
  2. KBP Pantai Cenang
  3. KBP Pangkor
  4. KBP Redang
  5. KBP Tioman
  6. KBP Sipadan
  7. KBP Perhentian
  8. KBP Cherating
  9. KBP Teluk Kemang
  10. KBP Semporna
  11. KBP Klebang
  12. KBP Tanjung Bungah
  13. KBP Teluk Bahang
  14. KBP Lumut
  15. KBP Pantai Merdeka
  16. KBP Pantai Remis


Liga Veteran Dolfattah (Piala Legenda Malaysia)
- Malaysian Seniors Walking Football League
  1. PBV Indera Kayangan
  2. PBV Darul Aman
  3. PBV Pulau Mutiara
  4. PBV Darul Ridzuan
  5. PBV Darul Ehsan
  6. PBV Ibu Negara
  7. PBV Bandaraya Bestari
  8. PBV Darul Khusus
  9. PBV Bandaraya Bersejarah
  10. PBV Darul Takzim
  11. PBV Darul Makmur
  12. PBV Darul Iman
  13. PBV Darul Naim
  14. PBV Bumi Kenyalang
  15. PBV Mutiara Borneo
  16. PBV Negeri Di Bawah Bayu


Liga Cilik Dollah Don (Kejohanan Akademi Bolasepak Malaysia)
Malaysian Under-12 & Under-9 Junior Football Championship
  1. Northern Lions FC
  2. Red Eagles FC
  3. Penang Panthers FC
  4. Bos Gaurus FC
  5. Red Giants FC
  6. KL Hawks FC
  7. Putras SC
  8. Deers FC
  9. Mousedeers FC
  10. Southern Tigers FC
  11. Elephants FC
  12. Turtles FC
  13. Red Warriors FC
  14. Sarawak Crocs FC
  15. Islanders SC
  16. Sabah Rhinos FC



eLiga_Malaysia & ePiala_Malaysia
- M.League eSports & Virtual Malaysia Cup
  • Penyertaan melibatkan pasukan-pasukan yang mewakili setiap pasukan dalam Liga Malaysia.


Piala Presiden (Liga Belia / Liga Pembangunan Harimau Muda)
Malaysian Under-20 Football League
  1. PBR Singa Utara
  2. PBR Helang Merah
  3. PBR Harimau Kumbang
  4. PBR Seladang
  5. PBR Gergasi Merah
  6. PBR Rajawali
  7. PBR Putra
  8. PBR Rusa
  9. PBR Pelanduk Putih
  10. PBR Permata Selatan
  11. PBR Tok Gajah
  12. PBR Penyu
  13. PBR Pahlawan Merah
  14. PBR Bujang Senang
  15. PBR Anak Pulau
  16. PBR Tambadau


Piala Belia (Liga Remaja & Trofi Remaja Malaysia)
Malaysian Under-17 Youth Football Trophy
  • Penyertaan melibatkan para pemain berumur 17 tahun ke bawah daripada pasukan-pasukan Liga Remaja. Panggilan pemain-pemain yang dikesan daripada kejohanan bolasepak MSSM turut digalakkan.
  • Kumpulan A: Kedudukan akhir liga di tangga 1, 5, 9, & 13
  • Kumpulan B: Kedudukan akhir liga di tangga 2, 6, 10, & 14
  • Kumpulan C: Kedudukan akhir liga di tangga 3, 7, 11, & 15
  • Kumpulan D: Kedudukan akhir liga di tangga 4, 8, 12, & 16


Piala Cabaran MFL (Perisai Cabaran)
Malaysian Novice Football Challenge Shield
  • Penyertaan melibatkan 8 pasukan terbawah Liga Pemuda Malaysia, 12 pasukan yang berkedudukan di tangga 5-16 dalam Liga M1, dan 12 pasukan lagi di tangga 5-16 dalam Liga M2 (atau di tangga 2-4 masing-masing dalam Liga M2.1, Liga M2.2, Liga M2.3, dan Liga M2.4).
  • Jumlah 32 pasukan dibahagikan kepada 8 kumpulan, iaitu Kumpulan A hingga H.


Piala FAM (Trofi Persatuan Bolasepak Malaysia)
- Football Association of Malaysia Trophy
  • Penyertaan melibatkan 8 pasukan teratas Liga Pemuda Malaysia, 4 pasukan teratas Liga M1, dan 4 pasukan teratas Liga M2. Pertandingan kalah-mati dan bukan lagi Liga Kejuaraan M3 yang diubah menjadi liga peringkat negeri/wilayah.


Piala Rakyat (Perlawanan Seluruh Bintang Pilihan Malaysia)
Malaysian League All-Star Match
  • Satu perlawanan pertunjukan pra-musim melibatkan 44 pemain dan 2 jurulatih yang paling bersinar mengikut pilihan penyokong. Boleh juga diadakan dalam format terbuka kepada awam, satu lawan satu, timang bola (freestyle football), footvolleyteqball, mahupun alternatif-alternatif yang lain.


Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih / Piala Raya)
Malaysian Charity Super Cup
  • Satu perlawanan khas pembukaan tirai liga antara johan Piala Malaysia melawan juara Liga Malaysia / juara Piala Persatuan / penyandang juara Piala Sumbangsih / naib juara Liga Malaysia.


Piala FA (Piala Persatuan)
Malaysian Football Association Cup
  • Penyertaan melibatkan kesemua pasukan tempatan dari liga divisyen tertinggi hingga divisyen terbawah. Boleh juga dibuka kepada beberapa pasukan daripada liga-liga negeri serta wilayah (Liga M3), daerah (Liga M4), sosial atau komuniti (Liga M5), kampung, mahupun bukan daripada mana-mana liga.


Piala Malaysia (Piala Malaya & Piala Borneo)
Malaysia Cup
  • Kesemua 16 pasukan (wakil negeri atau kelab) dalam divisyen satu Liga Malaysia berserta 4 pasukan jemputan (seperti PBMM, MCFA, MISC-MIFA, MBPJ FC, Penjara, Imigresen, dll.) dipecahkan mengikut zon, dan kejuaraan akan ditentukan antara johan Piala Malaya menentang johan Piala Borneo.
  • Zon Utara: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak
  • Zon Pantai Timur: Kelantan, Terengganu, Pahang, ATM*
  • Zon Selatan: Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Singapura*
  • Zon Lembah Klang: Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, PDRM*
  • Zon Borneo: Sarawak, Sabah, Labuan, Brunei*

_______
Anugerah Raja Bola (Pemain Bolasepak Kebangsaan Terbaik Malaysia)
- Malaysia's Best National Footballer Award
  • Pengiktirafan pemain paling menyerlah serta berpengaruh pada setiap dekad bagi mewarisi gelaran yang pernah disandang oleh Abdul Ghani Minhat.


Pesta Bola Merdeka (Kejohanan Bolasepak Merdeka / Piala Merdeka)
- Merdeka Tournament / Merdeka Football Festival
  • Pertandingan jemputan antarabangsa bagi merebut Piala Tunku Abdul Rahman Putra.


"Liga-M, liga rakyat Malaysia. Sama-sama merakyatkan sukan bolasepak."

#DUNIABOLASEPAK


Saturday, February 1, 2020

Liga Malaysia tahun 2020 yang alternatif

Berikut ini adalah sekadar struktur Liga-M tahun 2020 versi bayangan dan ia tiada kena-mengena dengan liga sebenar, harap maklum. Dalam versi ini, 8-16 pasukan terbaik dari Liga Malaysia (persatuan-persatuan negeri) dan Liga Piala FAM (persatuan-persatuan daerah mahupun kelab-kelab) akan berentap di Piala Malaysia bagi menentukan juara keseluruhan di peringkat kebangsaan.



Liga Malaysia
  1. Perlis [PLS/PES]
  2. Kedah [KDH/KED]
  3. Pulau Pinang [PNG/PEN]
  4. Perak [PRK/PEK]
  5. Selangor [SGR/SEL]
  6. Kuala Lumpur [KLP/KUL]
  7. Putrajaya* [PJY/PUT]
  8. Negeri Sembilan [NSL/NEG]
  9. Melaka [MLK/MEL]
  10. Johor [JHR/JOH]
  11. Pahang [PHG/PAH]
  12. Terengganu [TRG/TER]
  13. Kelantan [KLT/KEL]
  14. Sarawak [SWK/SAR]
  15. Labuan* [LBN/LAB]
  16. Sabah [SBH/SAB]


Liga Piala FAM
  1. ATM
  2. PDRM
  3. Melayu Semenanjung (PBMM)*
  4. PBCM (MCFA)*
  5. MSIM (MISC)*
  6. JDT
  7. PJ City
  8. Felda United
  9. PKNS
  10. PKNP
  11. TFC
  12. UiTM
  13. UKM
  14. Selangor United
  15. Kelantan United
  16. Kuching


Liga M1
  1. Johor Bahru
  2. NLFC-Mahsa
  3. Manjung City
  4. Ultimate
  5. Protap
  6. KT Rovers
  7. Melawati
  8. Melaka United
  9. Harini KS
  10. Langkawi City
  11. KSR Sains
  12. Ikram Muda
  13. Thai Selangor
  14. Semarak
  15. PIB
  16. Klasiko
  17. KL Rovers
  18. Perlis United
  19. Kluang
  20. Imigresen


Liga M2
  1. SSFC
  2. SA United
  3. Isma
  4. Staroba
  5. Kuala Perlis
  6. Red Spade
  7. Kuatagh
  8. Kerteh
  9. Gamestop
  10. Delima Warriors
  11. Nossa Bukit Jelutong
  12. Pandan United
  13. Kickers
  14. Tun Razak City
  15. Southern
  16. Nor Farhan
  17. Spirito
  18. Andersonian
  19. Real Chukai
  20. Markless